Khamis, 25 Jun 2009

SALUT UNTUK ANAK MUDA





SALUT UNTUK NEDA – SALUT UNTUK ANAK MUDA


petang ini aku menuliskan ini
hanya inilah yang sanggup aku cipta
lagu dan puisi telah meligari alam
seniman dan sasterwan telah bangun bersama mu

buku dan shaer akan ditulis tentang mu
filem dan poster sedang dicetak sebar

neda agha soltan kau tidak pernah aku kenali
seperti kugan yang gugur di tangan ganas
seperti francis yang gugur di balai polis
kau adalah senarai anak anak muda yang mati mu membakar dunia

neda soltan kau gugur di jalan raya
mayat kau hilang entah ke mana
rumah mu ditutup
keluarga mu halau dari tehran

neda - peluru itu datang dari tangan yang ganas
belatan itu datang dari tangan upahan

neda – kau di firdausi bersama rumi
neda – kau di firdausi bersama saadi
neda – kau di firdausi bersama khayam
hulurkan secangkir lagi air anggur merah
tumpahkan ke bumi ini
gelorakan lagi hati anak anak muda

neda agha soltan aku tidak pernah mengenal mu
francis udayappan aku juga tidak pernah mengenal mu
a kugan aku tidak akan mengenalkan mu
bila aku melihat gambar-gambar itu hanya linangan air mata yang sanggup aku sedekahkan

hanya ini yang sanggup aku lakukan
hanya ini yang sanggup aku titisan
hanya ini yang sanggup aku tuliskan
untuk anak anak muda yang berani

salut dari aku
salut dari dunia untuk anak muda yang berani



15 ulasan:

  1. ok lah tu polis kat iran, perempuan tangkap perempuan kat malaysia polis laki tembak penunjuk perasaan perempuan

    syukurlah

    nasib baik la mata aku tak buta

    BalasPadam
  2. Yang jadi seldadu berperang, berbunuh semua orang mudalah....yang menyebabkannya adalah orang2 tua lah, mana ada orang tua arthritik berperang? Tukang cucuk, degil membuat honar dan bermacam macam lagi mebyebabkan orang muda berperang ialah orang2 tua macam Tun Kapla Taik, DSAI, Lim Kit Siang, Singh OKU....pergi mampos sama orang2 tua, cepat mampos lagi bagus baru orang2 muda boleh enjoy!
    DEATH TO OLD PEOPLE!

    BalasPadam
  3. mata yang dikaburi muslihat dunia tak pernah lihat dengan jelas,

    hati yang dicemari pandangan sempit tak sanggup rasa dengan ikhlas,

    anak muda yang dicurahi kasih murni tak rela lihat masyarakat tertindas,

    kau dan aku dikagumi keberanian dan kesucian hati anak muda yang waras.

    BalasPadam
  4. Serupalah di mana2pun. Yang berkuasa ada juga walau tak banyak menekan penentang.

    BalasPadam
  5. oi bangang anon 16.49

    yang ko dok kutuk org tua watpe..

    Ko pon tua gak nanti,ko nak ke masa tu org muda kutuk ko macam mana ko kutuk org tua skang..

    oi bangang...semua org akan tua..jgn ko bangga sangat masa muda ni.

    masa muda ni untuk berjuang,berpeloh keringat...yang ko p kutuk org tua watpe??

    mentang mentang la kita muda lagi,ingat bila kita dah tua,kita dah tak laku...ok!!!

    p/s:jangan jadi bangang

    BalasPadam
  6. PENYAIR MELAHIRKAN BANGSA, BANGSA INI HIDUP DAN MATI DI TANGAN POLITIKUS -'allamah muhammad iqbal

    BalasPadam
  7. Saya pelik dgn awak ni hisham.berbicara tentang illuminati.tetapi adakah anda sedar sosialisme juga adalah cabang illuminati dalam pecah dan perintah.kekacauan, contoh: revolusi Bolshevik dan Perancis adalah hasil kerja tangan licik dan tersembunyi illuminati.semua isme ciptaan manusia didalangi pemikir2 tajaan mereka.seek and you shall find.satu soalan, saudara hisham sedar tak obama tu ada pertalian darah yg rapat dgn dick cheney?

    BalasPadam
  8. salut utk anda dan anak2 muda yang berani!

    BalasPadam
  9. Salut untuk anak muda dan kamu jua

    BalasPadam
  10. sob..sob..

    air mata ngalir
    melihat perbuatan kejam
    berleluasa dikepalai penggodam kuasa
    yang tamak
    yang haloba
    yang rakus
    dan yang keji
    sanggup
    lakukan apa saja demi
    menggenggam kuasa order
    lemah dicabuli
    pendemo ditahan
    pendemo dipukul
    pendemo dinidakkan perikemanusiaan

    bangunlah anak anak muda
    dan yang muda dihati
    dan yang muda diminda
    bangun menentang
    order yang bertuhankan
    kebendaan.

    BalasPadam
  11. kah kah kah kah...keh keh keh keh...

    DAH TENTU SETAN PUKIMAK JADI GERUN BILA TENGOK WANITA SEPERTI INI

    kah kah kah kah...

    [IDI AMIN]

    BalasPadam
  12. kepada mereka yang mempunyai senjata,
    tolonglah berhenti membunuh.

    BalasPadam
  13. Oi Awangnoi hang memang paloi..nangoi
    jangan2 hang tua nak mampos ngaku muda!

    BalasPadam
  14. kudos isham.

    serebel-rebel manusia macam isham juga mempunyai sisi 'lembut' dan 'romantis'

    salut untuk semua yg berani!!!

    bila lagi keberanian akan sampai kepada kita yang hanya duduk depan komputer ni?

    BalasPadam
  15. dahulu mereka berdemonstrasi untuk
    menjatuhkan shah Iran bila kuasa sudah ditangan mereka mengamalkan
    dictatorship sekarang keadaan sudah
    berubah ...rakyat bangun menentang
    mereka pula...fikirkanlah....

    BalasPadam