Selasa, 27 September 2011

BUKTI KEKUATAN EKONOMI SOSIALIS




SATU JAWAPAN :BANGUN DAN LAWAN




60 KEDAI SATU MALAYSIA MENJELANG 2012 , MUDAHKAN PENGGUNA DAPAT HARGA MURAH - meloya

BERA 26 Sept. - Sebanyak 60 kedai 1Malaysia akan diwujudkan di seluruh negara menjelang tahun depan bagi membolehkan orang ramai mendapat keperluan harian dengan harga lebih murah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai untuk mewujudkan kedai tersebut.

"Antara lokasi yang dikenal pasti di Pahang ialah di Bera, Kuantan dan Pekan.
"Bagaimanapun, sehingga kini sebanyak 25 kedai akan beroperasi sebelum akhir tahun ini dengan empat daripadanya telah pun dibuka," katanya.

Sementara itu, menurut Ismail Sabri, kerajaan turut menyasarkan sebanyak 1,000 kedai makan menu stau Malaysia dan 500 kedai harga patut diwujudkan di seluruh negara sehingga akhir tahun ini.

Tambahnya, beliau menafikan pembukaan kedai-kedai seperti itu akan menggugat kedai sedia ada.

"Semua terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan dan kewujudan kedai-kedai ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna bagi mengurangkan kos sara hidup mereka," katanya.


MB SELANGOR DIDESAK HALANG KENAIKKAN SEWA DI KOMPLEKS PKNS - meloya

SHAH ALAM 26 Sept. - Majlis Belia Selangor mendesak Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim masuk campur dan menghalang keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menaikkan kadar sewa di Kompleks PKNS, Shah Alam berkuatkuasa awal tahun depan.

Pengerusi Tetapnya, Nor Akmal Ibos berkata, sekiranya Abdul Khalid benar-benar prihatin dengan nasib peniaga di negeri ini, beliau perlu berani dalam membuat keputusan dan bukannya tunduk kepada keputusan PKNS.

"Dalam hal ini, Abdul Khalid dilihat tidak tegas sehingga sanggup membiarkan nasib peniaga di negeri ini diperjudikan oleh kerakusan anak syarikat milik kerajaan negeri membolot keuntungan berlebihan.

"Sekiranya Abdul Khalid ikhlas dan tidak mahu melihat peniaga terutama di kalangan golongan belia di negeri ini gulung tikar, beliau perlu masuk campur dan menghalang keputusan tersebut," katanya semalam.

Beliau mengulas keputusan PKNS menaikkan kadar sewaan premis di Kompleks PKNS, Shah Alam mulai 1 Januari 2012.

NOTA:
sila baca betul betul dua berita ini
ini berita amat penting untuk difahami tanda dan maknanya

berita pertama tentang kedai satu malaysia
kedai ini pasti ada campur tangan kerajaan
kedai ini pasti dapat barangan dari pengedar kerajaan

ini bukti bahawa jika kedai kedai dijanazkn oleh kerajaan
maka ianya boleh menurunkan harga
ianya berupaya memberi khidmat dengan harga rendah

bagaimana turun harga?

harga turun kerana akidah kedai seperti ini bukan keuntungan maksima
kedai seperti ini mahu memberi khidmat sosial kepada ummah
ini lah dia ciri ciri utama ekonomi sosialis

lihat bila kapitalias dalam keadaan nazak
maka mereka tak ada pilihan
melainkan memilih sistem ekonomi sosialis

ini terbukti dasar ekonomi sosialis : khidmat untuk kebaikkan ummah
lebih kukuh dari : keuntungan maksima yang ditentukan oleh pasaran

selama 54 tahun ini kita telah menggunakan sistem kapitalis
lihat dan saksikan hasilnya

BERITA KEDUA
satu bukti kekutan daulah
pemilik bangunan ini ialah kerajaan selangor
kalau bangunan pkns ini dimiliki oleh cukong
sampai kiamat cukong ini akan kata : ini harga pasaran
tetapi bangunan ini milik kerajaan maka akidah berlainan

disini jelas membutikan bahawa peranan kerajaan amat penting
tugas kerajaan ilah khidmat pada rakyat
bukan bagi lesen jusi pada lim goh ting
bukan rembat tanah bagi pada vincent tan
bukan rembat tanah oleh ananda

gerombolan selama ini menjadi kerajaan untuk kayakan cukong
tetapi hari ini sokongan untuk gerombolan semakin kurang maka
gerombolan mula mengalih dasar
memngambil ciri ciri sistgem ekonomi sosialis
untuk memastikan sokongan rakyat dapat dikaut
kuasa pasaran hanya untuk mencari untung

NOTA
kaum kapitalis yang baik
hanya kapitalis yang mati



JANGAN LUPA JUMAAT INI


4 ulasan:

  1. KAH KAH KAH

    Bro T.T,

    Kalo BN tumbang PRU ni...

    Gua ingat nak cadang lu keje baca berita kat rtm la...

    KAH KAH KAH...

    senak perut gua baca laporan berita lu...

    lagi satu lu cool,
    jd tumpang lalu

    http://gerai3abdul.blogspot.com/2011/09/mahathir-hudud-jagungnya.html

    BalasPadam
  2. kedai 1 malaysia mamak mydin yang punya

    BalasPadam
  3. Kedai 1Malaysia Musing lbh Judah dr 7E jek.. Mahal dr kedai lain..

    BalasPadam
  4. Wa dengar cukong Mydin penganut fahaman Qadiyani.

    BalasPadam