Rabu, 4 April 2012
500,000 WAJIB TURUN KE DATARAN MERDEKA
KENAPA 500 RIBU WAJIB KE DATARAN MERDEKA
Saya telah mengajukan slogan - sebelum ke pilihan raya kita ke jalan raya. Slogan ini pasti sarat dengan pelbagai persoalan. Pasti ramai pembaca akan bertanya kenapa dan apa yang wujud disebalik slogan ke jalan raya ini. Maka kali ini saya akan menyambung lagi tulisan tentang teori dan praktik politik jalan raya.
Para pembaca, anak anak muda dan bakal demonstran jangan tersilap faham. Jangan tersalah anggap. Tunjuk perasaan atau demonstrasi di jalan raya bukan untuk menjatuhkan kerajaan. Tidak ada kerajaan yang jatuh kerana demo di jalan raya. Sama juga : tidak ada kerajaan dalam negara dunia ke tiga yang akan mengundur kerana pilihan raya.
Anggapan bahawa Shah Reza Pazhlevi jatuh kerana tunjuk perasaan adalah pembacaan politik yang salah. Suharto jatuh kerana tunjuk perasaan juga adalah salah. Memang betul Ahmad Reza lari lintang pukang ke Mesir apabila beratus ribu warga Iran turun ke jalan raya pada tahun 1979 dahulu. Memang betul Suharto mengundur satelah anak muda dan mahasiswa turun ke jalan raya pada tahun 1998 dahulu.
Sekali baca kelihatan apa yang saya tulis diatas agak songsang. Atau dalam bahasa Inggerisnya kenyataan saya ini oxymoron. Kenyataan saya ini bercanggah. Kenyataan saya berkontradiksi antara satu sama lain. Kenyataan saya ini berputar belit.
Justeru, kenyatan saya ini juga akan menimbulkan persoalan. Jika dengan politik jalan raya rejim zalim tidak undur. Jika dengan politik pilihan raya juga rejim zalim tidak juga akan jatuh. Maka apa yang akan menjatuhkan kerajaan yang zalim seperti kerajaan United Malays National Orgnisation di Malaysia ini?
Untuk memahami ini para pembaca wajib kembali memahami teori apa itu daulah. Memahami apa itu kuasa. Sekali lagi saya nyatakan dalam tulisan ini bahawa politik ialah kuasa. Berpolitik bertujuan untuk mendapat kuasa. Semua parti politik bercita-cita untuk mendapat kuasa. Kuasa wajib dimiliki kerana sesiapa yang memiliki kuasa akan berhak ke atas harta kekayaan sesebuah negara.
Contohnya di Selangor dan Pulau Pinang - bawah pentabiran Pakatan Rakyat - maka kerajaan Pakatan ini akan menentukan siapa dapat projek dan siap mendapat dana. Jelas dibelakang kuasa ialah ekonomi. Justeru ekonomi menjadi asas utama untuk politik dan kuasa. Politik, kuasa dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan.
Tetapi awas dan wasapada! Ada satu lagi yang akan mengikat ketat politik, kuasa dan ekonomi ini. Pekara ini amat jarang ditimbulkan. Pekara ini amat jarang digarap. Di Malaysia pekara ini tenggelam seolah-olah ianya tidak wujud. Tetapi hakikatnya pekara ini amat penting. Pekara yang amat penting ini ialah kelas.
Kelaslah yang mengikat dan menyimpai politik, kuasa dan ekonomi. Jika kelas bagitu penting kenapa ianya tidak sering digarap untuk dibincangkan. Kenapa kelas tidak menjadi ajenda induk untuk perjuangan politik?
Jawabnya cukup senang. Ajenda kelas dalam politik dan ekonomi sengaja dipadamkan kerana ini adalah salah satu taktik dan strateji untuk membodohkan orang ramai. Warga yang memiliki kesedaran kelas adalah warga yang tidak dapat dibodohkan.
Sebagai ganti, agar orang ramai tidak memiliki kesedaran kelas telah disorong dan didorong ajenda bangsa, ajenda agama, ajenda bahasa, ajenda raja dan pelbagai ajenda sampah yang tidak fundumental. Jangan tersilap faham, munculnya ajenda-ajenda sampah yang tidak fundumental ini adalah hasil dari satu perancangan yang licik dari kelas yang berkuasa.
Kelas yang berkuasa adalah kelas yang memiliki harta kekayaan. Kelas ini juga yang mendominasi politik. Kelas yang berkuasa ini – sengaja menganjurkan ajenda bangsa, agama, raja untuk mengalihkan dan memadamkan kesedaran kelas orang ramai. Orang ramai tidak mahu disedarkan bahawa musuh mereka yang hakiki ialah kelas yang berkuasa. Kelas yang berkuasa adalah kelas yang memiliki harta kekayaan negara.
Dalam negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis kelas yang berkuasalah ialah kuam pemodal – para cukong. Kelas pemodal ini memiliki harta dan kekayan. Dengan harta dan kekayaan ini mereka memiliki kuasa. Kaum pemodal dengan duit dan harta kekayaan dapat membeli para politikus. Inilah hakikat politik dalam negara kita ini.
Untuk meyakinkan lagi hujah ini biar saya buktikan dengan politik Amerika. Dari statistik Urban Institute kita diberitahu bahawa 3.5 juta warga Amerika tidak berumah dan tidur merempat. Angka ini ialah 1% dari jumlah penduduk Amerika. Di New York sahaja ada 37,000 warga tidur merempat termasuk 16,000 kanak-kanak. Ini statistik resmi kerajaan.
Tetapi apa ajenda Presiden Obama? Barack Obama yang mewakili kelas berkuasa mengajak dunia bersama melawan keganasan dengan dasar ‘ war on terror’. Obama mengajukan perang keatas Iraq dan Afghanistan. Obama berpopaganda bahawa dunia diancam oleh Iran dan Korea Utara. Dunia hari ini mengikut propaganda Obama sedang diancam oleh gerakan fundumentalis Islam.
Ini samalah seperti ajenda United Malays National Organisation berpropaganda bahawa orang Melayu akan hilang kuasa politik. Bahawa Raja Raja Melayu akan hilang kuasa. Bahawa agama Orang Melayu akan hilang. Semua ini kerana wujudnya Pakatan Rakyat. Justeru Pakatan Rakyat ini di war war dan dipropagandakan sebagai musuh utama.
Jelas taktik kelas yang berkuasa di Amerika dan di Malaysia adalah sama. Untuk meneruskan kuasa, kelas berkuasa wajib menipu dan membodohkan rakyat. Proses pembodohan dan penipuan ini berjalan serentak. Warga yang bodoh amat senang untuk ditipu oleh kelas yang berkuasa. Mereka membodohkan orang ramai agar mereka akan terus berkuasa. Kenapa mereka ini gila sangat untuk terus mengekalkan kuasa?
Ha! Ha! United Malays National Organisation ingin terus berkuasa hingga dunia kiamat kerana dibelakang kuasa ini ada berbilion-bilion ringgit harta karun. Semua ini adalah harta kekayaan negara. Harta kekayaan inilah yang dipertahankan oleh kelas ini.
Bagaimana semua ini berhubung kait dengan politik jalan raya dan politkk pilihan raya? Memang ada hubungan rapat antara kelas dengan politik jalan raya.
Kita percaya bahawa jika pilihan raya dijalankan sekarang tanpa dibaiki, jika 8 Tuntutan Bersih tidak ditunaikan - maka PRU13 ini nanti adalah pilihan raya tipu. Ini rasa saya telah jelas dan telah difahami. Justeru kerana tidak mahu jadi bodoh dan ditipu kita turun ke jalan raya.
Apabila beribu-ribu rakyat mengampoh bergerak di jalan raya maka ombak ini akan mempengaruhi bakal pengundi yang tidak menyebelahi mana pihak. Sayugia diingatkan bahawa kumpulan tengah – Pak Cangkung - lebih ramai dari penyokong tegar gerombolan United Malays National Organisation dan penyokong Pakatan Rakyat.
Justeru, demo jalan raya ini kita tujukan khusus kepada mereka yang masih mencangkung diatas pagar. Apabila Pak Cangkung ini melihat ratusan ribu rakyat keluar di jalan raya pasti mereka akan terpengaruh. Apabila mereka melihat imej, apabila melihat gambar atau melihat klip di Youtube – lautan manusia berdemo dijalan raya – hati kesedaran mereka juga akan terusik. Imej-imej tunjuk perasaan ini dengan sepontan yang menjadi guru yang mendidik mereka.
Pak Cangkung ini sebenarnya adalah kumpulan opurtunis. Mereka dikatakan tidak menyebelahi mana mana pihak. Sifat dan watak oppotunis mereka akan memaksa mereka untuk bersama dengan kumpulan yang menang. Mereka tidak mahu dilihat dalam kumpulan kalah. Mereka tidak ingin dilihat ketinggalan. Mereka tidak ingin terkontang kanting kesaorangan. Justeru angka dan jumlah warga yang turun ke jalan raya ini amat penting. Lebih besar ombak dijalan raya maka lebih banyak undi Pak Cangkung yang dimenangi.
Harus disedari juga politik jalan raya kita ini juga diperhatikan oleh satu lagi kumpulan. Kumpulan ini amat penting tetapi mereka tidak muncul dikhalayak umum. Mereka inilah kaum pemodal besar dan para cukong.
Vincent Tan, Ananda Krishnan, Syed Mokhatar, Daim Zainuddin, Lim Kok Thay , Yeoh Tiong Lay - pada ketika ini adalah kuasa dibelakang United Malays National Organisation. Duit dan harta kekayaan mereka yang menaja para politikus.
Pada ketika ini para cukong melihat bahawa gerombolan yang mereka sokongan masih boleh diyakini. Tetapi apabila ribuan rakyat telah mula turun ke jalan raya - sama saperti Pak Cangkung – para Cukong ini juga berwatak oppurtunis. Mereka juga tidak ingin dilihat dalam tim yang kalah. Jika para cukong ini mengalihkan sokongan kerana takut melihat ombak rakyat di jalan raya maka inilah tanda hari hari akhir untuk United Malays National Ornagisation.
Dibelakang semua ini ada satu lagi kumpulan yang memerhatikan politik jalan raya. Mereka ini cukup halimuan tetapi paling berkuasa. Mereka ini mewakili kepentingan konomi dan politik kuasa imperial Anglo-Amerika. Sama seperti para cukong tempatan, kaum pemodal antarabangsa ini mahu perniagaan dan pelaburan mereka mendapat keuntungan maksima.
Mereka memilki kuasa untuk menurun dan menaikkan politikus diseluruh dunia. Politikus yang mereka naikkan akan memberi laba kepada pelaburan mereka. Politikus yang menghalang keuntungan mereka akan dijatuh dan diketepikan.
Kuasa imperial Anglo-Amerika sedang memerhati berapa ratus ribu warga Malaysia yang akan keluar didemo Bersih 3.0 nanti. Jumlah yang keluar berdemo ini amat penting untuk mempengaruhi mereka membuat keputusan siapa yang sebenarnya layak berkuasa d Malaysia.
Shah Iran dan Suharto jatuh bukan kerana penunjuk perasaan. Raja dan Jeneral ini jatuh kerana kuasa imperial Anglo-Amerika telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyokong mereka. Keputusan ini dibuat satelah melihat ribuan rakyat turun ke jalan raya. Jumlah yang berdemo ini telah meyakinkan Rumah Puteh bahawa anak luar nikah CIA ini patut dihumbankan sebelum rakyat memiliki kesedaran kelas. END
500 RIBU KE DATARAN MERDEKA
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45
tt selalu lupa tentang satu lagi elemen penting dalam agihan kuasa politik . ianya adalah mati .
BalasPadamsebabnya , mati adalah satu elemen penting dalam penerusan kuasa politik . jadinya , untok terus berkuasa , mahathir mohammad yang sepatut mati kerana umur yang sudah tua telah bertindak bijak dengan menggantikan jantungnya dengan jantung yang fresh dan baru . ini telah berlaku di masa yang lepas bagi yang kurang tahu .
oleh kerana itu , jantung yang baru ini telah mengepam darah di dalam badan mahathir dengan baik lalu menyebabkan mahathir berupaya berfikir untok terus mengaut kekayaan negara . jadi , mahathir akan terus hidop mengawal apa yang berlaku di Malaysia ini . ini fakta .
Perkara ini lebih kurang sama dengan apa yang berlaku kepada Ariel Sharon yang kini sebenarnya masih hidup ! Walaupun Ariel Sharon tidak berupaya untok berfikir lagi , Zionis masih perlu 'menghidupkan' Ariel Sharon demi melihat kejayaan Israel mencapai matlamat Zionist di Palestin .
Ahhh lupakan soal itu. Dalam kes Mahathir , susur galur Mahathir ini datangnya dari Keling (Kerala) . Sumber sejarah mementaskan bahawa kebanyakan Keling di Kerala adalah bersusurgalurkan yahudi yang bertebaran akibat peristiwa Pengusiran Besar-Besaran Kaum Yahudi di zaman Tamadun Babylon . Jadinya , perangai Mahathir ini tidak tumpah seperti perangai Yahudi pada zaman Tamadun Babilon tersebut . Itulah akibatnya peristiwa tersebut berlaku . Sila baca sejarah .
Kesimpulannya , Mahathir telah menjadi bijak untok terus hidup dengan memakai jantung baru . saya tahu sebab saya adalah di kalangan orang yang berada pada masa operation itu berlaku .
-Mrs Ameba-
angka 500 ribu tu boleh makan tuan. Kalau tak dapat 500 ribu, yang oppotunis2 akan masuk tim barisan. Seperti yang kau cakap oppotunis > gerombolan dan pakatan..jangan silap langkah plak beb.
BalasPadamterbaikkkkkk...umno akan pencen jgk akhirnya...
BalasPadamTT...aq confius ar...jadi nak tanya cket.
BalasPadamSoalan 1: Klu Shah Reza diturunkan kerana kuasa imperial Anglo-Amerika tak nak sokong dia lagi dan bukan kerana penunjuk perasaan maka, adakah kerajaan Iran yang wujud sekarang ini masih mendapat sokongan dan restu dari Amerika atau Amerika yang tak boleh berbuat apa-apa dan terpaksa biarkan kerajaan Iran ini wujud?
Soalan 2: Kalau demo bersih bertujuan mempengaruhi kuasa anglo-amerika dan kapitalis tempatan supaya tidak bersama kumpulan yang dah nak kalah tetapi lompat ke tempat yang lebih kuat (PR) maka, adakah kemungkinan bahawa jika PR menang maka PR pun akan dikuasai oleh kapitalis tempatan sama seperti UMNO? Macam ular salin kulit?
Segala feedback TT amat dihargai.
Sekian terima kasih.
@_@~~Aku dah pening...
Perbetulkan BM anda baru bercakap..Ini cakap kosong dimana sesiapa sahaja boleh tulis..anda tulis pada apa yang anda percaya..
BalasPadamSekian..
cakap banyak tak perlu...500ribu aku tak percaya, tapi aku rasa boleh sampai 1juta...tak percaya...ayuh kita turun ramai-ramai...kita tamatkan riwayat grombolan UMNGOK.
BalasPadambadge bersih 3.0 duduk bantah
BalasPadamhttp://www.picbadges.com/bersih-3-0/2541367/
gua bimbang tukar tiub akan jadi giler jika UMNO berjaya menang PRU nanti.....bang rileks sikit.....jika rakyat malaysia masih memilih rejim UMNO PRU nanti, biar je dorang mampui dgn UMNO...kami hijrah gi negara lain..idup senang...
BalasPadamaku tak setuju "duduk bantah", macam orang bodoh duduk di bawah matahari........x de kesan....kena berarak atas jalan raya baru nampak gaya nak bantah...ni duduk atas lantai macam budak budak sekolah......
BalasPadamNabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:
BalasPadam“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara.
Namun, oleh kerana demonstrasi itu terdedah kepada bahaya dan porak peranda, maka demonstrasi hendaklah menjadi pilihan akhir setelah tuntutan yang adil tidak ditunaikan. Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya hendaklah di utamakan. Saya difahamkan hal-hal itu telah dilakukan. Pihak SPR hendaklah menunai tuntutan yang adil itu bagi mengelakkan rakyat turut ke jalan yang mempunyai kemungkinan yang pelbagai.
Jika pihak SPR enggan, menjadi hak rakyat untuk menuntutnya secara aman.
JUMPA DI SANA!!
maknanya hanya amerika boleh kubutkan UMNO-BN? sila bagi pencerahan. tak kan PAS nak mintak tolong amerika dan yahudi yang banyak bagi jahanam negara merdeka di muka bumi ni...
BalasPadamwhat are you all going to do if they block all routes to merdeka square like they did the last time? or they lockdown KL
BalasPadamaku rasa dataran merdeka akan jadi macam padang mpk 1 di kuatan masa himpunan hijau..dataran merdeka akan dipagar sepenuhnya oleh dbkl..sapa berani bertaruh?klu xkena pagar bulih bermalam dgn bik mama...ada berani ka TT?kah kah kah..
BalasPadamSaya harap Pakatan Rakyat tidak lagi cuba menghantarkan memo kepada RAJAH GOPAL seperti demo-demo yang lepas kerana RAJAH GOPAL bin FREE LOADER memang tak dak gunanya. Rajah Gopal menyebelahi UMNO.
BalasPadamWalaupun saya tak setuju dengan memo yang nak diserahkan kepada Rajah Gopal, saya akan tetap turun bersama TT.
Memang Ada Kelas!
BalasPadamAdakan demo bersih 3.0,4.0,5.0 dan seterusnya sehingga perubahan sistem pilihanraya dibuat. Kalau boleh demo bersih dibuat diseluruh negara semua ibu negeri dan bandar-bandar besar terlibat. Perlu ada desakan dan tekanan kepada kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk perubahan dan pembaikan sistem pilihanraya. Sekiranya pru diadakan sebelum pembaikan sistem pilihanraya dibuat, pilihanraya hendaklah diboikot sebab tak guna terlibat kerana memang dah sah kena tipu. Umno-bn pada hakikatnya memang tak berminat nak melakukan pembaikan sistem pilihanraya kerana itulah cara mereka nak menang dan mengekalkan kuasa, hanya demo besar-besaran seperti yang dibuat oleh rakyat tunisia,mesir dan yemen sahaja yang dapat melakukan perubahan
BalasPadamgood article again TT!
BalasPadammmg dalam maksud yg TT cuba sampaikan, apa yg TT cuba bawak kpd pembaca adalah extreme tertinggi dalam kesan-kesan berdemo, sampai satu tahap could be an utopian. 2 soalan kritikal Tanpa Nama 4 April 2012 3:30 PTG mmg bagus - harap TT bagi jawapan.
kena baca article ni dgn fikiran yg kritikal dan hati yg terbuka, baru boleh faham apa yg TT cuba sampaikan.
Jom 500,000 RAKYAT yang bertanggung-jawab,yang berotak positif,yang berminat habiskan UMNGOK-Be-end !
BalasPadamJom...kita ke jalanraya sebelum PRU-13 !
Jom...kita beramai-ramai ke jalanraya sebelum PRU-13 !
Jom...kita beramai-ramai dan berkali-kali ke jalanraya sebelum PRU-13 !
cik najri garu kepala sampai botak dok pikiaq lagu mana nak konar nak gagalkan bersih 3.0 nanti, akhirnya dia pun berfatwa: takboleh, sebab Kera UMNgOk-BoNgok takde warta dataran merdeka sebagai tempat orangramai berhimpun!
BalasPadamkita takperlu merembes airmata. sonang je. banyak masa lagi, jadi salahsatu hari ni kita masukkan je cerita orang nak berhimpun ramai2 di dataran merdeka pada 28april dalam warta berita. settle. kalaupun ntv7 taknak siarkan, tunjuk je dalam tvpas dengan tvselangor. dan jangan lupa kat radio bfm.
sang menantu mesti kuchiwa merembes airmata kalau dah ada dalam warta berita - punah lagi harapan dia supaya jangan diberi publisiti kat bersih 3.0 ni, sebab dia sah2 takdapat menyelinap join kalau kita semua duduk je tengah2 padang tu tak berarak kat jalan macam bersih 2.0!
-average joe-
klakka-la.blogspot: MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI (LET'S LEARN AND UNDERSTAND)
Kenapa ada orang kaya dan ada pula orang miskin ?
BalasPadamjawapanya, kelas.
kenapa ada orang jadi raja dan ada orang jadi hamba?
jawapanya, kelas.
kenapa ada orang jadi taukey dan ada orang jadi kuli?
jawapanya, kelas.
kenapa ada orang bergelar Dato' Seri dan ada orang bergelar tukang cuci jamban?
jawapanya, kelas.
kenapa ada orang tinggal kat kondo mewah dan ada orang tinggal kat reban ayam?
jawapanya, kelas.
kenapa ada orang pandu BMW dan ada orang hanya naik bas awam?
jawapanya, kelas.
kenapa ada orang dimulia-muliakan dan ada orang yang hinadina?
jawapanya, kelas.
kenapa hanya kata-kata YB-YB tua botak boroi sahaja yang di dituruti sedangkan suara ribuan rakyat tidak diperduli?
jawapanya, kelas.
kenapa zaman british dulu kita panggil orang putih "sir"?
jawapanya, kelas.
kenapa kita dihidangkan menu 1 malaysia sedangkan sang menteri kenduri-kendara dengan santapan diraja?
jawapanya, kelas.
kenapa rakyat feudal Jepun mesti tunduk jika samurai lalu depan mereka?
jawapanya, kelas.
kenapa khir toyo hanya dipenjara 12 bulan?
jawapanya, kelas.
kenapa dunia tidak adil?
jawapanya, kelas.
kenapa demokrasi dihina dan dipermaikan?
jawapanya, kelas.
kenapa saya tak gaji lagi?
jawapanya, kelas.
kenapa Imperialis Amerika serang Iraq dan Afganistan?
jawapanya, kelas.
kenapa Obama jadi presiden amerika syarikat?
jawapanya, kelas.
kenapa Amerika Syarikat dan China akan berperang pada tahun 2017?
jawapanya, kelas.
kenapa pumah pasung Bukit Kepong kena serang?
jawapanya, kelas.
kenapa karl marx menulis manifesto komunis?
jawapanya, kelas.
kenapa polis suka pukul orang?
jawapanya, kelas.
kenapa Israel bina tembok pemisah?
jawapanya, kelas.
kenapa rakyat Greek bakar starbucks kat kota Athens?
jawapanya, kelas.
kenapa ada orang yang memerintah dan ada orang diperintah?
jawapanya, kelas.
kenapa dunia ini dipenuhi dengan masalah?
jawapanya, kelas.
kenapa orang itu banyak bini dan dia ni tak kahwin-kahwin lagi?
jawapanya, kelas.
kenapa menteri pelajaran buat lawak April Fools pagi-pagi buta?
jawapanya, kelas.
kenapa TV3 suka mencarut?
jawapanya, kelas.
kerana di dunia ini manusia hidup dalam dua (2) kelas... iaitu proletariat dan borjuasi,
kaum pekerja dan kaum pemodal,
kelas pemerintah dan kelas diperintah,
kelas menindas dan kelas ditindas.
dan
di dunia ini hanya fahaman sayap kiri sahaja yang mampu membakulsampahkan atau melupuskan sistem kelas sosial ini di tapak pelupusan sampah.
Kerana orang yang berfahaman kiri merupakan pihak yang mengutamakan kesamaan sosial sebagai matlamat utama.
duduk tengok bontot org depan nak buat apa.. langsung tak cool..
BalasPadamkita berarak dari sogo, dari kg baru, dari masjid wilayah baru cool..
anak muda goyang telur, ape kejadahnya..
tak setuju duduk bantah..kalau dah demo biar betul betul demo..
BalasPadamTanpa Nama berkata...
BalasPadam4 April 2012 3:30 PTG
2 soalan bagus! perlu TT jawab terutamanya soalan ke-2.
setuju seperti lain, kenapa nak buat demo pondan???
Dalam Islam takde kelas semua manusia sama taraf, sewaktu solat jemaah semua manusia tidak kira kaya atau miskin, raja atau rakyat biasa berdiri sebelah-menyebelah antara satu sama lain untuk sama-sama rukuk dan sujud menyembah Allah. Allah swt tidak memandang taraf manusia sama ada dia raja,perdana menteri atau tukang angkat sampah apa yang penting adalah ketakwaan dan keimanan seseorang.
BalasPadamDalam Islam takde kelas semua manusia sama taraf, sewaktu solat jemaah semua manusia tidak kira kaya atau miskin, raja atau rakyat biasa berdiri sebelah-menyebelah antara satu sama lain untuk sama-sama rukuk dan sujud menyembah Allah. Allah swt tidak memandang taraf manusia sama ada dia raja,perdana menteri atau tukang angkat sampah apa yang penting adalah ketakwaan dan keimanan seseorang.
BalasPadamtak setuju tak yah pegi.dok diam2 kat umah.x stuju duduk dan bantah leh jalan2 kmana saja anda mau yang penting "kuning"kan diri anda, kluarga,kawan2,sanak saudara anda...
BalasPadamyg pegi kenduri kahwin blehlah pakai serba kuning.yg nk tunai umrah blehlah brjubah/bkupiah/seban/tudung kuning
senang ckp hari itu adalah hari kuning ssdunia