Selasa, 29 Mei 2012

HABIS TANAH TERGADAI - TINGGAL KERBAU SAEKOR




HABIS SEMUA HARTA KENA GADAI




BARISAN NASIONAL MEMAJAKKAN TANAH REZAB MELAYU KE PASARAN SAHAM

Perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa. Tanpa tanah-tanah ini, penyenaraian tersebut akan gagal.

KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salinan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat. Semakan kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajakkan ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang telah diwartakan sebagai Tanah Rezab Melayu di seluruh negara.

Ini menimbulkan persoalan serius mengenai status tanah-tanah ini kerana tindakan memajakkan tanah-tanah ini kepada FGV boleh melanggar matlamat pewartaan Tanah Rezab Melayu. Kedudukan FGV selepas ini tidaklah boleh dikira sebagai sebuah syarikat yang berstatus Bumiputra kerana jumlah pegangan saham Bumiputra tidak dapat disahkan. Setakat ini, peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi terkenal dari Perancis.

Oleh yang demikian, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad wajar menjelaskan kepada rakyat kenapakah tanah-tanah berstatus rezab Melayu ini turut dipajakkan ke FGV yang disenaraikan di pasaran saham? Apakah jaminan bahawa tanah-tanah ini akhirnya tidak bertukar tangan atau pembangunannya tidak bertentangan dengan semangat pewartaan Tanah Rezab Melayu yang digubal hampir 100 tahun yang lalu?

KEADILAN juga menyeru supaya setiap Kerajaan Negeri di Semenanjung yang terbabit menolak sebarang usaha untuk membatalkan status Tanah Rezab Melayu yang melibatkan tanah 105,382 ekar ini.

Kami menunggu maklumbalas Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad sebelum memberikan lebih banyak maklumat mengenai Tanah Rezab Melayu seluas 105,382 ekar ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
28 MEI 2012


6 ulasan:

  1. bro, kasik bongkar itu suarapakatanrakyat.com. itu laman kasik busuk nama pakatan sahaja

    BalasPadam
  2. Jual macam harta mak bapak depa pulak.. Sian peneroka tanah yang dijanjikan menjadi hak milik mereka kini bertukar tangan sesuka hatinya telah digadai dengan cara terhotmat..

    Buat warga flda yang beringat dan menyimpan masih ada duit.. elok la beli tanah kat tempat lain sebelum kena halau kelak..

    BalasPadam
  3. alaa kalau tergadai pun apa susah. bukannya tanah korangpun.

    itu tanah-tanah peneroka laa.. dah diorang bodoh nak buat mcmana.

    dah laa duduk dalam hutan, taknak belajar pakai internet. asyik2 tengok rtm dan tivi tigasuku.

    ada anak2 peneroka yg belajar tinggi pun, semua sokong BN.. gasak diorang laa.

    tanah tergadai sebab kebodohan sendiri, bukan sebab terpedaya oleh sesiapa. kalau diorang cerdik diorang rujuk dulu sebelum tandatangan apa2 borang.

    woi!! dah lama merdeka laa woi, kalau ada melayu yg masih bodoh nak buat mcmana. mmg diorang taknak usaha keluar dari kebodohan. sendiri tanggung laa.

    apa? t/jawab sosial?? lancau laa.

    BalasPadam
  4. Bang najib,
    tanah hutan tiga segi mah janda yang diceroboh tak nak jual ke?
    kah..kah...kah..

    BalasPadam
  5. Kenapa jemput pelabur Perancis tu ye? Nak mintak tolong pengaruh kes Scorpene kot? I help u, u help me.. he..he..

    BalasPadam
  6. lanchang,

    aku anak felda educated...aku serupa mu lahhhh....

    tapi emak aku punya totok tak bleh nak cakap!!! nak marah nanti derhaka pada emak, boleh masuk neraka....

    kesimpulannya, org2 tua felda semua telah di programkan supaya tak bleh melawan kerajaan...

    mereka telah rasa susah dari zaman jepun & british lagi...

    so, jgn melalak lebih2!!! mereka tak ambik pot pon!!!

    yg penting, anak2 felda carilah duit beli kebun lain sebelom harta kena lelong...hahahahahah

    BalasPadam