Jumaat, 4 Mei 2012
2000 MENGIKUTI FORUM DI DEWAN CHINA
NOTA:
forum malam kelmarin di dewan china cukup hangat
dewan penuh melimpah
ramai yang berdiri
hingga kan tidak ada tempat kosong
hampar 300 yang datang memenuhi dewan
dalam masa yang sama
ada lebih dari 2000 warga malaysia
dari seluruh dunia
mengikuti forum ini
mereka mendengar forum ini
melalui radio bangsar utama
radio bangun melawan yang
baru berumur tiga minggu
satu text sms telah datang
dari brunai yang mengatakan
forum ini didengar terang dan jelas
dari laporam awal
hampir 100 orang pendengar dari amerika
dari timur tengah
dan dari singapura
ini tanda bahawa hegemoni maklumat
ini tanda monopoli maklumat
yang dahulunya dimiliki oleh
united malays national organisation telah pecah
FORUM PADAT PENUH BERASAK
KAMU SUDAH GRADUASI, BOLEH SUSUN DEMO SENDIRI - mkini
Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 3.0 dan aktivis sosial Hishamuddin Rais berkata rakyat tidak memerlukan perhimpunan itu buat kali keempat jika kerajaan dan Umno didakwa masih terus menipu dalam pilihan raya umum akan datang.
Sebaliknya, katanya, rakyat sendiri akan mengurus perhimpunan tanpa organisasi seperti BERSIH atau parti politik untuk membantah tindakan tersebut dan tidak mustahil boleh mencecah sehingga satu juta orang berbanding perhimpunan Sabtu lalu.
Bercakap dalam forum pasca-BERSIH 3.0 di ibu negara malam tadi, Hishamuddin menyifatkan ia bukan "satu ancaman" sebaliknya janji dan tidak mustahil sentimen keluar beramai-ramai ke jalanan akan berlaku.
"Kalau perkara (tuntutan) asas (BERSIH) tidak didengari, rakyat tidak perlu organisasi seperti BERSIH untuk menyusun (perhimpunan.
"Kita sudah ada BERSIH satu, dua dan tiga. Kamu sudah graduasi. Sudah boleh buat sendiri (perhimpunan). Kamu sudah dapat ijazah protes jalanan, sudah boleh buat sendiri," katanya sambil diiringi dengan tepukan dan gelak ketawa hadirin yang hadir.
Turut diundang menjadi penceramah adalah Ketua Pengarang Malaysiakini Fathi Aris Omar, Ketua Penerangan PKR Lateefah Koya, bekas pensyarah Undang-undang UIA Dr Abdul Aziz Bari dan peguam Haijan Omar.
Sebelum itu, Dr Abdul Aziz mendakwa keganasan polis dalam perhimpunan itu tidak berakhir dan nampak semakin teruk, seperti tergambar dalam rakaman video menunjukkan peserta dipukul.
Bagaimanapun, beliau - yang turut ditahan pada hari tersebut - menegaskan supaya isu keganasan polis tidak melarikan fokus rakyat mendesak supaya reformasi sistem pilihan raya diteruskan.
"Lagi mengecewakan apabila Umno dan BN menggunakan isu ini untuk mengalih daripada isu sebenar. Ini meletakkan BN berasa selesa," katanya.
Sementara itu, Lateefah yang juga seorang peguam mendakwa keganasan dilihat "sebati dengan polis" dan pihaknya berusaha mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara tersebut.
Dakwanya, pihaknya turut mendapat banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang mendakwa dikasari polis dalam perhimpunan tersebut.
sila layari radio bangsar utama:
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
bravo hisham.
BalasPadamsatu injection
yang akan membuat
bn/umno terkucir.
bersih pergi,
graduasi mari.
apakata demonstrasi
akan datang kita namakan
graduasi 1.0 dan lantik
adam adli sebagai pengerusi.
kita lihat nanti
polis dan sb
berani pukul atau tidak.
tapi awas jangan
bagi pekasam dan pakida
masuk dalam demonstrasi.
kalau ada,
belasah mereka cukup2.
biar mampooosss...
tt,
BalasPadamKenapa kamu menganas,
seperti orang terhidu candu,
umpama anak dara dirasuk iblis,
bagaikan lanun mabuk laut,
macam remaja menelan pil kuda,
Hilang pertimbangan akal,
hilang juga segala ingatan,
hilang sifat insan kemanusiaan,
Ketahuilah !,
Tidak kami datang ke dataran,
untuk ditendang terajang,
untuk ditumbuk tampar,
untuk dimaki hina,
untuk sasaran belasahan,
untuk disembur air beracun.
Ketahuilah !,
kami bukan musuh kamu,
kami bukan pengedar dadaah,
kami bukan perombak tegar,
kami bukan pencuri penyamun,
kami bukan penerima rasuah,
kami bukan iblis syaitan.
kami bukan penjahat pengacau.
Ketahuilah !,
Datang kami dengan hati tulus,
menuntut hak kemanusiaan kami,
menuntut keadilan bagi kami,
menuntut merdeka cucu cicit kami,
menuntut harga nilai undi kami,
menuntut SPR jangan tipu kami,
menuntut pilihanraya bersih.
boleh upload dlm utube x? gua pon nak tengok...
BalasPadam