NOTA:
ini tulisan terbaru
yang sedang disiarkan
dalam suara keadilan
ini akhbar mingguan
parti keadlian rakyat
saya bukan ahli parti
saya menulis untuk
mengembangkan demokrasi
apa yang telah berlaku dalam
tulisan ini ialah:
ayat akhir - yang saya hitamkan-
telah dipotong - untuk saya inilah
ayat yang paling penting untuk
merumus apa yang saya fikirkan
melupuskan ayat ini bermakna
melupuskan isi hati tulisan saya ini
tulisan sebagai satu kerja seni
memiliki isi hati
tulisan tanpa rasa hati
adalahb tulisan tidak jujur
saya tidak pernah menulis
pekara yang tidak saya yakini
dalam masa yang sama saya pulangkan
isu ini kepada para pembaca untuk
menilai apakah - ayat itu wajib dipotong
atau tidak harus dipotong
apa yang tuan taun baca ini
adalah integeral
tidak disunat
malah ada banyak salah ejaan
yang menjadi syle tukar tiub
selamat membaca
dan sila fikirlah masa
hadapan kita bersama parti keadilan rakyat
adakah media akan bebas atau terus membodek!
INI DINAMAKAN BERSUNAT

SELAMAT BERKUMPUL DAN BERBINCANG
Sekali lagi aktivis, simpatisan, penyokong, ahli parti dan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat akan berkumpul untuk berkongres. Kali ini saya difahamkam di Johor. Wilayah ini sengaja dipilih kerana Johor ialah kubu kuat musuh. Saya rasa pemilihan ini cukup tepat. Sekali sekala gerombolan musuh ini wajib diserang dari dalam bilik tidor mereka sendiri.
Kerana bukan ahli parti, saya hanya berlapang untuk mengikuti tiga kongress tahunan PKR. Tiga kongress yang saya ikuti ini adalah tiga wilayah yang berbeza tempat, berbeza iklim dan suasana politik. Di Ipoh – didalam Tok Pekong , di Kuala Lumpur di Hotel Istana dan di Kota Bahru – dalam bangunan yang indah lagi empok.
Saya juga turut serta campur ketika merancang program pelancaran pergabungan Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia pada tahun 2003 dahulu. Pelancaran pergabungan untuk meresmi dan merayakan kelahiran Parti Keadilan Rakyat. Babak bersejarah ini dijalankan di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur.
Dihari pelancaran itu saya merasakan suasananya tidak bagitu gah. Ini kerana dari pemahaman politik – saya anggap pergabungan ini adalah penggalangan barisan bersatu untuk membuka jalan ke arah Demokrasi Baru. Saya agak kecewa apabila ternampak masih banyak kerusi kosong di dalam dewan. Hari ini saya berani berkata yang datang pada hari itu adalah penyokong setia Anwar Ibrahim yang kebanyakan ialah Mak Cik Mak Cik. Mereka merasa Anwar Ibrahim dan Wan Azizah telah dizalimi. Kumpulan kedua terbanyak ialah penyokong setia gerakan Reformasi Jalan Raya. Ini kerana mereka mahu meneruskan gerakan politik di jalan raya untuk menjatuhkan United Malay National Organisation.
Wajib dicatitkan dalam sejarah bahawa ada dua kumpulan yang tidak bersetuju dan selesa dengan pergabungan. Kumpulan yang tidak bersetuju ini memiliki hujah politik masing-masing.
Ada kumpulan yang tidak meminati Parti Rakyat yang dianggap kiri dan merah. Ada juga yang menganggap parti Keadilan Nasional hanyalah serpihan dari gerombolan United Malay National Organisation. Malah Anwar dengan geng gerombolan United Malay National Organisation akan meninggalkan PKR bila keadaan dan suasana politik baru muncul.
Pada hemat saya , menganggap anggota Parti Keadilan Nasional sebagai serpihan gerombolan adalah fakta yang amat tepat. Menganggap Parti Rakyat memiliki lengok kiri juga agak tepat. Tetapi menuduh PRM sebagai merah agak keterlaluan. Ini samalah seperti berhujah bahawa Mawi ini sama setaraf dengan Bob Dylan. Atau menganggap Zainal Kling itu setaraf dengan Noam Chomsky. Ini anggapan yang amat meleset. Kenyataan ini bukan propaganda. Ini kenyataan bodoh.
Kemudian mari kita beralih ke Tok Pekong di Ipoh Perak. Untuk saya Kongress PKR di Ipoh ini adalah kongress yang bersejarah. Ini adalah kongress pertama sesudah pergabungan. Kongress ini amat kritikal kerana masih ada saki baki dan bengolan-bengolan yang menentang pergabungan menjalar liar didalam parti. Tungggul tunggul yang menentang pergabungan ini masih mencuba ‘ last kopek’ mereka. Di Ipoh bengolan dan tunggul-tunggul ini ditewaskan sekali lagi. PKR sesudah kongress di Ipoh dilihat semakin mantap. Di kongress ini juga Anwar Ibrahim untuk pertama kalinya muncul sesudah dia dibebaskan dari penjara.
Kemudian Kongress Seremban dan di Pulau Pinang. Saya tidak ambil pot. Saya kembali mengikuti Kongress Hotel Istana di Kuala Lumpur. Kongress ini sebelum piliharaya umum 2008. Ketika ini hanya Wan Azizah seorang sahaja yang menang di Permatang Pauh – YB yang lain telah kaput. Malah ketika kongress ini dijalankan ramai juga yang telah mula menjauhkan diri dari PKR.
Saya masih ingat lagi di sesi penutup di Hotel Istana, Anwar Ibrahim telah berkata bahawa pilihanraya yang akan datang ini parti akan cuba menyediakan dana untuk duit cekeram bakal calon. Ini dapat tepokan gemuruh. Yang lainnya saya tak ingat. Mungkin tidak apa yang penting lahir dari kongress ini.
Kemudian Anwar berhijrah ke Amerika. Lalu timbul kesah kesah dari Haji Desas dan Lebai Desus yang berceloteh mengatakan bahwa Anwar sebenarnya sedang menunggu masa untuk dipanggil kembali memimpin United Malay National Organisation. Ketika ini Wan Azizah bersaorangan di Parlimen. Saya perhatikan bahawa ombak jalan raya telah mundur, ombak melawan juga telah kendur malah semakin ramai yang mula mengundur diri.
Anak anak muda yang dulunya hebat di jalan telah jatuh cinta dan ingin berumah tangga. Yang telah kahwin kini menjadi ayah dan ibu. Ramai juga yang kehilangan pekerjaan dan mata pencarian kini ingin memulakan penghidupan baru. Sayugia diingati, untuk saya mereka bukan meninggalkan perjuangan tetapi tidak lagi menjadi barisan hadapan.
Justeru, jangan silap tafsir mereka yang mengundur ini bukan seperti watak yang lari dengan kotak-kotak. Atau yang lari kerana kurang kaseh sayang. Yang lari dengan kota-kotak ini adalah langau dan lalat. Mereka keluar berbondong-bondong meninggalkan PKR untuk kembali berkumpul menghidu taik dan bangkai dengan harapan mendapat projek dan kontrek.
Kemudian Anwar Ibrahim pulang dari Amerika untuk aktif sekali lagi. Anwar Ibrahim yang telah bebas semenjak 2003 kini telah menjadi propagandis yang ampuh untuk PKR. Ceramah dan rapat-rapat Anwar dikatakan sebagai lautan manusia. Dimana sahaja Anwar berceramah beribu-ribu warga datang mendengar. Ini ‘hadis-hadis ‘ yang saya dengar tentang Anwar Ibrahim dari Tok Perawi yang saya anggap berat sebelah.
Untuk mensahehkan ‘hadis’ ini saya telah pergi melihat satu ceramah Anwar di Telok Intan. Pada malam itu saya melihat lebih dari 15 ribu warga telah turun mendengar ceramah Anwar. Ceramah malam itu cukup hebat. Bukan orang Melayu sahaja yang datang. Ada dua tiga kerat Apek berseluar pendek dan Amoi cun kelihatan dalam padang ceramah. Untuk saya ini adalah pertanda baik. Ombak rakyat telah mula bergelora sekali lagi walau pun tidak sehebat zaman Reformasi. Saya tersenyum puas kerana Anwar Ibrahim telah menghuru harakan kestabilan katil empok United Malay National Organisation.
Semakin dekat pilihanraya semakin kuat ombak rakyat. Saya mula melihat bahawa satu ledakan akan berlaku. Kali terakhir sebelum PRU12 saya telah datang ke satu ceramah Anwar di Badar Tun Razak. Di ceramah ini untuk pertama kalinya saya melihat kehadiran warga China dan India dalam ceramah dengan ramai.
Betul. Tepat. PR12 teklah membawa ledakan. Justeru saya memaksa diri untuk wajib hadir di Kongres PKR di Kota Bahru. Saya ingin merakam susana PKR sesudah PRU12. Saheh – saya katakan kongress di Kota Bahru ini adalah kongress kemenangan. Saya melihat muka muka lama muncul kembali. Saya tak sangka rupa-rupa ramai juga Datuk Datuk ori dan Datuk Datuk beli yang mula merapati PKR. Di Kota Bahru saya mula melihat jantan gemok berperut gendut dan berbaju batik berlengan panjang semakin ramai datang. Saya juga mula melihat muka-muka ‘towkay’ dan ‘bakal towkay’ bersiar-siar menunjukkan muka dan bersalaman seperti mereka baru pulang dari Mekah.
Saya minta maaf kalau apa yang saya tulis ini agak sinis. Tetapi lebih baik saya menulis dengan jujur. Seribu tahun dari hari ini anak cucu ciit kita akan melihat kembali jalur pensejarahan kita sesama kita. Cuci cicit kita akan menilai dimana kita betul dan dimana kita salah. Ini untuk tauladan atau sempadan buat mereka
Ingin saya ingatkan untuk yang akan dan sedang berkongress di Johor bahawa jangan sesekali lupa bahawa PKR memiliki tradisi politik jalan raya. Sejarah Parti Keadilan Rakyat adalah sejarah jalan raya . Parti Keadilan Rakyat bunting, lahir dan dibidani diatas jalan raya. Malah disini ingin saya ingatkan bahawa kemenangan pada 8 March 2008 dahulu adalah hasil gerakan dan ombak jalan raya.
Jangan lupa sebelum PRU 12 – para peguam telah turun ke jalan raya. Jangan lupa sebelum PRU 12 Bersih telah turun ke jalan raya. Dan ombak yang paling besar ialah ombak jalan raya yang dibawa oleh Hindraf. Ombak-ombak inilah yang menenggelamkam hegemoni United Malay National Organisation pada PRU12.
Untuk mereka yang kurang arif dalam politik jalan raya biar saya beri kuliah pendek disini. Politik jalan raya ini adalah politik yang paling demokratik. Hanya jalan raya sahaja yang berkeupayaan membuka ruang demokrasi untuk pengdemokrasian yang lebih kuas . Revolusi Peranchis 1789 dibuka dengan politik jalan raya. Revolusi Amerika 1776 mengembang melalui politik jalan raya. Revolusi Bolshevik 1917, Revolusi Tiongkok 1949, Revolusi Iran 1979 – adalah contoh dimana jalan raya telah membuka ruang demokrasi.
Kali ini Kongress PKR di Johor pasti akan menjadi besi berani yang akan menarik datang segala macam jenis manusia dan orang. Segala jenis macam doktor dan bomoh. Dari Doktor Batu, ke Doktor Kambing dan Doktor Ayam yang akan datang berkongress. Kongress ini juga ialah masa terbaik untuk jantan berperut gendut dengan batik lengan panjang untuk mencium tangan pemimpin dengan harapan akan mendapat kerusi pencalonan. Di kongress ini juga akan dilihat Pak Angguk dan Pak Bodek bermain sandiwara untuk dilihat bijak dan pandai.
Saya berani berkata sedemikian – bukan kerana saya ingin membuat onar – atau saya berkempen untuk menjadi calon di Gombak. Saya berkata sedemikian kerana saya telah melihat tiga bulan kebelakangan ini dibeberapa forum terbuka telah mula dihadiri oleh muka yang ‘bukan-bukan’ terutama jika ada pemimpin parti hadir sama. Muka yang ‘bukan-bukan’ ini ada yang datang dengan baju batik berlengan panjang dan ada yang berjaket dan berdasi. Malah muka yang ‘bukan-bukan’ ini telah bangun menunjukkan diri dengan ‘soalan yang bukan-bukan’ juga.
Saya menjadi tidak jujur kalau saya juga tidak menulis bahawa kongres di Johor ini nanti akan memperlihatkan satu lagi fenomena baru. Fenomena yang saya maksudkan ini ialah fenomena ‘ganjil’ anak anak muda. Kalau di zaman Reformasi dahulu cita-cita dan akidah pejuangan anak muda ialah membuat apa sahaja usaha untuk menjatuhkan United Malay National Organisation.
Kali ini – dari pemerhatian saya - telah muncul beberapa kumpulan anak-anak muda yang sedang menyediakan diri untuk dipilih menjadi calon. Saya perhatikan mereka sedang berusaha membuat apa sahaja – termasuk membodek dan tidak berani bercakap benar – asalkan dapat menjadi calon. Jika anak anak muda mula dibungkus dengan budaya ‘ingin jadi yb’ sebagai matlamat perjuangan maka menegak keadilan hanya retorik. Jika ini menjadi budaya – sekali lagi Anwar masuk penjara mungkin ada hikmahnya.
Selamat berkongress. ( TT)











