Rabu, 4 April 2012
PENGUMUAN UNTUK SEMUA - IBU SEGALA DEMO
SILA MULA KAN KEMPEN SIBER
PENGUMUMAN BERSIH 3.0 - IBU DAN AYAH SEGALA DEMO
dengan resminya diumumkan
demo bersih 3.0 akan diadakan
pada sabtu 28 april ini
tempat dataran meredeka
jam 2.00 petang
kita duduk dan kita bantah
demo ini akan juga
diadakan diseluruh negara
dan diseluruh dunia
SATU JUTA WAJIB TURUN
ini ibu segala demo
ini ibu segala bantahan
satu juta rakyat wajib turun
dari semua pekan
dari semua kampong
dari semua bandar
semua wajib keluar
500 RIBU KE DATARAN MERDEKA
500 ribu adalah target kita ke dataran merdeka
500 ribu di tempat-tempat lain di luar dataran
SEMUA DI JEMPUT KE DATARAN MERDEKA
sila buat persediaan awal
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket keretapi
sila tempat tiket kapal terbang
sila ambil cuti
sila buat apa yang perlu dibuat
rancang beramai ramai
untuk turun ke kuala lumpur
kongsi kongsi sewa bas
kongsi kongsi sewa kereta
sila tempat hotel
sila carai tempat penginapan
saudara mara di kuala lumpur
sila sediakan banyak toto
ANAK ANAK MUDA
sila ambil flyer ini
sila ambil butang ini
sila gunakan design ini
sila sebarkan ke seluruh dunia
sila gunakan internet
untuk menjemput turun
seramai yang mungkin
KUNINGKAN DUNIA SIBER
dalam masa satu minggu
butang bersih 3.0 wajib
menjadi terulung di dunia
dalam masa satu minggu facebook bersih
wajib melonjak berjuta juta
KENAPA KITA TURUN DUDUK BANTAH
kerana spr menipu
kerana pilihanraya yang akan datang menipu
maka kita tak mahu kena tipu
maka kita datang untuk membantah
kiat duduk dan bantah
BUKTI PENIPUAN
terlalu banyak
malas nak cakap
masa bercakap dah habis
masa melakukan sesuatu telah sampai
berbuih buih mulut menerangkan
ada undi hantu
ada undi pos
ada undi mat bangla
ada undi mat indon
ada penduduk tetap dapat kad pengenalan biru
ada pendatang haram jadi warga negara
ada satu alamat 100 orang tinggal
beratus ribu nama hilang
kawasan mengundi di alih
sempadan kawasan mengundi di ubah
semua ini rancangan untuk menipu
semua ini rancangan jahat
untuk menamatkan kerja jahat ini
kita turun ke dataran merdeka 28 april ini
ORANG RAMAI SUDAH LETIH
masanya telah tiba untuk keluar
menunjukkan marah
SEMUA NGO , SEMUA PERTUBUHAN DAN SEMUA NGI DI JEMPUT
jangan malu
jangan segan
mari kita buat sejarah
se juta kita berkumpul
IBU SEGALA DEMO - 500 RIBU DATARAN MERDEKA
KENYATAAN AKHBAR BERSIH
Kelmarin BERSIH 2.0 telah mengeluarkan jawapan terhadap Laporan Jawatan Kuasa Pilihan Khas (JKPK) tentang penambahbaik pilihan raya.
Kenyatan ini dikeluarkan sebagai lanjutan terhadap laporan JKPK dan juga bersangkutan kes kes penipuan yang sedang berlaku.
Pada hemat BERSIH 2.0, ada beberapa perkara dalam laporan JKKP yang dianggap baik dan sesuai. Tetapi, banyak juga yang kami anggap tidak mencapai ke tahap yang kami harapkan. Kami berharap JKPK akan menjadi satu badan yang tegas untuk memastikan pilihan raya yang akan datang ini bebas dan adil. Banyak cadangan-cadangan yang telah diajukan JKPK dan juga lapan tuntutan BERSIH 2.0 boleh digunapakai sebelum PRU 13. Kesemua cadangan ini wajib ditunaikan. Sikap berdiam diri kerajaan dan tanpa janji serta komitmen kerajaan untuk menunaikan semua tuntutan ini sebelum PRU 13 cukup membingarkan telinga.
Jawatan Kuasa Pilihan Khas dan juga kerajaan telah tidak mengambil serius terhadap tuduhan-tuduhan penipuan. Warga Malaysia yang tinggal di luar negera juga telah dinafikan hak mengundi. Dan termasuk pelbagai hal penyelewengan yang telah ditimbulkan oleh warga negara kepada JKPK.
Kes-kes penipuan yang terus berlaku, seperti yang telah kami jelaskan membuktikan pada kami bahawa kerajaan hari ini tidak bercita-cita untuk mengadakan pilihan raya ini dengan bersih dan adil.
Semua ini meyakinkan kami bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi yang paling kotor. Suruhanjaya Pilihan raya telah gagal mendapat keyakinan rakyat. Dengan ini, BERSIH 2.0 menuntut ahli-ahli suruhanjaya meletakkan jawatan.
Rakyat akan terus menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap SPR. Rakyat juga akan terus meyuarakan bantahan mereka terhadap penipuan yang berterusan. Rakyat juga membantah kerana tidak ada komitmen untuk menambah baik sistem pilihan raya sebelum PRU 13.
Justeru, BERSIH 2.0 akan berkumpul – DUDUK BANTAH – secara aman di seluruh Negara dan di seluruh dunia. Ini bertujuan untuk menyatakan ketidakpuasan hati kami terhadap kerajaan yang terus menerus memanipulasi sistem pilihan raya untuk memastikan kemenangan parti yang memerintah.
Di Kuala Lumpur, kami akan DUDUK BANTAH di Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April 2012 jam dua petang hingga empat petang. Duduk Bantah ini akan dijalankan di seluruh negara dan di seluruh dunia.
BERSIH 2.0 ialah kumpulan 84 Ngo menjemput semua warga negara yang cintakan negara ini untuk bersama-sama DUDUK BANTAH. Ahli-ahli parti politik dijemput untuk bersama sebagai warga negara.
Justeru, DUDUK BANTAH adalah saat dan masa untuk semua warga terutama yang berkuasa memikirkan apakah legasi dan masa depan yang akan kita tinggalkan kepada anak cucu cicit kita.
Ini adalah BERSIH 3.0. Terima Kasih.
DUDUK??
BalasPadamINGATKAN KE JALAN RAYA..
APE NI??
DUDUK MCM DEMO LYNAS TU BLEH BERI KESAN KE?
MACAM MANA PERKASA NK DATANG? MACAM MANA PEMUDA UMNO DAN BANGLA NAK GEGAR?
"KE JALANRAYA SEBELUM PILIHANRAYA"
woiii apa punya bersih la. Orang demo mana ada duduk...semua bangun...ini demo ja banggang. Anak muda tak feel demo duduk2 ni!
BalasPadamBro. nk share banner untuk "cover" facebook. http://dl.dropbox.com/u/20777232/BERSIH3.0_coverFB.jpg
BalasPadamBro. nk share banner untuk "cover" facebook. http://dl.dropbox.com/u/20777232/BERSIH3.0_coverFB.jpg
BalasPadamini tweet dari sekor kera yg terpapar dalam malaysiakini:
BalasPadammpkotabelud Finally it shows. This is what it's all about! Dewan bantah... Duduk bantah. So predictable!
laaa...!!! subhanallah! memang dah banyak kali aku cakap, kera UMNgOk-BoNgok nih selalu ketinggalan keretapi choochoo train yg bergerak 30km/j tu, sebab gerombolan nih memang selooooo nak mamposss tahap seloooooth dalam cerita ice age tu, selo gerakgeri dan lebih selo gerakminda dia!
hari ni, dah tahun 2012, dah dekat 55tahun kera diberi mentadbir negaraku, barulah kera sekor ni terlopong sedar... yg selama ni rakyat dok bantah taksuka apa yg depa dok buat selama berdekad2 nih!!!
bak kata bro tt, ingat selama ni orgramai hingaq sebab kita dok buat parti tupperware ka??!
talk about thick skull! adoi la!
cepatla tukaq pemandu pleaaaaase!!!
abu!
-average joe-
klakka-la.blogspot: MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI (LET'S LEARN AND UNDERSTAND)
kita berarak ke istana baru ke?
BalasPadamyeh! Kita turun! Baru lepas apply cuti
BalasPadamBro TT.. duduk bersila bersimpuh saje ke? sambil tengok punggung org depan?
BalasPadamingatkan ke jalanraya sebelum pilihanraya, tapi ni dah jadi
datang beraya sebelum pilihanraya..
demo sambil duduk, langsung tak cool..
demo sambil cangkung, mcm poyo..
demo tak berlari, mcm lembu..
demo tak kena hambat, mcm pemuda umno..
demo tak kena asap, mcm demo pondan..
demo tak makan garam, mcm demo tak cukup sifat..
tolong fikirkan sesuatu,
fikirkan sepenuh akalmu,
kalau demo cuma macam tu,
hanya bikin malu..
kah...kah...kah...bersama-samalah berdemo memakai sarkot.....hisamuddin rais jadi konduktor pakai sarkot!!!!!!!!!!! kah...kah..kah...yang ni boleh jadi....kah...kah...kah..
BalasPadamkat bandung ada buat tak??kalau tak bleh join group yg kat bandung.time tu sy kat bandung.arghh tension.-__-
BalasPadambravo.
BalasPadamakhirnya cadangan gua
untuk adakan demo seluruh
negara tercapai.
barulah ada kelas.
kali ini misti
igpolisi ismail omar & gang
poning kepala.
wah, cepatnya nazeri botak
buat komen.
dataran merdeka tak boleh
buat demo lak.
dia ingat, dataran
tu mak bapak dia punya ke?
haramjadah punya nazeri.
anak seekor tak terjaga.
nak larang 500000 pendemo.
kus... semangat.
hoi nazri!!! kami dah tak takut kat ko! kami dah tahu rahsia kelemahan ko! engko anak jantan ko pun ko tak leh nak jaga! pui!!!
BalasPadam