Selasa, 27 September 2011
APA ITU NATO?
MARI KITA MENGENAL NATO
LAYAKKAH MISMAH DAPAT STATUS WARGANEGARA ? - harakah daily
Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Alias Ahmad menjawab isu Mismah yang mendapat status penduduk tetap kepada rakyat Malaysia.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat(gambar) juga memohon agar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said memberi jawapan kepada rakyat Malaysia bagaimana Mismah yang mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu tahun boleh diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011.
“Bukankah Mismah sudah melanggar peraturan Jabatan Imigresen? Apakah beliau layak untuk menjadi warganegara?” soalnya dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia pada 23 September 2011, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad telah membuat ulasan mengenai tuduhan rakyat Bagladesh mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Residen (PR) di negara kita.
Kenyataan beliau adalah seperti berikut:
''Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR di negara ini.”
“Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR”.
“Permohonan turut dibuka untuk kumpulan pelabur, pakar serta golongan profesional yang diperakukan oleh agensi kawal selia.”
Justeru, Pemuda PAS berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah merujuk peraturan di jabatan tersebut seperti yang terdapat dalam laman berikut
: http://www.pinoy-broad.net/img_upload/9bed2e6b0cc5701e4cef28a6ce64be3d/Guide_to_Permanent_Residency__Malaysia_.pdf
Dalam peraturan yang terdapat dalam Jabatan Imigresen memberi syarat bahawa mereka yang memohon PR hendaklah memiliki entry permit dan telah tinggal di negara ini selama 5 tahun.
Kumpulan yang berkelayakan untuk mendapat entry permit adalah seperti kumpulan profesional, anak kumpulan profesional di bawah enam tahun, isteri kumpulan profesional, mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara, anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun dan kes-kes khas.
Kata Suhaizan, Pemuda PAS ingin merujuk kes Mismah yang disiarkan pada 12 dan 14 Ogos 2011 oleh akhbar Sinar Harian.
Mismah atau nama sebenarnya adalah Nismah Binti Naim, 47, berasal daripada kepulauan Bawean, Indonesia.
Suami beliau bernama Mawasi Bin Mawardi, 51, juga mendapat status Penduduk Tetap.
Mismah masuk negara kita pada tahun 1982 sebagai buruh binaan. Pada tahun yang sama iaitu 17 Julai 1982 Mismah sudah mendapat satus PR.
Menurut Suhaizan, ini memberi maksud bahawa tidak sampai satu tahun Mismah tinggal di negara ini beliau sudah memperolehi status PR.
“Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR,” katanya.
Pemuda PAS, tambahnya berpendapat bahawa terdapat kemungkinan 4 perkara yang bertentangan dengan peraturan Jabatan Imigresen dalam kes Mismah mendapatkan status PR iaitu Mismah bukan seorang profesional, suami Mismah bukan seorang warganegara, suami Mismah bukan seorang profesional dan Mismah hanya tinggal tidak sampai satu tahun di negara ini.
“Mismah ini hanyalah satu kes contoh sahaja. Pemuda PAS sangat khuatir berkenaan pemberian status PR kepada ribuan warga asing dalam negara ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Beliau berkata, pemberian hak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak dan bertujuan untuk kepentingan parti politik tertentu adalah suatu pengkhianatan kepada negara.
Tegasnya, Pemuda PAS akan terus mendedahkan kepada rakyat Malaysia berkenaan manipulasi dalam pilihan raya khususnya yang berkait dengan daftar pemilih dan undi pos.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...NAK TANYA TANYA BUAT APA LAGI?...kah kah kah..
kah kah kah...ORANG RAMAI DAH JELAK ...kah kah kah...
kah kah kah...SUDAH MUAK DENGAR CERAMAH.... kah kah kah..
kah kah kah.... SUDAH PUAS MEMBACA DAN MELIHAT BUKTI.... kah kah kah..
kah kah kah...PERSOALAN IALAH : APA TINDAKAN PAKATAN RAKYAT?..... kah kah kah
kah kah kah...ATAU INI NATO : NO ACTION TALK ONLY!.... kah kah kah
JANGAN LUPA JUMAAT INI
nato oh nato.
BalasPadamcakap aje tindakan takda.
makin jauhlah putrajaya pr oi.
di shah alam ni ramai lagi. cuba tengok pekerja2 asing tu. ada yang dah dapat IC. bukan main bangga lagi.
BalasPadamUMNO/BN memang pengkhianat negara !! Hapuskan UMNO/BN sebelum terlamnat !!
BalasPadamnato gua buring...
BalasPadamBERSIH 3.0 jln penyelesaian...
kalo nak nego ngan umngok and the geng....
lu lg paham bro t.t...
http://gerai3abdul.blogspot.com/2011/09/mahathir-hudud-jagungnya.html
so,mismah lah ni bumiputera!!!sya masih di anggap kaum pendatang!!!walaupun ayah sya berkhidmat dlm tentera dr thn '56 ke '78(pencen),betul tt!!malaysia boleh!!!
BalasPadamIni-lah cara "divide and rule".
BalasPadam~ Cara membodohkan RAKYAT Malaysia yang tulen.
~ Cara memdapat lebih "RAKYAT" bermutu rendah dan bermasaalah.
Video ini jawapan yg apa akan terjadi di masa depan
http://www.youtube.com/watch?v=DUMwWs44zvg
We anti illegal immigrants
We anti illegal voters
People's power
TT nampak macam cerdik. Dia sendiri leadership quality pun tak ada. Tak tahu group mana dia boleh lead dan tak tahu pula kot dia pun ada pengikut.
BalasPadamNegara dah kena jual kat org asing..kita masih lagi nak bercakap??masih lagi nak tanya???masih lagi nak buat forum??.masih lagi nak buat ceramah???bangap..!!!memang bangap!!!
BalasPadamRakyat dan PR dah kesuntukan masa..GE13 anytime..kalau PR nak menang dlm GE13..kita mesti pastikan kita menang dalam 8 tuntutan BERSIH 2.0..!!!INI WAJIB!!!
Macam mana nak menang dalam tuntutan kita dalam masa yg SUNTUK ni...??bukan dengan ceramah..bukan dengan sidang media..bukan dengan forum..bukan dengan bla bla bla...rakyat dah tau gerombolan sedang jual negara ni..sekarang ini kita WAJIB berjuang ketitisan darah terakhir!!!WAJIB berjuang sehingga kita menang dalam tuntutan kita..kita rakyat WAJIB tunjuk..WAJIB berdepan..WAJIB tegas..WAJIB berkeras dengan 8 tuntutan BERSIH... Macam mana nak berjuang dlm masa suntuk???Hanya 1 cara..
Kita turun dan JANGAN BALIK!!!biar ambik masa 3 hari..seminggu..1bulan..1tahun..tapi pastikan kita JANGAN BALIK walau apa pun jadi..biar gerombolan tengok..saksikan..sedar bahawa rakyat Malaysia bukan BODOh..bukan lembik..bukan penakut..bukan hya pandai bercakap..
BUKTIKAN!!!rakyat Malaysia ada maruah..berani..tidak gentar bersuara benda yang HAK!!!
Hanya ini sahja cara..
Percaya cakap wa...
x yah cakap lagi la buat je apa yg patut, demo ke? bako ke klu x mangkok ayun tu mana sedar diri. Tak lama lg tergadai Tanah Melayu ni. Hampeh
BalasPadam