Khamis, 4 Mac 2010

SEHAT LEPAS MINUM SUSU



PERAH JANGAN TAK PERAH




PAK LAH ANGGAP BN BELUM KUAT WALAU BEBERAPA MP PKR KELUAR PARTI – harakah daily

PUTRAJAYA, 3 Mac: Abdullah Ahmad Badawi tidak melihat bahawa BN kini telah menjadi kuat berikutan beberapa ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan keluar parti.

“BN jangan menganggap dengan apa yang berlaku kepada pembangkang, BN akan automatik menjadi kuat. Setakat nak harap jadi kuat dan menang hanya kerana pembangkang sedang menghadapi masalah saya ingat harapan itu akan meleset,” katanya kepada pemberita selepas perasmian sebuah restoran di Putrajaya hari ini.

Abddulah mendesak BN agar melaksanakan janji pilihanraya dan juga reformasi dalaman yang dilaung-laungkan hingga menyebabkan beliau terpaksa meletakan jawatan sebagai Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum ini.

Beliau adalah korban pertama dalam reformasi yang dicanangkan Umno-BN selepas kekalahan teruk BN pada Pilihanraya Umum 2008.

Ketika BN menang besar pada 2004 Abdullah disanjung melangit, namun dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah BN pada 2008 ramai pemimpin ada ahli Umno mahu beliau berundur secara terhormat.

Abdullah jelas masih melihat kekuatan Pakatan Rakyat tidak tergugat kerana yang keluar parti itu hanyalah Ahli Parlimen yang dalam Pilihanraya akan datang belum tentu akan bertanding lagi.

Kedudukan Pakatan dan BN dalam pilihanraya akan datang adalah dari undi rakyat dan kedua-dua pihak masih dilihat mempunyai pengaruh yang seimbang.


KAH KAH KAH...

woit.... BILA MALAON INI BANGUN DARI TIDOOOOO.... kah kah kah..

woit... TAK SANGKA ... DALAM NGANTOK NGANTOK ... ADA JUGA IDEA...kah kah kah...

kah kah kah... TAK SANGKA....MAT NGANTOK INI BOLEH MEMBERI KOMENTAR POLITIK.... kah kah kah...

kah kah kah.. INI KERANA MINUM SUSU CAP GANTUNG KE?.?... kah kah kah



7 ulasan:

  1. boleh tolong kajiselidik susu cap gantung tok aji tu minum jenama apa dan dari jenis low fat ke, jenis extra calcium ke, jenis full cream ke, atau jenis susu masam..?

    elok gak kalau kita semua minum susu yg sama... untuk kebaikan rakyat bersama, kan kata rakyat didulukan...
    (harap2 ada subsidi gak!)

    -average joe-
    klakka-la.blogspot

    BalasPadam
  2. cap gantung bukan di-minum,tapi di-NYO-NYOT ...

    BalasPadam
  3. dia baru dapat 'wahyu' daaa..

    dari mimpi dan mimpi tu dipanggil 'nightmare'

    BalasPadam
  4. Betul kata pak kalah
    makin banyak taik PR yang lompat keluar
    makin senang bi N nak kalah

    BalasPadam
  5. Bila berjanji, mereka khianati:
    Sifat orang munafik!

    Lompat setelah berjanji menjadi wakil kepada rakyat untuk menolak beN.

    Lompat dan khianati rakyat untuk kaya.

    Lompatlah, api neraka tak nampak kat dunia ni!

    BalasPadam
  6. woi Badawi , bersara sudah lah ... jangan nak ingin buat 'come back kid' macam Madey !!

    rakyat akan kah..kah..kah.. setiap kali Pak Lah buka mulut !!

    BalasPadam
  7. Si kangkong tua terkejut dari tidur bila BSA Tahir buat tuntutan sebanyak 75 miliyon .

    Hisap jean bolih jadi sehat?..lucu lah.

    BalasPadam