Jumaat, 9 September 2011

KENYATAAN RESMI ANGKATAN MUDA KEADILAN





GST - CUKAI GASAK SAMPAI TERBURAI













CUKAI PERKHIDMATAN 6%: GOLONGAN MUDA TERUS DIBEBANKAN


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kesal dengan keputusan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus (6%) ke atas pembelian tambah-nilai prabayar dan pek atau kad SIM yang bakal berkuatkuasa pada 15 September ini.

Ini bererti, pengguna yang membeli tambah-nilai prabayar bernilai RM10 selepas ini terpaksa membayar RM10.60, iaitu dengan kos tambahan sebanyak 60 sen.

Alasan syarikat telekomunikasi bahawa caj tambahan sebanyak 6% ini merupakan 'cukai perbelanjaan' adalah tidak bertanggungjawab kerana ianya secara langsung telah menambahkan beban pengguna terutamanya golongan muda, pelajar universiti, pekerja kilang dan rakyat berpendapatan rendah.

AMK difahamkan bahawa peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, MAXIS Berhad (Maxis) telah merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.498 bilion untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2011. Nilai keuntungan ini meningkat berbanding RM1.485 bilion dalam tempoh sama tahun lalu dan dijangka akan mencatatkan keuntungan berlipatganda untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Disember 2011 kesan dari pelaksanaan 'cukai perbelanjaan' ini.

Pelaksanaan cukai ini membuktikan bahawa pihak kerajaan tidak serius dalam mengurangkan bebanan rakyat dan ini jelas bertentangan dengan prinsip pentadbiran kerajaan yang kononnya "mendahulukan rakyat". Kerajaan juga kini dilihat hanya bertindak "mendahulukan" syarikat-syarikat korporat dalam banyak hal dan ini terbukti menerusi pembiayaan subsidi dengan jumlah besar kepada syarikat-syarikat penjana kuasa bebas (IPP).

Justeru, AMK dengan ini mendesak pihak kerajaan dan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia supaya mengkaji dan membatalkan semula keputusan ini dengan mengambilkira jumlah keuntungan yang dicatatkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sebelum ini serta bebanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat



12 ulasan:

  1. Padan MUKA RAKYAT MALAYSIA kena tindas oleh PEMIMPIN UMNO untuk kayakan kroni UMNO dengan mengunakan KUASA PEMERENTAH UMNO menaikan CUKAI.
    RAKYAT bodoh.. UMNO PANDAI.

    BalasPadam
  2. Ini SMS yang baru ku terima:
    Effective 05/9/2011,prepaid reloads and prepaid SIM packs will be charged 6% service tax.please visit digi.com.my for more info.

    p/s: Undilah lagi Barisan Nasional

    BalasPadam
  3. boikot maxis woiii..bagi bankrap maxis..

    BalasPadam
  4. Melayu.kominis takut.kapitalis tak takut pulak.

    BalasPadam
  5. kahkahkahkah 8.10pm bulutin utama najib kata "perlu pertimbang semula keputusan - sebab ianya tidak popular"

    kahkahkahkah sama la dengan kata2 perogol amah hari tu pasal arse-tro...ada patuh ka?

    kali ini kita tgk pulak maxis, digi, celcom nk 'pertimbang' tak keputusan depa...

    ahhhh lanjiaomacibai!!

    BalasPadam
  6. barua betul, 6% cas servis apa benda ni? pangillan seminit prepaid pun dah termahal bukan aje dlm negara bahkan di sekitar asia

    BalasPadam
  7. Padan muka rakyat Malaysia tak sedar sedar masih dalam kepompong Ketuanan melayu ciptaan pemerintah yang hanya carry forward pemerintahan British Dan undang2 British. Pru nih pangkah lagi BN biar bangang sampai liang lahad.

    BalasPadam
  8. sume benda nk dikenakn cukai.. lg mau sokong BEE END ke... silap aribulan nk g berak kt TOILET awam pon kene 6% serv tax.. haha...

    BalasPadam
  9. Apa lagi boleh kata?

    mana mana pihak yang ter undi dan yang sokong umno , sila terjun dari bangunan atao hentak kepala bana sendiri.

    BalasPadam
  10. 6% lebih rendah dari negara serantau

    BalasPadam
  11. Kalau tax hingga 6% untuk TopUp RM30.00, tax nya RM1.80, kalau RM50.00, tax nya RM3.00. Jika dikira 3.5 juta pengguna prepaid sahaja dah 10.5 juta tax yang dikenakan (untuk nilai RM50.00). Memang kerajaan UMNO ni kapiak haram jadahlah...! Macam orang bela hantu raya aje layaknya pemimpin UMNO ni, hampir nak mampus pun, makin kuat matekedarah (kalau pemimpin UMNO, matekedarah wang rakyat). Itulah salah besarnya dato nenek dan keturunan kita yang terlalu mengaggongkan UMNO dan tetap memilih UMNO walaupun mereka tahu UMNO itu keparat dan untuk golongan elit sahaja. Memang dah dasar bangsa Melayu yang terlalu pentingkan bangsa dari Agama.... itulah balasannya.

    BalasPadam
  12. nak bodohkan melayu ni, bukannya susah sangat.. guna jer perkataan bismillah dan alhamdulillah, ulang banyak2 kali sikik... suruh syukur banyak2 pun, jangan lupa pulak.. ia adalah rahsia mantra yang diciptakan Allah untuk membodohkan pelanggan melayu dan orang malaysia... maka akan lembik serta merta macam Allah Taala sebut kunfayakun... macam gi mekah, mintak kurang apa2 la.. tok arab kata harammm.. ini mantra nak jadi kayaraya ala arab.. tak leh guna untuk orang malaysia di sini..

    abracadabra... cubalaa.. akan cepat kaya punyer kalo mantra ni lekat di mulut..boss aku, dari gaji 5k, 2-3 tahun jer trus naik 10k... sekor lagi boss, dari 3.8k trus jadi 12.5k...rezki kepala bana haper nih.. maniskan mulut dengan janji2 menggunakan ayat2 alhamdulillah... berkat siot untuk membodohkan orang melayu dan orang malaysia amnya..

    tak percaya, try la... ini teknik paling berkesan digunakan dimana2, sama ada dilangit atau dibumi...

    BalasPadam