KOMENTAR TUKAR TIUB
ini adalah contoh paling jelas
ini adalah bukti paling jelas tentang penipuan
yang dirancang oleh spr
pendatang haram di beri kad pengenalan segera
pendatang haram menjadi pengundi
pendatang haram memenangkan gerombolan
pada pru13 ini sokongan untuk pakatan cukup ampoh
gerombolan dan kuncu kuncu
hanya akan menang melalui penipuan
REPUBLIC OF BRICKFEILDS BERSAMA KONSERT 8
TUNTUTAN BERSIH
PAKAI KAD PENGENALAN PALSU BOLEH JADI PENGUNDI - keadilan daily
KUALA LUMPUR 2 Oktober: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh
mendedahkan dua nama individu dimasukkan dalam data senarai daftar pemilih
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), walaupun mereka didapati bersalah oleh mahkamah
kerana memiliki kad pengenalan palsu.
“Nama pertama adalah Hassanuddin bin Manna, warga Filipina yang
didaftarkan mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai dalam Parlimen
Sepanggar.
“Nama kedua pula adalah Salleh Samsul, yang memiliki kad
pengenalan dari Sabah dan mengundi di DUN Permas dalam Parlimen Pasir Gudang,”
jelasnya pada sidang media di Parlimen hari ini.
“Ini bukan tuduhan, tetapi mereka didapati bersalah di
mahkamah,” tegas Fuziah sambil menunjukkan salinan semakan daftar pemilih SPR
dan laporan akhbar tentang keputusan mahkamah itu.
Turut hadir dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Sepanggar,
Datuk Eric Majimbun; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Akhbar Daily Express di Sabah pada 26 September lalu melaporkan, Hassanuddin, 37
memberitahu mahkamah beliau membeli MYkad palsu itu pada harga RM1,000 melalui
rakannya, dengan nombor siri 741029-12-5463.
Beliau dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM3,000 atau
penjara sebulan kerana memiliki dokumen palsu oleh Majistret, Norhamizah
Shaifuddin.
Manakala laporan mengenai Salleh juga dilaporkan di akhbar sama
edisi 21 September.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pagi
tadi ketika menjawab soalah Wilfred berkata, kemasukan warga asing di Sabah
tidak mengancam keselamatan negara.
“Ini kerana pemantauan dan penguatkuasaan berterusan badan
kerajaan seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Ikatan Relawan Malaysia
(Rela),” katanya lagi.
Menempelak jawapan tersebut, Ahli Parlimen Kuantan itu berkata,
warga asing yang memiliki kad pengenalan palsu ternyata mengancam keselamatan
negara.
“Mereka mencuri hak dan harapan rakyat Malaysia (kerana)
dibenarkan memilih pemimpin negara,” kecam Fuziah.
Dalam pada itu, Tian Chua mendesak kerajaan Umno BN supaya
menjalankan siasatan dan segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) serta
membersih daftar pemilih sebelum pilihan raya akan datang.
SEMUA DI JEMPUT TURUN BERHIMPUAN
DI KONSERT BERSIH
woiiiiii....bile nak belanja makan nih....dah kaya le weiiiiii
BalasPadamkah kah kah...pok cik kayo..pak cik kayo..pak cik kayo...
BalasPadampak cik dah tak perlu kamu untuk klik iklan pak cik untuk dapet makan gulai itek...
Pak cik dok cadang dapet duet ni pak cik pun nak berancuk juga...kahkah..kah..
Tahniah Pak cik monang kes 4.06 juta
tt..try tgk ni..http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/13595-cukup-dahsyat-nama-roti-canai-najib
BalasPadamUncle sham jutawan segera dek ISA,,wah menyesal pla mansuh ISa,,klu tak kita ramai2 demo and kena tahan isa,,boleh lah jadi jutawan..uncle sham lu turun kk la klu berani. Lu belanja gua montoku,,nanti wa supply lu sumandak cun,,,ahaha
BalasPadamMereka juga buat bisnes Kad Pengenalan Haram rupanya..
BalasPadam2 dalam 1
nama ni ( SUNDUSIN BIN NGANRO) anak jati bugis dapat IC Projek dah ada degree dan bekerja dalam kerajaan. Berlagak nak mamposss.
BalasPadamumaireng bachokeling <-- IC PROJEK JUGAK)
mana hishamuddin cabut lari? baru kau tau siapa tt yang sebenarnya. bukan macam engkau asyik cabut lari
BalasPadamNm roti najib ..xdpt ngudi sbb xde telorrrr..kah kah kah..ni tt punya angkara..bila nk blnje itik pnggang..xjwp mmng tt kaki kelepet...
BalasPadam