Jumaat, 8 April 2011

KENYATAAN RESMI




SURUHANJAYA SIASAT MACAM MANA SARBANI MATI


Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk kematian Ahmad Sarbani Mohamed mesti ditubuhkan

Tragedi kematian Ahmad Sarbani Mohamed, Penolong Pengarah Pejabat Kastam Pelabuhan Klang telah mengejutkan kita semua. Beliau ditemui meninggal dunia di Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane pada 6 April yang lalu.

Terlalu banyak persoalan yang masih tidak terjawab tentang kematian Allahyarham Sarbani yang berlaku ketika Suruhanjaya Siasatan DiRaja tentang kematian Teoh Beng Hock sewaktu siasatan SPRM. Kebetulan pula Allahyarham tinggal di kuarters Kastam yang terletak di kawasan DUN saya, Seri Setia.

Beberapa hari yang lalu saya mendapat maklumat bahawa pegawai-pegawai Kastam merasakan diri mereka menjadi kambing hitam dalam Operasi 3B yang dilaksanakan oleh SPRM untuk menyiasat rasuah dan penyelewengan Kastam.

Suruhanjaya Siasatan DiRaja mesti ditubuhkan untuk mensyiasat kematian Allahyarham Sarbani dengan serta-merta dengan melibatkan masyarakat sivil serta menyiasat struktur dan organisasi SPRM dalam kes ini.

Kenyataan Najib Razak bahawa Allahyarham Sarbani datang ke SPRM secara sukarela tidak masuk akal memandangkan beliau telah ditahan dalam Ops 3B pada 1 April dan dibebaskan atas ikatjamin pada 2 April yang lalu. Mengapa beliau hendak ke SPRM sekiranya tidak dipanggil oleh SPRM?

Kenyataan Najib dan Nazri Aziz bahawa Ops 3B akan diteruskan dalam ketegasan kerajaan melawan rasuah juga amatlah menyedihkan memandangkan ketegasan yang sama tidak pernah kelihatan dalam melawan rasuah melibatkan pimpinan politik Barisan Nasional. Ini bukan kali pertama kerajaan BN lebih tegas bertindak terhadap penjawat awam berbanding pemimpin mereka sendiri.

Sudah tersebar SMS kononnya meskipun kematian Allahyarham Sarbani dikesali namun ketegasan kerajaan menentang rasuah harus mendapat sokongan rakyat. Siapa yang bertanggungjawab menghantar SMS begini ketika Allahyarham Sarbani baru sahaja dikebumikan?

Najib dan Nazri juga mengambil kesempatan meneruskan desakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja dalam isu video Dato’ T. Malang sekali pemimpin BN nampaknya lebih mahu bermain politik dan bukannya menjawab persoalan yang bermain di minda ramai penjawat awam dan rakyat umum yang cintakan keadilan dan kebenaran.

Pada masa yang sama, kami berharap pihak CUEPACS dapat tegas memperjuangkan kebajikan penjawat awam yang disiasat oleh SPRM dan seolah-olah bersalah sebelum diputuskan oleh mahkamah.

Kami juga berharap Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) yang baru ditubuhkan dapat memulakan siasatan ini untuk memulihkan keyakinan penjawat awam dan rakyat terhadap institusi penguatkuasaan selepas rentetan satu demi satu kes malang.

NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat
merangkap
ADUN Seri Setia, Selangor


+60122789548
niknazmi@niknazmi.com


8 ulasan:

  1. tak guna ler banyak2 Suruhanjaya Diraja.. tetapi keputusan & kehakimannya nanti macam buat tepi longkang..

    Macam kata TT, lebih baik rakyat turun ke jalan raya beramai2... iut jer cara..

    Kita turun ke jalan raya bukan utk UNDUR NAJIB mcm UNDUR MUBARAK.. tetapi UNDUR SEMUANYA, PARTI, SISTEM sekali..

    BalasPadam
  2. Masih lagi nak berharap pada rejim penyamun buat suruhan macam2 jenis? alamat sampai mampuslah kena pulas backhand pusing putar belit last2 tutup kes gitu aje..rejim jenis kepala batu concrete nie mana boleh di ajak layan bermadah pujangga di zaman sekarang..kena di ajak bertumbuk baru bertemu buku dengan ruas!

    BAKARRR MACC SAMPAI JADI ABU!!

    BalasPadam
  3. Keputusan Suruhanjaya Diraja tu akan berbunyi macam ni

    "KEMATIAN AHMAD SARBANI MOHAMED ADALAH BUKAN DISEBABKAN MEMBUNUH DIRI DAN JUGA BUKAN DIBUNUH TETAPI BELIAU TERJATUH KERANA CUBA MENGAMBIL SARANG BURUNG WALET YANG TERDAPAT KAT BUMBUNG SPRM WILAYAH PERSEKUTUAN, SEKIAN DIMAKLUMKAN"

    BalasPadam
  4. VIVA LA REVOLUTIONNNNNNNNNNNN!!!!!!

    buang mase je pilihanraya2, suruhanjaya2 ni...

    TURUN KE JALANNNNNNNNN!!!!!!!!!!!!

    VIVA LA REVOLUTION!!!

    BalasPadam
  5. cara paling mudah nak hapuskan bukti ialah tolak dari tingkap

    BalasPadam
  6. Ontahsaponamo berkata...
    Keputusan Suruhanjaya Diraja tu akan berbunyi macam ni
    "KEMATIAN AHMAD SARBANI MOHAMED ADALAH BUKAN DISEBABKAN MEMBUNUH DIRI DAN JUGA BUKAN DIBUNUH TETAPI BELIAU TERJATUH KERANA CUBA MENGAMBIL SARANG BURUNG WALET YANG TERDAPAT KAT BUMBUNG SPRM WILAYAH PERSEKUTUAN, SEKIAN DIMAKLUMKAN"
    8 April 2011 4:44 PM


    er... ada sikit je pembetulan:
    keputusan berbunyi begini:
    "KEMATIAN AHMAD SARBANI MOHAMED ADALAH BUKAN DISEBABKAN MEMBUNUH DIRI DAN JUGA BUKAN DIBUNUH TETAPI BELIAU TERJATUH KERANA CUBA MENGEJAR & MENANGKAP SEEKOR BURUNG (DIPERCAYAI BURUNG WALET YANG ADA BERSARANG KAT BUMBUNG SPRM WILAYAH PERSEKUTUAN). KEWUJUDAN SAKSI YANG MENGAKU ADA TERNAMPAK ARWAH BERLARI KE ARAH TINGKAP SEBELUM HILANG (DARI PANDANGAN), SERTA KESAN KECEDERAAN PADA TUBUH MANGSA YANG KONSISTEN DENGAN AKIBAT JATUH DARI TEMPAT TINGGI, MERUPAKAN BUKTI SAHIH KEJADIAN MALANG TERSEBUT, SEKIAN DIMAKLUMKAN"

    -average joe-
    klakka-la.blogspot.com

    BalasPadam
  7. kan aku dah kata... UMNgOk-BoNgok ni idup dia berputar sekitar sex je!

    (Jakarta Globe) - Malaysian men have extramarital sex because of "wives who neglect their responsibilities" to their husbands, a Malaysian lawmaker told Parliament Thursday, outraging women's groups.

    "Husbands driving home after work see things that are sexually arousing and go to their wives to ease their urges," said independent lawmaker Ibrahim Ali, according to online portal Malaysiakini.

    "But when they come home to their wives, they will say, 'wait, I'm cooking,' or 'wait, I'm getting ready to visit relatives'," Ibrahim said.

    "In Islam, wives are supposed to stop everything to fulfill their husband's demands."

    Ali heads Perkasa, a right-wing Malay nationalist group seeking to protect ethnic Malay dominance in politics.

    His strident comments came as he asked about plans by the government's religious development department to educate wives on their responsibilities.

    Wives failing in their duties pushed men to go to "private places to satisfy their urges", he said.

    An aide to the lawmaker confirmed the remarks but declined further comment.

    His comments prompted fury among women's groups in a nation with a growing sex industry and a problem with human trafficking...


    itu pasal Tigaboroi buat tayangan video seks percuma kat hotel
    itu pasal chua soi sek buat video dia tutuh amoi kat hotel
    itu pasal katak2 dari perak tutuh amoi kat hotel (sebab orang bagi sedekah, takkan tolak?)
    itu pasal madeey & najebon buat skrip drama lubang dubur shy fool!

    BalasPadam
  8. yang khir toyo tu tak nak pulak dihumban dari pejabat SPRM..apa ditunggu lagi sedara di Kastam...kempen le tolak BN..

    BalasPadam