Jumaat, 9 September 2011

SURAT DARI PAK CIK FELDA




FRUST MENONGGENG





KECEWA GANGGUAN AIR PADA HARI AYA DI FELDA TIDAK BERUBAH SEJAK 30 TAHUN LALU
- meloya



Saudara Pengarang,

KRISIS bekalan air di tanah rancangan Felda di Jengka tiada kesudahan dan bukan satu fenomena baru di kawasan tersebut.

Masalah tersebut pasti mendapat liputan media apabila tiba musim perayaan kerana rata-rata kawasan tanah rancangan akan mengalami krisis bekalan air yang serius.
Lebih teruk lagi isu berkenaan berlarutan lebih 30 tahun dan Pahang sudah pasti terkena tempias kerana terdapat 115 tanah rancangan dengan purata peneroka seramai 43,123 dan lebih 900,943 generasi baru berada di sini.

Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber air, sudah tentu rakyat sepatutnya bertuah kerana mempunyai bekalan air mencukupi untuk keperluan mereka.

Mungkin apa yang terjadi di Felda Jengka 7, Maran boleh dijadikan kes rujukan sebagai panduan bagi pihak bertanggungjawab membuat perancangan.

Bahkan krisis tersebut semakin menjadi-jadi apabila tiba hari raya dan mimpi hitam itu berulang lagi apabila seramai 11,237 warga peneroka di beberapa tanah rancangan terputus bekalan air pada Aidilfitri yang lalu.

Ia amat merumitkan penduduk yang memerlukan air bagi menghadapi persiapan menyambut anak menantu pulang berhari raya.

Pihak pembekal iaitu Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang sepatutnya bersedia dalam apa jua kemungkinan bagi memastikan perkhidmatan terbaik untuk pengguna terutamanya pada musim perayaan.

Terus terang saya katakan bahawa apa yang saya alami pada hari tersebut adalah serupa dengan keadaan pada 30 tahun lalu apabila perigi dan paya menjadi sumber bekalan air.

Rungutan demi rungutan serta kata-kata kasar kedengaran oleh penduduk terhadap JBA Pahang dan pemimpin.

Bila tiba hari raya tidak kira Aidilfitri atau Aidiladha, bekalan air pasti terputus dan pihak JBA seakan-akan membisu seribu bahasa.

Kami warga FELDA di sini sudah naik muak dengan masalah yang sama yang seakan-akan tiada jalan penyelesaian.

Apakah kami harus menunggu kemerdekaan negara yang ke-55 bagi menikmati bekalan air bersih seperti menunggu bulan jatuh ke riba.

Sememangnya kami tidak boleh menunggu lama lagi kerana masa telah lama diberi. Jadi buatlah sesuatu agar kami dapat memerdekakan daripada kesusahan ketiadaan air.

MAN JENGKA 7,
Bandar Tun Razak.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...PADAN MUKA !..... kah kah kah...

kah kah kah... 30 TAHUN TAK SEDAR SEDAR...PADAN MUKA!... kah kah kah..

kah kah kah...30 TAHUN KENA BODOHKAN TAK SEDAR SEDAR...PADAN MUKA !... kah kah kah...

woit... TONGGENG BUNTUT KE LANGIT DAN LAUNGKAN HIDUP MELAYU... kah kah kah

11 ulasan:

  1. org bn jengka ni bangang, krjaan selangor kasi air percoma je.wakakaka

    BalasPadam
  2. harap Man Jengka boleh tunggu lagi 30 tahun...hehe

    BalasPadam
  3. Apakah kami harus menunggu kemerdekaan negara yang ke-55 bagi menikmati bekalan air bersih seperti menunggu bulan jatuh ke riba.
    ...Ada masa tambahan lagi tu...
    KAH...KAH...KAH...Tunggu la sampai puas

    BalasPadam
  4. mmg kesian tengok org tua2 felda ni kena kencing oleh bn, ape nak buat,tuhan kasi akai xpi xmau pakai.

    BalasPadam
  5. lagi kisah ray tanpa air di FELDA
    http://nizam-anakfelda.blogspot.com/2011/08/merdekaraya-di-felda-purun.html

    BalasPadam
  6. same la ngan felda chemomoi...blik raye je msti..susah nk mandi..kwsn m.b pahang lg tu..tp mak mentua aku..umno tak henggat tu...nasib la anak dia lawa hehe..lau tak

    BalasPadam
  7. Orang FELDA Jengka patut rayu kad Rosmah,suruh dia gadaikan cincin RM24 juta tu,wang tu boleh bantu dapatkan bekalan air untuk Jenka.Bukankah dia isteri orang Pahang?

    BalasPadam
  8. felda memang la xkan sokong pakatan...tu sobab e dah xjadi felda pun nyokong gak...bangang tahap apo pun xtau la...tgk jo felda LBJ tu...rayo aritu den terbaco metro maso berayo kek LBJ, bangang sebab dah dapek berjuta pastu ttp jadi bangang bilo juta dah abeh...lagi bertambah bangang bilo lagi usoho nak nyokong BaNgang

    BalasPadam
  9. HIDUP FTG!!!PRU KE 13 PANGKAH LAGI!!!!HIDUP BaNgang!!!KAH KAH KAH

    BalasPadam
  10. Ala...tak payah nak komplen...komplen jer kat FELDA tu...

    Ni, rakyat pedalaman sarawak selama 48tahun tanpa air bersih pun tak ada org berminat nak ambil tahu.

    setakat rancangna Adua Rakyat, baik tutup ja tv3 tu....berpuluh kali ajukan/emailkan hal ni, tak ada pun diaorg nak layan kami rakyat sarawak ni..enough is enough lah

    BalasPadam
  11. padan muka bodoh piang ponya felda ponya worang

    BalasPadam