SEKARANG
LAYARI RADIO BANGSAR UTAMA
laporan lansung dari stadium kelana jaya
himpunan 8 tuntutan
BERSIH ROCKS
Kenyataan Umum
12 Oktober 2012
BENAR KAPAL PERANG US BERLABUH BUKTI HIPOKRASI
Ketika regim Bn cuba
mengalihkan isu polisi, kepayahan hidup rakyat, rasuah dan penyelewengan dengan
isu tuduhan agen asing dan alat Amerika Syarikat secara senyap regim Bn telah
membenarkan tiga Kapal Perang bertenaga nuklear milik Amerika Syarikat berlabuh
di dua perlabuhan negara iaitu Perlabuhan Kelang, Selangor dan Perlabuhan Teluk
Sepanggar, Sabah.
Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan bantahan terhadap kebenaran kapal perang
ini antaranya ialah Kapal induk utama armada perang US iaitu USS Goerge
Washington. SAMM mengecam sikap hiprokrasi regim Bn dalam perkara ini.
Kebenaran berlabuh secara
sulit ini akhirnya terbongkar juga. Apabila terbongkar ahli parlimen PR iaitu
Datuk Kamaruddin Jaafar - PAS Tumpat telah membawa usul tergempar dalam
parlimen bagi membincangkan perkara ini. Namun sekali lagi Bn yang kononya
bersikap anti US dan menuduh lawan politik agen US telah menolak usul tersebut
melalui speaker yang jelas membuat keputusan berat sebelah. Mereka sudah tentu
gusar jika dibenarkan usul tersebut dibahaskan sudah tentu bukan sahaja
terbongkar perihal kapal US berlabuh tetapi banyak lagi data perselingkuhan
negara ini bersama US akan terdedah. Jika dibenarkan berbahas usul tersebut
juga maka akan terbongkar sikap hipokrasi regim Bn, sudah tentu tidak akan
seorang pun yang akan berani mengutuk persinggahan kapal tersebut kerana US
pasti akan menghentikan talian hayat kepada Bn dan lebih penting terbongkarlah
sikap yang hanya berani berkokok di kampung sahaja mengenai anti Amerika
sedangkan di pentas antarabangsa dan pentas rasmi regim ini kecut dengan
Amerika Syarikat.
SAMM tidak menolak
sebarang hubungan antara negara dengan Amerika Syarikat, namun membenarkan
perlabuhan negara untuk aktiviti ketenteraan US adalah sesuatu yang melampau.
Dengan membenarkan kapal berkuasa nuklear ini juga jelas regim telah melanggar
dasar negara (rantau ini) zon bebas senjata nuklear.
Setelah diteliti maka
disedari sememangnya Malaysia bukan sahaja membenarkan perlabuhan Malaysia
untuk US mengadakan aktiviti ketenteraan malah sememang ada latihan ketenteraan
di mana kumpulan tentera US dibenarkan menggunakan negara ini sebagai latihan
termasuk latihan berskala besar.
Ketika pemerintahan Dr.
Mahathir, Malaysia secara sulit telah menandatangani perjanjian yang
membenarkan US untuk punya akses untuk menggunakan fasiliti pertahanan negara.
Sememangnya negara ini berada dibawah telunjuk US kerana kelemahan Bn. Maka
tidak hairan kerana hingga kini Malaysia tidak mengiktiraf kemenangan HAMAS di
Palestin, Malaysia berdagang membantu ekonomi Israel (klik sini untuk baca
lanjut isu kaitan ekonomi Malaysia - Israel)
SAMM sekali lagi meminta
rakyat membuka mata sikap hipokrasi regim Bn, yang berkokok menuduh orang itu
dan ini rakan US sedangkan mereka lupa ekor bergelumang tahi kerana merekalah
sebenarnya lemah sehingga membenarkan US menjalankan aktiviti ketenteraan dalam
negara.
Sekian
Mohd Faizal Abd Rahman
Penyelaras Hubungan
Antarabangsa
SAMM Kebangsaan
kapal perang a amerika ni bukti kerajaan us lebih suka Malaysia terus diperintah oleh be end. Ini membuktikan agenda regime change tidak wujud Dan pru 13 umngok/be end a an terus berkuasa kerana disokong oleh kerajaan us. kalau kita nak guling be end Kena buat sendiri tanpa harap bantuan pihak luar. sesiapa Yang warwarkan regime change and sesungguhnya anda amat naif tentang politik tempatan mahupun antarabangsa. adios
BalasPadamAlo TT, long time no see,
BalasPadamApalah BN, tarak tau malukah biarkan kapal perang US singgah di Malaysia. Ia secara sendiri menunjukkan BN ni sebenarnya pro-US dan hanya berlakon menentang US semata2.
Lagi bagus kalau kita tumbangkan BN tanpa bantuan luar terutamanya US, kerana disokong oleh US akan jadi fitnah kpd pejuang2 kita kelak. Kalau Hamas boleh menang lwn Serael tanpa bantuan US, kenapa kita tidak boleh?
TT, di bawah kibaran Bendera Rakyat,jom kita buktikan yg rakyat Malaysia tak takut musuh, kita bukan tarak telur mcm bini Rosmah sampai menyembah menghadap kapal perang US. Kita demo dan undi habishabisan utk jatuhkan BN, walaupun US tak nak kasi kemewahan terlampau kpd kita. Kahkahkah :D