Ahad, 14 Oktober 2012

BERSIH ROCKS STADIUM KELANA JAYA



 BERSIH ROCKS

UCPAN AMBINGA PENGERUSI BERSIH  DI BERSIH ROCKS

Kawan- kawan dan penyokong BERSIH 2.0,
  
Selamat Datang ke  Konsert Bersih 8T.  Anda sedang bergumbira!  ANDA sedang seronok
dengar musik!

Terima Kaseh kerana datang ke konsert  BERSIH. Hari ini kita bukan sahaja berpesta gumbira  TETAPI kita memberi ingatan kepada kerajaan untuk menunaikan kesemua LAPAN
TUNTUTAN BERSIH 2.0. Tunaikan sebelum Pilihan Raya Umum  ke 13. Tidak ada sebab kenapa 8 TUTUTAN ini  tidak dapat ditunaikan. Enam bulan telah berlalu sesudah PSC membuat laporan ke Parlimen. 

Tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya – SPR -  terlalu  lambat untuk membawa perubahan.

Dalam masa yang sama BERSIH 2.0 telah menemui banyak kecurangan dan kesilapan dalam 
senarai pengundi. Kita temui  pengundi yang jantinanya yang tidak menentu, ada yang memiliki 
number kad pengenalan lama yang sama,  ramai pengundi telah ditukar  tempat mengundi 
tanpa mereka tahu, banyak pengundi telah meninggal dunia,  ada number kad pengenalan yang muncul  berbilang-bilang  kali. Malah kecurangan dan kesilapan ini terus berlaku hingga ke senarai yang paling terbaru. Kecurangan ini wajib di hentikan. Kesilapan ini jangan diteruskan.

 Justeru hari ini – kita mengingatkan kerajaan dengan senikata dan lagu. Dengan musik dan 
gendang. Mungkin ini irama  yang mereka faham.

Hari ini kita merayakan masyarakat madani. BERSIH 2.0 sedang merayakan anda semua –
anak-anak  muda dan semua  warga yang berada  dalam padang ini.  Kita sedang merayakan 
kekuatan moral  yang dijana oleh BERSIH.

Kita merayakan warga Malaysia   yang mahu   melahirkan  sebuah Malaysia yang lebih baik. 
Kita semua mahu mendirikan Malaysia yang berlandaskan demokrasi. 
Kita  mahu mendirikan Malaysia yang  menghormati agama dan bangsa-bangsa. 
Kita mahu Malaysia yang menobatkan  nilai intergriti,  nilai ketelusan dan  bertanggung-jawab.

Kita mahu pemimpin negara kita bertangung jawab kepada kita semua. 
Kita mahu pemimpin kita beradab, bersopan dan bertamadun.

Saya pernah berkata bahawa warga Malaysia – anak semua bangsa – adalah insan yang baik. 
Diharapkan pemimpin kita akan sedar pekara ini. Lagi cepat mereka sedar lagi baik. Jangan 
layan kita  macam kanak-kanak. Apa yang kita lakukan hari  ini adalah untuk masa depan 
anak-anak kita. Untuk jenerasi masa depan.  Jenerasi akan datang wajib mendapat yang terbaik.

 Kita semua mahukan Malaysia yang BERSIH. SATU MALAYSIA  adalah slogan yang baik dan 
dengan BERSIH ianya akan menjadi satu realiti.   Hakikatnya bumi ini   adalah MALAYSIA 
KITA. Bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung adalah Malaysia -  milik kita semua!

Kita mahu Malaysia yang Bersih. Kita mahu Pilihan  Raya ke 13 yang Bersih. 
BERSIH BERSIH BERSIH!

BERSIH ROCKS

13 ulasan:

  1. kena mengaku
    kena kritik diri
    mmg Bersih rocks
    mmg konsert best
    tapi kenapa stadium besar
    banyak kerusi kosong
    apa yg jadi?
    suku padang pun x sampai

    BalasPadam
  2. applause to the hardworking organizer. now the concert has finished, but
    the battle is not yet over, and that there is still work to be done.
    WHAT IS TO BE DONE???

    BalasPadam
  3. Pilu hati den...sikit ajo yang datang. Kalau jomput bik mama sebagai artis undangan den gerenti mesti ponuh stadium.

    BalasPadam
  4. Kenapa tak kah..kah..kah kan diri sendiri bro..takde sambutan bro..kah..kah..kah la lagi..kah..kah..kah..la sampai abis nyawa..sambutan camni nak take over putrajaya..pegi ajak anwar menyontot lagi sedap..kah..kah..kah

    BalasPadam
  5. Kali ni betul-betul...KAH...KAH...KAH....
    MANA PEGI GENG BERSIH??????? SUDAH LENYAP DITELAN BIK MAMA....HA...HA...HAA.....

    BalasPadam
  6. Hujan yang turun semalam mesti kerja UMNO, upah bomoh hujan nak sabotaj konsert bersih ni...ha...ha,,ha?

    BalasPadam
  7. PAdan muka lu Isham!!
    Lu fikir Rock jela boleh gabungkan rakyat dan melawan.. HAHAHA!

    BalasPadam
  8. lu buat abg najib ketawa terkekeh kekeh je la bebb...

    kalo 500 org dtg baik tak yahh buat....memalukan sajaaa..

    pak sedara wa buat keje kawin pon 1000 org dtg... hahahaha

    BalasPadam
  9. Pak Lebai PAS tak diberi upah kot supaya datang sebab tu lengang aje?

    BalasPadam
  10. Bang Nuar harus melenting kat Isham sampai pengsan kerana tak ramai yang datang ....HA...HA..HA

    BalasPadam
  11. zaman2 konsert dah berlalu bro.. org dah x de masa nak buang masa kat tempat konsert2 ni.. tp kalau ade ceramah Ustaz Azhar Idrus dgn selingan konsert.. mmg penuh stadium tu..

    BalasPadam
  12. Aku rasa ko kena sedar diri sikit.
    Kami penyokong pr bukan bodoh mcm penyokong umno.
    Demo kami memang turun.
    Tp konsert, mintak maaf la, hati umno je suka berpesta.
    Kami bukan menyokong semua tindak tanduk kamu.
    Benda baik kami ikut.
    Tahi, lu sendiri makan, jgn ajak kami yg dah cerdik politik.
    Pentadbiran negara perkara serius, bkn suka2 bhai.

    BalasPadam
  13. Ini bukan konsert, ini joget lambak kenduri kawen anak pak baharom

    BalasPadam