Nampaknya benteng akhir sesudah Ketuanan Melayu runtuh rantah ialah agama. Islam kini telah mula dijadikan alat pelindung. Dari hari ke hari semakin jelas jubah Ketuanan Melayu sedang di corak untuk diIslamkan.
Seorang peguam yang tindakan dan tingkah lakunya bukan saja kurang sopan – menggangu forum sivil - malah lebih mendekati bentuk samseng telah berkata, ‘ Saya orang Islam dahulu dan kemudian baru seorang peguam’. Inilah apa yang saya maksudkan membuat jahat tetapi berselindung di belakang tabir agama.
Ada dua perkara yang sering berlaku dalam situasi sebagini: Pertama: jika ada penganut Islam yang cuba mengeluarkan pandangan yang berbeza maka akan sampailah ‘ scud missile’ yang menuduh si Penganut ini kurang ariff dalam agama. Atau tidak bertauliah untuk bercakap dalam hal agama. Atau tidak tahu bahasa Arab.
Orang yang menuduh ini lupa bahawa setiap detik dan setiap saat si Penganut ini berkomunikasi dengan Yang Maha Esa dalam apa sahaja bahasa. ‘Scud missile’ ini dihadapkan dengan harapan si Penganut ini akan merasa terancam dan tidak lagi berani bersuara.
Mematikan perbincangan pastilah bukan ajaran mana-mana agama.
Kedua: satu ketika dahulu sesiapa yang cuba mengeluarkan pandangan, membuat laporan rasuah, atau penyalah gunaan kuasa yang dianggap ‘anti-Melayu’. Hari ini tema ‘anti-Melayu’ telah di kapankan. Yang bangun dari kubur ‘masih lagi tema anti-Melayu’ tetapi memakai topeng Islam.
Lihat apa yang terjadi kepada laman Malaysia-Today. Ini sebuah laman yang amat popular di Malaysia. Kerajaan telah mengarahkan pihak berwajib menutup laman ini. Alasan yang di berikan ialah laman ini ‘menghina Islam dan Nabi Muhamad’.
Gerombolan United Malays National Organisation tahu dengan menggunakan topeng agama ini penganut Isaam dalam negara ini akan marah. Kemarahan warga ini diharap-harapkan akan ditujukan kepada Malaysia-Today.
Laman web Malaysia-Today tidak menghina agama atau Nabi tetapi membocorkan kepada warga Malaysia tentang segala kerenah dan salah kuasa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang di kepalai oleh United Malays National Organisation.
Laman ini terus memaparkan ‘cerita-cerita dalam’ yang tidak ada sangkut paut dengan agama. Malaysia-Today telah melaporkan berita tentang pembunuhan Altantuya, peranan Najib dan Rosmah dalam kes Mongolia, berita rasuah Johari Baharum, peranan samseng China dan berpuluh-puluh berita yang tidak akan dilaporkan oleh media pro- Barisan Nasional.
Islam dan Nabi Muhamad telah digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar tidak lagi mempercayai laporan berita Malaysia-Today. Jika warga naik marah diharapkan pengendali laman ini akan ‘diserang’.
Justeru, ini adalah contoh terbaik bagaimana segala kejahatan dan kemungkaran cuba ‘disucikan’ dengan menggunakan agama.
Akhir-akhir ini – sumpah dengan cara Islam - telah dilihat umum sebagai satu alat politik. Penganut yang bukan Islam pastilah hairan melihat ‘cara perundangan Islam’. Malah bukan sahaja mereka hairan tetapi melihat ‘ perundangan Islam’ ini sebagai ‘pembicaraan salah/benar’ yang tidak masuk akal.
Kalau dikaji maka akan kita temui bahawa semua ini adalah tanda-tanda perubahan Ketuanan Melayu yang di war warkan oleh Gerombolan United Malays National Organisation sedang beralih warna untuk dijadikan Ketuanan Islam.
Mungkin dalam masa yang tidak lama maka akan timbul hegemoni Islam dimana apa sahaja yang di anggap musuh politik kepada gerombolan United Malays National Organisation akan dianggap sebagai musuh Islam.
Islam kini bukan lagi sebagai satu ajaran agama tetapi telah di Melayukan dalam konteks Ketuanan Melayu. Islam dalam konteks Melayu cukup kolot. Ini kerana selama 50 tahun fikrah umat Melayu telah dibonsaikan oleh gerombolan United Malays National Organisation.
Umat Melayu telah diperbodoh-bodohkan sehingga ramai diantara mereka tidak lagi memiliki kudrat dan iradat untuk menggunakan akal fikiran. Otak yang bonsai lagi beku ini hanya sanggup menerima apa sahaja tanpa dilihat secara kritikal.
Bonsai akal dan fikiran ini telah merebak bagitu meluas sekali. Hari ini ada yang mengakui diri sebagai ‘alim ulamak’ yang telah meMelayukan Islam berpendapat bahawa agama tidak boleh dikaji dengan pengunaan akal. Lihatlah betapa merosotnya pandangan Islam yang telah di Melayukan.
Mereka ini sengaja melupakan betapa pentingnya ilmu pengetahun yang berasaskan akal fikrah dalam Islam. Tanpa akal fikrah tidak mungkin manusia wujud seperti manusia wujud di hari ini.
Kenapa semua ini berlaku?
Asas semua ini ialah perebutan kuasa politik. Gerombolan United Malays National Organisation selama 50 tahun ini telah memonopoli kuasa politik yang memungkinkan mereka melakukan apa sahaja atas nama Ketuanan Melayu. Kini konsep ‘Ketuanan Melayu ‘ telah dibakul sampahkan oleh umat Melayu sendiri.
Penolakan umat Melayu terhadap Ketuanan Melayu ini amat mengerunkan gerombolan United Malays National Organisation. Maka untuk meneruskan hegemoni kuasa mereka tidak dapat tidak mereka pasti akan bertukar jubah – Jubah Hijau.
Dalam masa yang terdekat pasti akan muncul banyak lagi kes, cerita dan berita dimana agama akan di jadikan benteng dan topeng. Peguam yang berkata ‘ saya orang Islam dahulu sebelum seorang pegum’ - hanyalah kata-kata pembuka tirai.
Yang akan datang nanti adalah kehodohan Islam yang telah di Melayukan. Yang lebih hodoh nanti ialah Ketuanan Melayu yang bertopengkan Islam. (isham)
Saya tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menyekat akses Malaysia Today, dan saya juga tidak bersetuju dengan RPK sepenuhnya..
BalasPadamSaya merupakan pembaca tetap Malaysia Today.. sebagaimana saya gemar membaca artikel di blog tukar tiub.
Saya gemar membaca tulisan RPK yang menceritakan kisah disebalik tabir.. tetapi saya amat-amat tidak bersetuju dengan cara RPK mengolah Islam untuk kepentingan peribadinya.
Jadi.. tuan peguam dalam artikel tuan dan RPK 'dalam kapal yang sama'.
Bes tapi tentang zulkifli nordin itu, mengapa salah dia mengemukakan pendapat nya. Semua pihak mempunyai hak untuk bersuara bukan? Mungkin sememangnya pihak Majlis Peguam patut menjemput panelis yang lebih bertauliah dari segi perundangan Islam. Mungkin ini akan disokong oleh orang Islam. Bagi saya, semua ini persepsi semata. Orang Islam pun penuh persepsi, juga yang di opposite. Maka bersihkanlah hati dan tidak hanya mengkondem
BalasPadamsaya orang kampung. kalau nak tahu kerajaan ni mengamalkan Islam senang saja. selagi ada kedai ekor magnum 4D dan sports toto kat pekan kecil di kampung saya, saya tidak akan pernah yakin bahawa kerajaan bersungguh-sungguh untuk mengamalkan agama dalam urusan pemerintahan negara. titik.
BalasPadamBro,
BalasPadamSaya malu dengan tindakan JAKIM yang hendak membuat laporan polis terhadap artikel yang ditulis oleh Raja Petra di Malaysia Today - kononnya artikel tersebut menghina agama Islam. Nampak sangat orang2 Jakim ini tak faham Bahasa Inggeris! Kalau iye pun tak faham, tanyalah orang yang faham, jangan main redah jer! Sesiapa sahaja yang membaca artikel tu akan faham bahawa Raja Petra menegur orang yang bertopengkan Islam & sikap orang2 Melayu yang tak betul dan agak keterlaluan.
Kalau hendak maju, kita perlu muhasabah diri dan bersedia untuk menerima teguran. Jangan terlalu asyik nak menghakimi orang tanpa menilai diri sendiri terlebih dahulu.
Puak2 yang termakan cili nie memang buat menyusahkan orang jer!
Islam universal, bukan hak mutlak org melayu, buka minda and luaskan fikiran, udah2 le fahaman assabiyah melayu ni, sudah masanya org melayu bumiputera berdikari, tak perlu lagi wpun pandai..tp bila masuk universiti masih dipandang sengkek oleh non-malay, sbb diaorg anggap malay semua masuk universiti sbb subsidi umno.
BalasPadamsalam bro. ni adalah rtikel yang aku tulis dalam blog aku bulan 8 punyer posting ritu ....
BalasPadamTajuk: PERLAKSANAAN ISLAM DI MALAYSIA
Genre: punk rock nasyid
Dan islam itu datang sudah berabad lamanya. Ada beberapa teori sejarah mengatakan bahwa Islam datang dari tanah besar china, ada pula yang mengatakan bahwa Islam dibawa oleh pedagang dari timur tengah, popular juga dikatakan bahawa Wali Songo telah menyebarkan ajaran Islam dinusantara ini. Apapun teori sejarah kedatangan Islam, tanah malaya ini telahpun menganut Islam sejak zaman kesoltanan melayu Melaka lagi. Kalaulah ditaqdirkan tuhan Islam tidak menjejakkan cahyanya, nescaya orang-orang Melayu Malaysia ini menganut agama Hindu-Buddha, dan tak kurang juga akan menganut faham animisme. Sejarah tidaklah boleh diubah-ubah, ia adalah hakikat benar lagi jelas buat kita, buat seluruh umat Malaysia.
Setelah penceroboh British meninggalkan tanah malaya ini, dengan persetujuan dan perjanjian, maka, Islam di angkat menjadi agama Persekutuan dan ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan diguna-pakai sehingga sekarang. Apalagi tanah malaya ini majoritinya adalah umat Islam.
Perlaksanaan Islam berakar, tumbuh, mekar dan menjadi dasar kepada aktiviti-aktiviti rasmi negara. Lagu-lagu Negeri meletakkan Allah dalam skripnya, diterima dan dinyanyikan oleh semua peringkat latar belakang agama, samaada Hindu, Buddha, Conficius, Kristian, Bahai, freethinker...semuanya akan menyebut nama Allah walaupun ada pelat sedikit. Ini menunjukkan bahwa rakyat malayisa faham, tahu, akur dan menyanjung prinsip dan dasar perlembagaan negara. Ini amat membanggakan.
Di majlis2 rasmi kerajaan, bacaan doa dialunkan, di perbarisan-perbarisan tentera, tanpa mengira apa saja agama dan budaya, tangan akan ditadah apabila doa dibacakan. Islam dimalaysia jelas dan bagiku, hal ini tiada pula mendatangkan masalah buat umat Malaysia. Masyarakat bukan islam telah pun menerima Islam sebagai agama persekutuan sejak dulu lagi dan umat Islam Malaysia menerima kewujudan ‘agama-agama asal’ tanah ini dan agama-agama anutan penjajah satu ketika dulu untuk mempraktis ritual pengabdian dan keagamaan mereka. Jangan sesekali kita mempersoalkan lagi! Kemajmukan beragama dan Islam sebagai Agama Persekutuan diterima semua!
Islam tersebar luas
Bagi aku, kita semua sinonim dan dekat dengan Islam, sejak dari bangku sekolah lagi, kita diajarkan dengan subjek Pendidikan Islam, apatah lagi bagi mereka yang mengambil aliran Islam di sekolah-sekolah agama kerajaan dan swasta. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang belajar di pondok-pondok. Ramai juga umat malaysia ini menyambung pelajaran ke timur tengah dalam jurusan agama. Setelah tamat pengajian, graduan2 agama ini akan berkhidmat sebagai guru-guru agama di serata ceruk bumi malaysia ini samaada menjadi guru, pensyarah dan sebagainya. Islam lalu terus tersebar luas dan ramai dikalangan bukan islam a.k.a non-muslim pula memeluk agama Islam dek kerna kagum dengan inti dan ajarannya yang suci, kudus dan mulia.
Islam dan praktis dikalangan umat Islam Malaysia
Aku tidak mahu menyentuh peribadi praktis ajaran Islam buat individu. Bagiku, setiap individu Islam tahu akan tanggungjawab2 mereka. Samaada mereka mahu mempraktis ritualkan amalan2 seperti solat, puasa, haji dan sebagainya adalah diatas kesanggupan dan pemahaman individu itu sendiri dan Islam jenis apa yang dia anuti.
Aku berumur 26 tahun, aku hanyalah manusia biasa yang bukanpun beraliran pendidikan agama. Walaupun begitu, bukanlah ertinya aku zero tentang Islam. Aku memerhati, meneliti, mempersoal, sejak baligh dan sejak mula ‘berotak’ lagi tentang islam di Malaysia. Menariknya, walaupun Agama Islam telah dipraktis sejak berabad lamanya di bumi malaysia ini, apa yang aku dapati bahwa ajaran islam masih belum sampai di tempat sepatutnya.
Berikut adalah beberapa fakta yang aku nampak mengenai perlaksanaan Islam di Malaysia.
1. Islam digunakan di majlis-majlis rasmi untuk pembacaan doa.
2. Setelah tamat siaran tv di RTM, alunan Al-Quran dibacakan kemudian doa.
3. Setiap menjelang dan tibanya bulan Ramadhan, banyak rancangan2, forum2 dan drama2 Islam ditayangkan.
4. banyak pusat2 asuhan berkonsep Islam ditubuhkan dan mengenakan bayaran yang kadang2 tidak mampu dibayar oleh semua ibu bapa.
5. Islam menjadi subjek peperiksaan sejah tahun satu sehinggalah menengah form 5.
6. Mata pelajaran Islam juga diajar di universiti-universiti.
7. Tertubuhnya universiti Islam.
8. Wujudnya hospital2 dan klinik2 berjenama Islam yang sememang rakyat kelas bawah hampir tidak mampu menampung kos perubatan yang diberikan.
9. Terdapat banyak masjid-masjid di seluruh ceruk kampung dan bandar.
10. walaupun masjid dan musolla mudah didapati, ia tidak juga penuh-penuh kecuali ada ustaz tertentu memberi kuliyyah dan cermah.
11. masjid2 juga akan penuh apabila tibanya bulan Ramadhan dan Syawal.
12. ada golongan ustaz2 dan ulama2 dicop sesat dan menyesatkan apabila ia bercanggah dengan dasar umno atau mungkin mereka ini beserban dan berjanggut kehulu dan kehilir?!
13. Antara yang ku nampak lagi ialah rumah2 lacur murahan diserbu dan pelacur beserta pelanggan sangap ditahan oleh jabatan agama dan jarang2 pulak rumah2 lacur ‘mewah’ kedengaran diserbu.
14. Wujudnya NGO-NGO Islam yang seolah tugasnya adalah untuk mengutuk sebarang jenis konsert yang dilabel tidak Islam.
15. ada konsert2 rock tempatan dan dari luar negara termasuk dangdut Inul diharamkan manakala majlis joget, konsert2 lentok, dan konsert dangdut (kecuali dangdut Inul) juga konsert melalui rancangan TV dibiarkan seperti tiada siapa yang mau kacau.
16. Kerana sayangnya kepada Islam, stesen2 tv dan badan2 tertentu menganjurkan pertandingan tilawah Quran bagi remaja, pertandingan nasyid, dan tertubuhnya Akademi al-Quran dan Akademi Nasyid. Pemenang akan mendapat hadiah tertentu mahupun sejumlah wang ringgit atau kedua-duanya sekali.
17. Nama islam juga akan digunakan oleh bomoh-bomoh tertentu mungkin untuk melariskan perkhidmatan yang ditawarkan.
18. Aku suka menyatakan bahawa dengan ‘popularnya’ nama Islam ini, ramai juga ustaz-ustaz celup muncul memberikan ceramah dan kuliyyah di dalam studio dan akan dikeluarkan dalam bentuk audio untuk dijual dengan harga dari RM5.90 hinggalah RM10.00. Ada juga yang lebih mahal dari itu.
19. Praktis Islam di Malaysia begitu kuat sehingga berlakuya perebutan mayat diantara keluarga simati yang bukan Islam dengan jabatan agama sehingga terlupa mayat wanita monggolia yang mati dibom di Shah Alam itu yang dipercayai menganut Islam tidak pula direbut.
20. Praktis Islam di Malaysia begitu kuat sehingga ada kanak-kanak dipisahkan dari ibunya setelah keluar Islam.
21. Wujudnya pertubuhan2 tertentu yang menggunakan kanak2 dan orang2 tua untuk mengutip derma sambil membeli buku, kalendar mahupun produk2 lain seperti minyak panas, bam urut dan sebagainya. Paling menarik, harganya juga boleh ditawar-tawar.
22. Banyak suami-suami orang menggunakan Islam dan menggunakan Nama Nabi Muhammad dan Payung Emas di syurga untuk berkahwin lain walaupun sembahyang 5 waktu belum cukup dan walaupun puasa ramadhan 5 tahun lepas belum berganti-ganti.
23. Bagi pendapatku, mungkin kerana merasakan islam yang ada hari ini tidak begitu bagus, maka agama Islam Hadhari dilancarkan dan merupakan alternatif kedua dan ia bercanggah dengan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
24. Adalah bakal menjadi sebuah trend yang serius yang akan menguntungkan para perompak, para pencuri, para perogol dan para pembunuh kerana di Malaysia, ada sebahagian umatnya yang menggunakan Islam, menggunakan al-Quran, menggunakan masjid untuk sumpah laknat serta sumpah-sumpah di dalam masjid untuk menuduh merogol, meliwat walaupun tanpa bukti dan merupakan kaedah terbaik untuk menafikan kejahatan pertuduhan persundalan, pembunuhan yang telah dihadapi seseorang. Hal ini merupakan sebuah fenomena baru dalam ruang lingkup Islam di Malaysia.
Apa yang aku kesahkan dan senaraikan disini adalah sebahagian dari perlaksanaan praktis Islam dimalaysia mengikut kaca mata dan pendapat peribadi aku. Apa yang berlaku adalah realiti hakiki yang memerlukan kajian semula pelbagai pihak termasuk free thinker dan atheis agar semua jenis cengkadak persundalan atas nama agama dihapuskan. Kita boleh mengatakan bahawa inilah kesimpulan apabila nama agama diperkuda-kudakan sedang tuhan hanya melihat namanya diperguna, agamanya diperkuda dan Dia memandang dari kejauhan.......
Ya Tuhan, selamatkanlah kami semua! Selamatkanlah Malaysia dari bala mala petaka umno....-hafiz
sedara jangan silap. sebab bongsai akal inilah pemimpin-pemimpin umno sekarang diarah melanjutkan pelajaran ke australia, seperti yang sed kata, belajar buat C4. sedangkan rakyat malaysia yang tahu dan belajar buat bom dalam negara sendiri ditembak mati....
BalasPadamNauzubillah min Zalik.Ini adalah satu realiti yg sedang berlaku dibumi Malaysia ini..
BalasPadambonsai tu sebaiknya dibakar dan abunya buang ke laut.kalo tak bakar akan jadi "dulu, kini, selamanya" bodoh dan memperbodohkan.
BalasPadamingat tak cite pak pandir disuruh mak andeh carikan lebai untuk baca doa majlis mereka? pak pandir tak kenal camana rupa lebai, mak andeh bagitau yg ada janggut..last2 dia bawak kambing haha...
BalasPadamerr..spesis kambing ke depa tuu atau musang berjanggut?
sudah la beb.... geli gua baca blog lu nie.... copy artikel orang , lepas tu kutuk kah kah kah... budak kecik pun bole buat beb...
BalasPadampatut la lu buat apa pun tak jadi... buat filem (movie la konon) tapi yang jadi rojak... ka ka ka.. (copy gelak lu beb)..
dah la beb jangan kecik hati... berbangga la dengan ilmu kutuk lu tu... itu je yang lu ada...
kalau dah bosan mengutuk orang pergi la apply kerja buat rojak kat kedai mamak... kalau buat filem pun nanti jadi rojak jugak... kakakaka
banyak pendapat saudara saya bersetuju walaupun saudara berfahaman sosialis. Tetapi dalam hal ini adakah saudara mendengar sendiri cerita sebenar dari YB Zul. Jangan ikut sahaja cakap majlis peguam atau akhbar. Memang kita tidak menyokong UMNO tetapi dalam menegakkan Islam kita kena firm. Macam juga orang Cina dan India mempertahankan hak mereka.Saudara mungkin melihat hak asasi sebagai isu utama tetapi dimana hadnya hak asasi. katakan Kalau saya cuba membunuh seseorang kerana saya membenci dia merampas hak saya adakah hak asasi boleh digunakan. Setahu saya yang memalukan Islam adalah penganjur persembahan Curberator Dung semasa perhimpunan di Petaling Jaya dahulu. Kembali kepada Islam dengan cara merujuk kepada Al-Quran dan Hadis bukan menafsir mengikut fahaman sendiri sahaja. Jika Islam mengajar kita mempertahankan agama APAKAH LANGKAH ORANG YANG LARI KE LUAR NEGARA APABILA TAKUT DITANGKAP ATAS PRINSIP YANG DIPERJUANGKAN BERPRINSIP DAN BERANI ?
BalasPadamExcellent article my friend!
BalasPadamPlease send this article to all PAS members & position holders asap.
Thanks.
bagi org biasa, pegangan agama mungkin segala-galanya ttp bg org politik, itu cuma satu alat utk mengekalkan kuasa. Dan kesungguhan org biasa mempertahankan agama akan diperalatkan 100% untuk menjayakan agenda politik mereka.
BalasPadamItu bukan gua yang cakap, itu surah si Machiavelli yang ratusan tahun dulu telahpun memerhatikan bahawa semakin dekat seseorang kepada gereja Vatican (pusat kuasa politik di Itali masa itu), semakin hampeh pegangannya. Yang melucukan, org yang tinggal dekat dekat dgn Vatican tu semuakan memakai jubah paderi.
Pakailah otak dan nescaya anda tidak akan ditipu dengan hujah dangkal UMNO.
yes...bro aku setuju sangat dengan ko..kenapa lah orang melayususah sangat nak bezakan antara melayu dengan islam? islam bukan hak melayu semata2...ia milik semua manusia...kebetulan melayu memonopoli islam di malaysia...tetapi bagaimana dengan kaum yang lain yang menganuti islam lebih dari melayu?kenapa mereka tidak layak bercakap tentang kesyumulan islam?
BalasPadamsakit jugak telinga bila islam di perincikan oleh ulama dari united malayan national organisation...perincian islamnya mengena dengan umNO sajaha...selain islam umNO,yang lain tidak diambil kira....gila ah!!!
Salam..
BalasPadamSekadar Pandangan..
Dalam meneruskan suvival politik tidak boleh tidak UMNO yang mendukung Ketuanan melayu akan menjadikan Agama sebagai pelindung.
Ini adalah kerana rakyat sudah sampai kesuatu tahap pemikiran politik yang matang telah menolak "pendekatan perkauman" dengan kata lain, isu perkauman tak relevan dan telah mati.
Terbukti apa bila DSAI memenangi PRK Permatang Pauh, pola pengundian bersifat "merentasi perkauman" dan pasti UMNO akan menjadikan Agama sebagai benteng pertahanan terakhir mereka.
Pendekatan UMNO,MCA dan GERAKAN masa kini sewajarnya dibaca oleh rakyat agar tidak tertipu dengan permainan politik mereka.
Permainan megungkitkan "sejarah lama" seperti yang diyatakan baru-baru ini boleh dianggap satu tindakan "backwards" dan harus ditolak demi masa depan Malysia.
Selamat..takbir!!
Artikel yang saya kurang setuju. Bila bercakap soal agama, akal manusia sering bercakap mengikut nafsu. Sebab itu ulama bimbang kita mentafsir agama menggunakan akal. Tambah-tambah kita hidup zaman sekarang ni memang terdedah dengan dosa tak kira dalam rumah atau luar rumah. Tak sama hidup kita dengan para sahabat dahulu. Panduan mesti ada untuk mentafsir agama. Baca al-Quran tak boleh baca terjemahan sahaja tetapi kena baca tafsirnya sekali. Berguru itu penting. Menyampaikan hadis palsu pun berdosa apatah lagi nak tafsir agama ikut logik akal.
BalasPadamBulan Ramadhan ni kalau boleh taiplah artikel yang berfaedah daripada mengumpat dan mengata orang.
Berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran.
pertamanya, perbezaan mendasar antara raja petra dan kaum-kaum dari genre bertakbir di luar forum bar council adalah raja petra bukanlah laksamana kapal yang akan menuntut satu perbincangan terbuka dihentikan sama sekali. raja petra ini juga kelihatannya tebal, tahan-lasak dan senantiasa segar-bugar, mungkin beliau ada mengamalkan silat cakar harimau - kerana pegangan pribadinya begitu teguh dan berdisiplin, beliau tidak mudah meneriak "oh maruah saya sudah tercabar, terhina..."
BalasPadamjika anak-anak kapal bertakbir ini dapat menyuarakan bantahan/pendapat mereka terhadap kandungan dan isi forum tersebut dengan cara yang sopan, beradab dan berlandaskan akal fikiran yang berbelas kasih itu tidak mengapa. tetapi mereka menyamakan penyataan pendapat dengan tuntutan forum dihentikan. ini dua perkara yang berbeza. yang pertama akan membenarkan mereka untuk turut serta dengan penuh kejujuran dan menyatakan dengan berprinsip, kenapa perbincangan-perbincangan yang diadakan itu tidak adil dan kelihatan berniat serong pada kepentingan mereka. paling tidak pun mereka hanya berprotes tanpa ada tuntutan supaya perbincangan dihentikan. yang kedua adalah masuk dewan hanya untuk cek jika forum sudah diselesaikan, dak?
keduanya, saya mengesyaki anak-anak kapal ini terlalu sombong untuk berfikir, apa akan terjadi jika pegangan-pegangan kerohanian/adat/budaya mereka merupakan pegangan minoriti di sesebuah negara-bangsa yang semakin lama semakin berpihak kepada sebuah pegangan dominan, walaupun terdapat jaminan-jaminan rasmi yang pegangan minoriti bebas diamalkan. kemudian mereka melihat pegangan dominan ini semakin lama semakin yakin bahawa pegangan kerohanian ada kena mengena dengan identiti replikasi genetik, walaupun replikasi genetik itu tidak peduli dengan identitinya sendiri - ia hanya tahu merreplikasi.
pada waktu ini, mungkin baru mereka mereka mahu menilik hati dan akal mereka dan berdebat tentang persoalan-persoalan yang tidak mengganggu mereka sekarang, iaitu, apa akan terjadi kepada mereka dan negara mereka jika negara-bangsa itu mula:
(i)melarang mereka dari menonjolkan apa-apa juga simbol-simbol dan kewajiban pegangan mereka di ruang seawam sekolah contohnya;
(ii)melarang mereka mengajar pegangan-pegangan kerohanian pribadi mereka ke kaum yang berpegangan dominan; atau
(iii)jika ada antara kaum berpegangan dominan berminat dengan pegangan-pegangan mereka, individu-individu ini akan dihantar ke Unit Pemulihan Pegangan-Pegangan Pribadi yang ditaja negara; atau
(iv)apabila ada di antara pasangan-pasangan mereka yang tiba-tiba bertukar pegangan kepada pegangan lain, mereka terpaksa melalui sistem perundangan yang berlandaskan pegangan tersebut hanya untuk memperolehi hak penjagaan ke atas anak-anak mereka sendiri.
ketika ini, mungkin anak-anak kapal ini akan tahu padahnya sebuah negara-bangsa yang mengambil pihak terhadap kepercayaan-kepercayaan kalbu dan hati yang pribadi sifatnya. ketika ini, anak-anak kapal ini mungkin mahu berforum dan berbincang. tetapi sayang, mungkin mereka tidak akan dapat berbincang ke mana, apabila segerombolan bala orang-orang mula berteriak di luar forum, agar forum dihentikan dan lebih baik unta-unta di forum pulang ke gurun tempat asal mereka.
ketika itu anak-anak kapal ini mungkin akan melaungkan, negara-bangsa itu harus adil dan, he he he, sekular. ketika itulah mungkin, laungan sekular buat mereka bukanlah satu buaian yang buruk, tetapi taman nasionalis yang suci lagi menusuk kalbu, yang akan dapat menjaga kepentingan dan keadilan semua.
mungkin slogan-slogan mereka ketika itu sangat seksi sekali dan amat-amat cool untuk dilekatkan di kapal-kapal mereka dan skrin kaca kereta saya. Contohnya: "kita memihak kepada sekular bukan kerana kita anti-kerohanian, tetapi kita berpihak pada penjaminan sekular untuk menghormati semua tradisi kerohanian dengan lebih baik", atau "secularists against theocracy - for the security of your own religiousity".
hahaha wei mat kilau! lantakla nak copy ke ape ke. lantaklah filem rojak ke ape ke... bukan ko bagi subsidi la. bendera jalur gemilang pun dicopy2, lagu mamulamoon di cetak rampok. logo merdeka 51 pun dicopy...wei-wei ko tau tak. ke tak tau mende-mende. tula, jenis manusia bodo memang susah sikit nak dapat wahyu. memalukan nama mat kilau jelar ko ni... busuk! najis!hahahah
BalasPadamAssalamu'alaikum Wr,Wb
BalasPadamTAJUK INI SAYA SANGAT MINAT
Jangan jadikan agama sebagai pelindung,MAKSUD INI SANGAT UMUM, agama apa? dalam planet bumi ini terlalu banyak agama, selagi ada bangsa manusia maka selagi itu ada agama kecuali orang yang berfahaman athis, agama selain daripada ISLAM sudah tentu tidak akan di terima, sebab yang jadikan planet bumi ni ialah Allah, yang jadikan manusiapun Allah, yang jadikan agamapun Allah,di antara agama-agama hanya agama Islam saja yang Allah turunkan dari alam ulwi selain itu adalah agama akal, termasuklah AGAMA ISLAM ada orang jadikan ia sebagai AGAMA AKAL, saya tidak nampak mengapa orang islam begitu tersentuh dengan islam yang ada sekarang jika di hina maka orang islam begitu melenting, bagi saya ISLAM YANG ADA SEKARANG adalah Islam "ISLAM MINAN NAS KUFUR MINALLAH" (iSLAM PADA PANDANGAN MANUSIA TAPI PADA HUKUM TUHAN ADALAH KAFIR) Mengapa saya katakan demikian? jawapannya ialah ISLAM SEKARANG tidak berasaskan LA ILAHA ILLALLAH dan MUHAMMADARRASULLULLAH, bagi saya ISLAM HANYA SATU ia itu islam sebagai DIN (way of life) dan DIN itulah tempat berlindung !!! Saya yakin ISLAM YANG TIDAK BERASASKAN al Quran dan Hadis yang soheh maka itu BUKAN ISLAM, terpulang kepada manusia untuk memahami ISLAM yang sebenar dan ISLAM yang tidak sebenar, sebagai contoh misalnya se orang yang hendak nerobohkan bangunan mahkamah syari'ah, maka tiada daya bagi kita nak menahannya kerana mahkamah tersebut tidak mengamalkan ajaran islam yang sebenar, sebagai contoh mana ada hukuman daripada agama islan yang menghukum dengan hukuman WANG, ertinya itu bukan HUKUM ISLAM ISLAM ADA HUDUDNYA,QAZABNYA, ertinya selagi orang yang di katakan ISLAM tidak berhukum dengan hukuman ISLAM daipada Allah maka mereka adalah KAFIR sekalipun mereka itu hidup sebagaimana islam yang kita fahami sekarang
Islam hanya kepunyaan Melayu kah? Why 2004 election...BN memang besar, tiada apa-apa ketegangan agama dan bangsa pada masa tu. Tapi lepas atau dekat-dekat sebelum 308 election, especially 816 by-election. ketegangan jadi begitu serious? Sebab nya...tu AMNO sudah faham, ramai org melayu started to feel cheated by them kerana rasuah, pembahagian harta economi yg tak aci (bukan semua melayu berfaedah, hanya segolongan/gang mereka). So, dia mati-2 mesti mengambil perhatian semua melayu supaya berdiri bersama. Baik sekali ialah mencetuskan ketegangan antara bangsa..dgn agama. then indirect semua akan berpihak kepada dia. betulkah? No wonder la...saya punya kawan kat singapura cakap...Malaysia sepatut nya sebuah negara yg lebih maju sebab u org merdeka lebih awal, sumber semulajadi yg penuh...singapore apa pun tak ada..air pun kena beli dari org lain....tapi walaupun kami 6 tahun merdeka lebih lewat daripada malaysia..siapa berani kata kami kurang maju dari malaysia.
BalasPadamSebab u punya kerajaan atau politicians yg pegang kuasa pandai memecah-belahkan rakyat dgn agama dan bangsa. supaya senang control..tapi ni mcm punya negara mcm mana boleh maju? nasib baik also, kalu tidak singpore tak akan lebih maju dari malaysia. SAKIT hati kah kita sebagai malaysian dgr ?
Kalu kerajaan ni betul-betul nak menolong kita...cara dia sudah salah...tapi sebagaimana yg saya tau..mereka bukan tak pandai..malah terlalu pandai nak mengukuhkan keuntungan sendiri. Tuan-tuan dan puan-puan, sila tengok, kita sudah merdeka 51 tahun...kerajaan pun mengamalkan banyak dasar-dasar, kuota-kuota yg hanya utk kita melayu..tetapi mengapa kita masih tidak boleh bertanding dgn bangsa lain..especially cina. sebab kita bukan betul-betul enjoy it. ni hanya tricks from the BN. 51 tahun tau....bukan 51 hari...tapi masalah social makin banyak..sebab org kita termanja...sampai ingat hanya duduk saja, nasi akan masuk mulut. then tiap-tiap hari malaysia boleh saja...apa yg boleh? semua pun makin merosot. BN ni bukan jaga kita..malah melemahkan kuasa persaingan kita dgn dunia luar...bagai ibubapa yg asyik manja anak saja..end up..anak jadi sampah pulak. Cakap betul, bangsa kita kat singapura dan luar negeri, tidak menerima apa kelebihan, bukan kah mereka lebih berjaya. jgn cakap jauh, jiran saja, singapore, kawan saya kata, melayu di singapore lebih bangga dgn kejayaaan mereka dari malaysia punya. tanpa kelebihan..mereka berjuang sendiri, ramai yg berjaya juga...
sekain terima kasih...sudah bosan..negara ni mcm mana nak maju?
ko ni banyak cakap la isham..dah la penakut lari pegi negeri orang..ko pun tak layak nak cakap pasal agama.sembahyang aku tak tahu la,free sex lagi, kinum arak..boleh blah la ko..ko ingat siksaan allah skit..ubah hidup sebelum terlambat..umo dah tua dah..
BalasPadamho ho, mendiang farangi, macam kenal je gaya penulisan tu..
BalasPadamapa khbr? blog dh tutup? (kalau betol la tekaan aku ni) :)
inti artikel simple je...iaitu United Malays National Organization cuba bermain strategi utk MANUFACTURING CONSENT. islam ke, melayu ke, hindu ke, kristian ke itu cuma LATAR dari apa yg hendak diceritakan. si hisham ni cuma mengetengahkan perkara2 STRATEGI dan TAKTIKAL yg sedang dilakukan oleh para MUSANG BERBULU AYAM yg cuba memecahkan PR. Zul Nordin pulak termasuk dalam perangkap tu. apa yg susah sangat korang nak faham ni??? Sama je lah mcm JAWI dan lain2 yg tak faham artikel RPK tu!
BalasPadam~pakkaramu~ said :
BalasPadammana ada hukuman daripada agama islam yang menghukum dengan hukuman WANG, ertinya itu bukan HUKUM ISLAM ISLAM ADA HUDUDNYA,QAZABNYA, ertinya selagi orang yang di katakan ISLAM tidak berhukum dengan hukuman ISLAM daripada Allah maka mereka adalah KAFIR sekalipun mereka itu hidup sebagaimana islam yang kita fahami sekarang.
September 6, 2008 5:08 PM
------------------------------
Aku sanjung kebenaran yg haq dari kata2 ~pakkaramu~ kerana mahkamah syariah yg ada ini tidak menjalankan hukum dari Alquran dan Hadiths tanpa Hudud dan Qazabnya mereka mengubah hukum Allah dari itu jelas mereka adalah KAFIR yg menyangka diri Islam...dari itu semua perbuatan amalan mereka ditolak dan batal disisi ALLAH....mereka ini sesat lagi menyesatkan orang yg lain..... Nauzubillahiminzalik.
Saya secara peribadi sangat tidak bersetuju dengan pendapat yang menyatakan Al-Quran/Islam tak boleh ditafsir ikut akal. Habis tu kalau tak guna akal takkan nak guna kepala lutut. Ulamak sendiri juga mentafsirkan Islam menggunakan akal kenapa orang lain dilarang menggunakan akal yang sama untuk mentafsir. Bukankah Allah menganugerahkan akal fikiran kepada manusia utuk berfikir? Kalau penggunaan akal dilarang maka tiadalah lagi keistimewaan anugerah Allah ini kepada makhluk bernama manusia. Tafsiran Islam menggunakan akal sememangnya wajar dan dibolehkan sahaja asalkan tidak bertentangan dengan sesuatu yang telah dimuktamadkan oleh ayat2al Quran itu sendiri. Tafsiran Islam tidak boleh dimonopolikan oleh sesiapa sahaja terutamanya yang berkuasa memerintah. Ia harus terbuka dan jujur.
BalasPadamjom mengkafirkan orang dan memasukkan dia kedalam neraka hahaha ohhh aakah tuhan begitu kejam untuk kita?
BalasPadamTuhan tak kejam beb.....yg kejam lu sendiri tak ikut perentah Tuhan, lu sendiri dpt hukuman so ada akal lu pk baik-baik beb sebab2kena musibah.....jangan bila celik2dah dlm lubang kubur lu nangis nyesal tak dpt SOS lagi beb !
BalasPadamkalau hati tak cukup bersih jgn pandai2 menafsir alQuran dan hadith... jaga fitrah diri. nak tafsir Quran n Hadith guna hati kn akal semata.. kalau guna akal leih kurang Yahudi tafsir Quran la..tak masuk Islam pn Yahudi tuhh.
BalasPadamUlamak muktabar sumer pakai ilmu ilham yg mana hati yg ersih je mampu tafsir Wahyu..ada Pahemm