Selasa, 7 Disember 2010
DI KAMPONG BANDAR DALAM GOMBAK MALAM INI
SAMBUTAN AWAL MUHARRAM
SENIMAN BERSAMA RAKYAT
SEMUA DI JEMPUT HADIR
PEWARTAAN
KAMPUNG WARISAN MELAYU
KUALA LUMPUR
&
HIMPUNAN
PENYAIR, SENIMAN, BUDAYAWAN
TARIKH:
1 MUHARAM 1432 H
bersamaan 7 DISEMBER 2010 (SELASA)
MASA: 5 petang hingga lewat malam
TEMPAT
MADRASAH TARBIYAH
KAMPUNG BANDAR DALAM GOMBAK
ANJURAN:
Madarasah Tarbiyah dengan kerjasama MUAFAKAT,
Pertubuhan Anak Melayu Selangor, Paksi dan Budayawan Bertindak.
PENGENALAN
1. Program ini merupakan sebahagian daripada intisari Dirgahayu Sambutan 150 Tahun Kampung Bandar Dalam, Kuala Lumpur dengan matlamat utamanya mendesak dan menuntut Kerajaan Malaysia agar mewartakan Kampung Warisan Melayu Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.
2. Penglibatan penulis, seniman, budayawan dan sasterawan sebagai satu peristiwa seni-budaya yang sangat signifikan dan relevan, yang perlu dirakam serta diabadikan dalam pustaka seni-budaya kita dalam pembentukan tamadun ummah.
3. Satu wadah reformasi anjakan paradigma dengan cara kelainan menyambut Sambutan Tahun Baru Islam (Awal Muharam-Maal Hijrah) luar dari kelaziman mentaliti tradisi masyarakat kampung dengan pengisian yang lebih bermanfaat dan bersesuaian dengan konsep ‘hijrah’ yang berlandaskan Islam.
TUJUAN :
1. Menghantar Memorandum Pewartaan Kampung Warisan ke Parlimen Malaysia dan kepada Yang Dipertuan Agong agar memenuhi kehendak dan tuntutan kami yang sekian lama ditindas.
2. Perjuangan Pewartaan ini di dukung oleh pelbagai pihak seperti Ahli Akademik, Budayawan, Sasterawan, Pakar Undang-undang & Perlembangaan, Badan & Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Universiti Pengajian Tinggi Awam.
3. Mengimarahkan seni-budaya Melayu/Islam dengan golongan seniman-budayawan tampil menyatakan sikap dan pendirian serta memperlihatkan peranan dan penglibatan insan seni dalam usaha pembangunan aktiviti seni-budaya.
4. Satu bentuk Revolusi meraikan Sambutan Tahun Baru Islam dengan pengisian kesedaran dan penghayatan dikalangan penduduk kampung serta mengimarahkan lagi Madrasah Tarbiyah, Kampung Bandar Dalam.
ANTARA YANG AKAN HADIR:
- A.Samad Said - Prof. Dr. Abdul Aziz Bari (Pakar Perlembagaan)
- Dr. Anuar (UIA) - Abdul Aziz Abd Rahman (Coalition Save KL)
- Prof. Dr. Siti Zainon - Cikgu Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS)
- Seniman Dinsman - Haji Mohd Said (Presiden Anak Melayu Selangor)
- Seniman Pyanhabib - Seniman Hishammudin Rais (Tukar Tiub)
- JAKIM / JAWI / YADIM - Mahasiswa/Mahasiswi UIA / UM / Tahfiz Darul Furqan
- Pensyarah UIA - Tuan Hasni Abas (S/usaha Gerakan Mansuh PPSMI)
- Jabatan Warisan - Mahasiswa/Mahasiswi UIA / UM / Tahfiz Darul Furqan
- Badan-badan NGO - Parti-parti politik yang bersekutu
- Rejim DBKL - Wakil-wakil bagi 7 Kampung MUAFAKAT
dalam tu tulis pkl 2. kau cakap pukul 5???
BalasPadamBro Isham, aku tiba time 6 ptg.
BalasPadamMcm belum start.
AKu datang balik lepas maghrib nanti dengan kamera dan buku Minah Mongolia untuk kau conteng sikit.
seniman TT
BalasPadamwakakakaakakaka
ikutlah bro nak gelarkan diri apa..janji u enjoy..happy..seronok minyak naik cam haram...
kat umah...beta menggelarkan diri beta sultan semut..
rayakan seni
pooorah...siti zainon dan segala macam profesor tu pun semua bodek!!!!!!!!
BalasPadam