Rabu, 3 Oktober 2012

KEPUTUSAN MAHKAMAH IALAH TIRAI PENUTUP AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI



UNDANG UNDANG ZALIM DI MALAYSIA
 

KOMENTAR TUKAR TIUB
akhirnya kes penahan kami selesai satelah lebih dari 11 tahun.
penangkap berlaku pada bulan april 2001
ini kes reformasi - kes menentang mahathir muhamad

bila kami ditahan ditempat rahsia
kaum keluarga kami membuat harbeus corpus
kami gagal

mereka tidak putus asa - mereka terus  melawan 
di mahkamah - hingga ke mahkamah persekutuan

kami yang ditahan ditempat rahsia 
tidak tahu menahu apa yang berlaku

dua bulan kemudian kami di hantar ke kamunting
disini barulah kami tahu bahawa 
norian mai telah menuduh kami pengganas
kami dituduh memiliki rocket laucher, ball bearing dan molotov cocktails
kami tidak tahu menahu hal ini
tuduhan ini sebelum wujudnya usama bin ladin
tuduhan ini sebelum ledakan di new yor

ahkirnya kes kami sampai ke mahkamah perseketuan
ini mahkamah paling tinggi dalam negara kita ini
makamah persektuan mendapati penangkap kami
adalah mala fide - BERNIAT JAHAT 

keputusan ini terlambat kami telah dihantar ken kamunting
yang mala fide itu ialah penangkap pertama tanpa asas
lalu kami duduk dikamunting selama dua tahun

2003 kami dibebaskan
berasaskan keputusan mahkamah perseketuan kami 
menyaman - ketua polis negara dan kerajaan malaysia
pada awalnya 10 orang kami yang menyaman
semua ditangkap pada april 2001
mat ezam - lokman adam - raja petra -
gobala - ghani - menarik diri tidak mahu
turut menyaman - ezam pada awalnya menyqaman sama
kerana itu kes kami ini di kenali  pada awalnya : 
ezam mat nor melawan ketua polis negara norian mai
dan kerajaan malaysia

semua ini sejarah perjuangan!

nah tt menerima banyak surat
menerima banyak pesanan ringkas
ucapan tahniah dan dan dan

dan juga menyatakan bahawa tt telah jadi kaya

justeru tulisan ini cuba menjawab semua surat
dan pesanan ringkas dari talipon

bukan wang ringgit
bukan dolar dan riyal  yang kami minta
kami tidak pernah meminta apa apa

kami menyaman untuk menyatakan bahawa
ISA adalah undang- undang zalim
ISA adalah senjata yang digunakan untuk membunuh  musuh politik
ISA telah digunakan kepada  pelajar, buruh , tani, wartawan,
peniaga, penggangur, pensyarah dan dan dan
musuh politk united malays national organisation
telah menjadi mangsa ISA
malah musuh dalam parti sendiri pun di kenakan ISA

tt tidak pernah menilai dolar dan riyal
malah amat yakin  bahawa kerajaan
akan membuat rayuan
sama saperti kes malik husin yang mendapat pampasan
kemudian di terbalikkan oleh mahkamah rayuan
malah untuk menyedihkan cerita malik telah
diwajibkan membayar kos mahkamah

inilah realiti kehakiman dalam negara kita ini
untuk tt pekara ini cukup jelas

kes 6 TAHANAN ISA ini adalah tirai penutup untuk ISA
akta ini dikatakan akan di mansuh
akata ini akan diganti denagn ISA BARU
kes kami adalah batu tanda tentang kezaliman tt

jangan silap sebelum kami ada
beribu ribu warga yang telah ditahan
semenjak akta ini dibuat pada tahun 1960
ratusan ribu telah jadi mangsa

ramai yang telah wafat
ramai yang telah terkorban
anak pinak sampa larau
kekasih hilang
rumah tangga runtuh
ada yang membunuh diri
ada yang hilang akal
semua magsa ISA

keputusan mahkamah kelmarin
adalah untuk mereka ini
yang nama mereka tt sendiri pun tidak mengetahui siapa mereka

keputusan mahkamah adalah juga untuk warga malaysia 
anak semua bangsa yang telah bangun melawan akta zalim ini

bergantang-gantang dolar dan dinar tidak akan dapat
mengembalikan kebebasan mereka yang telah di rampas 

NOTA:
juga tt mengucapkan terima kaseh kepada
tim peguam yang dari awal lagi
telah membantu kes kami

paling tidak akan dilupakan ialah
mister gamany dari daim and gamany
yang telah menjadi peguam tt
semenjak tahun 1974 lagi

NOTA:
kepada yang menghantar tahniah
tt mengucapkan terima kaseh
yang kata tt jadi kaya - tt hanya ketawa
kepada yang minta tt kahwin kerana telah
jadi kaya - sila paparkan muka minah cun ini
dan bawa dia ke brickfeilds

tukar tiub tahanan 2504

TIM PEGUAM KES 6 TAHANAN ISA



5 BEKAS TAHAN ISA DIANUGERAH GANTIRUGI RM4 JUTA - mkini


Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.

Ini menjadikan jumlah gantirugi itu ialah RM4.06 juta.


Bagaimanapun, mahkamah memihak kepada defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.

Mahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua 

Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.


JANGAN LUPA TURUN BERHIMPUN KONSERT 8 TUNTUTAN

22 ulasan:

  1. Gud one TT, point taken.

    BalasPadam
  2. Masyukkkk..hhehehhe

    BalasPadam
  3. Bro.....kalau takde org salute kau...biar aku salute kau....kau ni dh mcm che guvera

    BalasPadam
  4. tt...
    cayalah.. ini baru rawk!

    BalasPadam
  5. Kalo begitu.. pucuk dicita ulam mendatang..
    Belanjalah kami teh tarik segelas dua
    sambil menghembus kepulan mesra..

    Apakataaa...

    BalasPadam
  6. TT, u dah dapat banyak duit, boleh lah beli amoi utk kahwinnn...

    BalasPadam
  7. tahniah TT..tak sia2 perjuangan ko selama nih

    BalasPadam
  8. TT engkau mesti nikah....
    kalau kau nikah tandanya kau berancuk guna duit sendiri.....
    kah...kah....kah...
    jgn jadi macam lebai najib...
    manusia paling celaka....
    kah...kah....kah...

    BalasPadam
  9. kata minah cun, yg tengok semue muke yg ade belalai jer???

    mana minah peguam cun yang jadi kegemaran TT?

    tak de ke dia?

    BalasPadam
  10. bro ...lu kena nikah cepat2..nnt sapa nak sambung lu punya perjuangan.jgn biarkan benih lu mati di longkang..lu mewarisi sifat Pak Rais...bukan rais yatim tau...turunkan darah melawan lu pd generasi lu..

    BalasPadam
  11. OK blanja makan Restoran Kudu set time bila then

    BalasPadam
  12. Jgn kelepet sorg tt..duit krjn adalh dui org ramai..duit rakyat,kena blnje itik pnggng ni

    BalasPadam
  13. kan TT dah kata.....duit belom nampak bayang lagi...

    jangan besok dapat duit, dia senyap ajer....kahkahkahkah.

    bayo lawyer dah berapa???

    kalo lu nak kahwin, lu masuk program perfect match...amoi cun-cun tuuu....kahkahkah

    BalasPadam
  14. TT, pinjam 30 ribu. gua nak langsaikan hutang PTPTN gua kah kah kah.

    tahniah TT, para peguam dan bekas tahanan lain

    BalasPadam
  15. Tahniah TT...dapek nanti lah belanja kito semua....dapek teh tarik pun jadi ler...he3

    BalasPadam
  16. Tahniah TT,
    Salute to you.
    Duit ringgit, dollar & riyal kalau betul-betul dapat, Alhamdulillah. Itu semua sebagai bonus. Apa yang penting telah terbukti tindakan kerajaan mengenakan ISA memang berniat jahat.

    BalasPadam
  17. Lpsni bro Hisham tak payah dah susah2..pa chu cheng...bini bleh beli dah sbb dah kaya...wkakakkakakakkaakak-tarzan batu..
    .

    BalasPadam
  18. Hishamuddin Rais Pengecut Cabut Lari4 Oktober 2012 pada 3:07 PG

    wahai sang pengecut. suka ar ko. da cukup fulus utk cabut lari lg sekali nnti. tk pyh mtk suaka dgn yahudi lg kah kah kah kah kah kah kah

    BalasPadam
  19. Hoi tt! Sapa yang tulis karangan jiwang ni. Takkan lu kot!!! Nak gugur bulu ketiak gua!
    Tahniah tt.

    BalasPadam
  20. Tahniah TT... Kemenangan utk semua yg masih percaya kpd prinsip keadilan & kemanusiaan. Pandangan zahir - TT cuma seorg tua gila yg sdg mabuk & suka mencarut. Tapi apabila menelusuri sejarah perjuangan TT dr zaman 70-an sehingga sekarang...aku mula faham mengapa seorg tua bernama TT menjadi 'gila'... Dgn usia, pengalaman & pendidikan yg dimiliki sepatutnya TT berada di tempat yg lbh'nyaman', tapi olh kerana 'kegilaan' itu TT memilih jln raya & kaki lima sbg medan p'juangan. Semoga TT sentiasa berada di bawah lindunganNya...dan yg lebih penting - semoga menjadi 'orang muda' selamanya!

    BalasPadam