Khamis, 4 Ogos 2011

CERITA YANG TAK MASUK AKAL




SEMUA MENIPU









AHMAD SARBAINI TERJATUH DENGAN TIDAK DISENGAJAKAN - meloya

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed terjatuh dari aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan dengan tidak disengajakan.

Perkara itu disahkan oleh pakar patologi, Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang memberi keterangan dalam perbicaraan inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini.

Dr Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata, daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati Ahmad Sarbaini (mangsa) keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton.

"Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Dr Shahrom berkata, Ahmad Sarbaini kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya.

Saksi itu berkata, mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri, tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu. – Tienama

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
ini adalah teori kang kong
teori yang tak lengkap
sekali tibai teori ini hancur

mari kita tanya:
pasal apa arwah ini keluar ikut tingkap?

inilah soalan induk
ini sama seperti kenapa seluar beng hock koyak
walhal beng hock dikatan terjun ke luar tingkap
macam mana sleuar boleh koyak

dalam kes sarbaini
arwah dikatakan keluar dari tingkap pantri
pasal apa?
pasal apa ikut tingkap?
pasal apa tak ikut pintu?

pelik hairan

adakah arwah telah hilang akal?
adalah arwah nak menangkap burung merpati
atau arwah dihumbankan keluar?

13 ulasan:

  1. TAP PERLU NAK TEKA-TEKI LAGI BRO...YANG SELOGIK-LOGIK NYE BELIAU DI BUNUH SEPERTI TEOH BENG HOCK KERANA DIA ORANG NIE DAH BIASA JADI KAKI PUKUL DALAM TUGASAN MEREKA, JADI BILA PUKUL LEBIH DARI DI PUKUL, EGO MEREKA JADI TINGGI DAN MEREKA NAK MAINTAIN EGO PUNYE PASAL JADI DIBUNUH LAH BERDUA NIE WALAUPUN TAK BERNIAT SEBENARNYE, TAPI BILA TERLEBIH SEKSA DAN MATI, APA LAGI, COVER UP AJE YG MEREKA BUAT

    BalasPadam
  2. macam mana nak tutup kes kat malaysia...? bagi mati jer....senang...tutup kes....

    BalasPadam
  3. kalau kita setuju bahawa Sarbaini telah di bunoh.Maka taklik yang di pakai pembunuh ialah:
    Bukankah musuh utama negara adalah perasuah? Dan salahkah membunuh musuh negara? kah kah kah
    -Haji Salah.

    BalasPadam
  4. SETUJUUUUUU!!!!!

    BalasPadam
  5. Yang celakanya sebab sipembunuh dan kuncu-kuncunya buat KITA semua ni macam bodaoh dan bangang, cerita karut marut macam ni dikeluarkan, ingat KITA ni bodoh macam UMNO, kalau arwah keluar ikut tingkap dan jatuh, jawapannya satu je mesti dia nak lari? LARI dari siapa sampai tak nak orang nampak? Jeng..Jeng..Jeng, alah jawapannya macam kes TBH juga, pegawai SPRM cabuk 3 orang tu nanti yang kena, macam kes Altantuya, 2 polis cabuk tu yang kena, tak kenal mangsa langsung tapi saja nak bunuh, suka-suka...

    BalasPadam
  6. Kepada yg berugama Islam, kita semua yakin bahawa Allah Yang Maha Kuasa mengetahui segala galanya. Marilah kita semua berdoa di bulan Ramadan yang mulia ini agar Allah menunjukkan kebenaran, serlah kan lah pada mata umum sesiapa yg bersalah dan bersubahat. Ya Allah Ya 'ALIM.

    BalasPadam
  7. dia nak ke bumbung tu? memang dia datang tu nak baiki bumbung ke? ape punya cerita mengarut la ni..

    BalasPadam
  8. ghostbuster ntv7..hakhakhak4 Ogos 2011 pada 8:30 PTG

    hantu flom kejar dia..hakhakhak

    BalasPadam
  9. ooohh!!apochoot!!ingatkan tobing ghuponyo tingkap,ingatkan ghondah ghuponyo tinggi.ingatkan nak nenggek yo, ghuponyo ese tertonggeng kek tingkap.jadi ese tertolak diri ese dan ese terjatuhlah kebumi.maknonyo ese tak kono bunoh,ese pun tak bunoh diri cumo ese ni terputuih nyawo.jadi tak ado sesapo yang tahu melainkan yang maha tahu camno talian hayat ese dinahukan.

    BalasPadam
  10. Ni detik hati diorang yang beri keterangan palsu: "Lawan dgn org yg dah mati.., boleh la tibai apa saja alasan asalkan periuk nasi selamat..Soal dosa dan pahala? Belakang cerita bro... Yg penting, sumber rezeki anak bini tetap terjamin...Nak ckp benar buat apa? Bukan adik beradik aku..."

    BalasPadam
  11. kalau begitu lebih baik aku percaya cerita dari SINI. Sekurang2nya adalah sikit masuk akai...

    BalasPadam
  12. woit mamat yes 4 Ogos 2011 5:38 PM

    jangan jadi bodoh dan membodohkan orang lain.. kalo ko terus bermentaliti begini, menunggu Allah tunjukkan kebenaran.. sampai mampos pun ko takkan dapat... atau ko akan mendapat kebenaran bila ceritanya sudah jadi sejuk dan basi..

    nak dapatkan kebenaran, kenalah berusaha! cari, cungkil, bongkar, soal siasat... bukan berdoa dan tidur saja.. Allah sendiri pun, akan bagi sesuatu apa, setelah kita berusaha bersungguh2..

    Dasar Melayu Malas Berfikir.. Pergi hantuk kepala kat dinding sajalah..

    BalasPadam
  13. ini sumer citer nak tutup cerita saja.. akhirnya sarbaini ini diistiharkan mati membunuh diri dengan sukarela. pagi datang dengan sukarela kerana berniat hendak bunuh diri dengan sukarela..

    orang melayu boleh ditipu la.. sbb secara sunnahnya, memang orang melayu beragama islam didesign oleh Allah Taala memang gemar ditipu dan terima apa saja bulat2... sebab itu ramai yang lemau duduk diam kat rumah saja walaupun ditipu setiap saat oleh media BN atau siapa saja yang ada kuasa..

    asalkan saja sesiapa saja yang ada kuasa, semuanya boleh menipu.. query sikik pun buleh jadi kapir.. bukannya query untuk mendapatkan beberapa alasan dan options, kendian baru menilai mana salah mana betul.. kemudian menjadi lebih yakin dengan iman yang ada.. tak percaya, query sikik pasal agama, tak pasal2 terus jadi kapir.. bodohnya betul2 bodoh, sampai tak leh query..

    hoi umat melayu, sampai bila nak jadi bodoh dan berfikiran berlapang dada...

    BalasPadam