Khamis, 30 Disember 2010
REALPOLITIK IALAH KUASA DAN RINGGIT
SATUKAN SELURUH TENAGA!
nota:
hanya kuasa rakyat
yang dapat menumpaskan
semua kejahatan kezaliaman
dan kebalitan !
MAHFUZ LETAK JAWATAN PENGERUSI GLC KEDAH - mkini
Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi syarikat kaitan kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd, berkuatkuasa serta merta.
Sumber-sumber yang rapat dengan ahli parlimen Pokok Sena itu mengesahkan surat peletakan jawatan beliau telahpun dihantar kepada pihak pengurusan syarikat tersebut.
Sumber-sumber itu bagaimanapun enggan menjelas sebab Mahfuz (kiri) meletak jawatan, tetapi sejak semalam lagi, tersebar berita di internet bahawa ia berkaitan dengan pemberian tender oleh syarikat itu yang didakwa tidak mengikut peraturan.
KOMENTAR TUKAT TIUB
semua tertanya tanya? apa ini ?
kenapa mahfuz letak jawatan?
inilah realpolitik
realpolitik ialah politik yang memandu ekonomi
tak sangkut paut dengan agama
tak sangkut paut dengan bangsa
tak sangkut paut dengan bahasa
fuluuuuuus
dollaaaaar
repeeeee
riyaaaaal
ringgit
inilah realpolitik
mahfuz seorang politikus yang jujur
telah meletakkan jawan kerana telah berlaku
satu penyelewengan yangv amat besar dalam
pemberian tender untuk membuat projek :
KOLEJ INSANIAH KUALA KETIL
ini projek contoh yang akan membanggakan PAS dan Pakatan Rakyat.
projek kampus KOLEJ INSANIAH ini dianggarkan 300 juta ringgit
tender telah dibuka
enam syarikat telah melamar
tetiba sebuah syarikat lanun besar yang tidak masuk
tender telah di berikan projek ini.
siapa kanun ini ?
dibelakang lanun ini ialah mahafiraun
lanun ini ialah syed mokhtar
mahfuz yang jujur dan ikhlas telah meletakkan jawatan
kerana tidak bersetuju
AWAS !
anak anak muda besedia kerana penipuan
sedang berjalan bukan sahaja di kedah tetapi
di teranganu, kelantan dan selangor !
TT tolong nasihat dia sikit la...jangan lari dari masalah....dia sepatutnya terus berjuang utk memperbetulkan apa yg tak betul, bukannya lari....bukankah Kedah sekarang PR punya. kalau orang yg jujur tak ada kat GLC lagi punahlah tender2 yg dikemudian hari.....kah kah kah berani cakap tak berani buat
BalasPadamLepaih ni,Mahfuz akan di'cold storage'kan.Oghang yg amanah tak akan dibenorkan jadi pemimpin.Kalau nak jadi pemimpin,mesti beghani camporkan halal dgn haram.
BalasPadamOk kat bawah ni dipetik dari 'Telanleaks'...kah kah kah
BalasPadam"Projek pembinaan Kolej Insaniah a dianugerah secara terus kepada IJM Corp, sebuah syarikat pembinaan milik “cha” yang entah tiba-tiba mendapat projek melalui “wahyu”.
Sedangkan Bina Darulaman Bhd(BDB) sendiri mempunyai anak syarikat iaitu Kedah Sato dan BDB Construction untuk kerja-kerja pembinaan dan khidmat sokongan, aliran tunai itu di alirkan keluar dengan begitu mudah kepada IJM Corp. Jelas BDB menafikan fungsi kewujudan anak syarikatnya sendiri seperti Kedah Sato untuk tujuan yang masih menjadi persoalan.
Nampaknya, konsep amanah dan telus yang dilaung-laungkan oleh PAS sewaktu menjadi pembangkang sudah pudar diTELAN gemerlapan wang melalui maneuver “pelik” yang tentunya menguntung pihak tertentu.
Kerajaan Negeri sepatutnya memberi penjelasan kepada rakyat kenapa berlaku begitu banyak tindakan dan keputusan pelik dalam pembinaan KUIN ini?
Persoalan-persoalan yang perlu dijawab adalah:
1. Kenapakah lokasi KUIN diubah dari lokasi percuma dan lebih membantu pembangunan negeri dipindah ke lokasi yang perlu dibayar dengan harga puluhan juta RM?
2. Kenapakah projek milik KUIN, tetapi pinjaman dibuat oleh Bina Darulaman Berhad? Projek oleh pihak lain, pinjaman dibuat oleh pihak lain, bagaimana boleh berlaku “risk transfer” bernilai hampir setengah billion ringgit ini berlaku?
3. Kenapakah Projek sebesar ini diserahkan kepada kontraktor luar Kedah milik “cha”, sedangkan BDB mempunyai banyak anak syarikat yang sedang kebuluran akibat kurang projek. Malah masih banyak lagi anak syarikat milik Kerajaan negeri yang tidak mempunyai projek langsung sejak 3 tahun lalu tidak diberikan projek ini? Ahli-ahli Persatuan Kontraktor Melayu Kedah juga majoritinya tidak mempunyai kerja ketika ini, tidakkah mereka ini rakyat Kedah?
4. Apa akan berlaku kepada sub kontraktor-sub kontraktor tempatan yang terpaksa ke KL untuk melobi IJM untuk mendapatkan kerja-kerja di KUIN sedangkan mereka mungkin tiada kontak terus dengan IJM berbanding dengan BDB sebagai Syarikat Tempatan?
Di Malaysia ni mana ada 'Pejuang Melayu'. Mana ada 'Pejuang Islam' Yang ada hanya 'Pejuang TELAN'...kah kah kah
TABIK SPRING, MAHFUZ.
BalasPadamYOU TALK THE WALK AND WALK THE TALK.
Adakah MB Ustaz Azizan betul2 berkuasa ke atas BDB? Adakah BDB masih dikuasai oleh puak2 peninggalan penguasa terdahulu. Kemungkinan geng Apco telah menyusup di darul aman
BalasPadamtunggu dulu apa mb nak cakap
BalasPadamtunggu dulu apa mahfuz cakap
lepas tu kita bantai jugak kalu buat hal sama macam ubn
kita cuma nak yg telus
yg main talan2 kita tibai
Cilaka punya penyamun..!
BalasPadamsabo jgn tuduh2 dulu..cek dulu citer sebenar ..mesti de citer nak jatuhkan Kedah ne ..mcm selangor
BalasPadammacam aku...yang dah berkhidmat dgn kerajaan 28 tahun dan masih ada baki servis 8 tahun tapi kerana aku hilang keyakinan,atas nama prinsip perjuangan dan mahu berjuang terus di luar sebagai orang awam bebas maka aku pun bersara pilihan! Sekarang aku buka blog bercakap atas nama kejujuran non partisan.Neutral tetapi menentang segala bentuk kepalsuan termasuk mengkritik TT jika tidak betul.ltulah aku.Tapi kerana aku bukan seleberiti politikus maka aku tak perlu.aku bebas dengan caraku!
BalasPadamCelaka punya penyamun... sial!
BalasPadamP. Ramlee yang kata, bukan aku.
$iapa?
BalasPadamhoi! geng perpaduang pak yet pemodal
hoi! polituku$ perpaduang jalut pemodal
hoi! ugama dan tuhan pemodal hanya duit
tiada nama,tiada adi kuasa,tuhan mah$yar perpaduang hanya kerta$ $alap jubor hijau!
hoi pengaku i$$$$lamik,gerombolan hijau!..ada baca syed qutb:berhala moden?$yiah $yiah?buang la $erban taliban
kalo nak berpolitik, tapi masih bodoh dan bahlul, sila pergi hantuk kepala dekat dinding..
BalasPadamTT pun orang macam kita jugak.. bukannya semua malaikat akan repot kat dia dulu tiap2 hari jika berlaku sesuatu hal.. tapi bagaimana dia boleh dapat hidu bende ni awal2 dari kita?
tu la pasal, kalo tak pandai berpolitik, jangan main hentam kromo macam gerombolan saja.. nanti orang kata ajen gerombolan, marah pulak.. tapi kalo dah bebal sangat, patut la dicop ejen gerombolan.. hahaha