Rabu, 5 Oktober 2011

ISLAM DAN BARAT - BARAT DAN ISLAM




GAMBAR KULIT BUKU EDWARD SAID




DUA PANDANGAN JULING

Dari pengamatan perdebatan tentang Hudud hari ini ada pekara yang wajib saya timbulkan. Pekara yang ingin sata tuliskan ini ternyata amat terang dihadapan mata kepala kita semua. Pekara ini sedang berjoget dan bertandak dihadapan mata kita. Hanya kita enggan melihatnya. Kita gagal untuk merobek dan menilai pekara ini dengan kaca mata ilmu. Lalu kita semua membiarkan pekara ini terus berhegemoni dan membudaya.

Pekara yang saya maksudkan ini ialah: Pandangan Islam terhadap Barat. Dan Pandangan Barat terhadap Islam. Dua pandangan ini untuk saya sama juling malah kadang kala bukan juling tetapi hampir buta. Biar saya huraikan disini dari mana datangnya kejulingan ini.

Kejulingan pandangan ini memiliki urutan sejarah yang wajib kita fahami. Untuk memahami kejulingan ini kita tidak dapat melarikan diri dari memahami asas ekonomi kapitalis dan sejarah perkambangan ekonomi dunia. Gagal memahami asas dan hukum ekonomi kapitalis maka kita bukan sahaja akan juling malah akan buta untuk memahami apa sahaja yang berlaku dihadapan mata.

Bagini kesahnya: Kuasa imperial kaum pemodal dan gedung-gedung perniagaan – East India Comnpany , Dutch East Indian Company - di Eropah memerlukan bahan mentah dan pasaran. Ini rukun iman – tiang seri ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis bergerak berlandaskan hukum ini. Bahan-bahan mentah ini wujud di negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Justeru lahirnya zaman penjajahan dimana bahan bahan mentah diangkut punggah dari negara tanah jajahan ke London, Paris, Lisbon, Amsterdam atau Madrid.

Zaman diawal kurun dua puluh ini adalah zaman kolonial. Dari sinilah permulaan pertemuan budaya Barat dengan anak anak tanah jajahn. Di era ini Barat mula bertemu dengan Arab , Melayu dan Islam.

Para pembaca wajib sedar bahawa pertembungan kolonial ini bukan hanya pertembungan budaya tetapi penjarahan dan perampokan harta kekayaan. Kita membaca bagaimana pedagang Arab datang berdagang ke Melaka lebih awal dari Belanda atau Portugis. Tetapi Tok Arab ini tidak menjarah dan merampok. Ini berbeza dengan kedatangan kuasa kolonial Barat. Kuasa kolonial Barat bukan hanya datang untuk berniaga tetapi dengan niat untuk memiliki semua – mereka datang untuk menjajah.

Apa yang berlaku kepada bumi Melayu di Melaka dan Bengkulen berlaku juga kepada dunia Arab di Al-Khairah, Damas, Baghdad – bumi-bumi Arab ditaklok dan dijajah. Penentangan muncul – perlawan timbul. Perang anti kolonial bermula di Tanah Melayu bagitu juga di bumi Arab. Tetapi kuasa kolonial Barat yang memiliki persenjataan yang lebih canggih telah dapat mengalahkan kekuatan tempatan. Melaka jatuh dan manusia Melayu mula berhadapan dengan manusia Barat.

Untuk terus memunggah harta kekayaan – British di Tanah Melayu menetaskan United Malay National Organisation sebagai barua – kuasa kolonial Barat juga memunculkan barua-barua dan budak suruhan di dunia Arab. Pemimpin baru dimunculkan oleh kuasa Barat. Raja, Sheikh, Emir dan segala macam kaum feudal Arab dipupuk dan di baja. Di Tanah Melayu kaum feudal dari segala bentuk dimunculkan oleh British untuk menjadi barua kolonial.

Pemimpin yang dinetaskan oleh Barat ini pastilah berkiblat ke Barat. Mereka melihat Barat sebagai rujukan tamadun yang lebih kukuh, canggih, maju , moden berbanding dengan tamadun mereka sendiri. Dari sinilah munculnya budaya rasa rendah diri dan jiwa hamba warga tanah jajahan apabila berhadapan dengan Barat. Jiwa hamba ini wujud bukan hanya di negara Arab dan di Tanah Melayu malah jiwa hamba ini wujud dalam budaya semua negara yang pernah dijajah oleh kuasa Barat.

Mereka yang dikalahkan ini pula tidak lagi memiliki kuasa politik dan kuasa daulah. Mereka telah diketepikan. Justeru keupayan mereka untuk berhujjah secara ilmiah dan rasional tidak menerjah. Kekalahan melahirkan kemarahan. Kemarahan menenggelamkan fikrah rasional. Mereka yang telah dikalahkan oleh kuasa kolonial telah kehilangan kuasa. Yang tinggal hanya Tuhan dan agama kepercayaan sahaja. Justeru kumpulan Islam yang dikalahkan oleh Barat ini memelok Tuhan mereka saerat-eratnya. Tuhan ini wajib dijaga dari dicemari oleh Barat. Dari sinilah muncul-muncul hujah hujah songsang tentang apa itu tamaduan Barat.

Kumpulan Islam yang telah dikalahkan ini mengundur , mengecut dan menjadi konservatif. Tuhan yang dipelok saerat mungkin ini diberi nafas baru untuk melawan ‘the other’- baca kuasa penjajah. Untuk gulungan konservatif ini Tuhan menjadi objek pemilikan yang ekslusif untuk mereka sahaja. Terkeluar dari landasan garis pemahaman ini bermakna Tuhan mereka telah di cemari oleh Barat. Maka suci, halal dan haram menjadi induk perjuangan mereka.

Justeru saban hari kita dapat membaca , mendengar dan melihat hujah hujah puak konservatif ini yang menuduh Barat sebagai sarang maksiat. Maksiat menjadi juru ukur ketamadunan. Mereka hanya berupaya berhujah memburukan Barat melalui keberahian seksual. Para pendakwah, para penceramah, para penyebar agama dari puak ini hanya berkeupayaan untuk menuduh Barat sebagai sarang seks bebas. Barat dituduh sebagai sarang seks homosexual. Barat dilihat sebagai tempat maksiat dimana arak, perempuan dan dadah menjadi budaya utama. Inilah hujah kumpulan ini apabila mereka ingin melihat Barat.

Apabila mereka melihat kejelikan yang berlaku dihadapan mata mereak sendiri. Apabila mereka terbaca bayi mati tersadai di tepi jamban. Apabila mereka melihat angka pemadat di Pusat Serenti penuh dengan Melayu/Islam maka Barat menjadi penyebab utama. Kumpulan konservatif Islam ini menjadikan Barat sebagai sebab musab untuk segala-galanya keboborakan yang berlaku dihadapan mata mereka. Kumpulan ini hanya berhujah tentang seks apabila berhadapan dengan Barat. Inilah yang saya sifatkan sebagai satu pandangan yang juling.

Kumpulan Islam jenis ini kita temui di semua negara Islam. Mereka wujud di negara Arab , Pakistan, India, Malaysia dan Indonesia. Ada yang dipucuk kuasa, ada yang sedang berkongsi kuasa dan ada yang sedang berjuang untuk mendapat kembali kuasa.

Manakala kejulingan yang sama juga wujud dari kaca mata Barat apabila mereka melihat Islam. Pandangan Barat lahir dari sikap rasisma. Pensejarahan membuktikan bahawa semua kuasa penjajah bergerak atas landasan rasisma. Rasisma digunakan untuk menghalalkan penjajahan. Negara negara di Asia, Afrika, Arab dan Amerika Latin wajib ditamadunkan. Sikap rasisma ini melihat bangsa-bangsa Yang Tidak Berkulit Puteh sebagai bangsa yang primitif. Kerana mereka primitif maka mereka wajib ditamadun dan disekolahkan. Dalam pandangan dunia rasis ini hanya Yang Berkulit Puteh sahaja yang bertamadun. Ini hujah asas untuk menjajah.

Dari sini maka Islam dilihat sebagai agama kolot. Islam dilihat sebagai penjara untuk gender perempuan. Islam memiliki pandangan dunia yang sempit. Kaum kolonial Yang Berkulit Puteh sama seperti kaum konservatif Islam – melihat tanda kekolotan dari segi seks. Budaya Arab berkahwin lebih dari satu dilihat sebagai jijik. Raja dan Sheikh Arab menyimpan gundek dilihat sebagai tanda kekolotan Islam. Perempuan tidak dibenarkan memandu di Saudi Arabia dilihat sebgai satu yang gila.

Jelas kelihatan - dua kumpulan ini hanya berupaya menggunakan seks sebagai hujah untuk memburukan satu sama lain. Tetapi Islam lebih dari seks. Barat juga lebih dari pancutan seks. Bukan semua di Barat berkisar dengan seks. Islam juga bukan hanya tentang seks.

Tamadun dunia moden kita hari ini berasaskan falsafah Greek yang diterajui oleh Socrates, Aristotle dan Plato. Falsafah Greek ini mewujudkan asas pemikiran moden. Ketika Eropah dalam Zaman Gelap tanpa ilmu pengetahuan - tamadun Arab bersinar cemerlang. Baitul Hikmah di kota Baghdad lah yang bertanggung jawab menyambung falsafah Greek yang menerjah terbuka Zaman Pencerahan di Eropah. Renaissane atau Pencerahan yang bermula di Florence Itali pada kurun ke 14 tidak akan wujud tanpa Baitul Hikmah. Dikota Baghdad lah dimana semua buku-buku kuno ilmu dan faslafah Greek telah diterjemah dan diberi nafas baru.

Di Baitul Hikamah bukan Hudud yang dibincangkan. Bukan Dna babi menjadi ajenda utama. Bukan kongsi Raya yang dihebohkan. Bukan pancutan air mani yang menjadi debat perdana tetapi falasafah ketuhanan dan konsep wujudiah manusia dengan alam yang menjadi ajenda induk. Dari pedebatan falsafah inilah wujudnya dunia yang kita lihat sebagai dunia kita hari ini.

Ingin saya nyatakan disini bahawa Barat bukan hanya memberi kebebasan untuk homoseksual tetapi lebih dari itu. Kebebasan kaji selidik para saintis, kebebasan kaji selidik para ilmuan, penemuan-penemuan baru dari bidang teknoloji adalah hasil kebebasan yang wujud di Barat. Pemusik, pereka feshen, pembuat filem, sasterawan, penulis dan keilmuan dalam pelbagai bidang semuanya hari ini milik Barat. Justeru melihat Barat hanya dengan seks, arak dan homoseksual adalah pandangan juling yang membutakan.

Memang betul di Saudi Arabia ada hukum pancung dan perempuan tidak boleh memandu. Memang betul banyak negara Arab menindas gender perempuan. Memang betul ada perempuan yang dirogol di Pakistan akhirnya di tuduh berzina. Perut membesar akibat dirogol menjadi bahan bukti. Semua ini tidak dapat dipertahankan. Tetapi semua ini lahir dari hukum sejarah.

Dari pensejarahan kita lihat jelas bahawa kaum pemodal antarbangsa dan kuasa imperialis Anglo Amerika tidak akan membenar wujudnya Pencerahan di Malaysia mau pun di Saudi Arabia atau Pakistan. Saudi yang kolot dengan hukum dan undang-undang yang babarik adalah kawan kaum pemodal yang terbaik.

Gulungan konservatif Barat yang mengutuk Islam sebagai agama kolot dan menimbulkan Islamophobia ini mendapat dana bantuan yang lumayan dari syarikat multinasional dan gulungan politik kanan di Amerika. Manakala kumpulan konservatif Islam yang homophobia ini juga terus dibantu oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika melalui dana dari Saudi Arabia.

Islam Baitul Hikmah yang melihat dunia dengan falsafah bukan hanya wajib diketepikan malah wajib dihapuskan. Islam yang berfikir dan melihat apa yang berlaku hari ini adalah hasil dari sistem ekonomi kapitalis wajib dipiggir dan dilawan. Islam di awang-awang yang penuh dengan ritul diwajibkan untuk dijadikan anutan. Islam yang plural, bebas, cerah wajib di Hududkan.(TT)

NOTA:
Baitul Hikmah atau Gedung Ilmu
dimulakan oleh Khalifah Harun al- Rashid (766 – 809)
dan diteruskan oleh
anaknya Khalifah al-Ma’mun( 813-833)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN yang terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan
ini sila pukul talipon : 03-22-72-40-45




JANGAN LUPA UNTUK DATANG





JEMPUTAN FORUM BELANJAWAN MALAM INI





SEMUA DI JEMPUT DATANG





FORUM BELANJAWAN MAKLAM INI DI HOTEL QUALITY SHAH ALAM

Saudara-saudari,

Sukacita dimaklumkan bahawa Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang Malaysia telah membentangkan Belanjawan Alternatif 2012 di Parlimen semalam.

Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bagaimana Belanjawan Alternatif 2012 oleh Pakatan Rakyat akan membolehkan kenaikan gaji bagi 1.3 juta penjawat awam, pelaksanaan gaji minima RM1,100 dan penambahan subsidi untuk semua rakyat Malaysia sebanyak RM22 billion bagi meringankan bebas kos sara hidup. Ini dapat dicapai melalui penjimatan perbelanjaan mengurus negara sehingga RM220 billion yang seterusnya mengurangkan defisit negara kepada 4.4 peratus. Pembaziran wang negara dapat dielakkan seperti memotong perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM10 billion dan penyemakan semula sistem perolehan kerajaan.

Susulan daripada itu, Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor akan menganjurkan Forum Belanjawan Alternatif 2012 dan ingin menjemput saudara-saudari untuk hadir bagi kupasan lanjut mengenai Belanjawan Alternatif 2012.

Butiran Forum adalah seperti berikut:

Tarikh: 5 Oktober 2011 (Rabu)

Masa: 8.00 malam - 10.30 malam

Tempat: Kayangan Ballroom, Hotel Quality, Plaza Perangsang, 40000 Shah Alam, Selangor


Ahli Panel:

1 - YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
2 - YB Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Bukit Bendera
3 - Rafizi Ramli, Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor


Moderator: YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai

Orang ramai dijemput hadir. Mohon kerjasama sebarkan jemputan ini.





MALAM JUMAAT INI DI HOTEL QUALITY











SABTU INI DI KUANTAN


SIAPA PEROGOL DI SINI?




SURAT CONTOH



NOTA:
ini adalah surat contoh
yang menggunkan bahasa melayu
yang betyul tanpa campur aduk
bahasa inggeris

surat ini ialah surat laporan
seorang pembantu rumah indonesia
kepada ngo - migrant workers - di jakarta
penulis surat ini mengadakan bahawa
dia telah di rogol oleh rais yatim






DITUDUH BERBOHONG: RAIS TEMPELAK GUAN ENG – meloya

Rais Yatim menempelak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana menuduhnya berbohong dan membuat tuduhan palsu berhubung isu bahasa Malaysia diketepikan dalam satu majlis rasmi di negeri itu baru-baru ini.

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya menasihatkan pengurusan Kolej Han Chiang di negeri itu yang dibantu kerajaan penubuhannya, supaya menggunakan bahasa Malaysia dalam majlis rasminya.

Katanya, Kolej Han Chiang yang dikendalikan oleh personaliti kenamaan yang rapat dengan Guan Eng hanya menggunakan bahasa Inggeris dan Mandarin dalam satu majlis yang dihadiri beliau baru-baru ini.

Jelas beliau, penyampai pada majlis itu hanya menggunakan kedua-dua bahasa itu kecuali bagi satu lagu yang dinyanyikan dalam bahasa kebangsaan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA:
mari kita lihat dan fahami siapa mereka berdua ini
rais yatim dituduh merogol amah
tapi bebas tidak didakwa

lim guan eng di penjara dua tahun
tapi bukan kerana merogol
guan eng mempertahankan hak kanak kanak sekolah
yang telah dirogol oleh rahim tambi cik
siapa antara kedua ini yang lebih dio yakini?


BAHASA:
rais yatim pernah berkata bahawa
perkataan pricint di putra akan ditukar
sampai hari ini belum di tukar

dalam radio rais yatim berkhutubah
bahawa kalau ada perkataan melayu
guna perkataan melayu

pasal apa KL SENTRAL - TIDAK KL PUSAT
pasal apa PRECINT - TIDAK WILAYAH
pasal apa raping indonesian maid - TIDAK ROGOL AMAH INDONESIA
kah kah kah




JEMPUTAN : SILA TURUN KE REMBAU









SABTU INI DI KUANTAN


TEKNIK LENDIR DALAM POLITIK




AMOI UNTUK PANCING UNDI




JELITAWAN MCA : BENAR ATU SEKADAR OPERA CHINA
- mkini

Kehadiran tujuh jelitawan muda pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA pada Sabtu lalu, cukup mencuri tumpuan para perwakilan dan sesetengah media memilih menyiarkan gambar mereka di halaman utama di akhbar mereka pada keesokan harinya.

Setelah diberikan isyarat, tujuh jelitawan itu mendahului kumpulan wanita MCA memasuki dewan di Wisma MCA itu dan mengambil tempat dududuk yang disediakan khas. Mereka juga sempat memberikan senyuman kepada jurugambar yang sibuk merakamkan kejelitawan mereka.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada permulaan simbolik kepada Pemuda MCA yang bakal membuka pintunya kepada ahli-ahli wanita mulai tahun depan.

Walaupun jelitawan itu cukup selesa mengukirkan senyuman di hadapan kamera, namun kegagalan pihak penganjur mengaturkan sesi wawancara denagn wartawan menimbulkan persoalan sama ada ini satu sandiwara ataupun opera Cina.

Gambar-gambar jelitawan itu juga banyak tersebar di internet, terutamanya di Facebook, sehingga ada yang berpendapat tujuh wanita itu telah diupah sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan publisiti secara meluas.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...INI TEKNIK LAMA CUKONG.... kah kah kah..

kah kah kah..TEKNIK INI MESTI BERJAYA.... kah kah kah..

kah kah kah..PAK LEBAI PUN AKAN KETAR KAKI.... kah kah kah..

kah kah kah...PAK AJI PUN BERGOYANG KEPALA LUTUT.... kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA UNDI AKAN KEMBALI KEPADA CUKONG... kah kah kah..

woit...DAPAT POLITIK DAN PERNIAGAAN INI DIPANGGIL TEKNIK LENDIR....kah kah kah....

kah kah kah..INI LAH TEKNIK YANG TELAH DI GUNAKAN HINGGA BANYAK TANAH MELAYU TEGADAI..... kah kah kah..

woit... UNDI LAGI SENANG.... kah kah kah

NOTA:
buka lagi pintu negara
bagi lago china doll masuk
nanti parti pundek pundek pundek
akan bawa blak doll dari nigeria


NOTA:
dalam bahasa harian: MCA JUAL BURET

JAKIM DIMINTA JANGAN JUAL AGAMA




PENIPU




JAKIM DIMINTA AMBIL TINDAKAN TERHADAP ANWAR: ZULKIFLI - mStar

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang didakwa cuba menyebarkan ajaran pluralisma di negara ini.

Beliau berkata, tindakan Anwar itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh memesongkan akidah umat Islam.

"Fahaman pluralisma dikategorikan sebagai sesat oleh JAKIM. Ini tidak boleh diterima...soal akidah tidak boleh dipermainkan.

"Terdapat dua perbezaan besar di antara plurality dan pluralisma. Plurality adalah perbezaan agama yang mana kita hormati agama lain tapi dalam soal menyamakan agama itu pluralisma," katanya.


PENIPU




JAKIM DIMINTA AMBIL TINDAKAN TERHADAP ZULKIFLI: TUKAR TIUB


Tukar Tiub mahu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang tidak membayar hutang sebanyak 15 ribu ringgit yang dipinjam untuk membayar cagaran ketika bertanding dalam pilihanraya lalu.

Tukar Tiub juga meminta JAKIM menyiasat kehilangan 30 ribu ringgit dari tabung rumah anak yatim Perkid di Hulu Selangor.

Zulkifli didakwa cuba menyebarkan ajaran meminjam tak bayar dan merembat duit di negara ini.

Tukar Tiub berkata, tindakan Zulkifli itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh memesongkan akidah umat Islam.

"Fahaman meminjam duit kemudian tidak membayar kembali dan merembat duit tabung anak yatim dikategorikan sebagai sesat oleh JAKIM. Ini tidak boleh diterima...soal akidah tidak boleh dipermainkan.

"Terdapat dua perbezaan besar di antara meminjam duit kemudian tidak bayar dan merembat duit anak yatim . Meminjam duit kemudian tidak dibayar adalah menipu orang yang kita kenali ini tidak sama seperti merembat duit tabung anak yatim yang anak anak yatim ini tidak kita kenali’ kata Tukar Tiub

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

JEMPUTAN FORUM JUMAAT INI




DI SHAH ALAM JUMAAT INI




“MALAYSIA DAN SEJARAH YANG BELUM SELESAI”

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dengan segala hormatnya pihak Akademi Pak Sako ingin menjemput saudara/saudari untuk menghadiri program forum dengan tema “Malaysia Dan Sejarah Yang Belum Selesai”.

Tujuan forum ini diadakan adalah bagi memupuk budaya diskusi secara sihat dan beretika di kalangan masyarakat khususnya anak-anak muda serta menggalakkan perbincangan isu-isu yang dilihat penting dalam konteks negara kita dengan merentasi latar bangsa, agama dan fahaman politik.

Selain itu, forum ini akan turut membincang dan mengupas pelbagai persoalan sejarah yang selama ini menjadi subjek perbualan dan perdebatan harian rakyat Malaysia.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tajuk: "Malaysia Dan Sejarah Yang Belum Selesai"

Tarikh: 7 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Hotel Quality, Shah Alam


Pembicara:
1- YB Azmin Ali
2- YB Khalid Samad
3- Hishamuddin Rais
4- Hasmi Hashim
5- Dr. Abu Hassan Hasbullah


Kehadiran saudara/saudari adalah sangat dialu-alukan dan semoga jemputan ini dapat dipanjangkan kepada semua teman-teman yang lain.

Sekian, terima kaseh.

ANJURAN AKADEMI PAK SAKO



ROSMAH BERAT ITU PASAL SEWA KAPALTERBANG MAHAL



JELAS RUPA SAEKOR BADAK











NOTA:
jika ini bukan anak badak
maka matahari tidak lagi
terbit di timur




9 JUTA RINGGIT SEWA PESAWAT BAWA ROSMAH BERCUTI : harakah daily

Sebanyak RM9 juta telah dibelanjakan bagi menyewa sebuah pesawat Airbus A319-IIX yang diguna Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth Australia.

Pesawat yang disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Penjelasan tersebut dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Nurul yang melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat tersebut yang telah digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

Nazri juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara dengan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta yang meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...FAHAM TAK APA MAKNA BERITA INI?..... kah kah kah...

woit...KALAU TAK FAHAM ..JANGAN AMBIL TAHU HAL POLITIK... kah kah kah..

kah kah kah...PERGI MAIN GULI.... kah kah kah...

kah kah kah..MAKNA NYA SATU LAGI CERITA BOCOR.... kah kah kah...

kah kah kah..AWAL TADI NAZRI SAH KAN CERITA CINCIN 24 JUTA DOLAR.... kah kah kah

kah kah kah...SEKARANG CERITA SEWA KAPAL TERBANG.... kah kah kah...

kah kah kah.... INI TANDA BAHAWA GERAKAN ANTI NAJIB SEDANG MENYERANG....kah kah kah..

kah kah kah...NAMPAKNYA SO NAZRI INI TELAH MASUK BAWAH PAYUNG MUHYIDDIN.... kah kah kah...

NOTA:
nazri ada contoh politikus terbaik
nazri akan taat setia kepada ketua
kalau ku li jadi pm
nazri juga akan setia
kalau anwar ibrahim jadi pm
nazri juga anak setia

jangan buat fitnah tuduh nazri tak ada teloo
dia ada tiga biji telooo kah kah kah

BERAPA BELANJA BELI BEG ROSMAH?




BELANJA BELI BEG ROSAMAH






UCAPAN BELANJAWAN 2012 DIPORTAL PERBENDAHARAN – berita hairan

Ucapan Pembentangan Belanjawan 2012 oleh Najib Razakdi Parlimen Jumaat ini akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan portal Perbendaharaan Malaysia.

Kenyataan Kementerian Kewangan hari ini menyebut ia adalah bagi memudahkan pengguna internet mengikuti siaran langsung ucapan berkenaan yang bermula 4 petang.



BELANJAWAN PEMBANGKANG IBARAT POKET KOSONG : MADEY
- meloya

KUALA LUMPUR 4 Okt. - “Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada.” Itu merupakan jawapan Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.

Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

NOTA:
yang hendak kita baca disini bukan hal belanjawan
kita semua tahu ini adalah kelentong

apa yang penting disisni ialah pengunaan perkataan BELANJAWAN
apa yang penting disini ialah perkataan BUJET tidak digunakan lagi

akhbar utusan meloya
akhbar berita hairan
sedang pakai belanjawan
tengok esok macam mana

kelmarin kementerian keewnagan telah mengeluar kenyataan
pada tahun ini perkataan BELANJAWAN wajib digunakan
ini selari dengan garis melayu muhyiddin

petang ini semua media telah menerima satu lagi arahn baru dari najib
arahan ini meminta perkataan BUJET digunakan

inilah contoh pertempuran idealoji antara mat mongol dengan malikul sembab
dari segi bahasa garis politik muhyiddin adalah betul dan tepat
dari segi kepentingan ramai muhyiddin lebih terbuka dari najib
justeru telah sampai masanya najib kita jadikan perdana menteri malaysia
mari ramai ramai kita sokong muhyiddin
mari ramai rami kita humbankan isteri rosmah mansor