Khamis, 4 Mac 2010

KENAPA POLIS SOPAN ?



PELIK GAMBAR INI?




POLIS MINTA AHLI POLITIK PULAU PINANG BERI KERJASAMA -bernama

Polis Pulau Pinang yang menerima 19 laporan berunsur fitnah yang mengaitkan ahli politik di negeri itu, meminta ahli politik berkenaan memberi kerjasama untuk disiasat.

Laporan itu diterima dari Januari hingga Mac lalu.

Polis, bagaimanapun, enggan memberi butiran mengenai kes berkenaan.

"Ahli politik yang terbabit tidak perlu takut untuk diambil keterangan," kata Ketua Polis Pulau Pinang, Ayub Yaakob hari ini.

Beliau memberi jaminan bahawa sesi soal-jawab yang diadakan tidak mengambil masa terlalu lama.

"Polis gagal menjalankan siasatan dengan cepat berhubung kes ini berikutan keengganan beberapa pihak memberi keterangan yang lengkap. Mereka sebaliknya mendakwa pihak kami tidak menjalankan kerja dengan profesional," katanya kepada pemberita.

Ayub berkata, Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sendiri telah memberi keterangan.

"Beliau telah beberapa kali hadir untuk beri keterangan dan tiada apa-apa masalah pun.

"Jika semua pihak dapat beri kerjasama, ini boleh mempercepatkan siasatan," katanya.

KAH KAH KAH...

woit.... SIAPA BOLEH TEKA... kah kah kah...

kah kah kah... AHLI POLITIK DARI PARTI MANA?..... kah kah kah...

woit.... KALAU PKR... TENTU ADA NAMA... ADA GAMBAR..... kah kah kah..

woit.... KALAU PKR ADA GAMBAR POLIS DATANG KE RUMAH... .. kah kah kah...

woit.... KALAU PKR ...ADA GAMBAR KENA GARI ... kah kah kah...

kah kah kah..... TENGOK... POLIS SATU MACAM PUNYA SOPAN... kah kah kah

kah kah kah... INI MESTI DARI AHLI PARTI MIC... kah kah kah




7 ulasan:

  1. polis raja di malaysia prdm baru tersentaksedar lalu mencampakbuang segala slogan2 retorik lagi dungu selama ini, seperti 'katakan ya pada rasuah' dll, sebaliknya mula teringat rukunegara:
    kesopanan & kesusilaan

    eh... dekat pukul 3pagi rupanya sekarang... aku yang tersentaksedar
    ceh! bermimpi rupanya!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  2. Tiunama !!!
    Mana ada profesional...

    Kenapa tak saman penunggang motorsikal yang tak pakai tali pinggang keselamatan ?

    Pukitiang punya undang-undang 1MALAYSIA ni !

    BalasPadam
  3. Lokasi kt tepi Jln TAR... lepas ni polis akan berkata "wahai saudara peragut disana, jangan lah lari, kami hanya ingin menangkap saudara"

    Kat dlm bilik soal siasat pulak (jika ada yg tertangkap lah) "wahai encik, kami amat berbesar hati sekiranya encik sudi untuk memberitahu kami dimana encik sembunyikan motor2 yg encik curi itu"

    sekian terima kasih.

    BalasPadam
  4. Itu yang sepatutnya...

    adakah dengan bersopan santun akan menyebabkan orang tak respek... ini selalunya polis suka menunjukkan kegarangan... so nak dapat maklumat pon susah sebab orang dah pikir, kalau beri kerjasama mesti kene lepuk punye.

    lagi satu, perkataan kerjasama ni pun udah tidak telus... kalau nak orang serah diri cakap je lah serah diri. Mana ada suspek akan bekerjasama dengan datang beri maklumat.

    Kalau kat TV lagi klaka... berita kat channel yang satu ni gambar suspek diblurkannya... channel lain pulak atas berita yang sama gambar suspek jelas giler... yang heran tu toke besar satu jek..

    kalau slogan polis sedia berkhidmat
    maka slogan public sedia kerjasama...

    BalasPadam
  5. aku rasa parti glokal kot..

    BalasPadam
  6. biasa la
    polisi malaysia
    berbudi bahasa
    bersopan santun

    kih kih kih

    BalasPadam
  7. aku memang tak suka langsung dengan perangai polis2 kat malaysia ni, kalau bercakap penuh dengan kesombongan dan bongkak.

    sekarang gaji dan tinggi, hidung lagi tinggi, walaupun sebenarnya hidung mereka kemek. Aku tengok polis2 malaysia ni, bila pencen orang kampung pulau abis, sebab bila pencen baru nak buat baik dgn orang, semasa pakai uniform bukan main berlagak, macam kita ni makan minum depa yang bagi.

    kepada polis2 yang berhemah dan berbudi pekerti mulia, walaupun bilangan kamu sedikit, tapi percayalah kebaikan kamu akan dihargai kemana kamu berada.

    BalasPadam