Ahad, 14 September 2008

SURAT AKU KEPADA KAU

aku tahu di mana kau berada malam tadi
aku tahu di atas lampiran apa kau tidur
bilik itu pun aku tahu
tingkap kecil besi itu pun aku tahu

setiapa kali klik klik klik... bunyi itu pun aku tahu

apa yang kau makan aku pun tahu
jam berapa makanan itu sampai aku pun tahu

dimana tandas dan dan warna apa baju kau pakai aku pun tahu

( dalam perjalanan ini bang .... jauhnya bukan main – suara isteri kau menusuk ke telinga aku )

aku telah melihat tangisan seorang ayah di hadapan jeriji besi
aku telah melihat lelehan air mata seorang isteri yang suami nya entah dimana
aku telah melihat jeritan seorang anak yang ayahnya telah hilang pergi

bila matahari jatuh aku tahu kau mengira hari
aku tahu kau akan mencakar dinding tembok itu agar kau tahu hari begerak
aku pun tahu siang dan malam kau adalah sama

hari pun berjalan
aku pun tahu betapa lambatnya detik dan saat beralih
hari pun berjalan
aku pun tahu betapa hati kau dirusuk rindu
hari pun berjalan
aku pun tahu

( dalam perjalanan ini aku pun tahu masih ramai yang tidak tahu )

kepada mereka yang tidak aku
lalu aku ingin tahu

katakanlah kepada aku berapa banyak lagi kitab yang wajib aku tuliskan agar hati kau terbuka luas
katakanlah kepada aku berapa timbun jongkong emas yang perlu kau kumpulkan sebelum hati kau terbuka luas
katakanlah kepada aku berapa ratus jong di laut yang kau perlu sauhkan sebelum hati kau dapat menilai erti kemanusiaan
katakanlah kepada aku berapa banyak lagi kuasa yang kau perlukan sebelum hati kau berdetik untuk melihat
katakanlah kepada ku berapa mayat bergelimpangan yang kau perlukan sebelum kau dapat menjadi insan

bila kau tidur malam ini bayangkan malam yang tidak sudah-sudah
bila kau tidur malam ini bayangkan salji turun tidak berhenti-henti
bila kau tidur malam ini bayangkan tangisan seorang anak
bila kau tidur malam ini bayangkan seorang isteri sujud berdoa
bila kau tidur malam ini bayangkan sorang ibu sedang membakar lilin
bila kau tidur malam ini bayangkan seorang insan yang tidak boleh tidur

(bila kau membaca surat aku kapada kau
jika kau marah – delete lah surat aku ini –)

perjalanan ini masih panjang
tangisan itu masih ada
lilin itu masih terbakar
doa itu akan berterusan

salji itu akan mencair
ribut itu akan berhenti
malam itu akan membawa subuh
subuh akan membawa matahari

bila matahari sampai aku akan menghulurkan tanganku kepada kau
tanda setiakawan kita sesama manusia
kerana aku yakin kau juga adalah seperti aku juga
yang hidup dalam satu perjalanan

33 ulasan:

  1. Hellloooo aku engkau!

    Aku tahulah aku engkau tu aku mereka dan bukan aku engkau tu.

    Tapi aku engkau tu kenalah aku bahawa aku mereka itu perlukah aku engkau tu.

    Jadi, aku engkau tu mesti terus terbakar untuk menerangi aku mereka dan aku aku.

    Jangan aku engkau tu hilang kerana aku aku ni akui hilang kalau aku engkau tu hilang dari aku aku ni.

    Aku engkau faham ke aku aku ni?

    BalasPadam
  2. Very touching and deep.

    FM

    BalasPadam
  3. What relief I am feeling now.
    I visited Tukar Tiub perhaps 40 times the last two days wanting to hear you, worried too that you may have gone 'missing'. Trying times these days.

    I like your style. Bringing across news and messages in your salty, earthy language.

    This one that I am responding to is a plea that paints the sincere lamentations of the ones paying the price with loneliness, anguish and helpless hopefulness. I truly hope and pray that someone up there reads and has a heart that can still be touched.
    Jangan hati dah mati. Kaku.

    BalasPadam
  4. tulisan kau sungguh romantik. aku terharu. semasa kau di dalam aku masih terlalu kecil. semasa kau terkurung aku masih terlalu muda. kini jika kau derita buat kesekian kalinya aku sanggup menghulurkan tangan untuk membantu bukan hanya memandang dan membatu. surat pendek ku untuk isham rais.

    BalasPadam
  5. "...aku juga tak lupa,tembakau paket kecil beharga RM50.00,tak lupa juga kertas bungkusan nasi tengahari digulung menjadi rokok..teman yang menjadi rebutan..."

    BalasPadam
  6. Terkesima membaca keindahan bahasa,
    Mesej yang sinis dan harapan yang punah.

    I remain, forever your fan.

    BalasPadam
  7. bro..
    suspen betul la...
    ingat dah kena operasi lalang ke?

    BalasPadam
  8. Terlalu risau,hampir beberapa jam menjenguk tukar tiub yang tiada berpenghuni.

    TQ,isa

    BalasPadam
  9. You, your family members, your love one could be next ISA detainee, We need to stop that. Pls support the petition. It's not only for Raja Petra, Terasa Kok and all other Detainee, it's for OUR FUTURE, OUR GENERATION and OUR BELOVED COUNTRY.
    Pls forward to all People you know in this WORLD not only to Malaysian.We dont want being call 2nd Zimbabwe.

    http://www.petitiononline.com/freetkok/petition-sign.html?

    The petitioners hence resolves that the BN government should not use draconian powers under the ISA to cling on to power and demands the immediate and unconditional release of Teresa, Raja Petra, the Hindraf 5 and other detainees. In addition, we the petitioners demand the immediate repeal of the ISA to prevent abuses that oppresses the fundamental liberties of each and every Malaysian.

    The arrest of Sdri Teresa Kok, Raja Petra Kamaruddin, the Hindraf 5 as well as others is hence arbitrary, high-handed and a mockery of democracy. By labelling Teresa and others as threats to national security without any shred of evidence is a travesty of justice and a gross violation of human rights

    BalasPadam
  10. lihat saja kuasa ISA...
    boleh menukar pak lawak kepada pemuisi romantis.... hahaha
    syabas..aku rasa ini pertama kali aku mambaca tulisan seumpama ini dari Hishamudin...
    tabik!

    BalasPadam
  11. Tuan Isham;

    Tuan sepatutnya tambah:

    "Nak ke engkau terima surat tanpa kepala surat dari aku?"

    Tanpa kepala surat biasanya bererti "nobody"!

    Salam aku untuk engkau wahai Tuan empunya blog!

    BalasPadam
  12. lega rasanya bila tuan rumah masih ada...
    sepanjang jalan tadi asyik nampak perkataan 'tukar tiub' dimana mana saja di KL ni...
    sekali terpandang teringat kat bro Isham

    BalasPadam
  13. Aku memahami suara hati seorang Isham. Ko menulis dan telah menyentuh lubuk hati aku yang terdalam.

    Aku kecewa dengan kerajaan hari ini. aku sabggup di ISA kan demi berdirinya sebuah bangsa Malaysia yang agung.

    Salam perjuangan Isham!

    BalasPadam
  14. mendalam puisi tu.....

    BalasPadam
  15. Salam Tuan,

    2 hari tak muncul, ingatkan dah kena angkut sekali, anyway lega when see you posting again.. keep it up..

    Regards,

    BalasPadam
  16. Salam..

    Alhamdulilah..masih ada lagi..
    Saya ingatkan sesuatu yang buruk telah menimpa saudara,maklumlah Operasi..

    Duk kat Dalam adalah ujian dan pengorbanan bagi pejuang tetapi semangat pejuangan pastinya akan lagi membara dan harapan menegakkan keadilan pasti akan datang jua.Walaupun pada hakikatnya mereka terinaya,moga-moga mereka tidak berputus asa.

    P/s-Sebagai warganegara saya
    megutuk ketidakadilan ini.
    Hapuskan "ISA"!!

    Salam..takbir!!

    BalasPadam
  17. salam bro,
    lu x update blog wa rasa handicap!

    Ya! aku tak rasa seperti kau tapi membayangkannya dah cukup buat aku terseksa... duduk dalam tandas awam 5 minit pun rasa nak mampus!

    ...... tapi jerkahan munkar nakir di liang lahad lagi ngeri dari SB kot?

    BalasPadam
  18. btol la bro, wa igt lu pon kantoi sama ISA tu, so good to have tu back..teruskan bro...

    BalasPadam
  19. Berdasarkan laporan di Malaysiakini, katanya ada menteri dari kelantan yang katanya tidak gemar tentang ISA, entahla, bingung tengok politicking telah mengatasi suasana lebaran dan ramadhan kali ini, rasanya bulan ramadhan tahun ini seperti tidak ceria kerana terlalu banyak cerita politik. Ya Allah bersatukanlah ummat mu ini. Amien

    BalasPadam
  20. sehari suntuk semalam dan hari ini kemana abang hisham pergi, sonyap je, tak kan komputer masuk virus kot

    BalasPadam
  21. Berlinang airmata bang.....



    Al.Fatiha
    Chairil Anwar
    (July 26, 1922 — April 28, 1949)

    BalasPadam
  22. Bang isam,

    Tak dapat baca Tukar Tiub sehari, rasa macam tak dapat isap rokok selepas berbuka puasa laa..
    ketagihan ni...

    kah kah kah (sudah lama abang tak gelak)


    p/s: apsal takde countdown hari raya.. nak tahu cerita tuan warung jajan..

    -kuda padi-

    BalasPadam
  23. Bro Isham Rais,

    What language of such beauty!
    I am so moved with such poetic arrangement of words.

    What’s written means deep, but deeper to as where you've been.

    The immense agony I feel is not even a billionth to scale of what it feels to be incarcerated in the room with a small iron window.

    With tears still rolling of my cheeks, I grieve for the sorry state of our nation.

    I wish you to be well.

    P/S- The revolution will not be televised.
    The revolution will be LIVE!

    BalasPadam
  24. sebak ku membaca nukilan mu...
    sebak lagi kubayang anak2 yang ada bapa tapi yatim...
    isteri2 yang ada suami tetapi balu....

    BalasPadam
  25. cuak menanti 2 hari blog ini tak dihapdet.uncle hisham, saya masih terlalu muda ketika uncle ditahan dulu.yang saya ingat cuma "dari jemapoh ke manchestee".
    harap hati-hati yang kotor dan busuk dapat diganti..

    BalasPadam
  26. BRO.....teruskan LAWAN TETAP LAWAN....

    BalasPadam
  27. pergh incek..ramai yang risau nih bile incek tak update sehari dua nih..tengok la betape ramai nye regular visitor yang kempunan nak bace tulisan incek..

    anyway, puisi yang amat hebat..pengalaman incek memang buat puisi tu hidup.. tapi entah la, si penerima tu mungkin masih rasa dirinya setaraf Tuhan, tak takut mati, tak takut balasan di hari kelak..mungkin die rase die tak kan mati..doalah terbukak hati nye..jutaan umat yang dizalimi berdoa keburukan dia, apalah nasib dia disana nanti..

    wallahualam..

    BalasPadam
  28. Bonjour mon ami,

    "Liberté, égalité, fraternité, ou la mort!"

    Ciao!

    BalasPadam
  29. yehh! kau aku itu aku dan kau. dan aku dan kau pasti bukan mereka. Mereka juga amat pasti bukan aku dan kau. memang dalam bro!

    BalasPadam
  30. Fooh,very depressing lah..aaargh!!perlu masuk u-tube n buka blind willie johnson's "dark was the night,cold was the ground"

    BalasPadam
  31. Siot la lu Isham, banyak masa aku habis baca puisi ko...kalau cerita dongeng rakyat macam Kerbau atas Katil...lagi kacau...aku minta tuhan kasi bakat macam ko kat aku..insyaallah.

    Navy pencen

    BalasPadam
  32. puisi romantik yang padu!
    aduh dalamnya ia menusuk kalbu.

    BalasPadam