Selasa, 7 Disember 2010

KETUANAN CAP AYAM




MAHARAJAH MAHAFIRAUN





KETUANAN MELAYU : SU AGUNG PKR BERI AMARAN, LABEL UMNO-PERKASA BACUL - minsider

Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melabelkan pendirian Umno dan Perkasa dalam polemik “Ketuanan Melayu” sebagai tindakan “bacul” kerana mengheret institusi Raja-raja Melayu dengan mentaklikkan ungkapan itu sebagai “Ketuanan Sultan”.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail juga berkata, beliau memberi amaran supaya Umno dan Perkasa jangan lagi cuba memfitnah parti itu dan Pakatan Rakyat dalam polemik terbaru berkaitan dengan “Ketuanan Melayu”.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu dua hari selepas Penasihat Undang-undang Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai “ketuanan Melayu” semasa Kongres Nasional PKR hujung bulan lalu.

ini kenyataan penuh

ISU KETUANAN MELAYU: JANGAN LARI DARI PERSOALAN REKOD PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK

Saya merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat berkenaan isu
ketuanan rakyat, terutamanya dari kalangan pimpinan Umno.

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada pimpinan Umno, PERKASA dan
kaum-kerabat mereka yang tidak pernah gagal mengingatkan rakyat
Malaysia bahaya politik perkauman sempit. Dalam satu minggu yang
lepas, segala usaha pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak melalui
kempen 1Malaysia yang menelan belanja puluhan juta ringgit menggunakan
wang rakyat; hancur musnah apabila pimpinan-pimpinan Umno dan PERKASA
menunjukkan kembali wajah sebenar mereka.

Tidak kira berapa banyakwang yang dibayar kepada perunding antarabangsa sekalipun, budaya perkauman sempit yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional tidak akan
hilang kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada darah daging mereka.

Pun begitu, saya melahirkan rasa kesal kerana Umno dan PERKASA tidak
mahu berdepan dengan gagasan yang dibawa oleh KEADILAN dalam Kongres
Nasional Ke-7 baru-baru ini. Gagasan tersebut, seperti yang
disampaikan oleh Presiden parti Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail,
menyentuh mengenai mekanisme terbaik untuk membela orang Melayu.
Persoalan yang dilontarkan oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah adalah mudah;
iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat
orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka
masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi
yang deras meninggalkan kita?

Kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat
mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira
prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib
orang Melayu. Konsep “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan secara terbuka
dan dibisikkan secara senyap ini oleh BTN dan agensi-agensi lain,
menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan
politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. Apabila
orang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan
akan tertindas.

Sebab itu, saya menganggap bahawa tindakan Umno dan PERKASA mengheret
institusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan “Ketuanan Melayu”
sebagai “Ketuanan Sultan” adalah satu tindakan yang bacul di pihak
Umno dan PERKASA. Mereka tidak mampu berdepan dengan persoalan penting
membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti
yang ditimbulkan KEADILAN, lalu mereka cuba menggunakan institusi
Raja-Raja Melayu.

Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina
institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan
Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira
kaum, agama dan pegangan politik.

Namun, tindakan Umno dan PERKASA itu bukanlah perkara baru. Rekod
mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat
sudah diketahui umum. Krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan
institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh
Umno. Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang
disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan
mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik
mereka.

Ada beza yang besar diantara cakap-cakap seorang dua rakyat
jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan
satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh
sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan Ketuanan Melayu.

Saya beri amaran supaya Umno dan PERKASA jangan lagi cuba memfitnah
KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Dasar Bersama Pakatan
Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas
mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan
institusi raja berpelembagaan.

Ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i) “Pakatan Rakyat akan
mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi
Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta
kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153”; dan Fasal
1 Perkara a(ii) “Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan
tanggungjawab institusi raja berpelembagaan”.

Makanya, KEADILAN ingin membawa kembali polemik “Ketuanan Melayu” ini
kepada perkara dasar yang diulas oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail
– iaitu wacana kaedah terbaik untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang
beriman, boleh berdikari, berprinsip dan berdaya juang supaya mereka
kekal bermaruah dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum di negara ini
dan arus globalisasi mutakhir.

Apakah kaedah Umno yang memperkecilkan kebolehan anak Melayu, dengan
menakut-nakutkan mereka dan menimbulkan rasa curiga terhadap semua
yang bukan Melayu, akan berjaya melahirkan anak bangsa Melayu yang
bermaruah?

Apakah “Ketuanan Melayu” yang berpaksikan kepada sistem kroni dan
mendokong rasuah dengan menghamburkan kekayaan negara kepada beberapa
kroni rapat Umno (tanpa mengira kaum) akan melahirkan golongan peniaga
Melayu yang berdaya maju? Apakah budaya rasuah yang berleluasa di
dalam Umno akan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu tidak akan
dijual suatu hari nanti?

Apakah anak bangsa Melayu yang membesar dengan perasaan curiga akan
dapat mengambil pendekatan positif menunggang arus globalisasi untuk
menjadi pemimpin antarabangsa?

Persoalan yang dibawa oleh KEADILAN adalah persoalan jatidiri dan
kaedah terbaik membina jatidiri tersebut. Kaedah “Ketuanan Melayu”
yang dibawa oleh Umno dan PERKASA bukan sahaja terbukti gagal membina
jatidiri orang Melayu, malah menyebabkan kebajikan rakyat terbanyak
(terutamanya golongan berpendapatan rendah yang majoritinya orang
Melayu) terabai.

Sehingga kini, selepas 3 dekad “Ketuanan Melayu”, 75% dari bilangan
keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang
Melayu. Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40%
paling miskin di Malaysia, seperti yang dihuraikan Perdana Menteri
sendiri dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Selepas 3 dekad “Ketuanan Melayu”, rakyat terbanyak juga yang
dibebankan dengan pemotongan subsidi sedangkan subsidi korporat
sebanyak RM19 bilion setahun (dalam bentuk subsidi gas kepada penjana
bebas) tidak disentuh.

Umno dan PERKASA tidak melahirkan sedikit
keluhan pun apabila bantuan kepada rakyat termiskin, yang rata-ratanya
orang Melayu ditarik setiap enam bulan untuk menampung perbelanjaan
boros kerajaan membayar perunding antarabangsa, sedangkan tidak ada
satu mekanisme pun diperkenalkan untuk menyalurkan kembali
rasionalisasi subsidi kepada golongan termiskin ini.

Justeru, KEADILAN yakin bahawa polemik “Ketuanan Melayu” ini adalah
benteng terakhir Umno dan PERKASA yang kian rapuh dan ditolak rakyat.
Demi melahirkan Malaysia yang majmuk, mengamalkan toleransi dan
berdaya saing, KEADILAN akan konsisten membawa gagasan Ketuanan Rakyat
melalui bangsa yang bermaruah – kerana kami yakin gagasan ini tidak
dapat dijawab oleh Umno dan PERKASA.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

6 DISEMBER 2010


20 ulasan:

  1. memang bacul puak2 ni.. sikit2 berselindung di sebalik sultan... ketuanan melayu hanya polemik untuk menakutk2 kan org melayu.. tapi nak wat camne kan...itu modal terakhir mereka... kesiaa NAJIBAPCO kita...

    Hikayat Marhaen Kacak - Blog Info Kesihatan Mata Anda

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut maal hijrah buat semua pelawat, pengomen dan khasnya buat penyokong PR di TT.

    semoga Allah memberkati bumi malaysia yang indah ini dengan keadilan dan marilah kita berubah kepada kebaikan dan tinggalkan kejahilan dan kebatilan.

    BalasPadam
  3. Dicadang PKR buat perhimpunan rakyat dan menghantar memo kepada YDP Agung bagi memohon agar dikembalikan kuasa raja-raja melayu yang dilucutkan oleh pemimpin UMNO dahulu (seperti yang dicadang oleh Profesor Agus). Tujuan:

    1. Highlight tindakan UMNO yang pernah 'menghina' raja-raja melayu.

    2. Menunjukkan PKR bukan menentang raja-raja melayu.

    3. Menyedarkan raja-raja melayu siapa sebenarnya yang menentang/menghina raja-raja melayu.

    4. Mematikan strateji UMNO yang cuba mempergunakan/memperkitolkan raja-raja melayu.

    BalasPadam
  4. dari ketuanan melayu beralih ketuanan sultan pulak..

    penganut umnok ni ..malu ker nak ngaku ketuanan umnok??...

    ketuanan cap siamang ..atau ketuanan setan....??....

    kah kah kah kah kah kah

    BalasPadam
  5. Ketuanan punya pasal dan kapitalis punya hal!

    aku baru kena tipu cina repair washing machine RM380 yang datang rumah aku. Bila aku test balik, benda tu tak jalan jugak. Aku call mangkok tu haram tak jawab. Aku buat repot polis walaupun aku tak berapa nak percaya benda2 repot tuh.

    sesiapa jugak, di mana jugak; jangan percaya tukang repair mesin basuh @ peti ais @ aircond yang menggunakan nombor 012-6326030.

    harap maklom..

    Sorry bang. Tumpang iklan sikit!

    BalasPadam
  6. Tahun 80an dulu komer ambik kekebalan ghajer,sbb komer ader kuaser penoh.Sekaghang komer ndak nyoghok dibelakang ghajer pulak.Tak usah ler buang maser,ibarat komer berlindong dibelakang bantai kekabu daghi pelughu senapang....bantai berlubang,dengan komer2 sekali berlubang.Akai tak ader ker?

    BalasPadam
  7. huhuhu

    pasang LCD prjektor....

    pasang speaker kuat2....

    tembak gambar suratkhabar yg tulis Umnung suruh buang raja raja...

    pasang gambar org2 meraung rumah kena roboh....

    pasang gambar mak bapak meraung anak kena tembak...

    pasang gambar corect3..

    pasang gambar bangunan2 runtuh..(psst,history channel..12/12)

    kasi raja,sultan,orang hitam,orang puteh,org kuning,semua orang tengok..

    BalasPadam
  8. Sil dengar Radio Free Sarawak episod 18/19 temubual dengan RPK mencabar UMNOngok jika dia anti Melayu Nabi MUhammad pun anti Melayu sebab kata nya dlm khutbah Nabi Muhammad di Arafah beliau ada menyatakan perjuangan untok Bangsa ada lah haram dan tidak direstui olih Islam.

    BalasPadam
  9. aku baru balik tinggal lama di Singapura dan lndonesia....orang Cina dalam diam-diam KETUANAN CINA tak bising-bising.Sana sini bahasa Mandarin ada power...Cina berlagak,sombong...tapi mereka senyap-senyap.Tak bising-bising macam orang Melayu sibuk dengan ketuanan Melayu tapi habuk pun tarak....poooraaahhhhhhhhhhh!!!!!!Jangan bising-bising diam2.Yg penting kuat tenaga batin barulah ada ketuanan!!!!kah..kah..kah...

    BalasPadam
  10. mahafiraun Mamak madey kutik bersama anakberanaknya sudah lama tpiu Melayu kerana keturunan madey kutik bukan dari keturunan melayu hanya mereka mengaku Melayu didalam UMNOAPCOYAHUDI sahaja, diluar mereka tidak pernah mengaku mereka ini Melayu, EEEeee.

    sebab orang Melayu bebagai lapisan darjat ditipu oleh Mahafiraun Mamak Madey kutik bersama anak beranaknya.

    Harap jangan ada lagi Melayu kena tipu dan diperbodohkan oleh Barang Naik (BN) UMNOAPCOYAHUDI..

    BalasPadam
  11. Lupakan ketuanan apa sahaja kat negara ini. Kerana itu tak popular dan tak memberikan apa-apa kesenangan dan keselesaan hidup buat rakyat. Di abad ini, Ketuanan Islam adalah amat perlu. Kerana Islam akan menjaga kesejahteraan dan keselamatan umahnya melalui cara pemerintahan yang adil, tapi kalau ketuanan Sultan atau Melayu, akan tiada kesudahannya. Kerana negara ini (dunia ke-3) mempunyai rekod yang amat ganjil di bumi iaitu terlalu banyak etnik (kaum) dan terlalu banyak sultan. Begitulah bijaksananya Kerajaan British untuk meneruskan penjajahan senyapnya di negara ini tanpa kita sedari.

    BalasPadam
  12. Ketuanan lanciu.dia orang saja nak hidup.lain orang kasi mampus

    BalasPadam
  13. cakap pasal ketuanan melayu, bangsa lain nak bertuankan sapa?

    Lim See Pin nak bertuankan siapa?

    eeee nak bertuankan siapa?

    manusia dah moden la. Amerika Rusia dah naik bulan. kita masih jugak cakap pasal sejarah orang lama-lama, pasal tongkat, pasal kesaktian keris!

    BalasPadam
  14. mahadhir dah nak jadi raja ke?

    BalasPadam
  15. amno, yang kaya raya ngan yang tinggi darjat aje yg marah dengan ketuanan rakyat!

    yang miskin2 ngan yang tek bereta benda buat deeeek aje. Sebab kita makan nasik bukan dengan duit ketuanan pun. Ketuanan tak bagi kita kereta sebijik. Kerja ketuanan hanya menaikkan harga. Eeeee pun bukan ketuanan kita jugak. Kita nak ketuanan rakyat!!

    BalasPadam
  16. Saya percaya ramai yang sedar tt kerap menyebut nama Kavita Kaur dlm entri yang berkaitan dgn raja-raja. Tentunya bersebab. Tetapi apa sebabnya? ....http://ureka.asia/2010/12/kenapa-dengan-kavita-kaur/

    BalasPadam
  17. MAMPOS LA!buat ape nak jaga ati sangat raja raja ni.mana ade tolong ape ape kat rakyat pon.peduli ape same bourjuasi borjuasi dinosor nie!hidup insereksi!!!

    BalasPadam
  18. Bila nak jalan mahafiraun nih...
    Nama pun melayu.....layu aje la.Dah la bodoh...sombong plak tuh.Bila nak segar tak tau la

    BalasPadam
  19. loyar umno, eeee jugak..... ni sudah jadi ketuanan eeee dah ni. abis la melayu kena tipu dek puak eeee ni...

    BalasPadam
  20. UMNO sepatutnya memasukkan istilah " KETUANAN MELAYU " dalam perlembagaan negara.. sbb Ketuanan Melayu tak tercatat dalam perlembagaan negara.. wakakaka..!!

    Cepat desak UMNO masukkan Artikel Ketuanan Melayu dalam perlembagaan sebelum terlambat...
    Kalau lambat2 nanti tak leh jadi TUAN pulak...hehehe...!!

    Dulu Tunku Abdul Raman Lupa nak suruh British letak kot artikel KETUANAN MELAYU.. yang ada cuma artikel 152 & 152 yang menjamin kedudukan Raja2 Melayu, agama islam, bahasa melayu dan hak istimewa melayu dan bumiputera sabah dan sarawak..

    Mana artikel yang menjamin Ketuanan Melayu UMNO dalam perlembagaan Negara? mesti diwujudkan satu artikel yang menjamin UMNO memerintah negara ini sampai kiamat..

    wakaka...!! betul-betul HO Liow..!!

    aku benar2 terhibur jadi rakyat malaysia.. sebab pemimpin semuanya Kartun.. politik kartun..!! makahamah pun kartun jugak...
    wakaka...!!

    Raja kepada segala Kartun Dalam negara kita sebenarnya adalah Brahim Ali..!!

    Kalau UMNO perjuangkan " Ketuanan Melayu" Brahim Ali pulak Perjuangkan " Ketuanan Kartun "..

    Macam cite dongeng Putera Katak.. wakakaka...!!!

    Sape nak cium Brahim Alim..?? Sharizat Bee bee rasanya yang palin sesuai..

    Kalau syarizat cium Terus Brahim Ali jadi Putera Raja.. tapi bukan Raja Melayu sbb Syarizat bee bee yang cium Brahim ali terpaksa jadi Raja di Benua Keling atau di teluk Benggala..

    Tak leh Make budu lagi keno make kari loh pulok...!! huhu orghe kelate maki kari hari2.. mahu panas dan berasap joboq hang brahim ali...!! wakaka...!!

    BalasPadam