Sabtu, 6 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Sabtu. Hujan turun lebat dari entah pukul berapa.
Jam empat petang masih renyai.
Pak Cik dan Pak Cik empunya warong jajan hati gundah gelana.

Di tempat letak kereta Pasar Seni
Sewa sebuah warong 3000ringgit untuk sebulan
Hairan. Bumi ini semakin menjadi hak persendirian
Soalan - Apa akan jadi kepada kami yang tidak memiliki sebahagian dari bumi ini.

Hari raya lagi 25 hari.

Kasut lama kalau di kiwi dan di ganti tapak pasti cantik.

Cuba buka almari kain baju dan lihat berapa puluh helai
kain baju yang telah kita lupakan.

Bayangkan jika kain baju ini boleh menangis
Pastilah ianya telah menangis lama
Kerana ianya telah kita tinggalkan
Kenapa agaknya kita bertukar kasih
Meningalkan baju lama dan jatuh cinta dengan yang baru.

JANGAN JADIKAN AGAMA SEBAGAI PELINDUNG

Nampaknya benteng akhir sesudah Ketuanan Melayu runtuh rantah ialah agama. Islam kini telah mula dijadikan alat pelindung. Dari hari ke hari semakin jelas jubah Ketuanan Melayu sedang di corak untuk diIslamkan.

Seorang peguam yang tindakan dan tingkah lakunya bukan saja kurang sopan – menggangu forum sivil - malah lebih mendekati bentuk samseng telah berkata, ‘ Saya orang Islam dahulu dan kemudian baru seorang peguam’. Inilah apa yang saya maksudkan membuat jahat tetapi berselindung di belakang tabir agama.

Ada dua perkara yang sering berlaku dalam situasi sebagini: Pertama: jika ada penganut Islam yang cuba mengeluarkan pandangan yang berbeza maka akan sampailah ‘ scud missile’ yang menuduh si Penganut ini kurang ariff dalam agama. Atau tidak bertauliah untuk bercakap dalam hal agama. Atau tidak tahu bahasa Arab.

Orang yang menuduh ini lupa bahawa setiap detik dan setiap saat si Penganut ini berkomunikasi dengan Yang Maha Esa dalam apa sahaja bahasa. ‘Scud missile’ ini dihadapkan dengan harapan si Penganut ini akan merasa terancam dan tidak lagi berani bersuara.

Mematikan perbincangan pastilah bukan ajaran mana-mana agama.

Kedua: satu ketika dahulu sesiapa yang cuba mengeluarkan pandangan, membuat laporan rasuah, atau penyalah gunaan kuasa yang dianggap ‘anti-Melayu’. Hari ini tema ‘anti-Melayu’ telah di kapankan. Yang bangun dari kubur ‘masih lagi tema anti-Melayu’ tetapi memakai topeng Islam.

Lihat apa yang terjadi kepada laman Malaysia-Today. Ini sebuah laman yang amat popular di Malaysia. Kerajaan telah mengarahkan pihak berwajib menutup laman ini. Alasan yang di berikan ialah laman ini ‘menghina Islam dan Nabi Muhamad’.

Gerombolan United Malays National Organisation tahu dengan menggunakan topeng agama ini penganut Isaam dalam negara ini akan marah. Kemarahan warga ini diharap-harapkan akan ditujukan kepada Malaysia-Today.

Laman web Malaysia-Today tidak menghina agama atau Nabi tetapi membocorkan kepada warga Malaysia tentang segala kerenah dan salah kuasa yang telah dilakukan oleh kerajaan yang di kepalai oleh United Malays National Organisation.

Laman ini terus memaparkan ‘cerita-cerita dalam’ yang tidak ada sangkut paut dengan agama. Malaysia-Today telah melaporkan berita tentang pembunuhan Altantuya, peranan Najib dan Rosmah dalam kes Mongolia, berita rasuah Johari Baharum, peranan samseng China dan berpuluh-puluh berita yang tidak akan dilaporkan oleh media pro- Barisan Nasional.

Islam dan Nabi Muhamad telah digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar tidak lagi mempercayai laporan berita Malaysia-Today. Jika warga naik marah diharapkan pengendali laman ini akan ‘diserang’.

Justeru, ini adalah contoh terbaik bagaimana segala kejahatan dan kemungkaran cuba ‘disucikan’ dengan menggunakan agama.

Akhir-akhir ini – sumpah dengan cara Islam - telah dilihat umum sebagai satu alat politik. Penganut yang bukan Islam pastilah hairan melihat ‘cara perundangan Islam’. Malah bukan sahaja mereka hairan tetapi melihat ‘ perundangan Islam’ ini sebagai ‘pembicaraan salah/benar’ yang tidak masuk akal.

Kalau dikaji maka akan kita temui bahawa semua ini adalah tanda-tanda perubahan Ketuanan Melayu yang di war warkan oleh Gerombolan United Malays National Organisation sedang beralih warna untuk dijadikan Ketuanan Islam.

Mungkin dalam masa yang tidak lama maka akan timbul hegemoni Islam dimana apa sahaja yang di anggap musuh politik kepada gerombolan United Malays National Organisation akan dianggap sebagai musuh Islam.

Islam kini bukan lagi sebagai satu ajaran agama tetapi telah di Melayukan dalam konteks Ketuanan Melayu. Islam dalam konteks Melayu cukup kolot. Ini kerana selama 50 tahun fikrah umat Melayu telah dibonsaikan oleh gerombolan United Malays National Organisation.

Umat Melayu telah diperbodoh-bodohkan sehingga ramai diantara mereka tidak lagi memiliki kudrat dan iradat untuk menggunakan akal fikiran. Otak yang bonsai lagi beku ini hanya sanggup menerima apa sahaja tanpa dilihat secara kritikal.

Bonsai akal dan fikiran ini telah merebak bagitu meluas sekali. Hari ini ada yang mengakui diri sebagai ‘alim ulamak’ yang telah meMelayukan Islam berpendapat bahawa agama tidak boleh dikaji dengan pengunaan akal. Lihatlah betapa merosotnya pandangan Islam yang telah di Melayukan.

Mereka ini sengaja melupakan betapa pentingnya ilmu pengetahun yang berasaskan akal fikrah dalam Islam. Tanpa akal fikrah tidak mungkin manusia wujud seperti manusia wujud di hari ini.

Kenapa semua ini berlaku?

Asas semua ini ialah perebutan kuasa politik. Gerombolan United Malays National Organisation selama 50 tahun ini telah memonopoli kuasa politik yang memungkinkan mereka melakukan apa sahaja atas nama Ketuanan Melayu. Kini konsep ‘Ketuanan Melayu ‘ telah dibakul sampahkan oleh umat Melayu sendiri.

Penolakan umat Melayu terhadap Ketuanan Melayu ini amat mengerunkan gerombolan United Malays National Organisation. Maka untuk meneruskan hegemoni kuasa mereka tidak dapat tidak mereka pasti akan bertukar jubah – Jubah Hijau.

Dalam masa yang terdekat pasti akan muncul banyak lagi kes, cerita dan berita dimana agama akan di jadikan benteng dan topeng. Peguam yang berkata ‘ saya orang Islam dahulu sebelum seorang pegum’ - hanyalah kata-kata pembuka tirai.

Yang akan datang nanti adalah kehodohan Islam yang telah di Melayukan. Yang lebih hodoh nanti ialah Ketuanan Melayu yang bertopengkan Islam. (isham)

AHLI UMNO PERLU HAPUSKAN POLITIK WANG – Utusan Melayau


KUALA LUMPUR 4 Sept. - Semua ahli UMNO diminta memberi kerjasama kepada Lembaga Disiplin dalam menangani masalah politik wang terutama pada mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, tanpa kerjasama daripada semua ahli, adalah sukar bagi UMNO untuk membanteras politik wang.

Menurut beliau, setakat ini, pihaknya hanya menerima banyak aduan pelanggaran tataetika mengenai rasuah politik tetapi gagal membuktikannya.

''Amalan buruk ini amat memalukan dan perlu dihentikan segera kerana ia boleh merosakkan demokrasi dalam parti.


Kah kah kah….. tan sri you ni serious ke? Woit tan sri you nak bagi parti you mati ke ? lu tak gi permatang pauh…. lepas buang undi satu geromblan parti you dah ‘mengamuk’ pecahkan ibu pejabat parti you kat sana…..dia orang minta fuluuuuuuuuuus…. kah kah kah.

KHABAR ANGIN JEJAS KEDANTANGAN PELANCUNG – Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Khabar angin berhubung hasrat parti pembangkang untuk mengambil alih pemerintahan pada 16 September ini boleh menjejaskan kedatangan pelancong ke negara ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkhabaran tersebut akan mewujudkan rasa panik di kalangan pelancong yang mungkin membuat pelbagai andaian mengenai situasi yang bakal berlaku pada tarikh itu.

''Orang tidak akan datang jika mereka menganggap ada sesuatu akan berlaku di negara ini dan saya tidak akan teragak-agak untuk menyalahkan individu terbabit (pembangkang) jika berlaku penurunan bilangan pelancong pada bulan ini,'' katanya.



Kah kah kah….. pelancung panik? Betul ke ni…. panik cam na? pelancung bukan panic … depa takut tengok gambar you yang telah di potoshop gantung merata-rata…. depa stim…. depa ingat you ada bagi servis baik…. Tapi bila jumpa you… kah kah kah depa panik… muka tak serupa….. kah kah kah….. depa lari terus pulang… beg-beg pun tinggal kat otel…. tok arab dari dubai pun lari…kah kah kah. sumpah i tak cakap bohong ....kah kah kah.

PROGRAM PEMUKIM BUKAN HALANG WAKIL RAKYAT BN – Utusan Melayau

KOTA KINABALU 5 Sept - Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) menafikan bahawa program pemukiman di luar negara kelab itu bertujuan menghalang wakil rakyat BN menyertai pembangkang yang diuar-uarkan akan menubuhkan kerajaan baru pada 16 September ini.

Timbalan Pengerusi BNBBC, Datuk Bung Moktar Radin menegaskan, tuduhan tersebut tidak benar sama sekali dan pada masa yang sama, hanya 70 peratus Ahli Parlimen yang akan menyertai program itu.

''Program ini tidak ada kena mengena dengan dakwaan pembangkang yang kononnya mengatakan akan ada Ahli-ahli Parlimen BN melompat parti sebelum 16 September ini.

''Program ini bertujuan untuk pendidikan dalam bidang pertanian dan BNBBC pun belum memutuskan siapa akan pergi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Betulah bung… bung royak top… nanti bila pulang dari Australia, Taiwan dan China maka YB kita semua hebat-hebat dalam hal pertanian….. ni yang buat mohidin susah hati…. gi luar negara ini macam nak perli mohidin …. Kah kah kah…. dah balik dari luar negara nanti…. jaga-jaga mohidin semua YB dah jadi Pakar Pertanian…. You kena letak jawatan … kah kah kah.

Dua minggu dah jadi pakar...... malaysia akan menjadi pengekspot sayur numero uno dalam dunia atau pengekspot YB..... malaysia booooleeeh .....kah kah kah.

AGONG YAKIN BN – PM ABDULLAH PERJELAS URA- URA PEMBANGKANG TUBUH KERAJAAN 16 SEPT – Utusan Melayau


PUTRAJAYA 5 Sept. –Cubaan pakatan pembangkang menyebarkan khabar angin mengenai pembentukan kerajaan baru melalui tindakan lompat parti telah pun dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, khabar angin mengenai pembentukan kerajaan oleh pakatan pembangkang pada 16 September itu ditimbulkan ketika beliau menghadap Seri Paduka baru-baru ini.

Menurut Abdullah, Tuanku Mizan menyatakan rasa gembira dan yakin dengan kewibawaan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menguruskan pentadbiran negara dan membaiki kualiti hidup rakyat pelbagai kaum.

Abdullah memberitahu, beliau menyembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kerajaan BN mempunyai tanggungjawab dan mendapat sokongan padu daripada rakyat untuk meneruskan agenda pembangunan negara.




Betulaaaa….. apalah pembangkang ni nak buat sibuk tak tentu hala….. kah kah kah…. nah tengok PM kita dah mengadu hal…. Nanti dia merajuk dia lari gi perth….sapa yang susah? Siapa yang malu? Emak dan kaum keluarga dia juga….kah kah kah.

Apalah pembangkang ni….. buat YB semua lari ke Australia…. yang ni PM kita mengadu pada Agung atau tidak? … ni gua tak tahu….gua takut PM merajuk tak nak makan sapa yang susah?

Apalaaaa peembangkang ni….. ganggu pembanguanan negara…. barang dah lama tak bangun-bangun……ni baru nak bangun kena ganggu…. betol potong stim kah kah kah.