Khamis, 4 Ogos 2011
SATU LAGI MALAPETAKA
MALAPETAKA – SURAT KEPADA BANI MELAYU
Dua puluh penduduk di Kampung Seberang Star, dekat Gua Musang kerugian teruk apabila kebun getah dan pisang seluas 2.4 hektar musnah diserang sekumpulan 12 ekor gajah liar sejak dua minggu lepas.
Malah, mereka juga tinggal dalam ketakutan kerana gajah liar terbabit pernah berkeliaran di kawasan kediaman setiap malam hingga memaksa penduduk berkumpul di luar rumah untuk menghalaunya –BERNAMA
Wahai Bani Melayu,
Adalah aku ini dari Bani Gajah menulis surat ini kepada kamu Bani Melayu dengan niat yang jujur lagi ikhlas. Surat ini tidaklah aku tulis hanya mewakili Bani Gajah sahaja. Adalah diberitahu kepada kamu wahai Bani Melayu bahawa aku menulis ini untuk menyampaikan rasa hati seluruh Bani Hutan.
Kancil dan napoh telah bersuara. Harimau dan rusa telah berkata-kata. Enggang di pucuk nan tinggi dan kubong di batang kepala semuanya ingin menyatakan rasa tidak puasa hati mereka. Hendaklah kamu sedari wahai Bani Melayu, yang hidup dalam hutan belantara bukan hanya orang hutan sahaja. Musang dan buaya, lotong dan kera - kami telah sebulat suara untuk memberi ingatan tentang Malapetaka.
Sebelum senapang itu melepaskan tembakan. Sebelum das besi panas itu singgah ke atas tengkok aku. Sebelum aku mati di racun. Sebelum kaki aku kau rantai dengan jerat. Sebelum Bani Gajah pupus dari bumi ini, biar aku surahkan rasa hati kami.
Sedarlah kamu wahai Bani Melayu bahawa bumi ini bukan hak milik kamu sahaja. Sedarlah kamu wahai Bani Melayu bahawa bumi ini milik semua. Sesiapa yang yang bernafas , sesiapa yang berbunyi dan bersuara adalah tanda pemilik hak yang sama. Dari unggas, mawas, cikah dan kura-kura – semua meminjam bumi ini untuk hidup sementara.
Adalah telah kami perhatikan semenjak Tuan Orang Puteh lari meninggalkan bumi ini pada 31 Ogos 1957 dahulu, kamu Bani Melayu telah membawa Malapetaka yang maha sangat. Kamu telah menjadi penganas. Kamu telah merosakkan bumi ini seolah-olah bumi ini adalah milik kamu sahaja.
Wahai Bani Melayu, apakah kamu tidak sedar atau sengaja tidak mahu sedar bahawa bumi ini untuk kita semua kongsi melintas. Apakah susah sangat untuk kamu menerima hakikat bahawa bumi ini hanya pinjaman. Kemanakah perginya akal dan fikrah kamu sehingga kamu terus membawa Malapetaka ini.
Biar aku surahkan disini bahawa kami yang tinggal di dalam hutan telah lama merasakan Malapetaka ini. Saban hari tanda tanda Malapetka semakin meluas dan semakin jelas. Lalu aku dalam surat ini ingin menyedarkan agar kamu tidak hanyut terkapai-kapai akibat Malapetaka yang akan sampai.
Tidak kah kamu tahu bahawa sebelum kamu berada di bumi ini kamilah Bani yang terawal berkelana di bumi ini. Berbilion tahun sebelum kamu sampai ke sini aku dan Bani Hutan telah berkeliaran bebas di sini. Kami berkelana tanpa ganguan. Kami berkelana tanpa sekatan. Kami berkelana bebas.
Wahai Bani Melayu,
Biar aku catatkan disini satu persatu keganasan yang telah kamu lakukan. Hendaknya apabila telah aku tuliskan ini maka terbukalah hati kamu yang selama ini telah menjadi bagitu kotor dan busuk.
Kamu telah dan sedang menjarah hutan belantara ini tanpa perancangan tanpa peraturan. Tidak kah kamu rujuk apa yang telah ditulis dalam penjanjian kami dengan Orang Puteh dahulu. Perjanjian Hutan Belantara yang tertulis dalam Perlembagaan itu tidak kamu ambil peduli. Tidak pula kamu beri tahu kepada anak cucu cicit kamu tentang adanya tertulis Satu Perjanjian. Telah ditulis: bahawa setiap batang balak yang kamu tebang maka kamu juga diwajibkan menanam anak balak itu kembali. Tidak kamu ajar dan didik cucu cicit kamu tentang perjanjian ini. Kamu pura pura tak tahu dan tidak merujuk kepada apa apa buku.
Kamu bagitu angkuh dengan kuasa dan kudrat kamu. Lalu kamu tolak runtuh bukit dan gunung ganang. Lalu kamu landaikan bumi ini agar kereta yang kamu naiki dapat meluncur laju. Satu demi satu kerabat pokok hilang dari muka bumi. Satu demi satu kerabat ulat dan kerabat unggas hilang untuk selama-lamanya. Satu demi satu Bani Rumput dan Bani Lalang hilang.
Kamu dengan angkuh telah mentafsirkan Bani Hutan sebagai benda untuk buruan. Lalu kami diburu dan dihalau. Lalu kami di jerat dan di tembak. Lalu kami ditangkap dan diracun. Kami dimasukkan ke dalam kurungan. Kami pun dijadikan barang peniagaan. Kamu menjual tiket untuk menayangkan kami kepada anak cucu cicit kamu. Kau menjadikan Bani Hutan barang pemainan untuk menghibur hati hati kamu yang masam kulam.
Tidakkah kamu sedar hutan balak dan bukit bukau yang telah kamu ratakan adalah kampong and halamana aku. Tidak kah kamu memiliki perasaan apabila kamu menjarah dan merampok balak dihutan kamu telah merosakkan alam yang berbilion tahun tersusun rapi dalam satu rantaian kehidupan yang bagitu harmoni.
Tidak kan kamu sedar bahawa alam ini diikat dengan hukum dan hakam. Alam ini sujud kepada hukum Yang Maha Esa. Alam semesta kita ini bergerak diatas syarat dan aturan yang tertulis semanjak kun fiyakun.
Wahai Bani Melayu, biar aku surahkan disini agar dapat kamu memahami tentang rantai kehidupan yang aku katakan ini. Biar aku contohkan disini akan hukum alam yang menjadi bumi ini dengan nyata.
Ketika musim durian sampai maka kami Bani Gajah pun akan berkenduri berkendara. Setiap durian yang kami telan adalah tanda kesyukuran kami kepada hutan. Lalu kami merayau jauh berbatu batu. Di lereng lereng bukit kami berakan biji biji durian yang kemudiannya menetas, membesar dan berbuah kembali. Tanpa Bani Gajah , kamu Bani Melayu tidak akan kenal durian dan tempoyak.
Tidak cukup dengan ini kamu keluarkan berak bergantang gantang. Lalat dan langau hidup membiak diatas berak kami. Lalu berak yang membusut jantan ini membajai seluruh hutan. Maka suburlah hutan dimana sahaja kami berada. Kami merayau, merentas dan berjalan. Danau dan lurah yang kami teroka menjadi denai untuk babi dan rusa.
Wahai Bani Melayu, rantai kehidupan ini bukan ada pada Bani Gajah sahaja. Setiap binatang, setiap unggas , setiap ulat, setiap serangga adalah talian rantai kehidupan di bumi ini. Setiapa pokok, setiap batang, setiap rumput dan setiap lalang adalah rantai kehidupan. Jika satu rantai ini pupus maka akan kendurlah rantai kehidupan ini. Selama tiga puluh tahun kebelakangn ini kamu Bani Melayu telah memutuskan banyak rantai rantai ini. Justeru, Malapetka telah sampai.
Kami Bani Hutan sedang memerhati Malapetaka yang sedang membadai kami. Setiap kali kamu menggondolkan hutan Bani Gajah akan hilang tempat bercumbu dan padang mencari makan. Berbulan bulan aku kurus kelaparan. Tidak lagi aku terberak durian untuk membajai hutan.
Sesudah gunung ganang kau gondoli kini sungai pula kau empangi. Lalu lurah dan paya tenggelam dan hilang. Tidak kah kau tahu berapa ratus jenis kupu kupu dan belalang turut sama mati. Yang selamat kini hidup tunggang langgang?
Wahai Bani Melayu,
Aku saekor Gajah menulis surat ini meminta kamu berhenti sebentar dari menebang hutan dan belukar. Berhenti menarah bukit dan gunung. Berhenti dari menimbus lurah dan gaung. Berhenti dari mengempangi sungai. Tidak kah kamu sedar bawa gunung dan bukit itu ialah paku bumi ini. Tidak kah kamu sedar gaung dan lurah itu ialah nadi penafasan bumi. Sungai dan paya ialah aliran darah bumi. Bumi dan alam ini juga bernafas dan bernyawa. Jangan kamu menjadi anggkuh menganggap bumi dan alam ini hanya milik kamu sahaja.
Minggu ini kamu telah memburu suku sakat aku. Kamu menghalau. Kamu menuduh Bani Gajah membawa Malapetaka. Tetapi, wahai Bani Melayu , tidakkah kamu sedar bahawa hutan yang kamu tarah itu adalah rumah aku. Balak Balak yang kamu tebang itu adalah tiang tempat aku bemain dan menyandarkan badan. Tidak kah kamu sedar bahawa hutan yang kau tebang adalah dapor makanan aku.
Aku lihat kamu semakin anggkuh. Aku perhatikan semenjak Tuan Orang Puteh pergi kamu bagitu rakus mengumpul harta pribadi. Entah berapa ratus spesi rumput rampai yang pupus akibat haloba kamu mengumpul harta. Berapa banyak cikah kera dan lotong menjadi penggangur. Kini mereka berdiri ditepi jalan raya meminta-minta sedekah kerana kampong halaman mereka telah kau robek robek. Dalam setahun berapa ratus ribu Bani Tenggiling dikumpul dan dibunuh untuk memuaskan nafsu ringgit kamu. Berapa banyak pula Bani Musang dan Bani Biawak mati di jalan raya akibat dilanggar kereta kamu.
Inilah Malapetaka yang sedang mengancam kami. Dihutan kami digelodak. Tasek dan danau kami semakin kering. Paya dan lurah semakin terhakis. Kau secara bijak menamakan tempat kami hutan belantara simpanan. Kau gazetkan kawasan simpananini. Tetapi satu demi satu tanah simpanan ini mengecil. Satu demi satu wliayah Bani Hutan semakin sempit. Inilah Malapetaka yang sedang kami hadapi kerana kamu Bani Melayu sedang rakus mengumpul harta.
Ingatlah bumi ini kita lalui bersama-sama. Bumi ini kita duduki hanya untuk sementara. Bumi ini hanya pinjaman sahaja. Sedarlah Gedong dan Istana yang kau diri itu tegak diatas runtuhan kampong kami. Kereta yang kau naiki itu sedang mercun udara bumi.
Wahai Bani Melayu,
Apakah kamu sedar setiap pokok yang kamu tebang sebenarnya kamu sedang mengurang udara bersih di bumi ini. Apakah kamu sedar setiap hutan yang kamu robek adalah tapisan air untuk kita semua. Apakah kamu sedar bahawa otak dan akal yang kamu miliki itu wajib diubah kerana ianya bertangung jawab jawab membawa Malapetaka ke atas bumi ini.(TT)
p/s :
dari gua musang ini
kau hendak hantar Bani Gajah ini ke mana?
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN terbaru
yang sedang dalam poasaran
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingghun ini sila
pukul talipon 03-22-72-40-45
memang betul malapetaka....
BalasPadam12 ekor gajah kalu nak dibandingkan dgn seorang anak badak, aku rasa jgn cakap kg. seberang star gua musang. dgn malaya2x boleh jadi padang jarak padang terkukur di buatnya.
Wahai Bani Melayu,
BalasPadamAdakah kami kaum Bani Gajah akan disuruh mengundi untuk Bani AMNO dalam PRU13 nanti...kah kah kah kah...kah kah kah
Dear TT,
BalasPadamBRAVO!!!!!!!!
terbaik dari bani tt.
BalasPadamkah kah kah
malapetaka dah pun berlaku pd hari itu bila omputih lantik alienated milayoo bertuankan eee. onn, tunku lu ingat dia org darah milayoo ke? bani milayoo dihidupkan kembali sbb dunggunya aset paling mahal utk dikecek khazanahnya. maka ditahtakanlah kalipah palsu digahkan dgn mambang kuning dan segala mambang-mambang. bak patung yg disembah dia terus digeruni sbb memang berhantu pun. hantu 4b- botol betina balak—bincat? kah,kah.. tapi omputih tau milayoo ada agama baru dari arab. but that’s no problem. lalu dilantik pula ulama su. maka milayoo pun ada dua hantu. tarahlah hutan, sedutlah getah, koreklah bijih tapi jgn bikin kacau-kacau nanti kena badi, kena dolat. tak patah tiek, tak tempang bisu, tak bisu sindrom down! tak caye? tanya tt. maka berkapal-kapallah bijih diangkut keluar, nak tau mana potnya? tu kat muara mesjid jame dimana yap ah loy bercekak pinggang bak vincent tan. berlori-lori getah, berjela-jela balak tapi baik-baik jgn sergah nanti kena sumpah. duit yg melimpah ruah tu dah pun dipindahkan di temasek. bank bumi mane ade time tu. entah macamane, melimpah pulak minyak tapi saying, itu ee punya. jika milayoo mau pakai mesti bayar dgn harga yg diselaraskan. faham? gedebuk gedebak, tetiba muncul internet, muncul bersama tt utk kita faham disebalik kefahaman yg makcik felda tak mungkin faham-faham tapi kawan, semuanya sudah bonsai. gulai yg tinggal kuahpun menanti gajah dari luar yg tersedia lapar utk mengganas. peliknya, gajah ini peliharaan situan milayoo guna sbg ganti pak pacak dan mahaguru dgn kerisnya menanti … menanti bani milayoo! tapi bani ini dah pun jadi mat pot, member kena seret pun buat de je. bila kita lihat penghuni serenti itu pun sekuen nakbanya. ketika merapu terpantullah suara pintar hang nadim: “betul la cakap lu bani milayoo sudah kena tipu.” ya, todak yg melanggar singapura hari itu sebenarnya utk rajagopal yg zalim. tapi bro, bila dah lalok tarak guna lagi. lu bacalah itu opium war? alahai, bila hang lalok menggigil ditambah satu dos lagi. percuma geng. tapi gajah di gua musang dah tau dah lagak sibarua sejak taringnya diburu omputih. barua ni lebih sudu dari kuah. ayahnya telah tumbang pun masih disepak terajang. padahal dialah penyeri hutan, penyemai benih durian. maka amokan kelmarin cuma nak beritau jika milayoo dah lupa pd jebat yg dibangga-banggakan tu. bangga? woit, dlm hutan itu org asli dah putih-putih belako. apa taknya cukong tu bapak merua tok batin. “tok, ngapo tak masuk islam?” “nak sembah milayoo punya tuhan? cheh!” apa taknya alibaba tonggang-langgang otak nasi kang kang, makan tanggung berak cangkung ketuk gendang tak untung-untung. rupanya itulah nakbanya from jepun to kuminih, from omputih to dolat, from eee to cukong! united malay organ...tu topeng je. pseudo and neo-colonist compounded both masking to champion milayoo while the real tuan had never been a milayoo! tu la, harapkan pagar, pagar sondol lumbu, harapkan lumbu, lumbu baham tuan. harapkan tuan, tuan rembat milayoo.....kah kah.kah . eh, tak geli pun. menyampah ada.
BalasPadamSegala kerosakan yang berlaku di mukabumi adalah akibat perbuatan tangan-tangan manusia.
BalasPadamgunung ganang bukit bukau adalah paku bumi, kalau satu hari nanti habis semua ditarah atas nama pembangunan, masa itu nanti munkin akan berlaku apa yg tak pernah berlaku di sini iaitu gempabumi...kerana bila paku dah dicabut, bumi dah jadi tak stabil lagi...selamatkan bumi malaysia, vote bn out!
BalasPadamRespect...TT, Manusia lama telah rakus dan angkuh jadikan bumi hak milik diaorang....kita dalam laut pun apa kurang???? trlion-bilion teman-teman aku dah jadi mayat dalam perut manusia.laut aku pun dicemari ngan toksid dan sampah sarap....ingat manusia malapetaka yang amat serius sedang menanti....
BalasPadammanusia yang bertuhankan duit akan sentiasa nampak alam sekitar sebagai isu sampingan.
BalasPadammanusia yang bodoh & fikirkan hal untuk untung sendiri, hanya untuk diri sendiri dan bukan masyarakat akan mati kaya raya tapi mati tanpa oksigen untuk generasi akan datang nak bernafas.
air akan jadi isu, sudah tentu.
penduduk sekitar seharusnya jangan DIAM. panggil media, panggil sesiapa saja yang bole bersuara...
Jangan biar kan mereka merobek hutan kita dan membunuh binatang-binatang yang tak berdosa.....
bravo... the other side of tt is so marvelous...
BalasPadamApabila sudah ada AMANAH.
BalasPadamMesti ada cherita gajah ganas diGuaMusang.
Mesti ada cherita rogol diGuaMusang
Mesti ada cherita rasuah, bunoh dan cherita teruk akan berlaku diGuaMusang.
Semuanya kerana nak gelapkan Kuali.
Er , nama dia ialah KuLi atao Kuali?
aku suka sisi TT yang ini~
BalasPadamWahai Bani Melayu, apakah kamu tidak sedar atau sengaja tidak mahu sedar bahawa bumi ini untuk kita semua kongsi melintas. Apakah susah sangat untuk kamu menerima hakikat bahawa bumi ini hanya pinjaman. Kemanakah perginya akal dan fikrah kamu sehingga kamu terus membawa Malapetaka ini.... 44 patah perkataan yang membawa makna yang amat mendalam bagi mana-mana manusia yang tahu menggunakan otak dan akal fikiran ... namun (firman Allah swt) berapa ramai daripada kamu yang mahu berfikir ..? ... mereka lebih suka menggunakan fikiran mereka untuk memfitnah musuh yang tak dapat mereka kalahkan ... menipu dan terus menipu untuk menutup kesalahan demi kesalahan yang mereka lakukan ... menggunakan fikiran mereka untuk mencipta alasan 'bagaimana Sarbini mati' di bangunan SPRM., membuat 'lawak-lawak bodoh' supaya rakyat tak perlu bertanya tentang harga barang harian yang semakin mahal, tentang tanah TUDM tergadai, tentang wang royalti minyak tak tentu hujung pangkal, tentang perjanjian PLUS yang 'tengin' dan 'baghal' ... celaka dan celaka lah para pemimpin yang haloba mengumpul kekayaan, binasa lah mereka bersama sekutu dan 'bekas' sekutu mereka
BalasPadaminilah salah satu dpd 3 ciri sekular yg diterangkan oleh Prof Syed Muhamad Naquib at-Attas dlm buku Islam & Secularism..iaitu Disenchantment of Nature.wallahualam
BalasPadamMohon izin copy-paste diblog saya untuk tujuan bukan komersial n tanpa edit.. d(^^,)
BalasPadamJemput Lawat: www.samizul.net
ye...tau pun kaum jumud pas... bukan stakat ni gua musang jer... cuba pikir HUTAN SIMPAN HULU MUDA? tu bawah kerajaan PAS... hutan kat Pahang... bawah kerajaan UMNO... hutan kat Selangor, bawah kerajaan PKR... mari ke balak, serban tak serban... mari ke balak, bow tie tak bow tie... semue jadi senget-senget... KEPALA PUKIMAK LA sapa-sapa yang khianat harta tanah melayu ni...
BalasPadamsaya suka entry ini. LIKE, +1, tweet
BalasPadamkesian pokok balak... bukan lesen balak kerajaan negeri keluarkan ke... gua musang ni negeri mana? ohh..kelantan ye.. sape perintah kelantan? ohhh Pakatan Rakyat ye..
BalasPadamtima kasih ye BANI PEMERINTAH..
kalau dalam ISLAM..sape yg membawa kemungkaran dia lah akan menjawab kemudian hari..tak kira UMNGOK/UMPORNO, PASBERG, DAPig, PARTI KENCING PAKYAT..