Selasa, 30 September 2008

ESOK DI KAMUNTING

Malam ini pintu sel ditutup jam 7.00 petang. Kalau sendirian maka sendirianlah. Maghrib dan tarawikh dalam sel. Takbir didengari dari belakang tembok.

Esok subuh kedengaran azan. Pintu sel di buka jam7.00 pagi. Baju yang itu, yang itu jugalah. Sudah dibasuh dan himpit bantal. Seluar biru dan baju putih.

Kunci pun dibuka. Pegawal sampai. Lalu beratur dari blok ke blok menuju ke masjid. Maka untuk pertama kalinya dapat bertemu dan bersalaman. Maka ternampak muka - muka yang baru dan muka yang lama. Tak puas-puas bertanya khabar. Dari mana dan sel mana. Blok mana dan asal dari mana.

Imam pun berkhutubah diantara kebun-kebun sayur dan bilik-bilik orang salah. Bagitu ramai banduan dan tahanan. Melimpah ruah hingga ke laman. Semuanya berdoa dan berjanji. Si banduan menyesal tak buat lagi. Si tahanan bertekad menguji diri

Maka terigatlah anak dan isteri. Mereka yang lama tidak ke sini.

Habis khutbah beratur lagi. Pulang ke blok untuk menikmati makan. Hari raya menu nya hebat sekali. Ada kueh kek ,pisang dan roti.

Hari ini macam semalam.Hari semalam macam dahulu. Hari dahulu macam 2 bulan dulu. Hari dua bulan dulu macam tiga tahun dahulu. Hari tiga tahun dahulu macam enam tahun dahulu.

Hati berdebar menunggu angka di panggil - 2504!

Di luar dari subuh lagi anak isteri telah beratur. Menunggu giliran untuk bertemu. Nasib baik dapat makan semeja. Kalau tidak dalam bilik pertemuan dipisah oleh jeriji. Tak boleh usik badan tak boleh raba gigi.Nak cium pipi jauh sekali.

Nasib baik banyak saudara yang datang. Ada lemang dan nasi impit. Kalau nasib baik dapat bawa ke dalam sel. Jika ‘ikut arahan’ semua tidak di bolehkan.

Tidak banyak yang hendak di cerita. Mulut penuh lemang sambil hendak mendengar berita tentang si polan dan si anu. Tentang kenduri kahwin dan yang meninggal dunia. Tentang anak sekolah dan periksa tahunan. Tentang duit tak cukup dan sewa rumah. Tentang cari kerja dan pembantu di rumah.

60 minit semua selesai. Maka pulanglah ke dalam sel. Hati berdebar jiwa bersedih. Hati menjadi tabah jiwa bertambah kaseh. Anak dan isteri, ibu dan mertua, kucing dan anjing, pena dan tinta – semua berligar dalam ingatan.

Jam 7.00 sel di tutup. Itu lah berhari raya di Kamunting.



21 ulasan:

  1. ada juga peluang untuk dihiburkan oleh kugiran yang mana band boy semua ada lah penghuni-penghuni sel...

    BalasPadam
  2. itulah kehidupan.

    jalannya bersimpang siur bagi merperkasakan kehidupan manusiawi

    BalasPadam
  3. Sedihnya beraya di dalam tahanan.
    Harapkan lepas raya ni, kerajaan dapat betul-betul fokus dan menkaji semula ISA.
    Kalau tak pun, abolish saja ISA tu.

    BalasPadam
  4. Selamat HAri Raya Aidilfitri untuk Tukar Tiub dan tiub-tiubnya... Semoga bergumbira dan bermakna hari raya ini tahun.. lupakan sengketa,lupakan tragedi,lupakan Siti Mami dan Curvey,lupakan CM, lupakan Bau Bau Cafe, lupakan Pak Lah dan Najib,lupakan Jeanne dan Bik Mama tapi Jangan lupakan RPK, jangan lupakan cita-cita, jangan lupakan tujuan, jangan lupakan perjuangan, jangan lupakan adap, jangan lupakan adat, jangan lupakan asal usul, jangan lupakan pencipta yang maha esa.

    Salam Aidilfirfi
    JD 0930

    BalasPadam
  5. sungguh touching kisah *ESOK DI KEMUNTING".

    2504,,,angka bang Isham kat kemunting ka?

    kalo ada pembaca yg tahu,tolong jawap pun boleh,,

    master yoda boleh tolong jwp soalan ni boleh,,,?

    BalasPadam
  6. bro, sedih bila baca u punya post nie ... terutama tang kek & pisang tu


    "say NO to ISA"

    BalasPadam
  7. apak... lu memang pejuang... sampai bila pon aku salut samo apak sham... makan lomang yo? kuih-kuih takdo?

    BalasPadam
  8. Tq buat abang tukar tiub menyedarkan banyak orang tentang siksanya tahanan tanpa bicara (ISA)

    Moga diberi Allah kekuatan pada mangsa ISA dan seluruh keluarganya.. diharapkan kerajaan rakyat cepat2 perintah, ISA lekas2 kita patah..

    BalasPadam
  9. salam aidilfitri pak tukar tiub,

    semoga ceria di aidilfitri.

    BalasPadam
  10. Selamat Hari raya buat Sd Isham..dan Selamat makan lemang utk sekian kalinya..

    BalasPadam
  11. isham aii, usah dikonang-konag ceghito lama eih. bisa bonar beghayo kek kumunting nu haa.

    isham brapa kali ekau streben tue masa kek kemunting dulu?

    den haghap...malam nih...ekau pulih dah. cumo ese nak nasihat satu je haa... haghi ghayo poi la ekao semayang ghayo. buek pahalo banyak2...jangan pulak ekau menambah dosa dipagi ghayo.

    umu dah lanjut nu haa. malam nanti den nak lotupkan meghiam buloh. biar satu kampung tak buleh tido. memokak tongah2 malam buto.


    isham...jangan ekau nak "memantek-mantek" pi minum air tapai, karang kalu tumbang...nyusahkan oghang ajo. tak dapek den nak nulung eih.

    Apapun den dgn ghase rondah hati ingin buek ucapan Selamat Behaghi Ghayo buek ekau sekeluargo. Den mintak maap laa kalau2 ado terkasar bahaso.

    Balik dari jolobu nanti...jangan lupo ekau singgah ghumah. Pok Cik Din Tailor daghi JB kim salam kek ekau. Ghindu dondam dia haa. Dulu samo2 tido kek bawah jombatan negeghi omputih, takkan sekojap ajo ekau dah pakat lupo? Samo2 tipu cek 30 paound sterling sebab tak cukup blanjo. Takkan ekau dah lupo isham oii. Konangan terghindah tu... Dia bagitau ese...supaya panggil ekau Jombalang Tanah...heehehe.


    Selamat ber STREBEN TUEN...
    Selamat minum sirap.
    Selamat mentekedarah lomang.

    BalasPadam
  12. tiada tempat dalam kemanusiaan utk ISA!

    tiada tempat dalam kemanusiaan utk ISA!

    tiada tempat dalam kemanusiaan utk ISA!

    pergi mampos ISA dan mereka yang menyokongnya

    BalasPadam
  13. Penguasa zalim akan menerima balasan yang lebih buruk...

    BalasPadam
  14. Sesunggunya celakalah meeka yang memperkenalkan ISA dan mereka yang terus mempertahankan ISA.

    BalasPadam
  15. Apalah ertinya amalan-amalan kebaikan yang dilakukan di dunia ini,sama ada yang nampak atau tidak nampak,sekiranya seseorang pemerintah tidak dapat berlaku adil kepada rakyatnya.Orang-orang yang mengangkat individu dan kelompok-kelompok sedemikian sebagai pemerintah perlu bertanya kepada diri sendiri,"Apakah aku juga ada saham dalam hal ini?Kalau ada,berapa besar saham aku?Dengan saham sebesar itu,adakah aku akan selamat di akhirat kelak?.Tepuk dada,tanya iman.

    BalasPadam
  16. salam. selamat hari raya.

    BalasPadam
  17. Makes me so sad to know that ISA detainees suffer so much. I never knew how ignorant I was about ISA until I read about all this on the internet. Mainstream newspapers don't talk much about these things. We must fight to abolish ISA. Tomorrow to Kamunting I will go to let RPK and all other ISA detainees know that we know of their plight and they are not forgotten. The saddest part is that I was told that I cannot bring any nice food or kueh for the detainees as it is not allowed. Why is it not allowed I cannot understand. These people are not criminals. Why are they treated like one? If the government cannot give them better food, allow us, the public to help. ISA is inhumane and cruel.

    BalasPadam
  18. Abang Isham 2504,sungguh sedih lah bila baca kisah "ESOK DI KEMUNTING". Bila bila pun aku respect sama Abang Isham.

    Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    Say No To ISA!

    BalasPadam
  19. sedihnya..tangkap saya pok dolah ngan brader najib..ataupun brader syed dahi lapang tu ..bagi depa cuti bunag seminngu kat dlm tu..baru rasa..ingat lembu ka apa ka..tangkap simpan..
    kepala hantuk mak depa..

    BalasPadam