Sabtu, 6 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Sabtu. Hujan turun lebat dari entah pukul berapa.
Jam empat petang masih renyai.
Pak Cik dan Pak Cik empunya warong jajan hati gundah gelana.

Di tempat letak kereta Pasar Seni
Sewa sebuah warong 3000ringgit untuk sebulan
Hairan. Bumi ini semakin menjadi hak persendirian
Soalan - Apa akan jadi kepada kami yang tidak memiliki sebahagian dari bumi ini.

Hari raya lagi 25 hari.

Kasut lama kalau di kiwi dan di ganti tapak pasti cantik.

Cuba buka almari kain baju dan lihat berapa puluh helai
kain baju yang telah kita lupakan.

Bayangkan jika kain baju ini boleh menangis
Pastilah ianya telah menangis lama
Kerana ianya telah kita tinggalkan
Kenapa agaknya kita bertukar kasih
Meningalkan baju lama dan jatuh cinta dengan yang baru.

19 ulasan:

  1. btul bro, baju lama gua banyk btul dlm almari. ingat nk kasi adik gua pkai ar bro.

    tp gua nampak ramai pompuan skrg pkai baju sama saiz dgn adik kecik gua bro.

    tu sebab dia kata tak COOL bro!

    sama macam kakak yg bisa nampak pusat tu. haha.

    BalasPadam
  2. jangan bersedih...ini amat menyentak perasaanku bro. hujan ini kerna bumi malaya menangis kegembiraan menyambut kerajaan baru....tiga kali takbir buatmu!!!

    BalasPadam
  3. Sdr,
    Antara sebab saya amat menghormati sdr ialah sikap saudara yang tidak menganjurkan pembaziran dan tidak menyanjung kehidupan mewah, termasuk yang dibuat-buat oleh kebanyakan orang. Ini juga ciri Islamik, tapi malangnya ia tidak disedari atau dihargai semua orang. Mungkin sebab sdr tak nampak macam lebai.

    din

    BalasPadam
  4. raya 24 hari lagi la bro isham

    BalasPadam
  5. baju lama jual kat bundle bro..boleh pakat beli baju baru tapi kat bundle juga..kire mcm lompat baju lah

    BalasPadam
  6. halooo en.isham.
    apa apa pun kalau dah lama, jemu mesti tukar yg baru, apa saja...baik barang,politik pun kalau dah lama mesti tukar juga, ini mesti...

    BalasPadam
  7. terima kasih kerana mengingatkan kita semua betapa manusia alpa dan lupa tentang erti hidup sebenar.
    PEMBAZIRAN demi PEMBAZIRAN bermula di rumah dan bilik sendiri.
    Alangkah bagus kalau baju dan seluar boleh berkata dan menempelka kepada manusia yang hanya mahu memaki yang cantik.
    Aduhai manusia yang lekas lupa mereka juga akan menjadi buruk dan hodoh....

    BalasPadam
  8. Tuan,

    Tuan amat sensitif hari ni.Mengenal diri namanya agaknya.
    Selamat Berbuka.

    BalasPadam
  9. begitu mahalnya sewa tapak parking..... wahhhh.... wahhhh...

    BalasPadam
  10. Salam..

    Hujan yang turun membawa seribu rahmat dari Ilahi untuk umatnya yang bersyukur dalam menjalankan perintah dan pejuanganNya.

    Hujan yang turun juga membawa seribu bala untuk umatnya yang engkar dalam menegakkan perintahNya.

    Mungkinkah..
    Rahmatnya untuk kerajaan baru.?

    Mungkinkah..
    Bala untuk kerajaan pemerintah.?

    Dan biarkan hujan itu terus berlalu dalam tangisan baju-baju lama sambil kita terus bersyukur dengan Ramadhan AlMubarak.

    Selamat..takbir!!

    BalasPadam
  11. We don't need extremist in any party that wants to bring harmony to all malaysian people. Right now i can see two, Mat Sabu and Zulkifli Nordin. These are the people that will bring havoc and divide what the people believe in...

    Mat Sabu... put a sock in it!

    BalasPadam
  12. kasut dr martens yang aku jual tu,kasik kiwi bagi kilat isham.aku pun nak cari kasut bundle sepasang raya nih.munkin kasut convers lebih bagus.save some money!!.

    BalasPadam
  13. selamat berbuka bro! sekarang ni kena berjimat cermat, minyak masih tinggi. Ubah gaya hidup bak kata Tok Najib. Biar bini berbaju London, kita baju pagoda Mydin dah la.. hehe

    BalasPadam
  14. isham ekau balik jolobu ko? malam ghayo meh join ese pi lotupkan meghiam buloh eh!

    ekau tulung ajor samo ese camno nak bikin menghiam buloh.

    den nak tembak kLcc malam tuh. melotup-lotup meghiam buluh kito nanti.

    pueh ati den.


    melotup-lotup eih!

    BalasPadam
  15. selua, baju, kasut yang dah lamo tu dah ghopot la abang isham oi! kalau dah tak buleh pakai, takkan nak disaghong yo... kono la boli baghu. tapi boli la yang elok2, jangan la mahal bona... agak agak la... kalau tak tuka kang kok jadi macam cito p ramlee, macam ghuti kighai! kah kah kah
    tak do oghang nak komen pasal den cakap pasal mat sabu ngan zulkipli nodin ko?

    bondo yang tak boto tu jangan la kot boto an... dioghang tu memang gilo la...

    BalasPadam
  16. salam, bro

    baju lama satu cerita. kawan lama amacam? jom ramadhan ni kita cari sorang kawan lama atau saudara lama yang dah lost contact...

    BalasPadam
  17. isham, ese ingat nak join ekau masuk kek alam "streben tuen" aaar.

    Wah somak botul dunio sekaghang ni kan? Dah tak tontu yo pulak...


    Ni haa sobolum den nak sahur, dengan bemughah ati den sedekah pantun 2 tangkai kat ekau...ambik ni ha. Buat bokal dunio akhighat..


    Jelebok ke Jolobu,
    Malam ghayo ese gigit tobu.

    Isham suko isap curut,
    den baco blog ekau cam nak pocah poghut...eh!




    *STREBEN TUEN = alam tak bernamo@ alam tak ghoti atau alam payah nak paham.

    BalasPadam
  18. wa dah cakap...kalau ada baju dan seluar yang lu dah tak pakai......kasi derma sama wa......anak yatim piatu

    BalasPadam
  19. raya tahun ni semua outfit saya di recycle.. barang dah mahal.. tak mampu nak beli yang baru..

    BalasPadam