Khamis, 25 Jun 2009
UNTUK KEBAIKAN KITA SEMUA
PEGUMUMAN UNTUK SEMUA - AWAS DAN BERJAGA
BERITA BARU MASUK - 11 LAGI KES BARU A(H1N1) DI KESAN
PUTRAJAYA: Sebanyak 11 kes baru Influenza A(H1N1) dikesan di negara ini setakat pukul 8 pagi tadi, yang melibatkan lapan kes import baru dan tambahan tiga jangkitan tempatan.
12 LAGI KES BARU H1N1
PUTRAJAYA 24 Jun – Kes selesema babi, influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan 12 lagi kes baru dikesan.
‘‘Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes H1N1 yang dikesan di negara ini 80 kes iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan.
‘‘Semua pesakit yang telah dimasukkan ke wad adalah stabil dan sedang menerima rawatan antiviral,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai H1N1 di sini hari ini.
Sehingga kini, jumlah kes terkumpul yang disiasat kerana disyaki jangkitan influenza A (H1N1) sebanyak 1,619 kes.
Mohd. Ismail berkata, sehingga pagi ini, 44 pesakit masih berada di hospital dan disahkan positif H1N1.
‘Hospital itu adalah Hospital Sungai Buloh (24 pesakit), Hospital Kuala Lumpur (4), Hospital Pulau Pinang (4) dan Hospital Ipoh (1).
APA DIA SELSEMA BABI
Selsema ini biasanya menyerang babi. Awal tahun ini selsema ini berjangkit pada manusia – bermula di Mexico dan Amerika. Dari dua negara ini selsema ini sedang dan telah merebak ke seluruh dunia. Negara yang paling teruk diserang ialah Mexico.
Selsema ini berjangkit sama seperti selsema biasa – batuk, bersin atau terusik/terkena tempais dari batuk atau bersin.
Doktor kerana nak tujuk bijak gunakan huruf A , H1N1 – N disini maknanya Novel ertinya baru. N - Ertinya ini virus baru muncul. Jangan takut dengan nama yang pelik ini. Ini hanya nama. Virus ini masih belum di ketahui sifat dan perangainya. Juga tidak diketahui lagi sejauh mana ianya telah merebak.
APA TANDA –TANDA SELSEMA BABI:
Macam selsema biasa: batuk, hidung berair, kepala sakit, sendi sengal dan sakit, tekak sakit dan terasa sejuk badan. Ini samalah seperti demam selsema biasa.
Kalau seorang telah dapat selsema 7 hari sesudah pulang dari tempat yang di ketahui ada penyakit ini maka wajib jumpa doktor dan bukan jumpa bomoh Siam.
PENGUBATAN :
Akan diberi suntikan anti-viral – Tamiflu dan zanimivir ( Relenza). Atau pil Oseltamivir. Zanamivir ubat semboran ke hidung. Mungkin timbul masaalah sampingan – muntah atau suka berak cair.
MENJAUHI :
Tak payah pergi melawat ladang babi di Mexico.
Kalau selsema jangan pakai saputangan pakai tisu - boleh buang. Tangan hendaklah bersih sentiasa. Kalau rasa tak sedap badan – paracetemol biasa boleh mengunakan. Minum banyak air bukan minum tapai atau todi.
.
PERSEDIAAN:
Bersedia dengan keluarga dan kawan-kawan jika selsema ini sampai untuk membantu satu sama lain – beli makanan, ubat dan lain lain.
Memakai topeng muka tak ada faedah.
Banyak yang terkena selsema babi ini boleh diubati di rumah. Ada serangan tidak bagitu teruk. Ada serangan yang teruk wajib serta merta dihantar ke hospital. Mungkin ada jangkitan kuman yang lain yang masuk sama.
Ketika tulisan ini diterjemahkan ada 1,112 kes di Mexico dan 42 kematian. Di luar Mexico ada 1,259 kes dan dua kematian.
( Data ini dipungut dari UK Health Protection Agency )
Apasal selsema babi serang manusia. Mungkin manusia serupa babi kot...
BalasPadamH1N1 penyakit yang kononnya bersumber daripada Mexico, ia melular dan selepas asyik menyerang mangsanya dalam kapal terbang mangsanyapun dikesan oleh alat canggih di airport. Tak silap dikatakan virus ini dibawa oleh pesawat yang orang 'kaya' yang menjadi pembawanya. haioran ya virus halus ini tak dapat dimusnah sama sekali oleh tahap kemodenan kita setakat ini.
BalasPadamMUNGKIN KAH H1N1 INI MERUPAKAN KIFARAT TUHAN KEPADA MANUSIA.
BalasPadamCUBA MUHASABAH DIRI KITA .
KEBIASAAN NYA KIFARAT YANG TUHAN TURUN UNTUK MENYEDARKAN MANUSIA YANG BERBUAT DURJANA.
ADAKAH DIANTARA KITA ADA YANG TELAH MEMBUAT DURJANA.
WAALLAH HUA'ALAM.
kah kah kah kah...kihkihkihkih
BalasPadamSELESEMA SETAN PUKIMAK TAK ADA KA?
kah kah kah kah kih kih kih kih
[IDI AMIN]
God is angrified barggggar....
BalasPadamso He sent the silent killer.
If nothing can be done to remedy ...the END is near for us then ...then that'll be the end of humankind soonest possible...then this earth'll experience HUMAN EXTINCTION .... (like previously ...what's had happened to DINOSAURS .... as you all can see the PANDEMIC spreading slowly but surely (last time we used to call EPIDERMIC - but now we learn extra word - add to your list of English vocab - just like 'Learn A Word a Day'- in this case 'learn new word with new disease/virus')...see its movement and how fast it spreads worldwide man ... worldwide...its wwww (4 w's)now .....the whole world wide web..... that's what we call GLOBAL EFFECT ....be ready to check-in & before that please place booking at whichever hell you choose before you check-in. It'll be very very long queue for sure.
All hells will break loose due to over population...due to overstuff with sinners ....
The sinners..no place in heavens what?...where got place in heavens?
ONLY HELLS ARE FOR SINNERS .... THEREFORE SINNERS TO HELL! where else?
The world is not going to end ... ONLY WE HUMAN ARE GOING TO END ....