Jumaat, 12 September 2008

Terkini: Teresa Kok ditahan ISA

Ahli Parlimen Seputeh merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor telah ditahan ISA.

Operasi lalang 2 telah bermula?

17 ulasan:

  1. Mata kail telah dilabuhkan, umpan telah ditaburkan..INGAT!! jangan termakan..Mungkin percaturan TDM telah dimulakan, siapa tahu??

    BalasPadam
  2. salam abang isham...

    apa khabar,,,, ini hari posa apa istimewa juadah berbuka..

    kita tak pernah berjumpa.. cuma tengok gambo jer...

    aku mintak maaf lah ngan ko bang isham... kot kot ada terkasar bahasa ... tau lah suasana sekarang nih.. pernah baca artikal ko. ada yang aku tak stuju... tapi pendapat ko.. ikut persepsi semasa. aku pun komen gak tulisan ko tu ...kot kot ko terasa aku mintak maaf lah sempena ramadhan nih.

    salam

    BalasPadam
  3. hey...ini memang dak tau..kan,..tapi...gang in memang kala.....

    BalasPadam
  4. kah kah kah.....
    BN buat lawak raya pulak.
    Nok dekat nok mampus pun nok cari nyawa.

    BalasPadam
  5. aku harap rakyat malaysia akan dapat hidup aman suatu hari nanti.
    hmmm.

    BalasPadam
  6. aku bukanlah penyokong teresa kok... tapi tak patut dia di tahan... tak patut... abis bukit bendera nape bebas....

    Ya Allah kau berilah kami jalan yang terbaik pada bulan mulia ini... Jatuhkanlah BN dan tegakkan lah PR demi Islam dan kebenaran...

    BalasPadam
  7. knp dia plak kena tahan?apa salah?

    BalasPadam
  8. Saudara Isham

    Putih itu hitam
    Hitam itu putih

    BalasPadam
  9. Lain makan Nangka,lain pula yg.kena getahnya.

    BalasPadam
  10. Sajak Buat Depa

    Hangpa..
    awat bertindak sebegini rupa
    dah terdesak sgt nampak gayanya
    tidoq malam pun dah tak lena
    dok menghitung hari yg bakal tiba
    gelabah beruk dan juga ungka
    memang hangpa ni ce**ka

    Hangpa..
    manusia jenis apa
    tangkap kurung org suka-suka
    rompak samun cekau harta sini sana
    buat negara mcm bapak atuk punya
    anggap diri dah sgt berkuasa
    angkuh sombong bongkak tunjuk kat dunia

    Hangpa..
    memalukan negara saja
    udah melayu mengaku Islam pula
    tapi perangai lebih teruk dari ramsis kedua
    bila diamanah akan sedikit kuasa
    dah nak buat apa-apa saja
    ikut suka hati anak menantu belaka

    Hangpa..
    ingat !! hidup ini x lama
    80++ pun dah dikira ekstra
    mati nnt ditelan bumi jua
    so jgn angkuh sgt tunjuk berkuasa
    bala malapetaka akan menimpa
    tiap kerja akan dibalas-Nya
    tunggulah..Surga atau NERAKA
    yang PASti akan dapat ganjaran dan balasan Nya...

    Salam Reformasi.

    BalasPadam
  11. Wallawey, best la tgk en isham dalam al jazeera, stylo maaa...english the very berabuk and passionate like al pacino...pergh! saludd

    BalasPadam
  12. Saya tonton lakonan saudara dalam Aljzeera. Sungguh menghiburkan!

    Apabila saya kenang, saya gelak sendiri.

    BalasPadam
  13. Tahun 2004 adalah tahun kemuncak Pak Lah, dia menang besar dalam pilihanraya umum yang diadakan pada tahun tersebut. Tapi sayang, kerana terlalu yakin dengan kemenangan besar yang diperolehi pada masa itu membuatkan beliau tidak lagi peka sebaliknya menjadi pekak kepada masalah rakyat.

    Beliau lebih suka mendengar masalah rakyat dan mengatur strategi pentadbiran Negara melalui penasihat-penasihatnya yang salah.

    Keresahan kaum India yang dirupakan melalui Hindraf tidak ditangani dengan betul, malah beliau mengambil langkah berkonfrantasi dengan Hindraf dengan menangkap beberapa pemimpin mereka di bawah ISA. Langkah Pak Lah ini dianggap oleh kaum India sebagai keterlaluan kerana Hindraf seperti juga MIC, antara pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak kaum India sekalipun tidak berdaftar.

    Memusuhi Hindraf samalah juga seperti memusuhi kaum India. Keadaan ini tidak sama seperti menangkap pemimpin-pemimpin kaum India yang mewakili parti DAP atau parti Keadilan Rakyat.

    Kemarahan kaum India dan rasa tidak puashati orang-orang Cina kepada kepimpinan Pak Lah telah banyak menyumbang kepada merosotnya undi BN pada pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008.

    Boleh dikatakan kemenangan BN pada piliharaya umum ke 12 itu banyak bergantung kepada undi orang-orang Melayu saja. Sejak itu orang ramai banyak menyalahkan Pak Lah di atas kemerosotan undi kepada BN itu. Malah ramai pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad bekas Perdana Menteri turut menyalahkan Pak Lah.

    Sebelum itu Dr. Mahathir memang tidak puashati dengan pentadbiran Pak Lah. Keputusan pilihanraya itu telah diambil kesempatan untuk dijadikan alasan yang kuat oleh Dr. Mahathir dan penyokong-penyokong beliau untuk menolak kepimpinan Pak Lah.

    Kerana desakan kuat dari pelbagai pihak dalam UMNO, Pak Lah telah cuba meredakan keadaan dengan mengemukakan rancangan peralihan kuasa. Dalam rancangan peralihan kuasa itu Pak Lah telah bersetuju untuk menyerahkan kepimpinannya kepada timbalan pada bulan Jun 2010.

    Semasa Pak Lah mengumumkan rancangannya untuk meletak jawatan dan akan menyerahkan kuasa kepada timbalannya, tidak ada pula kejadian ‘histeria’ berlaku pada pemimpin-pemimpin UMNO. Tidak sama seperti semasa Dr. Mahathir mengumumkan beliau hendak meletak jawatan pada satu masa dulu, di mana Rafidah Aziz, Hishamudin Hussein, Isa Samad bagaikan terkena histeria meluru ke depan untuk menghalang Dr. Mahathir meneruskan hasratnya itu.

    Walaupun rancangan peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Pak Lah itu dapat meredakan desakan pelbagai pihak untuk beliau meletakkan jawatan, tetapi kesan darinya menyebabkan kepimpinan Pak Lah bertambah lemah. Keadaannya samalah seperti seseorang yang telah dikenakan hukum gantung yang telah diketahui tarikh kematiannya.

    Makin ramai pemimpin UMNO yang lebih rapat dengan Pak Lah sebelum ini seperti Mahyudin Yasin telah mula berani membodek Najib supaya tarikh peralihan kuasa itu dibuat lebih awal dari Jun 2010.

    Sesiapa pun di waktu ini tidak takut lagi kepada Pak Lah, kerana hayat kuasa Pak Lah hanya tinggal tidak sampai dua tahun lagi. Kalaupun Pak Lah singkir dan pecat orang-orang yang menentangnya, pasti dalam dua tahun lagi mereka akan diambil dan diangkat semula oleh Najib dengan pangkat dan jawatan yang mungkin lebih tinggi.

    Kepada mereka yang inginkan pangkat dan jawatan yang lebih tinggi pada masa akan datang, maka sekarang adalah masa yang baik untuk membodek Najib bukan Pak Lah.

    Sekarang mungkin Pak Lah sudah dapat tahu siapakah kawan yang sebenar di masa susah. Dalam politik kawan boleh menjadi lawan dan lawan boleh menjadi kawan.

    Jangan sekali kita lupa bahawa yang menaikkan diri kita dalam politik hingga ke jawatan Perdana Menteri ialah undi rakyat, oleh itu jangan sekali kita lupa kepada mereka.

    Pak Lah telah dijadikan ‘kambing korban’ untuk disembelih bagi menyelamatkan BN, tetapi betulkah BN akan selamat selepas Pak Lah dikorbankan?

    BalasPadam
  14. bro. aku sedang gian menunggu update tukartiub.

    BalasPadam
  15. cuti ker abang???

    addicted to your blog la...

    BalasPadam
  16. ro isham....mana lama menyepi? tak kan merajuk kot. hope, bro x apa2. rindu akan khabar berita yg bro tuliskan. x lalu nk baca utusan melayau dan berita hairan. teruslah menulis...


    p/slama x dengar perkembangan berita pakatan rakyat gelak bro tu

    BalasPadam