Jumaat, 4 Mei 2012
INI TOKAN BESAR SEDANG JUAL CANDU
LEMAH TAK MELAWAN KENA CANDU
KOMENTAR TUKAR TIUB
dibawah ini adalah contoh terbaik
bagaimana agama telah digunakan
sebagai candu untuk umat manusia
ini bukan satu pekara yang baru
dari zaman berzaman agama telah dijadikan
hujah untuk menindas
dari zaman berzaman agama telah digunakan
untuk untuk kaum feudal merampas tanah
dari zaman berzamam agama telah digunakan
untuk memperkukuh kuasa
dari zaman berzaman agama telah dijual
untuk mempertahan kan kerajaan yang zalim
agama dijual sebagai candu
kerana kesucian penganutnya
agama dijual sebagaui candu
kerana kejujuran penganutnya
dalam konteks melayu dan islam
dengan mengunakan agama maka
geromboolan united malays national organisation
mahu dilihat suci dan betul
gerombolan yang zalim mahu
dilihat baik dan berhemah
gerombolan yang menindas
mahu dilihat adil dan saksama
lalu dicari ayat ayat dalam bahasa arab
lalu diputar alam ayat ayat dalam bahasa arab
ini cara hendak menipu orang melayu
dari zaman berzaman ini lah kerja
tukang jual agama
tukang jual agama akan mencari ayat ayat
dalam bahasa arab yang tidak diketahui
oleh orang melayu
dengan ayat ayat bahasa arab ini maka
manusia melayu akan ditipu
teknik ini telah digunakan oleh british
teknik ini telah digunakan sebelum 1957
teknik jual agama ini sedang digunkan sekarang
NOTA:
kepada penjual agama
sedarlah dan cubalah
berterima kaseh kepada
ronald reagan
sedarlah bahawa zaman
orang melopong menyedut asap candu
telah berakhir
sekarang telah ada internet
sudah ada blog
sudah ada laman
sudah ada tv
malah anak muda pun
sudah ada radio bangsar utama
tak caya sila layari
NOTA:
kepada para penjual agama
carilah kerja lain
janganlah hidup hina menipu
jual goreng pisnag tepi jalan pun di hormati
bawa teksi boleh
potong rumput boleh
jual buah boleh
jula ikan boleh
hentikan lah kerja jual candu agama ini
susah susah buka kedai bundle
kah kah kah
RADIO MENENTANG TOKAN CANDU
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
http://www.radiobangsarutama.blogspot.com/
Kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
MENYERTAI PERARAKAN MENENTANG PEMERINTAH ADALAH
DOSA BESAR YANG BOLEH MENJEJASKAN IMAN
Rasulullah S.A.W. telah mengingatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa di antara
pelbagai aliran kefahaman agama, hanya pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
akan selamat di akhirat kelak. Pegangan Ahli Sunnah meliputi pelbagai aspek
agama bermula daripada hukum akidah hinggalah kepada hubungan antara
pemerintah dan rakyat.
Memandangkan golongan pemerintah atau “ ulilamri “ begitu
penting bagi menjaga kesucian agama dan keutuhan masyarakat Islam, nas-nas
syarak meletakkan ketaatan kepada mereka selepas Allah dan Rasulnya seperti
yang terdapat dalam surah Annisa’ ayat 59. Oleh kerana hubungan antara
pemerintah dan rakyat begitu penting, para ulama membahaskannya dalam kitabkitab akidah.
2. Berasaskan dalil-dalil yang jelas daripada Quran dan Sunnah, para ulama Ahli
Sunnah telah ijmak mengatakan bahawa taat kepada pemerintah adalah fardhu ke
atas setiap muslim. Al-Mawardi ketika mengulas ayat 59 Surah Annisa’ mengatakan:
َﻓ َﻔ َ ﺮﺽ َﻋَﻠ َﻴﻨﺎ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ َﺃ ِ ﻭﱃ ْ ﺍﻷ ِ ﻣﺮ ِﻓ َﻴﻨﺎ
“Maka Allah (melalui ayat ini) memfardhukan ke atas kita ta’at kepada para
pemerintah daripada kalangan kita “
Ibnu Hajar dalam “Fathul Baari” menyatakan :
َﻭَﻗ ۪ﺪ َﺃ َ ﺟﻤ َﻊ ُ ﺍﻟﻔَﻘ َﻬﺎﺀ َﻋ َ ﻠﻰ َﻭ ِ ﺟﻮﺏ َﻃ َ ﺎﻋ َﺔ ُّ ﺍﻟﺴﹾﻠ َﻄ ِ ﺎﻥ ُ ﺍﳌَﺘ َﻐّﻠ ِﺐ َﻭ ﹾﺍﻟ ِﺠ َﻬ ِ ﺎﺩ َﻣَﻌُﻪ
“Para ulama telah ijmak menyatakan wajib taat kepada pemerintah yang berkuasa
dan berjihad bersamanya”
3. Sehubungan dengan itu, menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa
besar yang diletakkan sebaris dengan dosa syirik, membunuh, makan harta anak
yatim, makan riba, menderhaka kepada dua ibu bapa, seperti yang disebutkan oleh
Ibnu Hajar dalam kitabnya Azzuwajir berasaskan hadis-hadis sahih riwayat Bukhari,
Muslim Ibnu Abi Hatim dan lainnya.
Imam Nawawi dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menyatakan :
َﻭَﺃ َّﻣﺎ ُ ﺍﳋ ُﺮ ُ ﻭﺝ َﻋَﻠ ِ ﻴﻬﻢ َﻭِﻗَﻨ ِﺎﻟ ِﻬﻢ َﻓ َﺤﺮﺍﻡٌ ِﺑ ِ ﺎﺀ َ ﺟﻤ ِ ﺎﻉ ﹾﺍﻟ ُﻤ ِﺴﻠ ِ ﻴﻤﻦ۔
“ Adapun menderhaka kepada pemerintah dan memerangi mereka, maka hukumnya
haram dengan ijmak ulama “
4. Termasuk dalam perbuatan derhaka ialah membantah tanpa mengikut saluran
yang sah apa-apa keputusan pemerintah yang dibuat secara sah berasaskan kuasa
yang diberikan kepada mereka dalam menjalankan urusan pentadbiran negara.
Benih pertama kumpulan yang di gelar Khawarij ini ialah seorang yang di panggil
Zulkhuwaisirah yang membantah cara Rasulullah S.A.W. membahagikan harta dan
menyifatkannya sebagai “tidak adil”. Lalu Nabi S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis
riwayat Bukhari yang bermaksud, “orang ini dan pengikut-pengikutnya, mereka
membaca Quran, tetapi sekadar melafazkannya sahaja, golongan ini boleh keluar
dari agama seperti anak panah yang menembusi sasarannya (tanpa disedari)“.
Dalam sebuah hadis riwayat Attabarani, Rasulullah S.A.W. bersabda
ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻛﻼﺏ ﺍﳋﻮﺍﺭﺝ “ penderhaka-penderhaka adalah anjing-anjing neraka “.
CANDU DARI GETAH BUNGA POPI
5. Adalah diperhatikan bahawa puak penderhaka yang dimaksudkan dalam
hadis-hadis di atas, dan yang muncul kemudiannya di zaman Saidina Ali R.A. adalah
terdiri daripada kalangan mereka yang membaca Quran, serta memakai jubah dan
serban. Ini bermakna bahawa membaca Quran, memakai jubah dan serban tidaklah 3
menjadikan seseorang itu kebal daripada terkena laknat yang disebut dalam hadishadis di atas, jika akidah dan tindak-tanduknya terkeluar dari landasan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
Kenyataan inilah yang mendorong Imam Muhammad Bin Al-Husain Al-Ajurry
As-Syafi’i memberi peringatan dalam bukunya “Kitab Al-Syri’ah”, “Para ulama dahulu
dan kini sependapat menyatakan bahawa Khawarij adalah golongan yang jahat,
penderhaka kepada Allah dan Rasulnya, sekalipun mereka sembahyang dan
berpuasa, serta bersungguh-sungguh dalam beribadat, yang demikian itu tidak akan
memberi manafaat kepada mereka”.
6. Apa yang dinyatakan oleh Imam Muhammad Bin Al-Husain di atas
bersandarkan kepada hadis-hadis sahih yang banyak menjelaskan akibat buruk
daripada tindakan penderhakaan, seperti menyebabkan seseorang mati dalam
keadaan jahiliah, ditimpakan kehinaan oleh Allah S.W.T dan terputus jalan ke
Syurga.
Imam Annasaie meriwayatkan sabda Nabi S.A.W.
َﻣﻦ َﺧ َﺮ َﺝ ِﻣ َﻦ َّ ﺍﻟﻄ ِ ﺎﻋ ِﺔ َﻭَﻓﹾﺎ َﺭ َﻕ َ ﺍﳉ َﻤَﺎ َﻋ ِﺔ َﻣﹾﺎ َﺕ ِﻣ َﻴﺘﺔۣ َﺟﹾﺎ ِﻫِﻠَّﻴ ٍﺔ۔
“Sesiapa yang keluar dari sempadan taat dan memisahkan diri daripada kumpulan
pemerintah, mati ia seperti mati jahiliah”
Imam Muslim meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. sabdanya :
َﻭ َﻣﻦ َﻣﹾﺎ َﺕ َﻭَﻟﻴ َﺲ ِﻓﻲ ُﻋ ِ ﻨﻘِﻪ َﺑ َ ﻴﻌﺔٌ َﻣﹾﺎ َﺕ ِﻣﻴﺘﺔۣ َﺟ ِ ﺎﻫِﻠَّﻴ ٍﺔ۔
“Dan sesiapa yang mati tanpa ada kesetiaan kepada pemerintah, ia mati seperti
matinya orang-orang jahiliah”
Imam Al-Bazzar meriwayatkan sabda Rasulullah S.A.W.
َﻣﹾﺎ ِﻣﻦ َﻗ ِ ﻮﻡ َﻣ َﺸﻮﺍ ِﺇَﻟﻰ ُﺳﹾﻠ َﻄ ِ ﺎﻥ ّٰ ﺍﻟﻠ ِﻪ ِﻟُﻴ ِﺬُّﻟ ُ ﻮﻩ ِﺇ َﻻ َﺃ َﺫَّﻟ ُﻬ ُﻢ ّٰ ﺍﻟﻠﻪ َﻗﺒﻞ َﻳ ِ ﻮﻡ ِ ﺍﻟﻘَﻴ َ ﺎﻣٍﺔ
“Mana-mana kumpulan manusia mengerakkan perarakan terhadap pemerintah untuk
menghinanya, maka Allah akan menimpakan kehinaan ke atasnya sebelum hari
akhirat”
Antara pesanan terakhir Rasulullah ketika Hijjatul Wada’, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Tirmizi dan lain-lain, ialah hadis yang bermaksud :
“Aku berpesan dengan sesungguhnya hendaklah kamu beribadat kepada Tuhanmu,
berpuasa pada bulan ramadan, mengeluarkan zakat harta dengan suci hatimu dan
taat kepada pemerintah-pemerintahmu, pasti kamu akan masuk syurga Tuhanmu”
Hadis ini menjadikan taat kepada pemerintah sebagai salah satu jalan ke syurga.
Ini bermakna jalan ke syurga terputus tanpa taat kepada pemerintah, walaupun terdapat amalan-amalan fardu yang lain seperti solat dan sebagainya.
7. Memandangkan kemusnahan yang sangat besar terhadap agama dan umat di
sebabkan oleh kegiatan penderhakaan atau “bid’atul khuruj” ini, maka tidak hairanlah golongan penderhaka digelar oleh Rasulullah sebagai “Kilabunnar” (anjing-anjing neraka).
Daripada pengalaman sejarah dan realiti masa kini seperti yang dialami
oleh beberapa negara Islam yang terjerumus dalam kancah perang saudara,
kegiatan yang bermula dengan tunjuk perasaan terhadap pemerintah, akhirnya
mencetuskan keganasan yang membawa kepada pertumpahan darah, kehilangan
nyawa, kemusnahan harta benda serta kewujudan suasana anarki dan kekacauan
dalam negara.
Berasaskan hakikat inilah, Imam Al-Ajurry ketika memperkatakan
mengenai golongan ini menyatakan :
َ ﻭﺍﳋ َﻮ ِ ﺍﺭ ُﺝ ُﻫ ُﻢ َُّ ﺍﻟﺸ َﺮ ُ ﺍﺓ َ ﺍﻷَﻧ ِﺠﺎ ﺱ َ ﺍﻷﺭ ِﺟ َ ﺎﺱ، َﻭ َﻣﻦ َﻛ َ ﺎﻥ َﻋَﻠﻰ َﻣ ﹾﺬ َﻫِﺒ ِﻬﻢ َﻣﻦ َﺳ ِﺎﺋ ِﺮ َ ﺍﳋ َﻮ ِ ﺍﺭ ِﺝ،
َﻳَﺘ َﻮ َ ﺍﺭُﺛ َ ﻮﻥ َﻫ َﺬﺍ َ ﺍﳌ ﹾﺬ َﻫ َﺐ َﻗ َﺪﻳ ًﻤﺎ َﻭ َﺣ ِﺪ ًﻳﺜﺎ۔
“Golongan penderhaka adalah orang-orang yang jahat, najis lagi keji. Begitu juga
sesiapa yang sealiran dengan mereka daripada seluruh puak penderhaka yang
mewarisi pemikiran ini dahulu dan kini”
8. Maka bertolak daripada kewajipan menasihati dan mengingatkan sesama
muslimin, saya menyeru agar setiap umat Islam tidak melibatkan diri dengan apa
juga bentuk sekalipun dalam sebarang tunjuk perasaan anti Kerajaan. Kerana
perbuatan demikian adalah merupakan sebahagian daripada tindakan durhaka dan
membatalkan kesetiaan dan ketaatan kepada pemerintah yang telah ijmak ulama
mengharamkannya.
Kesannya seperti yang dinyatakan nas-nas di atas boleh
menjejas iman, memutuskan jalan ke syurga dan menyebabkan seseorang mati
dalam keadaan jahiliah. Sayugia diperingatkan juga bahawa mereka yang terlibat
dalam penganjurannya, bukan sahaja akan menanggung dosa perbuatan itu, tetapi
juga dosa setiap orang yang mengikutnya, tanpa mengurangkan dosa para pengikut
tersebut. Ini diterangkan dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud, “ ...
Dan sesiapa yang menganjurkan perbuatan jahat dalam Islam, maka ia akan
menanggung dosa perbuatan tersebut dan dosa setiap orang yang mengikuti
perbuatan tersebut selepasnya, tanpa mengurangkan sedikitpun dosa para pengikut
tersebut”.
Mereka juga akan dipertanggungjawabkan di sisi Allah terhadap setiap
kesan yang terbit daripada perbuatan tersebut, seperti pertumpahan darah,
kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda, serta kesengsaraan dan kesusahan
yang ditanggung oleh orang ramai.
Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh
Mufti Wilayah Persekutuan
Selasa : 3 Syaaban 1432
5 Julai 2011
radio menentang tokan candu:
Bro, cuba kau tanya mufti ni ahli sunnah wal jamaah macam najib dan rosmah akan selamat ke di akhirat nanti? Duit rasuah usd1 billion kapal selam tu camne nak jawab?
BalasPadamBangang ke apa mufti ni? Ayahanda pekida boleh la dia nak tipu tipu sebab sekolah tak habis. Cukup punya bangga dapat pangkat ayahanda mengalahkan dapat pangkat profesor.
BALUN DUIT ZAKAT APA HUKUMNYA! RASUAH KAPAL SELAM APA HUKUMNYA!
BalasPadamLU BUKAN MUFTI TAPI `MAU UFTI' BELAJAR UGAMA TINGGI2... TAPI MAU UFTI...
Assalamualaikum...maaf yer menyampuk skit. Semua orang yang belajar agama tahu pasal kewajipan taat ngan pemimpin ni. tp persoalannya adakah semua jenis pemimpin kena taat?? pemimpin yg zalim kena taat ka?? zalim dlm islam ni bila kita x meletakkn sesuatu tu di tempatnya, maksudnya di tempat yg betul la. kalo pemimpin islam x melaksanakan syariat agama seperti sepatutnya, maknanya dia zalim. kat malaysia ni faham2 la kan...huhu. pemimpin yg rasuah kena taat ke? byk lg la kan. kalo semua pemimpin islam yg x bagus ni kena taat..mcm mana boleh islam ini untuk kesejahteraan semua. pikir2 la....heeehhhhh..mslh tul....
BalasPadamhukum mengamalkan perlembagaan persekutuan yang dicipta oleh orang kafir apa cerita tuan mufti? jual beli ada amalan riba boleh ke tuan mufti? atau tuan mufti hanya menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu? maklumlah tuan mufti hanya makan gaji. cukup tahun makan pencen.Yakin ke Tuan mufti akan masuk ke shurga? dengan membiarkan rakyat di tipu dan ditindas?
BalasPadamkah kah kah
BalasPadampenjual candu sudah mari.
kah kah kah
Memang ramai sekarang ustaz, ustazah dan para mufti yang kononya hebat dalam agama, nampak macam membela agama tapi hakikatnya mereka semua sekadar memperdagangkan agama semata-mata untuk cari makan saja.....kahkahkah
BalasPadamBerapa banyak kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN, rasuah sana sini mcm najib beli kapal selam, rompak duit rakyat mcm projek lembu tapi semuanya kecut tak da telo, lembik macam tepung gomak..tak berani bersuara mengeluarkan hujjah dan nas.....kahkahkah
sanggup seleweng hadis dan al quran utk dpt duit beli kereta baru. murah sungguh harga diri org yg mengaku ulama. ular dlm semak. nampak ulama nampak ular dlm semak ketuk kepala ibrahim ali dulu kahkah
Padamcer tanye dia dlm kes perang jamal, sapa ululamri, sapa pemberontak? yg terlibat tu semua para sahabat. bab taat kpd pemerintah ni ulama karang kitab sama tebal ngan serban moofti tu, dia bole ambik sebaris ayat je. ptuiihh
BalasPadamAiseymen...Harap2 khutbah jumaat sekejap lagi takde lah citer pasal nih. Asyik2 rakyat je yg disuruh bersyukur. Pemerintah tak payah bersyukur ke?
BalasPadamsenang jer ini...
BalasPadam"go fuck yourself"
sambil meneguk secangkir anggur peram yang mengebaskan pipi...
cheers!
Taat pada pemerintah dalam islam hanya wajib pada pemerintah yang adil,benar dan berpegang teguh pada al-quran dan sunnah bukannya taat membuta tuli kepada pemerintah yang kejam,zalim dan menindas. Sebagai contoh bani abbasiah dan golongan syiah berkerjasama menggulingkan pemerintahan bani umayyah yang zalim, bani abbasiah keturunan saidina Abbas r.a termasuk dalam keluarga Nabi Muhammad s.a.w pasti tahu mengenai hadis-hadis ini tapi kenapa mereka tetap melawan dan menggulingkan bani umayyah kerana ada nas dari Al-quran dan hadis yang membenarkan pemberontakan mereka. Ini perbuatan memanipulasikan nas al-quran dan hadis untuk melindungi kerajaan yang zalim hukumnya adalah haram. Islam adalah agama fitrah iaitu sesuai dengan fitrah manusia tapi apabila muncul tangan-tangan kotor menggunakan agama untuk memenuhi hawa nafsu mereka menjadikan islam
BalasPadamini direndahkan martabatnya
haram situ sana sini.. takde kerja lain...
BalasPadamBro Hisham,
BalasPadamCuba kau tanya Mufti Wilayah tu, Apa hukumnya kalau menang dalam Pilihanraya dengan cara menipu?
Pendapatan bulanan yang diperolehi hasil kemenangan tersebut halal atau haram?
Satu lagi dengarnya Najib nak umum jawatankuasa bebas utk siasat insiden Bersih 3.0, jawatankuasa bebas akan benar2 bebas adalah bergantung kpd kredibiliti seseorg yg dilantik itu, kalau lantik org mcm Hanif Omar, Musa Hasan dan yg sekapal dengan umngok, lu pikirlah sendiri jawatankuasa apa tu...
Episod membeli masa dan membodohkan rakyat akan terus dilangsungkan sekali lagi...
AMPOON TUHANKU BERIBU-RIBU AMPOOOON, AKU INI HAMBA DERHAKA PERINTAH DAN SURUHANMU, SEMBAHKU HARAP DIAMPOOOON
BalasPadamWAHAI YANG MAHA MULIA YANG MAHA AGONG YANG MAHA BETUL YANG MAHA SUCI
1)muftee ni dah bukak mata dia cukup besar sampai terbeliak bijikmata akhirnya dia pun bagi komen yg tepat:
BalasPadamAdalah diperhatikan bahawa puak penderhaka yang dimaksudkan dalam
hadis-hadis di atas, dan yang muncul kemudiannya di zaman Saidina Ali R.A. adalah terdiri daripada kalangan mereka yang membaca Quran, serta memakai jubah dan serban.
ah-doi lah!
memanglah org arab tak kira islam atau kaum jahiliyah tu pakaian tradisi depa berjubah berserban! cuba tunjuk kat kitorang ni mana2 video atau gambar masa zaman Nabi saw yg ada pak arab pakai jeans bellbottom ke pakai leotard ke pakai singlet je ke atau pakai studded leather ala2 hell's angels ke?!!
2)bro tt cuba kau temuduga live muftee ni dalam radio kau yg glamor tu, tanya baik2 sama tuan muftee, suatu ketika dulu masa jasad aku, kau dan tuan muftee belum jejak atas bumi ni, ada tak seseorang yg berpangkat pemimpin al ketua bergelar firaun? ada tak dari kalangan rakyat yg melawan dan derhaka pada si firaun ni? adakah pelawan aka penderhaka firaun tu putus jalan mereka ke syurga???
sekian, terimakasih!
-average joe-
klakka-la.blogspot: DON'T HAVE A COW = TAKDE LEMBU?
Menteri rogol budak, menteri rogol amah, menteri rasuah, rajahgopal main judi, rajahgopal main pompuan..
BalasPadamBila nak klua fatwa?
Sehina-hina mufti adalah mufti carma dan bodek kuat...
-tahihati-
Assalam. Nak tanya. Pemerintah mcm Dato Seri Firaun pun kena taat jugak ke?
BalasPadamDatuk Haji Wan cakap je la terus terang Datuk Mufti gila pangkat dan harta habis cerita. Seluruh dunia dah tau Mufti Malaysia adalah ketua ajaran sesat. Kalau tak sesat keluar la fatwa hukum patuh kepada PM dan Menteri KDN yg hidup dgn hasil judi Genting??? Mufti lelaki tapi telur kechut kahkahkah
BalasPadamini mufti kuat umno looo...dulu dia punya abang menteri besar perak maa...wan mohamad wan teh...lagi dia punya abg...wan hashim wan teh..bekas y.b gerik...zaman pak lah..lg aku dgr..ini taun dia punya kerabat gak mau angkat calon ..gerik punya tempat...ayoyoo...lagi2 ini family saja mau jadi kayaa...manyak cilakak...
BalasPadam"MENYERTAI PERARAKAN MENENTANG PEMERINTAH ADALAH DOSA BESAR YANG BOLEH MENJEJASKAN IMAN"
BalasPadamGua sgt setuju dengan tajuk kenyataan ini dan sgt2 setuju dgn isi kandungan kenyataan ini. Bahkan, gua percaya bulat2 dgn kenyataan tersebut tanpa merujuk kepada lebai-lebai lain yang berada di Malaysia tanah airku ini.
Kalau FRU suruh gua telan tear gas canister demi untuk mengatakan bahawa "Saya tidak setuju dengan kenyataan Pejabat Mufti tersebut" nescaya dgn rela hati gua akan telan canister tersebut, malah gua akan minta sebijik lagi kerana gua sgt2 setuju dgn kenyataan tersebut..sumpah setuju. Tidak sanggup untuk menafikan kenyataan tersebut
Oleh yang demikian, saya juga amatlah berbesar hati sekiranya Pejabat Mufti juga mengeluarkan kenyataan
"MENYERTAI PERARAKAN MENENTANG PEMERINTAH ZALIM, TIDAK ADIL, RASUAH, MENTEKEDARAH DUIT RAKYAT DAN PENTIPU ADALAH JIHAD YANG BOLEH MENGUATKAN IMAN".
Apa crita ? Lu org pejabat mufti bole kan ?makalihamput boleh, pegi mampos...lihatlah dgn mata hati bukan mata punai, mentedarah gaji buta. Tidak halal walau sekepiang duit cukai aku bagi bayaq gaji hampa...ptuih
*tulisan ini lebih indah dari rencara ketua editor dan wartawan Untusan Malaysia...damn
1. Layak ke PM Malaysia sekarang dipanggil ulul amri? Dipanggil ulul amri bila pemerintah memerintah negara dan menegakkan syariat islam. Bila berniaga dengan Israel / guna penasihat israel, buat pembangunan ambil cash kickback (rasuah), fitnah pesaing dengan tuduhan seks palsu dll ....syariat agama mana tu???.Hadis mana? Kitab mana? Nama je Islam tapi disisi Allah belum tentu lagi. Agama Islam tapi syariatnya.....
BalasPadamdah pegang jawatan "mau ufti". apa pun dia jual
BalasPadamBIASALAH ULAMAK MALAYSIA... ULAMAK MUSANG BERJANGGUT..."SALAH TU MEMANG SALAH LA..TAPI TAK APA UNDANG2 INI NEGRI KANDA YG TULIS...BOLEH KASI PADAM...HEHEHE...kalau ulilamri hari ini sama martabat macam ulilamri zaman rasul dan para sahabat,mmg la kena taat betul2..tapi masalah sekarang ulilamri yg cap ayam..merompak harta rakyat,kuku besi,menjahanamkan agama,mengkhianat bangsa dan menggadai negara kalau rasul masih hidup hai ini pun pasti rasul sendiri yg akan lawan!!!kalau berterusan agamawan di malaysia ini jual agama angkuh sombong macam setan,tidak mustahil satu hari nanti rakyat malaysia akan hilang kepercayaan terhadap agama sama seperti orang eropah..KEPADA DATO2 NIKAH KAWIN,DARIPADA MU HIDUP BERCERMIN KAN BANGKAI BAIK MATI BERGALANG TANAH
BalasPadamAgaknya pemerintah yang makan rasuah, tindas rakyat dsb boleh masuk syurga tanpa hisab kot...
BalasPadamTT,
BalasPadamBukan mufti nie ker yang menyatakan duit zakat boileh digunakan oleh "kerajaan"..... hahaha, maka tak peliklah fatwa nie boleh kluar...., cerita tak pernah nak abis....
Klu x taat pd pemerintah yg zalim salah ke pak mufti?
BalasPadamJgn mkn gaji buta je...
Huhuhuhu
Memang betul bro Isham. Agama telah dijadikan candu oleh pemerintah dan Rajah Gopal untuk memperbodohkan rakyat Malaysia.
BalasPadamPara Tok Lebai yang malas bekerja mahu tumpang sekaki dengan para Free Loaders kerana Tok Lebai memanglah merupakan alat yang paling penting yang digunakan oleh Rajah Gopal untuk menipu rakyat.
Tok Lebai memang malas berkerja. Sebab itu ramai Tok Lebai yang gemuk gedempol. Apa faedahnya Tok Lebai ni?
Para Tok Lebai patut sahut saranan Tukar Tiub yang menyarankan para Tok Lebai pergi cari kerja yang halal. Janganlah tipu orang ramai lagi.
Malulah sedikit dengan Lim Goh Tong dan Vincent Tan. Mana maruah Tok Lebai?
Vincent Tan dan Lim Goh Tong berkerja kuat dan ada juga faedah kepada orang ramai. Kerana usaha Vincent Tan & Lim Goh Tong, ramai yang dapat bekerja cari makan untuk pelihara anak bini.
Tok Lebai apa faedahnya? Duduk berbuih mulut bercakap dalam bahasa Arab. Yang kamu cakap bahasa Arab dengan orang Melayu ni apa pasal? Kami bukan orang Arab. Jadi tak usahlah nak tunjuk pandai!!! Allah tahu semua bahasa termasuk bahasa Melayu. Jadi janganlah nak menunjuk-nunjuk yang kononnya kamu itu alim kerana pandai berbahasa Arab.
Di zaman Internet ini kami tak perlukan lagi Tok Lebai sebab kalau kami tak tahu pasal agama, kami boleh tanya Lebai Google.
Jadi tak usahlah bazirkan wang mengupah Tok Lebai yang malas berkerja sama malas dengan Free Loaders.
Kerja malas! Tapi duit nak. Duit zakat di salah gunakan oleh Tok Lebai untuk berbini 4.
correct, correct, correct..setuju 101% rakyat wajib taat kpd pemerintah. soalan: apa ciri2 pemerintah? oi mufti oi, habag la mai sikit. zaman nabi musa as, firaun pun pemerintah jugak....akhirnya bukan dia saja, bahkan askar2 dia pun tenggelam. sejarah pasti akan berulang selagi manusia yg diuji dgn kuasa berlaku zalim. satu2 kerajaan tidak kekal & akan bersilih ganti. 'indeed this (the khalifat) is nothing but a passing phase, these wordly possessions keep shifting & changing hands' - hassan bin ali bin abi tholib.
BalasPadamUlar dalam semak. Kezaliman pemerintah tak nampak. Cari makan.
BalasPadamUlar dalam semak. Cari makan. Kezaliman pemerintah tak nampak.
BalasPadamulamak udah banyak lemak sampai keotak,oksigen udah kurang,pemerintah zalim dan menipu wajib ditentang ler bongok.....
BalasPadamhoi mufti carik makan, kasi abis la ayat tu! memang tak bole derhaka dengan pemerintah SELAGI pemerintah itu patuh kepada syariah dan memerintah dengan adil. DAN pemerintah itu tak semestinya melayu, tak semestinya Islam. berkias dengan suruhan patuh setia kepada ibubapa selagi mereka tidak menyalahi hukum agama walaupun mereka belum memeluk Islam.
BalasPadambai,ni statement nak claim payment/elaun...mat2 kilang nak duit lebih kena la OT...mat2 agama nak elaun kena la kluarkan statement...baik jahil mcm aku sebab tak pandai agama drpd bodoh macam mufti ni....harap ko mati nanti bumi tak terima la mayat ko...
BalasPadamustz azhar kata itu mufti SYAITAN!! sbb kasino lebih tinggi dari songkok kAH KAH KAH bersekongkol lak dgn thogut lalu bisu sebisu-bisunya. maka disambut TG hadi itu SYAITAN BISU!!!!
BalasPadammufti-imam-ulama ni sanggup lak ada makhluk mulia disanjung dlm khutbah jumaat maka gue kata itu SYIRIK KHAFI!!!
maaf la kawan kalau gue ikhlas cakap itu macam. lu punya kalipah apa mcm banyak jahat? olang islam bikin itu mcm ke?
gue ingat itu olang BAPAK HANTU LO!!!!
ala TT lu tatak kesian ke tengok lu munye ular mak jual candu utk milayoo sampai lalok itu mcm?? get your religious people stop the crap la...sebelum org melayu-islam nampak busuk di mata non-moslem. at the moment Najib himself have disgraced msians per se.
kamu semua sesat ikut fahaman tukartiub.
BalasPadamsedar tak lencana mahkota PDRM itu membawa panji2 agama ALLAH DAN MUHAMMAD,
kamu melawan pemerintah dan PDRM samalah mcm melawan ALLAH DAN MUHAMMAD!!!
ini namanya mufti kepala buto.....
BalasPadamYusuf Al-Qardhawi sendiri jadi imam untuk 2 juta revolusioner Mesir...Hamka yang mahsyur namanya pun melawan Sukarno...mereka tak dibenarkan masuk negara dengan dipenjarakan pasal nak MENENTANG KEZALIMAN....inikan setakat mufti otak ciput nak bagi fatwa...kepala lancaulah lu mufti kl....cukuplah ramai melayu dah spesis macam engkorang tipu.....teruskanlah jual agama untuk duit dan jawatan ko...berbahagialah kau dengan duit duniawi ko tu...azab tuhan menanti kau....kepada pembaca tukar tiub google image muka mufti mangkuk hayun tu...nilaikan sendiri...ni link hamka dengan yusuf qaradahwi
http://en.wikipedia.org/wiki/Yusuf_al-Qaradawi
http://en.wikipedia.org/wiki/Hamka
kalau ia dosa besar.
BalasPadamkalau Allah telah katakan ia dosa besar menentang pemerintah
aku lebih rela membawa beban dosa besar yang tidak di ampun ini ke neraka kerana menentang pemerintah yang zalim ini....
sekian
soalan buat Dato Haji : adakah wajib kita menentang pemenrintah dan raja yg zalim setelah di nilai dr mengikuti akal yg diberi dan mendgr nasehat para ulamak?
BalasPadamBetul.....
BalasPadamTepat...........
Hebat...............
NEP itu candu
NEP itu candu
NEP itu candu
NEP only for disable
NEP only for disable
NEP only for disable
NEP untuk menjatuhkan maruah kita
NEP untuk menjatuhkan maruah kita
NEP untuk menjatuhkan maruah kita
“If you don't know history, it is as if you were born yesterday.”
― Howard Zinn
.
Ada mufti pun bangang.kalah imam mekah.nk tpu mkcik felda blh la.haahaa
BalasPadamAlahai ahli-ahli Pejabat Mufti.... kalau kamu dah confident surga dalam tangan, baik kamu rindukan mati cepat... buang masa perhabih beras kat dunia ni buat apa?
BalasPadam[2:94] Say, "If the abode of the Hereafter is reserved for you at GOD, to the exclusion of all other people, then you should long for death, if you are truthful."
Kenapa rujuk separuh ayat 4:59 aje??? Korang langsung BUTA-TULI ke kepada PERINTAH/COMMAND TUHAN kamu diayat 4:58...
Cuba kamu amati ayat perkataan COMMANDs dan ENTRUSTED tu...
Kamu tu MAKAN GAJI (CIVIL SERVANTS) duit RAKYAT (people), kamu di amanahkan (entrusted) untuk memberi perkhidmatan yang sejujurnya, kalau kamu menghakimi, hendaklah kamu (YOU SHALL) berlaku adil!!!
TUHAN kamu COMMANDS kamu berlaku ADIL.
Bila kamu atau PENTADBIR/KERAJAAN (CIVIL SERVANTS) telah berlaku adil dan jujur akan tanggung-jawab masing-masing, baru lah kami yang percaya (Oh you who believe) akan akur dan patuh kepada ayat 4:59.
Rujuk surah ini di http://www.masjidtucson.org/quran/noframes/ch4.html#59
Honesty & Justice Advocated
[4:58] GOD commands you to give back anything the people have entrusted to you. If you judge among the people, you shall judge equitably. The best enlightenment indeed is what GOD recommends for you. GOD is Hearer, Seer.
[4:59] O you who believe, you shall obey GOD, and you shall obey the messenger, and those in charge among you. If you dispute in any matter, you shall refer it to GOD and the messenger, if you do believe in GOD and the Last Day. This is better for you, and provides you with the best solution.
Tak negri ke akan warning TUHAN dalam 4:56 ...condemn them to the hellfire. Whenever their skins are burnt, we will give them new skins. Thus, they will suffer continuously....
[4:63] GOD is fully aware of their innermost intentions. You shall ignore them, enlighten them, and give them good advice that may save their souls.
“Religion is a man-made institution but faith is the relationship between man and God,”
BalasPadambro, apa yang dikatakan oleh mufti tu betul bro, aku setuju sangat2, kita kena taat pemerintah yang adil, yang tidak berkepentingan, yang memerintah atas dasar tanggungjawab dan amanah, yang medahulukan rakyat dari diri dan keluarga, yang menjunjung ajaran islam, yang melaksanakan perintah Allah, yang menuruti sunnah rasul......
BalasPadamkalau tak ada sifat-sifat tu... wajib di tentang bro....
sendrik mau ingat
errrrrr.... pemerintah Malaysia sekarang ni macamana ye...