Selasa, 27 September 2011

MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK




ADAKAH BEREBUT KERUSI MACAM INI ?











ISLAM DIPERALATA UNTUK DAPATKAN KUASA : RAJA NAZRIN - meloya

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.

Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.

Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.

''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.



NOTA:
di perak adat istidatnya ada pusingan untuk menjadi sultan
ada raja di hilir
ada raja kecil besar
sultan mengikut giliran
apakah islam telah digunakan untuk menghapuskan sistem pusing ini?
kah kah kah


NOTA:
rakyat pun ingin tahu
bagaimana adat istiadat pelantikan sultan
perak ini berubah
ada yang telah diguna pakai beratus tahun

apakah ini rancangan zionis
atau rancangan obama
kah kah kah


POLIS MALAYSIA CUKUP BERHEMAH




SILA TEKA - MANA POLIS MALAYSIA DAN MANA POLIS ISRAEL



kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah













NOTA :
mana dia profesor datuk dokotor bomoh raduan che ros
sila baca berita dibawah ini

KAH KAH KAH
KAH AKH AKH
KAH KAH KAH






POLIS DI DAKWA PUKUL ORANG AWAM TIDAK AKAN DILINDUNGI - berita hairan

BUKIT KAYU HITAM: Anggota polis yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi dan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Abu Seman Yusop.

Beliau berkata, polis dianggap sebagai anggota profesional dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.

"Pegawai kerajaan sepatutnya bagi contoh baik kepada orang ramai dan bukan melakukan sebaliknya," kata beliau ketika diminta mengulas dakwaan seorang pekerja pembersihan sisa pepejal, Mohd Ridzuan Mohd Noor dibelasah enam anggota polis di Kodiang, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Mohd Ridzuan, 23 dibelasah kerana menegur seorang anggota polis berumur 40-an yang membuang sampah di luar tong sampah.

Mohd Ridzuan berkata, mereka bertengkar dan anggota polis itu memberi amaran akan menembaknya sebelum meninggalkan tempat kejadian. Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian anggota polis itu kembali bersama-sama lima rakan dan membelasahnya.

Pekerja sisa pepejal itu juga mendakwa digari dan dimasukkan ke dalam lokap di Balai Polis Kodiang dan dilepaskan setengah jam kemudian. Beliau membuat aduan di ibu pejabat polis Kubang Pasu kira-kira jam 1.40 pagi Ahad lalu.

Abu Seman berkata, tindakan hanya boleh diambil berdasarkan hasil siasatan Akta Polis atau Kanun Keseksaan.

Beliau yang diiringi Setiausaha Bahagian Keselamatan Kawasan Sempadan merangkap Ketua Pengarah Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Datuk Abdul Rahim Ismail mengadakan lawatan ke kawasan sempadan dari Bukit Kayu Hitam hingga Perlis hari ini. - TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH





KANG KONG



ARKIB : 11/08/2011

POLIS MALAYSIA LEBIH BERHEMAH
- meloya

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.

Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di London yang gagal dikekang malah mula merebak ke seluruh Britain.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, polis di negara ini dilihat lebih bijak mengawal situasi dan emosi baik di kalangan anggotanya mahu pun perusuh.

"Mereka dilihat lebih berperikemanusiaan serta bijak menangani masalah seperti yang sedang berlaku di London," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan pula menganggap kejadian rusuhan yang berterusan bukan disebabkan oleh kegagalan polis mengekang masalah sebaliknya tiada kesedaran di kalangan rakyat negara itu.

"Bagi saya ini bukan masalah polis sebaliknya rakyat di negara itu sendiri. Kita tidak tinggal di sana jadi kita tidak tahu apa yang berlaku.

"Sepatutnya mereka lebih menumpukan kepada cara menyelesaikan masalah ekonomi dan pengangguran.

"Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya masalah rusuhan yang terjadi di sana dibiarkan berterusan," katanya.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



JANGAN LUPA JUMAAT INI



RAJA NON CHIK TIDAK MEWAKILI SESIAPA



NOTA :

ini lah masalahnya
raja nong chik ini
tidak dipileh oleh rakyat
raja haprak ini tidak mewakili sesiapa

bagaimana raja haprak ini
boleh bersuara di parlimen
wal hal raja haprak ini
tidak pernah menang dalam
pilihanraya!



INI RAJA BERSIONG



PEMILIK TANAH KG BARU MAHU AKTA BARU DITARIK BALIK - minsider

Seorang pewaris tanah Kampung Baru hari ini membuat pendirian bahawa majoriti pemilik tanah di kawasan penempatan eksklusif orang Melayu itu mahu Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru ditarik balik dan dibincangkan semula sebelum dibawa masuk ke Parlimen.

Menurut Mohd Nor Hassan, 56, semenjak rang undang-undang itu dibacakan kali pertama Disember lalu majoriti pemilik dan pewaris tanah sudah membantah cadangan itu, namun tidak dipedulikan kerajaan.

Selain itu, jelas beliau yang merupakan generasi kedua Kampung Baru, majoriti pemilik dan pewaris tanah termasuk dirinya menolak rang undang-undang kerana ia tidak memberi jaminan bahawa hak mereka akan dipertahankan sekiranya bersetuju dengan cadangan itu.

“Perkara yang asal tidak diubah, malah dimasukkan semula dalam rang undang-undang... maaf cakap ini satu penipuan oleh menteri yang kata untuk bentangkan kepada kami dulu tapi akhirnya pada 17 Disember dia bentangkan dulu di Parlimen kemudian pada sebelah malam baru kepada kami.

“Malah, ada beberapa perkara yang dibantah keras oleh kami termasuk kuasa mutlak di bawah kuas menteri, imuniti kepada perbadanan, jumlah keanggotaan dan MAS (Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu) tidak dibubarkan maknanya kalau kesemua perkara ini tidak dipinda perbadanan boleh mengambil tanah kami secara paksa rela dan perbadanan boleh rampas tanah kami,” katanya pada sidang media di sini.

Malah tegas Mohd Nor yang juga Timbalan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru, kerajaan tidak ikhlas untuk membincangkan tentang hala tuju rang undang-undang itu, sebaliknya memutuskan untuk terus bawa ke Parlimen untuk bacaan kali kedua.

“Kami tidak nampak keikhlasan kerajaan, tarik balik rang undang-undang ini dan bincang balik dengan kami kemudian baru bawa masuk balik... kami tidak tentang pembangunan tetapi kami menentang cara kerajaan yang nak mengambil alih dengan cara yang tidak elok, guna Parlimen untuk ambil alih hak kami.

“Kami menentang seratus peratus rang undang-undang ini, majoriti membantahnya,” katanya.


KEMATIAN SARBAINI




KENYATAAN MEDIA:
Keputusan inkues Sarbaini sukar dipercayai dan tidak konsisten

Mahkamah koroner semalam memutuskan bahawa kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad pada 6 April lalu adalah satu kemalangan. Keputusan ini sangat sukar dipercayai, tidak dapat diterima dan tidak konsisten dengan fakta kes.

Mahkamah koroner memaksa kita untuk percaya bahawa Sarbaini yang secara sukarela datang ke pejabat SPRM di Cheras, kemudiannya mahu melarikan diri dengan merangkak keluar dari tingkap di aras tiga.

Tiada penjelasan diberikan tentang bagaimana dan mengapa rakaman CCTV selama 22 jam dipadam, yang mana ianya memaparkan detik-detik di mana Sarbaini menemui ajalnya.

Paling membimbangkan adalah tindakan SPRM sepanjang kes Sarbaini. Sebagai institusi awam utama yang dibiaya sepenuhnya dengan wang rakyat, keutamaan SPRM seharusnya adalah untuk mendapatkan kebenaran perkara tersebut, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melaksanakan reformasi untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Sebaliknya, SPRM bertindak seperti individu yang terdesak untuk membersihkan namanya walau dengan cara apa sekalipun. SPRM bertindak sehingga ke tahap mengupah peguam UMNO iaitu Shafee Abdullah untuk 'mempertahan' mereka sepanjang inkues.

Perlu diperhatikan bahawa SPRM berkelakuan dengan cara yang sama semasa penyiasatan dan siasatan kematian Teoh Beng Hock, yang juga meninggal dunia semasa siasatan SPRM pada 16 Julai 2009.

Dalam kedua-dua contoh, SPRM bertindak menyerang reputasi mangsa-mangsa yang meninggal dunia secara terbuka sepanjang inkues dijalankan. Sarbaini turut didakwa sebagai menerima rasuah meskipun beliau sudah tidak boleh menjawab mahupun mempertahankan dirinya terhadap dakwaan tersebut. Ini adalah memalukan dan tidak penting bagi pihak inkues tentang bagaimana beliau meninggal dunia.

Asas kepada sistem perundangan kita adalah bahawa perbicaraan di mahkamah tidak seharusnya digunakan untuk memburukkan pihak yang telah tiada. Keyakinan rakyat terhadap SPRM adalah di tahap paling rendah susulan kematian misteri dua individu ini. Kedua-duanya merupakan bapa yang meninggalkan keluarga yang selamanya akan menderita atas kehilangan insan yang disayangi yang meninggal dunia dengan tragis.

Kerajaan seharusnya memikul tanggungjawab terhadap kegagalan dalam memberikan jawapan sebenar kepada pihak keluarga dan rakyat. Keengganan kerajaan yang terus-menerus tidak mahu melaksanakan reformasi terhadap badan penguatkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah punca sebenar terhadap masalah ini.

Kami menyeru Kerajaan untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat punca sebenar di sebalik kematian Ahmad Sarbaini. Skop suruhanjaya ini mestilah termasuk prosedur operasi, pengambilan dan kaedah latihan SPRM serta membuat syor-syor pembaharuan yang amat mendesak dalam memastikan reformasi sistem terlaksana.


N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN



JEMPUTAN : MALAM INI FORUM



SEMUA DI JEMPUT HADIR MALAM INI

Tempat: KL & Selangor Chinese Assembly Hall
Masa: 27hb September 2011, Hari Selasa
Waktu: 8.00 malam.



Ahli Panel:
1. YB Mohamed Azmin Ali
2. Dr. Wong Chin Huat
3. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari
4. YB Sivarasa Rasiah



TEMPAT SAMA MALAM JUMAAT INI



APA ITU NATO?




MARI KITA MENGENAL NATO





LAYAKKAH MISMAH DAPAT STATUS WARGANEGARA ?
- harakah daily

Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Alias Ahmad menjawab isu Mismah yang mendapat status penduduk tetap kepada rakyat Malaysia.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat(gambar) juga memohon agar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said memberi jawapan kepada rakyat Malaysia bagaimana Mismah yang mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu tahun boleh diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011.

“Bukankah Mismah sudah melanggar peraturan Jabatan Imigresen? Apakah beliau layak untuk menjadi warganegara?” soalnya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia pada 23 September 2011, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad telah membuat ulasan mengenai tuduhan rakyat Bagladesh mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Residen (PR) di negara kita.

Kenyataan beliau adalah seperti berikut:

''Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR di negara ini.”

“Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR”.

“Permohonan turut dibuka untuk kumpulan pelabur, pakar serta golongan profesional yang diperakukan oleh agensi kawal selia.”




Justeru, Pemuda PAS berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah merujuk peraturan di jabatan tersebut seperti yang terdapat dalam laman berikut

: http://www.pinoy-broad.net/img_upload/9bed2e6b0cc5701e4cef28a6ce64be3d/Guide_to_Permanent_Residency__Malaysia_.pdf

Dalam peraturan yang terdapat dalam Jabatan Imigresen memberi syarat bahawa mereka yang memohon PR hendaklah memiliki entry permit dan telah tinggal di negara ini selama 5 tahun.

Kumpulan yang berkelayakan untuk mendapat entry permit adalah seperti kumpulan profesional, anak kumpulan profesional di bawah enam tahun, isteri kumpulan profesional, mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara, anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun dan kes-kes khas.

Kata Suhaizan, Pemuda PAS ingin merujuk kes Mismah yang disiarkan pada 12 dan 14 Ogos 2011 oleh akhbar Sinar Harian.

Mismah atau nama sebenarnya adalah Nismah Binti Naim, 47, berasal daripada kepulauan Bawean, Indonesia.

Suami beliau bernama Mawasi Bin Mawardi, 51, juga mendapat status Penduduk Tetap.
Mismah masuk negara kita pada tahun 1982 sebagai buruh binaan. Pada tahun yang sama iaitu 17 Julai 1982 Mismah sudah mendapat satus PR.

Menurut Suhaizan, ini memberi maksud bahawa tidak sampai satu tahun Mismah tinggal di negara ini beliau sudah memperolehi status PR.

“Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR,” katanya.



Pemuda PAS, tambahnya berpendapat bahawa terdapat kemungkinan 4 perkara yang bertentangan dengan peraturan Jabatan Imigresen dalam kes Mismah mendapatkan status PR iaitu Mismah bukan seorang profesional, suami Mismah bukan seorang warganegara, suami Mismah bukan seorang profesional dan Mismah hanya tinggal tidak sampai satu tahun di negara ini.

“Mismah ini hanyalah satu kes contoh sahaja. Pemuda PAS sangat khuatir berkenaan pemberian status PR kepada ribuan warga asing dalam negara ini,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Beliau berkata, pemberian hak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak dan bertujuan untuk kepentingan parti politik tertentu adalah suatu pengkhianatan kepada negara.

Tegasnya, Pemuda PAS akan terus mendedahkan kepada rakyat Malaysia berkenaan manipulasi dalam pilihan raya khususnya yang berkait dengan daftar pemilih dan undi pos.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...NAK TANYA TANYA BUAT APA LAGI?...kah kah kah..

kah kah kah...ORANG RAMAI DAH JELAK ...kah kah kah...

kah kah kah...SUDAH MUAK DENGAR CERAMAH.... kah kah kah..

kah kah kah.... SUDAH PUAS MEMBACA DAN MELIHAT BUKTI.... kah kah kah..

kah kah kah...PERSOALAN IALAH : APA TINDAKAN PAKATAN RAKYAT?..... kah kah kah

kah kah kah...ATAU INI NATO : NO ACTION TALK ONLY!.... kah kah kah


JANGAN LUPA JUMAAT INI




BUKTI KEKUATAN EKONOMI SOSIALIS




SATU JAWAPAN :BANGUN DAN LAWAN




60 KEDAI SATU MALAYSIA MENJELANG 2012 , MUDAHKAN PENGGUNA DAPAT HARGA MURAH - meloya

BERA 26 Sept. - Sebanyak 60 kedai 1Malaysia akan diwujudkan di seluruh negara menjelang tahun depan bagi membolehkan orang ramai mendapat keperluan harian dengan harga lebih murah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai untuk mewujudkan kedai tersebut.

"Antara lokasi yang dikenal pasti di Pahang ialah di Bera, Kuantan dan Pekan.
"Bagaimanapun, sehingga kini sebanyak 25 kedai akan beroperasi sebelum akhir tahun ini dengan empat daripadanya telah pun dibuka," katanya.

Sementara itu, menurut Ismail Sabri, kerajaan turut menyasarkan sebanyak 1,000 kedai makan menu stau Malaysia dan 500 kedai harga patut diwujudkan di seluruh negara sehingga akhir tahun ini.

Tambahnya, beliau menafikan pembukaan kedai-kedai seperti itu akan menggugat kedai sedia ada.

"Semua terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan dan kewujudan kedai-kedai ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna bagi mengurangkan kos sara hidup mereka," katanya.


MB SELANGOR DIDESAK HALANG KENAIKKAN SEWA DI KOMPLEKS PKNS - meloya

SHAH ALAM 26 Sept. - Majlis Belia Selangor mendesak Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim masuk campur dan menghalang keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menaikkan kadar sewa di Kompleks PKNS, Shah Alam berkuatkuasa awal tahun depan.

Pengerusi Tetapnya, Nor Akmal Ibos berkata, sekiranya Abdul Khalid benar-benar prihatin dengan nasib peniaga di negeri ini, beliau perlu berani dalam membuat keputusan dan bukannya tunduk kepada keputusan PKNS.

"Dalam hal ini, Abdul Khalid dilihat tidak tegas sehingga sanggup membiarkan nasib peniaga di negeri ini diperjudikan oleh kerakusan anak syarikat milik kerajaan negeri membolot keuntungan berlebihan.

"Sekiranya Abdul Khalid ikhlas dan tidak mahu melihat peniaga terutama di kalangan golongan belia di negeri ini gulung tikar, beliau perlu masuk campur dan menghalang keputusan tersebut," katanya semalam.

Beliau mengulas keputusan PKNS menaikkan kadar sewaan premis di Kompleks PKNS, Shah Alam mulai 1 Januari 2012.

NOTA:
sila baca betul betul dua berita ini
ini berita amat penting untuk difahami tanda dan maknanya

berita pertama tentang kedai satu malaysia
kedai ini pasti ada campur tangan kerajaan
kedai ini pasti dapat barangan dari pengedar kerajaan

ini bukti bahawa jika kedai kedai dijanazkn oleh kerajaan
maka ianya boleh menurunkan harga
ianya berupaya memberi khidmat dengan harga rendah

bagaimana turun harga?

harga turun kerana akidah kedai seperti ini bukan keuntungan maksima
kedai seperti ini mahu memberi khidmat sosial kepada ummah
ini lah dia ciri ciri utama ekonomi sosialis

lihat bila kapitalias dalam keadaan nazak
maka mereka tak ada pilihan
melainkan memilih sistem ekonomi sosialis

ini terbukti dasar ekonomi sosialis : khidmat untuk kebaikkan ummah
lebih kukuh dari : keuntungan maksima yang ditentukan oleh pasaran

selama 54 tahun ini kita telah menggunakan sistem kapitalis
lihat dan saksikan hasilnya

BERITA KEDUA
satu bukti kekutan daulah
pemilik bangunan ini ialah kerajaan selangor
kalau bangunan pkns ini dimiliki oleh cukong
sampai kiamat cukong ini akan kata : ini harga pasaran
tetapi bangunan ini milik kerajaan maka akidah berlainan

disini jelas membutikan bahawa peranan kerajaan amat penting
tugas kerajaan ilah khidmat pada rakyat
bukan bagi lesen jusi pada lim goh ting
bukan rembat tanah bagi pada vincent tan
bukan rembat tanah oleh ananda

gerombolan selama ini menjadi kerajaan untuk kayakan cukong
tetapi hari ini sokongan untuk gerombolan semakin kurang maka
gerombolan mula mengalih dasar
memngambil ciri ciri sistgem ekonomi sosialis
untuk memastikan sokongan rakyat dapat dikaut
kuasa pasaran hanya untuk mencari untung

NOTA
kaum kapitalis yang baik
hanya kapitalis yang mati



JANGAN LUPA JUMAAT INI


MAYAT MAYAT BERGELIMPANGAN



DARI MUKA BUKU ZUNAR:


LAWAK HARI INI:
Inkues memutuskan Sarbaini bukan bunuh diri, tetapi tidak ada pihak ketiga terlibat dalam kematiannya, tapi rakaman CCTV hilang!!!! Ha ha ha ha aha aa hehehhhe hooo hiiii huuuu huuuu (anda tolong tambah lawaknya...)



SAMPAI BILA KITA NAK TUNGGU




PEGUAM KELUARGA SARBAINI : KEPUTISAN SUKAR DIPERCAYAI - mkini

Mengulas keputusan Mahkamah Koroner, peguam keluarga, Awtar Singh berkata adalah sukar untuk mempercayai bahawa arwah Sarbaini telah memanjat tingkap untuk melarikan diri.

"Mengapa dia perlu berbuat demikian? Dia pergi (ke sana) secara sukarela. Tambahan pula, tidak ada cap jari yang kelihatan di cermin tingkap dan mereka tidak mengambil pakaian ketua penyiasatan SPRM KL, Ahmad Fauzi (Husin), untuk menjalankan ujian DNA."

Awtar berkata SPRM perlu bertanggungjawab atas kematian itu kerana kejadian berlaku di perkarangan bangunannya.

"Kami sedang memikirkan untuk memfailkan semakan kehakiman, tetapi saya akan menunggu arahan daripada keluarganya."


PANDANGAN PARA PEMBACA

Woit TT, Ini semua makhluk dapat agak apa Koroner nak cakap... dah tau dah... kalau time investigation at crime scene pun, IO cuma buat ulasan macam ni je...

IO : Dah mati dah ni...
Press : Kenapa mati ?
IO : Mati sebab tak bernafas lagi
Press : Apa kesimpulan tuan?
IO : Mangsa mati sebab sudah tidak bernyawa lagi

Woi... Kalau semua angle korang dah seluk dengan duit, boleh lah nak buat cover up kaw2... Ini atas dunia semua boleh bikin pusing cerita... nanti sampai masa korang kena, tahulah macam mana kena pusing balik 6 feet under !! Fakta menarik yang boleh anak anak muda semua fikirkan disini... Bagaimana rakaman kamera litar tertutup secara tiba tiba "tidak berfungsi" pada hari kejadian?

Rasanya di Malaysia ni bila ada insiden2 sensai macam ni terjadi, selalu sangat CCTV "tidak berfungsi" pada waktu kejadian... hebat betul kebetulan macam ni... apa pun aku sebagai rakyat Malaysia tetap tidak akan kupangkah simbol dacin yang melambangkan kopek mega size biarpun diberi gerombolan See more...
By melayu celup on ENTOT MAT SALEH SEBELUM TERJUN MATI on 9/26/11

Bahasa inggeris nya misadventure yang diberikan alasan kematian oleh Koroner. Nak selamat kan SPRM alasan tak masuk akai pun tak kesah kerana tugas nya hanya mengikut perintah. Rakaman CCTV yang dipadam tidak diambil kira janji SPRM di selamatkan. Di dunia boleh lah tipu di hadapan Tuhan terima aje balasan nya.
By Nostalgia abkk on ENTOT MAT SALEH SEBELUM TERJUN MATI on 9/26/11

Mereka ni tak ada kerja lain bohong aje.Tak sudah-sudah dan tak habis-habis berbohong.Negara ini bukan Malaysia Boleh tapi Malaysia Bohong.
By Anonymous on ENTOT MAT SALEH SEBELUM TERJUN MATI on 9/26/11

alasan2 pasal org2 yg mati kat malaysia nih macam Sarbaini & Teoh Beng Hock tak masuk akal macam kartun
By kote on ENTOT MAT SALEH SEBELUM TERJUN MATI on 9/26/11





TV3SUKU MEMBERITAHU AHMAD SARBAINI MATI KERANA NAHAS... BUKAN BUNUH DIRI.. BUKAN DIBUNUH... BUKAN MAIN TERJUN TINGKAP... BUKAN MAIN KEJAR2... BUKAN MAIN KONDA KONDI... TAPI...MATI KERANA NAHAS... NAHAS JALAN RAYA??? NAHAS TANAH RUNTUH?? WARGHKKAKKAKKAKKAKKAKAAAAA
By kene tipu sokmo.... on ENTOT MAT SALEH SEBELUM TERJUN MATI on 9/26/11

foul play la pulokk yg suruh dia berdiri tepi balkoni ugut dia tu mcmana. nahas tu tak kan berlaku kalau kena soal sisat atas kerusi sofa loren. kemalangan tu berlaku mcmana. habaq la. kami nak tau jgak!!! buduh
By Anonymous on ENTOT MAT SALEH SEBELUM TERJUN MATI on 9/26/11

burit lu la aizatul.. hidup membodek untuk duit pencen sebagai jusa A... prefiero morir de pie que vivir siempre arrodillado! lanchow sohai la mapuki!!!! kalau berdemo, kendia balik rumah, baik tak payah berdemo.. buat penat saja demo cenggini.. nak hajar gerombolan cuma satu.. demo sampai menang, kalo tak menang, mesti mati.. takut mati, jangan gi berdemo.. duduk di rumah, isap pelir sendiri lagi afdhol... kerja poyo dan bodoh bangang kalo gi demo, kendian masih ada niat nak jaga anak bini makan.. pergi mampus la anak bini.. ini biawak idup kepada perjuangan menentang gerombolan!
By Anonymous on ENTOT MAT SALEH SEBELUM TERJUN MATI on 9/26/11

lar kemalangan?? tapi camna kemalangan leh jatuh pula? adakah dia lari sebab diugut dengan video lucah? Huh.. Apa penjelasan saintifik dalam kemalangan ini? pintu bilik tersekat untuk keluar beliau terpaksa keluar dari tingkap dan kemalangan berlaku?? adeh.. lepas ni SPRM kena letakan tanga tengkorak di tingkap bangunan sebagai amaran... sebab kawasan kemalangan.. kah kah kah
By Anonymous on ENTOT MAT SALEH SEBELUM TERJUN MATI on 9/26/11

Bukan jatuh dilanggar nyamukkah? cehh....potong stim Kalau umno tak jatuh, msia yang akan jatuh seperti sarbani
By hasilox on ENTOT MAT SALEH SEBELUM TERJUN MATI on 9/26/11

wei aku nak tax superbike di buang...mcm babi je harga
By Anonymous on ENTOT MAT SALEH SEBELUM TERJUN MATI on 9/26/11

dah agak mesti keputusan macam tu. tidak dibunuh dan tidak membunuh diri. eh, kalau sarbaini mati eksiden kereta boleh la nak cakap macam tu. apa punya bangang la. geng2 kastam apa lagi, strikes back la. kalau buat tak tau je nanti ada lagi kastam yg kena mcm ni.
By mek on ENTOT MAT SALEH SEBELUM TERJUN MATI on 9/26/11



JANGAN LUPA JUMAAT INI




JANGAN HANYA BERCAKAP - LAKUKAN SESUATU




SATU LAGI MANGSA




SEPERTI BENG HOCK, PEMBUNUH SARBAINI DILINDUNGI? : SHAMSUL – keadilan daily

Keputusan mahkamah koroner bahawa Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed jatuh sendiri dari Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sukar diterima.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas penghakiman Aizatul Akmal Maharani, yang menolak unsur bunuh diri, homisid mahupun penglibatan pihak ketiga bagi alasan kematian allahyarham.

Katanya, kes-kes kematian yang berlaku ketika dalam tahanan SPRM seolah-olah dilindungi punca kematiannya seperti kematian Teoh Beng Hock pada Julai 2009.

“Kes ini tidak ada beza dengan Teoh Beng Hock dan kini seolah-olah setiap kematian yang membabitkan pegawai SPRM seperti dilindungi. Ini kerana kita harus ingat dalam penghujahan peguam, dan keluarga si mati, tidak ada bukti arwah terlibat dalam korupsi,” katanya.

Menurutnya, tidak ada sebab untuk allahyarham terjun dari bangunan itu, malah beliau mempertikai mengapa sistem litar tertutup CCTV SPRM dipadamkan ketika inkues berjalan.

“Jangan biar rakyat hilang keyakinan dalam sistem kehakiman. Ini merupakan satu hari malang rakyat malaysia kerana kita lihat kesimpulan mudah dibuat iaitu seolah kemalangan di dalam pejabat dan tiada unsur jenayah,” kata beliau.

Antara penemuan penting inkues itu adalah bahawa sistem litar tertutup CCTV SPRM didapati diganggu dengan 22 jam rakaman termasuk tempoh Ahmad Sarbaini datang ke premis agensi itu yang telah dipadamkan.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane 6 April lalu.

NOTA:
telah sampai masanya
kita buat laporan polis di luar negara
angkatan pemuda keadilan wajib
memikirkan cara dabn bagaimna
satu laporan boleh dibuat di luar negara

tempat pertama yang boleh dibuat laporan ialah london
caranya cukup senang
cari ngo eropah
minta ngo ini buat laporan polis
buat laporan polis atas

tuduhan : crime against humanity - jenayah terhadap kemanusiaan

nama utama patut dilaporkan
ialah ghani patail dan musa hassan
cuba dua nama ini dahulu

empat hari dahulu kekebalan rumsfled
baru sahaja ditarik kembali
rumsfled tidak akan berani meningglkan amerika
rumsfled dituduh: penjenayah perang

juga

lihat bagaimana ngo swiss
telah memerangkap taib mahmud
bukan saja akan didakwa di swiss
malah akan juga di dakwa di german

lihat bagimana ngo peranchis telah berjaya
membuka kes rasuah najib dan razak baginda
kes ini kan dibuka di paris tidak lama lagi

sekarang zaman global
ini lah tanda malaysia boleh
ini lah tanda melayu unggul


JANGAN LUPA JUMAAT INI