Rabu, 28 Disember 2011

MODAL LEBIH KUAT DARI AGAMA





LOBI PEMODAL KUAT DARI ISLAM





PERTAHAN MADRASAH:BBMS ANJUR MUNAJAT PERDANA SABTU INI - meloya

ALOR SETAR 27 Dis. - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan menganjurkan program munajat perdana, Sabtu ini bagi memohon dan memperkukuhkan usaha mereka dalam mempertahankan madrasah berusia lebih 100 tahun itu daripada dirobohkan untuk pembinaan sebuah kompleks beli-belah.

Pengerusi jawatankuasa bertindak tersebut, Mansor Ahmad berkata, program itu akan diadakan di madrasah berkenaan bermula pukul 12 tengah hari hingga 5 petang.

"Antara pengisian program adalah solat hajat, kenduri rakyat dan tazkirah mengenai kemuliaan berjihad oleh seorang penceramah yang dijemput khas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

BBSMS yang dianggotai seluruh ahli jawatankuasa dan kariah madrasah itu dilancarkan Jumaat lepas dan dalam tempoh tiga hari sahaja, mereka menerima lebih 1,200 khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai tanda sokongan terhadap usaha mempertahankan madrasah tersebut.

Mansor berkata, pada program Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah itu nanti, pihaknya turut melancarkan kempen mengumpul tandatangan orang ramai yang menyokong usaha mempertahankan kewujudan madrasah berkenaan.







KOMENTAR TUKAR TIUB

mari kita semua memahami apa makna berita ini
kerajaan kedah dalam pimpian pakatan rakyat
pakatan rakyat kedah dipimpin oleh pas
pas sebuah parti yang mengajukan islam

jika mengajukan islam kenapa madarasah yang bersejarah diruntuh?
jika mengajukan islam kenapa tidak mempertahan bangunan islam yang kuno ini?

sesudah madarasah ini di roboh apa yang akan didirikan?
jawabnya ialah: pusat membeli belah


faham tak?
kalau tak faham melalui tanda ini
tukar tiub ingin menerangkan dengan sejelas mungkin

bila tapak madarasah 100 tahun ini di ambil
dan digantikan dengan puast membeli belah
maka saheh terbukti bahawa sistem kapitalis lebih kuat dari islam
kepentingan modal telah berjaya mengalahkan kepentingan spritual
ini hakikat
ini realpolitik
ini yang nampak jelas


justeru lobi kapitalis lebih gah
lobi kaum pemodal lebih ampoh dari lobi agamawan
inilah hakikat dalam dunia islam hari ini

mb kedah memberi contoh bahawa di mekah pun pekara yang sama berlaku
ini untuk menghalalkan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan pas kedah

apa berlaku ialah:
kapitalisma yang datang ke mekah atau kedah
dipangil kapitalisma lewat
ianya baru sampai

ciri dan perangai kapitalisma lewat ialah :
ganas
apa boleh jual jual
apa boleh beli



sistem ekonomi kapitalis baru sampai ke malaysia
200 tahun dahulu pekara yang sama berlaku di britain
budak kecil kena jual
ada hamba abdi
rumah gereja di musnah
emak ayah dan nenek di jual untuk dapat untung
nobel charles dicken – tale of two cities – adalah kesah ini

cuba lihat bagaimana kapitalis bergerak di china
ini juga contoh terbaik untuk memahami kapitalis lewat
susu dicampur tepong
telor tipu dijual
daging tipu dijual
kanak kanak kerja di kilang
semua ini pernah berlaku di britain 200 tahun dahulu

kalau kita lihat pembangunan di sekitar kaabah
kita akan sedar bahawa mekah juga adalah contoh
kapitlisma lewat

ini berbeza dengan kota suci baitul mukaddis
jalan yang dilalui oleh nabi isa 2000 tahun dahulu masih wujud
batu batu yang dijejaki oleh nabi isa 2000 tahun dahulu masih boleh kita temui
tidak ada bangunan tinggi yang lucah
atau jam tinngi seperti jam big ben di dirikan di baitul mukaddis
ini kerana kapitalisma telah sampai lama
kapitalisma eropah telah mengendur kerana untung telah banyak
dan kapitalisma sedar bahawa sejarah juga boleh menghasilkan keuntungan

mb kedah hanya nampak duit dari gedung membeli belah
mb kedah tidak memahami nilai sejarah
justeru madarash 100 tahun ini akan diroboh
maka terbukti bahawa kapitalisma lebih kuat dari islam




PANDANGAN DARI SEORANG PEMBACA










NOTA:

tukar tiub
memaparkan surat dari kiri kanan dan tepi
untuk dalam usaha membawa pencerahan

bani melayu ini selama 54 tahun telah ditakut-takutkan
siang ditakutan oleh united malay national organistion
ditakutkan oleh china
ditakutkan oleh kaum pendatang
tapi bila mat bangla
tapi bila mat indon
tapi bila mat pilipina
dapat kad pengenalan
semua menikus
ini bukti bahawa mereka takut

senja bani melayu ditakutkan oleh hantu
senja mereka ditakutkan oleh bomoh
senja mereka ditakutkan oleh pawang
buktinya tarikh 31 ogos 1957 pun pakai bomoh

malam bani melayu ditakutkan oleh ustaz
malam terus ditakut takutkan
tak henti henti
berbagai macam jenis ustaz
apa yang keras
ada yang manis
ada yang lawak
semua menakutkan bani melayu
dari lahir hinnga ke mati
bani melayu ditakut takutkan

akhirnya bani melayu menjadi pelopong
akhirnya bani melayu menjadi pak turut
tidak memiliki fikarah yang kritikal
tidak memiliki fikrah yang bertanya dan bersoal

bani melayu takut untuk menyoal
lebih senang menjadi pak turut
bani melayu takut untuk bertanya
kerana jawapan yang didengar akan membuka seribu satu lagi persolan

akhirnya bani melayu malas berfikir
akhirny bani melayu malas membaca
bani melayu cukup senang mendengar
melopong mendengar
asuk lalat keluar langau
melopong mendengar ceramah

lalu bani melayu menjadi pak turut
akhirnya bani melayu senang membontot



SILA BACA SURA INI

Aku sebenarnya malas nak mengulas panjang, tetapi terpaksa la jugak untuk membetulkan salah tanggapan penganut kepercayaan Kristian... Mereka yang tak bersetuju dengan artikel Hisham Sosialis ni bukan bermaksud nak menghina kepercayaan korang...

Lantak korang la... Nak percaya Jesus tu Santa Claus ker... Nak percaya Jesus tu anak Tuhan ke... Nak percaya Jesus tu disalib ke... Yang penting korang punya kepercayaan xde siapa yang nak ganggu, cuma puak-puak korang sahaja dok ganggu nak cuba menggugat keimanan umat Islam... Puak-puak korang tabur duit untuk heret umat Islam yang rendah tahap kualiti imannya masuk Kristian... Satu lagi kepada yang sedap dok backup Hisham Sosialis, aku nak bagi tahu kat sini... Siapa Rasul kita?

Apa kitab kita? Walapun Nabi Isa adalah Nabi... Tetapi sebagai ahlilsunnah wal jamaah... Satu-satunya Rasul kita ialah Nabi Muhammad SAW... Di dalam Al-Quran juga tak menyebut Nabi Isa sebagai Rasulullah... Hanya Muhammad Bin Abdullah... Cucu Abdul Mutallib... Satu lagi perkara yang aku tak suka ialah kenyataan Hisham Sosialis menganggap Krismas ialah sambutan Maulid Nabi Isa... Pernah ke umat Islam kat Malaysia ni sambut maulid Nabi Isa? Tahukah bila Nabi Isa dilahirkan? Berhati-hati dengan kenyataan anda, silap hari bulan akidah orang lain boleh terpesong...

Lebih-lebih lagi pada mereka yang berpegang kpd kitab Malaysiakini dan Harakahdaily... Hanya menelan sahaja apa yang dilaporkan dalam kedua akhbar tersebut tanpa dakwa-dakwi lagi... Hisham, aku cadangkan ko TUKAR FIUS dalam otak ko dulu sebelum ko nak TUKAR TIUB... Aku cuma takut nanti, ko terpaksa makan melalui tiub bila Allah turunkan bala... Ingat kalimahsyahadah kita... Hanya Nabi Muhammad SAW satu-satunya Rasul kita... Tiada Tuhan Melainkan Allah, Nabi Muhammad Itu Rasul Allah... Kepada penganut kepercayaan Kristian, korang jangan sentap lebey-lebey...

Aku tau perancangan jahat korang semua mahu menyesatkan lebih ramai umat Islam yang rendah tahap kualiti imannya... Aku tahu mereka yang rendah tahap kualiti imannya, Agama mereka mudah korang beli dengan RM... Semoga Allah memberikan hidayah kepada kamu semua... Islam sahaja AGAMA YANG BENAR!! Allahuakbar!!
By Anonymous on SELAMAT MENYAMBUT MAULUDDUL RASUL NABI ISA on 12/27/11



DEMONSTRASI TELAH MENJADI BUDAYA KITA



NOTA:

demonstrasi atau turun ke jalan raya
telah menjadi budaya kita
apa saja yang tidak suka
kita wajib bawa ke jalan raya

jalan raya ialah parlimen rakyat tertindas

ketika ini kita lihat ada demo kecil kecilan
ini amat baik
ertinya orang ramai tahu menyusun
orang ramai tahu mengumpul
orang ramai tahu buat kain rentang
orang ramai tahu buat placard
ini lah ilmu politik
sayangnya tidak diajar oleh parti politik

demo kevil kecil ini akan mendidik orang ramai untuk jadi berani
demo kecil kecil ini adalah kursus pratikal

pada 901 ialah demno besar besar
sila turun sebagai hari konvokasi!




NELAYAN SUDAH BERDEMO


Seramai 500 orang nelayan dari sembilan kampung sekitar Selat Tebrau hadir dengan menaiki bot sambil membawa poster bagi mengadakan bantahan terhadap Danga Bay Sdn Bhd dan menyerahkan memorandum bagi menuntut baki pampasan berjumlah RM2.9 juta selepas punca pendapatan mereka terjejas akibat projek pembangunan Danga Bay, Johor Baharu pada Selasa. - Foto TIEWNAMA


PENIPU TELAH DI SERBU



PEMBELI SERBU PEJABAT PEMAJU - meloya

AMPANG 27 Dis. – Kira-kira 100 pembeli unit Pangsapuri Ukay Bistari di Hulu Klang hari ini menyerbu pejabat tapak pihak pemaju untuk mengambil kunci rumah sebagai protes terhadap kegagalan pemaju menyerahkan kunci hari ini seperti yang dijanjikan.

Mereka yang ternyata kecewa dengan kegagalan pemaju memenuhi janji itu, turut merobohkan sebahagian pagar zink untuk memasuki kawasan pangsapuri itu.

Projek perumahan Ukay Bistari yang mula dibina pada 2003 itu meliputi pembinaan 1,172 unit rumah pangsapuri dan 1,428 rumah kos rendah merupakan projek pertama Damai Bistari Sdn. Bhd. dan sepatutnya siap sepenuhnya pada 2006





BERHIMPUN 901














PKR NAFI KERAH AHLI CETUS HURU HARA 9 JANUARI
– harakah daily

KUALA LUMPUR, 27 Dis: PKR hari ini menafikan pihaknya terlibat dalam penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta semua anggota parti itu berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution berkata, SMS itu menggunakan namanya dengan mendakwa beliau telah mengeluarkan suatu surat pekeliling mengarahkan semua ahli parti hadir.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara.

"Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam setiap nafas dan gerak nyawa Umno.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai, anggota PKR dan penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada hari berkenaan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit....KAH KAH KAH....kah kah kah..

kah kah kah...JENG JENG JENG.....kah kah kah





PERKASA MINTA RAKYAT JAUHI PERHIMPUNAN 9 JANUARI - mStar

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa rakyat agar tidak terpengaruh atau terlibat dengan rancangan mengadakan perhimpunan 9 Januari depan, kononnya bagi menuntut keadilan untuk ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

Presiden Perkasa Ibrahim Ali berkata penganjur perhimpunan itu tidak sepatutnya menggunakan rakyat bagi mendesak mahkamah membebaskan Anwar daripada pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Anwar yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Ibrahim berkata usaha mengajak rakyat menyertai perhimpunan itu perlu dihentikan segera kerana perbuatan tersebut seolah-olah mempergunakan rakyat untuk kepentingan peribadi.

"Ini adalah kerja menghasut dan cuba menghina sistem kehakiman negara. Bila rakyat cabar dia bersumpah, dia (Anwar) tak nak bersumpah, tetapi sekarang minta rakyat pula menjadi hakim.

"Saya seru kepada rakyat yang cinta kepada keamanan di negara ini, jangan terpengaruh dengan tindakan pihak berkepentingan politik dan peribadi ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Perkasa di sini Selasa.







SILA GUNAKAN LOGO DAN BUTANG INI



PENGUMUMAN


sila ambil dan gunakan logo 901 ini
sila ambil dan gunakan butang 901 ini
sial ambil dan gunakan baner 901 ini

anak anak muda diminta kreatif
untuk memastikan 901 hari kejayaan

anak muda lakukan apa yang wajib dilakukan
anak muda gerakan apa yang wajib digerakan

pelajar dan mahasiswa
bersedia sama
sebaris ke jalan raya
ancungkan tangan
genggamkan tekad
901 adalah hari kita

juga diberitahu:

sila tempah tiket kapal terbang
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket bas
sila bilik tidor di kuala lumpur

901 adalah hari rakyat bangun menolak fitnah
901 adalah hari rakyat bangun menentang konspirasi

























NGO - HARAPAN UNTK BERJALAN




SILA HULUR BANTUAN









MAKLUMAT DARI PEMBACA:

Terima kasih TT untuk posting yang ini. Pada para pembaca TT, harap maklum no akaun terkini yang boleh digunakan ialah Raja Rohaisham Raja Muhaidin Maybank:162021363678 Akaun Mohd Affandi setakat ini ada masalah dan tidak boleh digunakan. Sumbangan terkini ialah RM69,526.99 boleh dapatkan maklumat di Facebookhttps://www.facebook.com/hope2walk dan blog http://hope2walk.blogspot.com/ Terima Kasih Admin Hope2walk
By hope2walk on HARAPAN UNTUK BERJALAN on 12/27/11

MAT MONGOL JADI TRANSFORMER






KENYATAAN MEDIA
27hb Disember 2011


PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI: KERAJAAN MENGELAK DARI MENJAWAB ISU YANG
DIBANGKITKAN


Saya meneliti jawapan kerajaan Dato’ Seri Najib terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15hb Disember 2011. Ucapan tersebut yang berjudul Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar. Jumlah ini merangkumi sehingga 51% tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56% bagi tahun 2009.

Makanya, sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat
terbanyak malah menambah bilangan rakyat termiskin adalah perancangan ekonomi yang
tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat. Persoalan utama ini wajar dijawab denganberkesan oleh Perdana Menteri sendiri.

Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran
ETP meragukan. Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6% setiap tahun, dari tahun
2010 sehingga tahun 2020 yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun
2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6% setiap tahun manakala kos sara
hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh
Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja.

Laporan tersebut menyatakan 33.8% dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM 700 sebulan. Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34% dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan. Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6% adalah tidak tepat.

Manakala itu unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8% setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3%. Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan (gross national income) per kapita sebanyak RM 48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8% untuk tahun mendatang.

Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4% setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009. Keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6% setiap tahun bila mana jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.

Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa
kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat
terbanyak dipinggirkan. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40% (tahun 2009) kepada 33% sahaja (tahun 2020). Walhal, ini merupakan permasalahan utama di negara kita, manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat.

Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP. Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA