Jumaat, 9 September 2011

APA YANG BERLAKU DI DEWAN CHINA



NOTA:


klip ini adalah
15 minit pertama
mukadimmah dari tukar tiub

tidak jauh bezanya dari apa
yang ditulis dan apa yang di suarakan

kepada yang diluar kota kuala lumpur
atau yang tidak datang malam rabu dulu
atau yang tidak dapat masuk kerana dewan penuh
silakan:



TUKAR TIUB DI DEWAN PERHIMPUAN CHINA




satu lagi forum akan diadakan
minggu depan di dewan yang lebih besar
di dewan yang lebih lumayan
dijemput semua datang


JEMPUTAN FORUM TERBUKA UNTUK SEMUA

FORUM UMUM : PERJUANGAN KEMERDEKAAN MALAYA:
PERANAN GOLONGAN KIRI



Tarikh/Date: 15 September 2011 (Khamis/Thursday)
Masa/Time: 8.00pm—10.30pm
Tempat/Venue: Auditorium Dewan Sivik, MBPJ, Petaling Jaya.
Penganjur/Organisers: SIRD, Jawatankuasa Kempen Sejarah Malaysia Sebenar (KemSMS), &
Free Public Forum Malaysia



Ahli Panel/Panelists: 1. DR. KHONG KIM HOONG (author of Merdeka!)
2. DR. MOHAMED SALLEH LAMRY (academic, writer)
3. DR. ROHANA ARIFFIN (academic, Vice President of PRM)
4. EN. HISHAMUDDIN RAIS (social activist)
5. EN. SAID ZAHARI (ex-journalist, writer)

Moderator : Dr. Abdul Halim Ali



SYNOPSIS


Baru-baru ini Peristiwa Bukit Kepong sekali lagi menjadi topik perbahasan yang hangat dalam masyarakat kita. Peristiwa serangan balai polis Bukit Kepong pada Februari 1950 oleh segolongan komunis telah diketahui umum melalui coretan dan catatan dalam Sejarah Malaysia. Dari semasa ke semasa, sebuah filem tentang peristiwa Bukit Kepong ditanyang di rangkaian-rangkaian media awam terutamanya menjelang Hari Kemerdekaan. Sebuah novel yang menceritakan peristiwa itu hasil tulisan Ismail Johari juga dijadikan sebagai bacaan rujukan untuk peperiksaan SPM dalam subjek Bahasa Melayu. Hampir semua bahan sejarah daripada pihak rasmi telah mengetepikan atau mengecam peranan golongan nasionalis radikal dan Parti Komunis Malaya kerana mereka menentang British secara bersenjata terutamanya pada sepuluh tahun sebelum dan selepas merdeka.

Tibalah masanya kita berbicara dan berdiskusi mengenai sejarah kita dengan lebih lanjut dan mendalam. Beberapa orang penganalisa politik dan sarjana yang berpandangan dan berpendapat bebas telah dijemput untuk mengupas dan membicarakan isu ini. Mereka akan berkongsi pengetahuan dan hasil kajian mereka dengan semua hadirin. Semoga melalui forum ini masyarakat akan lebih faham dan jelas tentang sumbangan tokoh-tokoh dan golongan-golongan pelbagai aliran dalam memperjuangkan kemerdekaan terutamanya golongan kiri yang selama ini dipinggirkan dan dimomokkan bagi menenggelamkan peranan mereka dan menaikkan nama dan peranan pihak lain.

14 ulasan:

  1. Pada hemat saya la ini adalah taktik BRITISH sengaja letak orang MELAYU kat bukit kepung untuk diSEMBELIH PKM supaya orang melayu benci PKM.. mereka adalah BUAH CATUR yang disusun bagi menimbulkan kemarahan orang melayu terhadap Komunis kekejaman komunis.. Ianya berkesan dan kerana itu kita benci komunis sebut saja komunis akan terpampang kekejaman mereka.. dan juga kata komunis ni takda agama.. padahal ramai orang melayu islam ni masuk komunis.. sebab idealogi sosialis.. kepentingan rakyat etc.. tapi tu la silap PKM juga yang terlalu keras dan nampak agak zalim mudah dipergunakan bagi menjatuhkan mereka.. perkara sama juga kita lihat pada taliban di Afghan.. kekeras tanpa kebijaksanaan dan diplomasi mudah dilabel sebagai penganas..

    BalasPadam
  2. fakta

    1)komunisme telah dikuburkan oleh gorbachev pada tahun 1986
    2)persekutuan tanah melayu merdeka pada tahun 1957
    3)malaysia ditubuhkan pada tahun 1963

    BalasPadam
  3. alaa... minggu depan pun tak dapat pergi. yang minggu depan nanti jangan lupa upload juga ye.
    thanks tt

    BalasPadam
  4. Dear TT,

    Well, it's so good to hear ur speech.

    U look really smart too.

    Take care.

    BalasPadam
  5. Dear TT,

    Do you think that UMNO would really reform for rakyat's interest?

    Please see link..
    http://umno-reform2.com/front/

    BalasPadam
  6. setelah diperbodohkan dgn ideologi senanglah mereka nak rembat harta tanahairnya dgn memperhambakan org melayu. balaci umno jadi benggang sbb meraka ada saham tapi hanya setakat kuah je upah sbg barua.hidup melayu cuma retorik para lanun yg bersekongkol dgn penjajah. hari ni kita lihat betapa bangsa ini sedang diternak dgn rumput palsu NEP, ETP ....oleh bangsa mereka sendiri.sebab sudah terlalu lama kena tipu, melayu sudah jadi bebal dan biol maka itu diacah dgn hadhari, reformasi, transformasi, revolusi mental dll. ikon mush politiknya kominis, ikon musuh agamanya kafir. definasi lain dah tak boleh pakai dah. tapi tidak pada umah sejati yg nampak tentang kebatilan yg terpampang pd rejim yg ada sekarang. perjuangan mereka benar-benar sunnah yg dilihat sbg berhaluan kiri. mau tak mau itulah dasar perjuangan sebenar yg paling ditakuti para neo-kolonis bernama umno. titik permulaan itu telah dipercikkan apinya oleh mat sabu dlm suara pejuang-pejuang kemerdekaan lampau yg tak mampu diiktiraf mau pun ditonjolkan siapa sebenarnya mereka. namun cahaya yg tersinar adalah dlm gagasan daulah Islamiah. maka itu Islam ini mau saja digambarkan sbg kominis, pengkhianat, pengganas sepertimana diajar barat. sayang, ianya lebih hebat dari itu. ianya amanah nabi saw membebaskan manusia drp cengkaman kezaliman ketuanan setan, BUKAN ketuanan melayu!kesian harapkan guruh dilangit, hujan batu yg turun kah kah kah

    BalasPadam
  7. EMAS pun byk kena rembat!

    BalasPadam
  8. Pak Isham,
    Wa caya lu ...
    Bravo ! clap2.

    BalasPadam
  9. Hilarious speech with good substance. VERY WELL SAID, SIR..

    Sayangnya tak dapat datang...

    BalasPadam
  10. http://tong-geng.blogspot.com/2011/09/pasca-indera-iii.html

    gua ada buat sikit ulasan disini isham.

    BalasPadam
  11. engkau ni memang hardcore-la...

    BalasPadam
  12. siapa a.halim ali moderator ni..tak kenallah!!!!!!

    BalasPadam
  13. cayalah isyam. wa tak pernah lepas dengan lu pun tapi banyak idea wa lu 'kebas'. kihkihkih

    BalasPadam
  14. bagus sekali diadakan forum ini.
    Pendapat saya adalah lebih bertambak baik kredibiti forum ini jika ada jemputan panel sejarawan dari luar negara bagi membentangkan fakta2 yang direkodkan diluar negara di waktu itu.

    Perbandingan fakta dapat mengenal pasti persamaan fakta yang boleh dipersetujui dan seterusnya membahaskan pula fakta2 yang bercanggah.

    terima kasih

    BalasPadam