GAMBAR KULIT BUKU EDWARD SAID

DUA PANDANGAN JULING
Dari pengamatan perdebatan tentang Hudud hari ini ada pekara yang wajib saya timbulkan. Pekara yang ingin sata tuliskan ini ternyata amat terang dihadapan mata kepala kita semua. Pekara ini sedang berjoget dan bertandak dihadapan mata kita. Hanya kita enggan melihatnya. Kita gagal untuk merobek dan menilai pekara ini dengan kaca mata ilmu. Lalu kita semua membiarkan pekara ini terus berhegemoni dan membudaya.
Pekara yang saya maksudkan ini ialah: Pandangan Islam terhadap Barat. Dan Pandangan Barat terhadap Islam. Dua pandangan ini untuk saya sama juling malah kadang kala bukan juling tetapi hampir buta. Biar saya huraikan disini dari mana datangnya kejulingan ini.
Kejulingan pandangan ini memiliki urutan sejarah yang wajib kita fahami. Untuk memahami kejulingan ini kita tidak dapat melarikan diri dari memahami asas ekonomi kapitalis dan sejarah perkambangan ekonomi dunia. Gagal memahami asas dan hukum ekonomi kapitalis maka kita bukan sahaja akan juling malah akan buta untuk memahami apa sahaja yang berlaku dihadapan mata.
Bagini kesahnya: Kuasa imperial kaum pemodal dan gedung-gedung perniagaan – East India Comnpany , Dutch East Indian Company - di Eropah memerlukan bahan mentah dan pasaran. Ini rukun iman – tiang seri ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis bergerak berlandaskan hukum ini. Bahan-bahan mentah ini wujud di negara Asia, Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Justeru lahirnya zaman penjajahan dimana bahan bahan mentah diangkut punggah dari negara tanah jajahan ke London, Paris, Lisbon, Amsterdam atau Madrid.
Zaman diawal kurun dua puluh ini adalah zaman kolonial. Dari sinilah permulaan pertemuan budaya Barat dengan anak anak tanah jajahn. Di era ini Barat mula bertemu dengan Arab , Melayu dan Islam.
Para pembaca wajib sedar bahawa pertembungan kolonial ini bukan hanya pertembungan budaya tetapi penjarahan dan perampokan harta kekayaan. Kita membaca bagaimana pedagang Arab datang berdagang ke Melaka lebih awal dari Belanda atau Portugis. Tetapi Tok Arab ini tidak menjarah dan merampok. Ini berbeza dengan kedatangan kuasa kolonial Barat. Kuasa kolonial Barat bukan hanya datang untuk berniaga tetapi dengan niat untuk memiliki semua – mereka datang untuk menjajah.
Apa yang berlaku kepada bumi Melayu di Melaka dan Bengkulen berlaku juga kepada dunia Arab di Al-Khairah, Damas, Baghdad – bumi-bumi Arab ditaklok dan dijajah. Penentangan muncul – perlawan timbul. Perang anti kolonial bermula di Tanah Melayu bagitu juga di bumi Arab. Tetapi kuasa kolonial Barat yang memiliki persenjataan yang lebih canggih telah dapat mengalahkan kekuatan tempatan. Melaka jatuh dan manusia Melayu mula berhadapan dengan manusia Barat.
Untuk terus memunggah harta kekayaan – British di Tanah Melayu menetaskan United Malay National Organisation sebagai barua – kuasa kolonial Barat juga memunculkan barua-barua dan budak suruhan di dunia Arab. Pemimpin baru dimunculkan oleh kuasa Barat. Raja, Sheikh, Emir dan segala macam kaum feudal Arab dipupuk dan di baja. Di Tanah Melayu kaum feudal dari segala bentuk dimunculkan oleh British untuk menjadi barua kolonial.
Pemimpin yang dinetaskan oleh Barat ini pastilah berkiblat ke Barat. Mereka melihat Barat sebagai rujukan tamadun yang lebih kukuh, canggih, maju , moden berbanding dengan tamadun mereka sendiri. Dari sinilah munculnya budaya rasa rendah diri dan jiwa hamba warga tanah jajahan apabila berhadapan dengan Barat. Jiwa hamba ini wujud bukan hanya di negara Arab dan di Tanah Melayu malah jiwa hamba ini wujud dalam budaya semua negara yang pernah dijajah oleh kuasa Barat.
Mereka yang dikalahkan ini pula tidak lagi memiliki kuasa politik dan kuasa daulah. Mereka telah diketepikan. Justeru keupayan mereka untuk berhujjah secara ilmiah dan rasional tidak menerjah. Kekalahan melahirkan kemarahan. Kemarahan menenggelamkan fikrah rasional. Mereka yang telah dikalahkan oleh kuasa kolonial telah kehilangan kuasa. Yang tinggal hanya Tuhan dan agama kepercayaan sahaja. Justeru kumpulan Islam yang dikalahkan oleh Barat ini memelok Tuhan mereka saerat-eratnya. Tuhan ini wajib dijaga dari dicemari oleh Barat. Dari sinilah muncul-muncul hujah hujah songsang tentang apa itu tamaduan Barat.
Kumpulan Islam yang telah dikalahkan ini mengundur , mengecut dan menjadi konservatif. Tuhan yang dipelok saerat mungkin ini diberi nafas baru untuk melawan ‘the other’- baca kuasa penjajah. Untuk gulungan konservatif ini Tuhan menjadi objek pemilikan yang ekslusif untuk mereka sahaja. Terkeluar dari landasan garis pemahaman ini bermakna Tuhan mereka telah di cemari oleh Barat. Maka suci, halal dan haram menjadi induk perjuangan mereka.
Justeru saban hari kita dapat membaca , mendengar dan melihat hujah hujah puak konservatif ini yang menuduh Barat sebagai sarang maksiat. Maksiat menjadi juru ukur ketamadunan. Mereka hanya berupaya berhujah memburukan Barat melalui keberahian seksual. Para pendakwah, para penceramah, para penyebar agama dari puak ini hanya berkeupayaan untuk menuduh Barat sebagai sarang seks bebas. Barat dituduh sebagai sarang seks homosexual. Barat dilihat sebagai tempat maksiat dimana arak, perempuan dan dadah menjadi budaya utama. Inilah hujah kumpulan ini apabila mereka ingin melihat Barat.
Apabila mereka melihat kejelikan yang berlaku dihadapan mata mereak sendiri. Apabila mereka terbaca bayi mati tersadai di tepi jamban. Apabila mereka melihat angka pemadat di Pusat Serenti penuh dengan Melayu/Islam maka Barat menjadi penyebab utama. Kumpulan konservatif Islam ini menjadikan Barat sebagai sebab musab untuk segala-galanya keboborakan yang berlaku dihadapan mata mereka. Kumpulan ini hanya berhujah tentang seks apabila berhadapan dengan Barat. Inilah yang saya sifatkan sebagai satu pandangan yang juling.
Kumpulan Islam jenis ini kita temui di semua negara Islam. Mereka wujud di negara Arab , Pakistan, India, Malaysia dan Indonesia. Ada yang dipucuk kuasa, ada yang sedang berkongsi kuasa dan ada yang sedang berjuang untuk mendapat kembali kuasa.
Manakala kejulingan yang sama juga wujud dari kaca mata Barat apabila mereka melihat Islam. Pandangan Barat lahir dari sikap rasisma. Pensejarahan membuktikan bahawa semua kuasa penjajah bergerak atas landasan rasisma. Rasisma digunakan untuk menghalalkan penjajahan. Negara negara di Asia, Afrika, Arab dan Amerika Latin wajib ditamadunkan. Sikap rasisma ini melihat bangsa-bangsa Yang Tidak Berkulit Puteh sebagai bangsa yang primitif. Kerana mereka primitif maka mereka wajib ditamadun dan disekolahkan. Dalam pandangan dunia rasis ini hanya Yang Berkulit Puteh sahaja yang bertamadun. Ini hujah asas untuk menjajah.
Dari sini maka Islam dilihat sebagai agama kolot. Islam dilihat sebagai penjara untuk gender perempuan. Islam memiliki pandangan dunia yang sempit. Kaum kolonial Yang Berkulit Puteh sama seperti kaum konservatif Islam – melihat tanda kekolotan dari segi seks. Budaya Arab berkahwin lebih dari satu dilihat sebagai jijik. Raja dan Sheikh Arab menyimpan gundek dilihat sebagai tanda kekolotan Islam. Perempuan tidak dibenarkan memandu di Saudi Arabia dilihat sebgai satu yang gila.
Jelas kelihatan - dua kumpulan ini hanya berupaya menggunakan seks sebagai hujah untuk memburukan satu sama lain. Tetapi Islam lebih dari seks. Barat juga lebih dari pancutan seks. Bukan semua di Barat berkisar dengan seks. Islam juga bukan hanya tentang seks.
Tamadun dunia moden kita hari ini berasaskan falsafah Greek yang diterajui oleh Socrates, Aristotle dan Plato. Falsafah Greek ini mewujudkan asas pemikiran moden. Ketika Eropah dalam Zaman Gelap tanpa ilmu pengetahuan - tamadun Arab bersinar cemerlang. Baitul Hikmah di kota Baghdad lah yang bertanggung jawab menyambung falsafah Greek yang menerjah terbuka Zaman Pencerahan di Eropah. Renaissane atau Pencerahan yang bermula di Florence Itali pada kurun ke 14 tidak akan wujud tanpa Baitul Hikmah. Dikota Baghdad lah dimana semua buku-buku kuno ilmu dan faslafah Greek telah diterjemah dan diberi nafas baru.
Di Baitul Hikamah bukan Hudud yang dibincangkan. Bukan Dna babi menjadi ajenda utama. Bukan kongsi Raya yang dihebohkan. Bukan pancutan air mani yang menjadi debat perdana tetapi falasafah ketuhanan dan konsep wujudiah manusia dengan alam yang menjadi ajenda induk. Dari pedebatan falsafah inilah wujudnya dunia yang kita lihat sebagai dunia kita hari ini.
Ingin saya nyatakan disini bahawa Barat bukan hanya memberi kebebasan untuk homoseksual tetapi lebih dari itu. Kebebasan kaji selidik para saintis, kebebasan kaji selidik para ilmuan, penemuan-penemuan baru dari bidang teknoloji adalah hasil kebebasan yang wujud di Barat. Pemusik, pereka feshen, pembuat filem, sasterawan, penulis dan keilmuan dalam pelbagai bidang semuanya hari ini milik Barat. Justeru melihat Barat hanya dengan seks, arak dan homoseksual adalah pandangan juling yang membutakan.
Memang betul di Saudi Arabia ada hukum pancung dan perempuan tidak boleh memandu. Memang betul banyak negara Arab menindas gender perempuan. Memang betul ada perempuan yang dirogol di Pakistan akhirnya di tuduh berzina. Perut membesar akibat dirogol menjadi bahan bukti. Semua ini tidak dapat dipertahankan. Tetapi semua ini lahir dari hukum sejarah.
Dari pensejarahan kita lihat jelas bahawa kaum pemodal antarbangsa dan kuasa imperialis Anglo Amerika tidak akan membenar wujudnya Pencerahan di Malaysia mau pun di Saudi Arabia atau Pakistan. Saudi yang kolot dengan hukum dan undang-undang yang babarik adalah kawan kaum pemodal yang terbaik.
Gulungan konservatif Barat yang mengutuk Islam sebagai agama kolot dan menimbulkan Islamophobia ini mendapat dana bantuan yang lumayan dari syarikat multinasional dan gulungan politik kanan di Amerika. Manakala kumpulan konservatif Islam yang homophobia ini juga terus dibantu oleh kuasa imperialis Anglo-Amerika melalui dana dari Saudi Arabia.
Islam Baitul Hikmah yang melihat dunia dengan falsafah bukan hanya wajib diketepikan malah wajib dihapuskan. Islam yang berfikir dan melihat apa yang berlaku hari ini adalah hasil dari sistem ekonomi kapitalis wajib dipiggir dan dilawan. Islam di awang-awang yang penuh dengan ritul diwajibkan untuk dijadikan anutan. Islam yang plural, bebas, cerah wajib di Hududkan.(TT)
NOTA:
Baitul Hikmah atau Gedung Ilmu
dimulakan oleh Khalifah Harun al- Rashid (766 – 809)
dan diteruskan oleh
anaknya Khalifah al-Ma’mun( 813-833)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN yang terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan
ini sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
JANGAN LUPA UNTUK DATANG










