Sabtu, 14 Mei 2011

BERITA YANG MENAKUTKAN BIK MAMA DAN ISTERI




WAJIB DIROTAN




MUBARAK DITANAH 15 HARI ATAS TUDUHAN SALAHGUNA KEDUDUKAN – berita hairan

KAHERAH: Mesir hari ini mengarahkan bekas Presiden Hosni Mubarak ditahan selama 15 hari di atas tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk meraih kekayaan secara haram.

Agensi berita MENA melaporkan, ketua pihak berkuasa penyiasat harta haram, Essam al-Gohari membuat arahan berkenaan selepas menyoal siasat Mubarak dan isterinya di Sharm el-Sheikh.

Ia adalah kali pertama Mubarak dan isterinya disoal siasat oleh pihak berkuasa penyiasat harta haram terbabit.

Mubarak masih lagi ditahan di hospital Sharm el-Sheikh berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan, sebelum ini beliau disoal siasat berhubung beberapa tuduhan termasuk memberi arahan untuk menembak tunjuk perasaan antikerajaan.


DAKWAAN RASUAH : ISTERI BEKAS PRESIDEN MESIR DITAHAN 15 HARI
- mkini


KAHERAH, 13 Mei — Isteri presiden Mesir Hosni Mubarak, yang digulingkan awal tahun ini, ditahan selama 15 hari bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah, demikian menurut BBC hari ini.

Suzanne Mubarak akan ditahan di penjara Kaherah, lapor BBC yang memetik agensi berita Mesir Mena.

Suzanne, 70, dan suaminya disoal siasat berhubung dakwaan pemilikan kekayaan secara tidak sah.

Hosni yang memegang kuasa selama 30 tahun melepaskan jawatannya Februari ekoran kebangkitan selama beberapa minggu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…INI BERITA BAIK UNTUK SATU DUNIA…. kah kah kah…

kah kah kah… FIRST LADY SUDAH KENA CEKUP…. kah kah kah..

kah kah kah…JANGAN BAGI AMPPOOON… TANGKAP…. kah kah kah…

kah kah kah…. JANGAN BAGI ALASAN SUDAH TUA… TAK SEHAT… kah kah kah..

kah kah kah…INI SEMUA HELAH LAMA…. MATCOS SUDAH PAKAI… SUHARTO SUDAH PAKAI…. kah kah kah…

woit.. JANGAN HANYA TANGKAP SUAMI ISTERI… TANGKAP SEMUA KABINET… kah kah kah..

kah kah kah…BAGI TAKUT SIKIT… PARA PERASUAH…PEMBUNUH… PEMAKAN KOMISEN…. kah kah kah..

kah kah kah…TAKUT-TAKUTAN DAN BENCI TERHADAP FAT LADY YANG GEMOK…. kah kah kah…

kah kah kah…BILA FAT LADY TAKUT… AKAN JADI SLIM FAT LADY…. kah kah kah…

SIAPA AKAN JADI KAMBING GEMUK UNTUK KORBAN




JENAZAH DARI BANGUNAN SPRM







AHMAD SARBANI TIDAK BUNUH DIRI : KELUARGA – berita hairan

IPOH: Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, 56, pegawai kastam yang ditemui mati di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, pada 6 April lalu, percaya mangsa tidak membunuh diri berdasarkan petunjuk baru diperolehi akhir bulan lalu.

Petunjuk itu merujuk kenyataan "bukan saya...orang saya" yang dilafazkan oleh seorang pegawai SPRM kepada balu mangsa, Masiah @ Maziah Manap, 50, ketika pegawai berkenaan serta beberapa individu lain dari SPRM menemui Masiah dan dua anaknya untuk menyerahkan kembali dokumen peribadi Allahyarham di Pejabat Kastam Subang, Selangor, pada 28 April lalu.

Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham, Awtar Singh, dari Tetuan Awtar, Ghazali, Augustine & Co berkata, jawapan mengejutkan itu terpacul dari mulut pegawai itu sebaik Masiah meluahkan perasaannya berhubung kematian suaminya sebelum bertanya kepada pegawai berkenaan apa yang akan dilakukan jika pegawai itu berada ditempatnya.

Katanya, pada ketika itulah, pegawai berkenaan dengan nada perlahan mengeluarkan kata-kata "bukan saya...orang saya" kepada Masiah tetapi apabila Masiah mahu mendapatkan penjelasan apa dimaksudkan "orang", pegawai terbabit hanya mendiamkan diri.

"Masiah sudah pun membuat laporan polis berhubung petunjuk baru itu pada 2 Mei lalu, namun sehingga kini kami difahamkan polis belum mengambil keterangan daripada mana-mana individu berhubung maklumat terbaru itu.

"Dengan maklumat yang ada berserta maklumat baru ini, anak guam kami yakin sepenuhnya bahawa arwah tidak membunuh diri sebagaimana didakwa oleh pihak tertentu sebelum ini," katanya pada sidang media di frima guaman berkenaan di sini, hari ini.

Sementara itu, rakannya, Ghazali Mohd Ramli dari firma guaman sama berkata, keluarga Allahyarham mengesyaki kenyataan "terlepas cakap" pegawai SPRM itu mendedahkan siapa yang bertanggungjawab di dalam kes kematian Ahmad Sarbani.

Katanya, kenyataan akhbar itu juga bagi menyangkal dakwaan dan spekulasi dibuat akhbar dan media elektronik yang memberi gambaran bahawa ada kemungkinan Allahyarham membunuh diri akibat tekanan yang diterima daripada siasatan yang dibuat SPRM.

Ahmad Sarbani yang juga Penolong Pengarah Cawangan Import, Eksport dan Kawalan Sempadan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM berkenaan yang terletak di Jalan Cochrane pada 6 April lalu, selepas datang ke kepajabt itu untuk memberi keterangan berhubung siasatan dilakukan agensi itu.

Polis sebelum ini mengesahkan siasatan kes kematian itu sudah selesai dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) kerana mendapati tiada unsur jenayah.

Pejabat Peguam Negara yang menerima kertas siasatan itu daripada polis bagaimanapun memulangkan semula kertas itu kepada pasukan berkenaan untuk siasatan lanjut termasuk mengambil semula keterangan seorang saksi berhubung kes berkenaan secara terperinci.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… KALAU MACAM INI LAGI LAPORAN AKAN LAMBAT KELUAR… kah kah kah..

kah kah kah…AKAN DIKATAkan PERLU SIASAT LAGI…. kah kah kah..

kah kah kah…KALAU TAK BUNUH DIRI… MACAM MANA BOLEH MATI?... kah kah kah..

kah kah kah… PASAL APA BOLEH MATI?.... kah kah kah…

woit… BUKAN SUDDEN DEATH…. INI BUKAN WORLD CUP… kah kah kah..

NOTA:

kenapa mati?


1 – hantu mak limah tolak?
2 – hantu kopek tolak
3 – kepala ayer tolak
4 - macam mana kena tolak
5 – siapa penolak kah kah kah


NOTA:

tunggu dan lihat akan keluar satu laporan
dimana keluarga akan berkata yang mereka
menerima semua ini dengan hati terbuka
kerana apa yang telah berlaku adalah suratan takdir

bila kenyataan ini keluar ini bemakna telah
kautim antara puak jahat dengan keluarag
arwah kah kah kah

HARI HARI AKHIR KETUANAN MELAYU




BACA DAN KETAWALAAH








nota:
akhbar puntau
untuk memuntau
fikrah orang melayu
terutamas mak cik dan pak cik felda kah kah kah





SATU LAGI TRIK LAMA DI GUNAKAN




HANYA SATU JAWAPAN - LAWAN!



nota:
hanya satu jawapan
untuk kernaikakn harga barang

bangun dan lawan?
bangun dan turun ke jalan raya

kalau tidak sampai kiamat kena tipu
kah ka
h kah


PENJARA ,DENDA NAIKKAN HARGA MAKANAN - meloya

KUALA LUMPUR 13 Mei - Peniaga yang didapati menaikkan harga minuman dan makanan berikutan kenaikan harga gula baru-baru ini akan berhadapan hukuman keras termasuk penjara seperti diperuntukkan di bawah Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob ketika memberi amaran itu menegaskan, akta yang baru dikuatkuasakan itu membolehkan kementerian bertindak segera terhadap peniaga menaikkan harga barangan tanpa sebab.

''Dalam soal kenaikan harga gula, kajian kementerian mendapati untuk secawan teh atau kopi, kenaikan (20 sen sekilo) hanya 0.4 peratus sahaja.

''Kalau ada kenaikan sampai 10 sen (secawan), kita boleh ambil tindakan di bawah Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010. Setakat ini belum ada peniaga dikenakan tindakan di bawah akta ini sejak ia dikuatkuasakan 1 April lalu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH AKH AKH


woit… BETUL TAK RAMALAN TUKAR TIUB… kah kah kah…

kah kah kah...MUNKEE TELOR AKAN BUAT KENYATAAN... kah kah kah..

kah kah kah…MUNKEE TELOR DAN MUNKEE GULA AKAN BUAT ANCAMAN… kah kah kah..

kah kah kah…NANTI AKAN ADA SATU DUA DI TANGKAP…. kah kah kah…

kah kah kah…ITU SANDIWARA… NAK SEDAP HATI RAKYAT….. kah kah kah..

kah kah kah… INI TRIK LAMA…. DAH SELALU BUAT…. kah kah kah….

woit…NANTI SATU HARI AKAN ADA YANG AKAN KENA ROTAN KERNA NAIKKAN HARGA…. kah kah kah…

kah kah kah..ROTAN TENGAH PADANG BAGI ORANG RAMAI TENGOK…. kah kah akh…

kah kah kah…INI JUGA TRIK LAMA ..PAKISTAN DAH PAKAI..IRAN DAH PAKAI...ARAB DAH PAKAI…. kah kah kah..

woit… YANG GEROMBOLAN NAIKKAN HARGA BARANG APA PASAL?... kah kah kah..

kah kah kah…TAK ADA RAKYAT MINTA NAIKKAN HARGA BARANG?.... akh kah kah..

nota:
gerombolan yang naikkan harga barang
macam mana nak hukum mereka?

mereka harus di denda
bukan di rotan
bukan di penjara

tapi kita humban kan mereka
kah kah kah

JANGAN LUPA AHAD DEMO DI GEBENG




AMBIL PERHATIAN!!!


berkumpul di jalan baserah
pada ahad 15 haribulan may ini

berkumpul dari jam 11.00 pagi

pemimpin yang dijangka hadir :

Anthony Loke,YB Teo Nie Ching,
YB Yong,YB Chung,Steve Lee dan
dan lain lain



MARI TURUN RAMAI RAMAI




nota:
kita jadikan demonstarasi
sebagai budaya politik kita

apa yang dilarang ertinya
benda yang dilarang itu efekttif

kerana efektif maka ianya dilarang

hantar memo tak efektif maka tidak dilarang

bawa kes ke mahkamah tal efektif

kerana itu tidak dilarang

tunjuk perasaan amat efektif
kerana itu cuba dilarang
kah kah kah


POLIS PATUT JAGA KESELAMATAN, BUKAN KEPENTINGAN LYNAS: FAUZIAH - keadilandaily

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengingatkan polis supaya bertindak profesional dan bukan menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu dalam isu projek pembinaan loji proses nadir bumi, Lynas Corporation.

Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Pahang, Saifuddin Ab Ghani yang memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekecohan berhubung bantahan terhadap pembinaan loji itu di Gebeng, Ahad ini.

“Tanggungjawab polis menjaga keselamatan orang awam. Tidak sepatutnya ketua polis sendiri yang keluarkan ugutan itu seoalh-olah polis menjaga kepentingan Lynas.

“Syarikat Lynas, adalah syarikat luar negeri yang membawakan risiko besar kerana memproses sisa nadir bumi yang mengandung radioaktif,” kata Fuziah ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Katanya, demonstrasi dan bantahan yang diadakan penduduk Kuantan sebelum ini, dilakukan secara aman dan tidak berbahaya sepertimana ‘ancaman’ Lynas kepada penduduk.

“Kita harus lihat suara rakyat ini sama ada mampu menggugat keselamatan orang awam atau Lynas sebenarnya bakal mengancam keselamatan orang awam. Polis sebenarnya memilih langkah yang silap menjaga kepentingan Lynas berbanding keselamatan orang awam,” ujar Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Beliau dalam pada itu, menyambut baik demonstrasi yang bakal dianjurkan DAP Kuantan pada 15 Mei ini bagi membantah pembinaan loji tersebut.

“Kenapa rakyat memilih untuk mengadakan demo dan protes adalah kerana kerajaan tidak mendengar rungutan masalah yang dihadapi mereka. Mereka jelas tidak mahu dengan apa yang kerajaan buat, cuma kerajaan tidak faham,” ujarnya.

Sementara itu, Fuziah turut mengulas kenyataan Menteri Perdangan Antarabangsa dan Indsutri Malaysia (MITI), Mustapa Mohamed bagi mendapatkan panel khas mengkaji loji pemprosesan nadir bumi itu.
Beliau menganggap Mustapa sebagai cuba ‘bermain silap mata’.

“Sehingga ke hari ini, MITI tidak pernah melantik panel-panel pakar yang diumumkan pihaknya bagi mengkaji loji tersebut. Mustapa berjanji akan menjalankan kajian dan siasatan selama sebulan. Malangnya tempoh sebulan tersebut sudah hampir tamat.

“Malah permintaan daripada kami juga tidak diendahkan untuk mendapatkan lima orang warga Kuantan sebagai panel dalam kajian tersebut,” katanya.

Kata beliau, Mustapa April lalu mengumumkan untuk menangguhkan segala operasi Lynas, tetapi apa yang berlaku sebaliknya pembinaan bangunan loji Lynas tetap diteruskan.

“Semuanya akan berlaku pada September depan kerana lesen belum dikeluarkan. Saya yakin, panel yang mengkaji loji itu tidak mengambil kira soal persekitaran yang boleh mendatangkan bahaya kepada rayat Kuantan,” ujarnya.

Beliau menyifatkan Lynas Corporation memilih untuk membina loji pemprosesan nadir bumi kerana sedar kelemahan undang-undang persekitaran yang diamalkan di Malaysia.

“Lynas mengambil kesempatan ekoran kelemahan undang-undang yang diamalkan Malaysia yang terdapat lompang dalam sistem pemeliharaan alam sekitar. Perkara ini berbeza dengan undang-undang Australia yang begitu prihatin dengan keselamatan rakyat mereka,” katanya.

NOTA:
pagi ahad ini sila datang berdemo
menentang projek bunuh rakyat ini

datang beramai ramai
mari kita jadikan demonstrasi
sebagai budaya politik kita

kita jadikan jalan raya sebagai parlimen kita
kita jadikan jalan raya sebagai senjata kita

padan muka madey !
kah kah kah

GEGAR JANGAN TIDAK GEGAR




PERHATIKAN SIAPA JANTAN INI ?




SUKARELAWAN NGO DI-PUKUL - facebook topeng perak

Sedikit info berkenaan lelaki terbabit.

Berumur dalam lingkungan 40-50an

Nama: Nasir Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan "Nasir Uban" di Kampung Sireh.

Pernah memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Sireh.

Sekarang dipercayai bekerja dengan Dato' Fathmi.

Bertanggungjawab memukul seorang Sukarelawan NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) dalam kejadian di hadapan Masjid Kampung Sireh lebih kurang jam 11.00 pagi tadi.

Alamat mengikut maklumat nombor pendaftaran kereta yang dipandu beliau (semakan JPJ): 5106, Kampung Sireh, Bawah Lembah, 15050, Kota Bharu, Kelantan.


AKTIVIS GEGAR DIPUKUL KETIKA GANTUNG BANER ROYALTI

KOTA BHARU, 13 Mei: Seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) hari ini dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang menggantung kain rentang menuntut royalti minyak negeri itu di Masjid Kampung Sireh di sini tengah hari tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa, Hisyamuddin Ghazali (gambar) yang ditemani isteri dan ibu sedang memasang kain rentang tersebut tiba-tiba diserang lelaki yang tidak dikenali terbabit.

Menurut mangsa yang juga setiausaha Gegar, penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya dibelakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa.

"Kejadian berlaku dalam masa yang singkat dan luar jangka. Lelaki itu datang dan terus memukul saya.

"Tumbukkan ala komando menyebabkan saya pitam berberapa saat dan ibu saya ditolak terlentang diatas jalan raya di hadapan Masjid Kampung Sireh", ceritanya.

Selepas menumbuk mangsa beberapa kali di muka, mereka kemudiannya kembali menuju ke keretanya.

Namun selepas menyedari mangsa merakam gambarnya, lelaki tersebut meluru semula mendapatkan mangsa dan memukulnya.

Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian perut, kepala, mulut dan mata.

"Saya mengalami bengang di telinga, kabur mata kiri dan sakit di perut akibat ditumbuh di kepala dan perut.

"Adakah salah saya memperjuangkan Royalti untuk rakyat Kelantan?", soalnya sambil memberitahu beliau pitam beberapa minit sebelum bangkit mengambil gambar penyerang terbabit.

Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu kira-kira jam 1 tengahari tadi.

"Inilah budaya samseng yang Umno cuba bawa di Kelantan.. rakyat kelantan mesti bersatu dalam tuntutan royalti, kita mesti tuntut sampai dapat dari kerajaan zalim", tegasnya.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak sesekali takut untuk terus menuntut hak royalti Kelantan itu.

Tindakan bacul

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman menyifatkan perbuatan samseng tersebut sebagai bacul dan tidak bertanggungjawab dan yakin ada kaitan dengan pihak yang tidak senang dengan gerakan mendesak royalti Kelantan tersebut.

"Kita kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang tidak dikenali memukul seorang aktivis Gegar pada hari ini.

"Perbuatan samseng seperti ini adalah tindakan bacul dan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang sangat bermusuh dengan gerakan mendesak royalti minyak dikembalikan kepada Kelantan.," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengingatkan, hasil minyak merupakan hak milik Kelantan dan tindakan memunggah hasil mahsul ini tanpa sebarang bayaran royalti hanyalah merupakan tindakan perompak yang merompak dengan cara yang kononnya sah mengikut undang-undang.

Selain itu beliau turut kesal dengan tindakan kerajaan pusat yang terus membelakangi tuntutan tersebut namun dalam masa yang sama dapat menjelaskan bayaran royalti minyak kepada negeri Terengganu.

Sedangkan katanya perjanjian yang terpakai ialah perjanjian yang sama dan langsung tidak berbeza antara satu sama lain.

"Sewajarnya usaha-usaha NGO seperti Gegar harus disokong oleh semua pihak khususnya di Kelantan dan bukan menanganinya dengan cara samseng yang hanya mengesahkan sifat takut dan pengecut pihak-pihak tertentu.

"Lebih menyedihkan jika tindakan seperti ini dilakukan oleh anak Kelantan yang mengaku berjuang untuk kepentingan bangsa Melayu, nampaknya slogan ini hanyalah retorik semata-mata," katanya.

Untuk rekod, Gegar adalah sebuah badan bertindak yang mengabungkan lebih 57 buah badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Ia terdiri dari dua gabungan NGO induk iaitu Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) yang bermatlamat mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

PROGRAM MALAM INI




JEMPUTAN UNTUK RAPAT UMUM




PROGRAM CERAMAH MALAM INI DI STADIUM SELAYANG

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor akan menganjurkan ‘Munajat Rakyat Menolak Fitnah’ bersama ulama besar dunia, Dr Sheikh Wahbah Zuhaily dari Syria, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum KEADILAN, Seri Anwar Ibrahim.


Program tersebut akan diadakan di Stadium Tertutup Selayang pada hari Sabtu ini, 14 Mei 2011 bermula jam 7 malam.

Semua di jemput datang.