Selasa, 29 Mei 2012

DEMO DEPAN RUMAH NAJIB PULAK




SEMUA LARI MENYAMAR TAKUT BINI














TUNAIKAN 4 EKAR TANAH,
KELUHAN PENDUDUK LADANG BUKIT JALIL


Salam Perjuangan,

Penduduk Ladang Bukit Jalil telah menyerahkan surat kepada Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk mendapat satu penyelesaian kepada masalah perumahan mereka.

Penduduk akan hadir ke Pejabat YAB Perdana Menteri pada 30hb Mei, pukul 11 pagi untuk mendapatkan satu kata putus berkenaan tuntutan mereka dan untuk berjumpa dengan YAB Perdana Menteri secara peribadi.

Mereka berazam untuk berada di Pejababt YAB Perdana Menteri pada 30hb Mei dan tidak akan berganjak dari pejabat YAB sehingga ianya masalah ini diselesaikan.

Penduduk Ladang Bukit menjemput semua ke Pejabat PM pada 30hb Mei 2012, 11 pagi dihadapan pejabat PM untuk memberikan sokongan kepada mereka. Selain sokongan solidariti, penduduk juga memerlukan bantuan daripada rakan-rakan untuk memberikan sumbangan dari segi khemah, makanan, dan minuman selama mereka Occupy pejabat PM.

Kami amat berharap sokongan yang padu akan diberikan kepada penduduk ladang Bukit Jalil yang telah menyumbang tenaga dan jiwa raga mereka untuk pembangunan negara ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan untuk memberikan sumbangan sila hubungi Bala di 019 2166205 or Madhavi at 012 6045807.

Sekian. Terima Kasih

Dikeluarkan oleh,
Nalini
Sekretariat JERIT



sila layari radio bangsar utama:






1 ulasan:

  1. JERIT pulak dah.. Kreatif sunguh orang.. Ada HALAU sekarang ADA JERIT hehe.. :D

    Nanti boleh buat karangan.. :)

    oleh kerena orang suka menJERIT ketika memBERSIhkan rumah mereka telah diHALAU :D

    BalasPadam