Sabtu, 17 November 2012

HANYA JALAN RAYA YANG MEMBAWA PILIHAN RAYA BERSIH






KUALA LUMPUR 12 JANUARI 2013

BALING KEDAH NOVEMBER 1974 

 KOMENNTYAR TUKAR TIUB

sila baca berita di bawah ini:

semua ini dilakukan oleh
united malays national organisation
dengan harapan pakatan rakyat akan pecah

united malays national organisation pasang jarum agar: 
pas akan kutuk dap
dap akan kutuk pkr
pkr akan kutuk pas

ajenda murtad
ajenda islam
ajenda raja melayu
ajenda kapir harbi

dan yang terbaru ajenda hadi nak jadi pm

united malayas national organisation
buat  buat tak sedar
bahawa untuk orang ramai siapa jadi pm tak penting
siapa jadi menteri ini dan itu tak penting
yang penting gulingkan 
united malays national organisation
yang penting porak perandakan ketuanan melayu
yang penting
humbankan united malays national organisation
ke dalam tong sampah sejarah

yang maha penting pada 12 januari 2013
satu juta turun ke kuala lumpur


MUKTAMAR PAS: SARAN KEMPEN ABDUL HADI JADI PM: Meloya

KOTA BAHARU 17 Nov. - Seorang perwakilan Pas berkata parti itu tidak perlu berkempen untuk pemimpin lain menjadi perdana menteri selain Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perwakilan Dewan Ulamak Pas, Hairun Nizam berkata, Abdul Hadi merupakan calon terbaik memegang jawatan perdana menteri sekiranya pembangkang berjaya merampas tampuk pimpinan negara pada pilihan raya umum ke-13.

"Anggota Pas seharusnya meletakkan keyakinan kepada presiden kerana beliau calon berkaliber menjunjung kepimpinan negara dengan dasar yang dirahmati. Bukan sengaja untuk menaikkan beliau, tetapi inilah calon terbaik memimpin negara mengikut lunas dan landasan Islam.

"Bukan sebaliknya berkempen untuk pemimpin lain yang tidak diyakini akan melaksanakan kepimpinan Islam di Malaysia," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada muktamar tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini hari ini.

Hairun turut mengingatkan pimpinan tertinggi Pas tidak memilih calon yang meminta jawatan atau melobi menjadi calon pada pilihan raya umum kerana perbuatan meminta jawatan tidak terdapat dalam Islam.
Sebaliknya calon dipilih melalui keikhlasan ahli yang meletakkan mereka sebagai calon, katanya. - TIEWNAMA

SAYA LEBIH REKA JADI KHADAM 

DARIPADA PM, KATA HADI - minisider

INI RANCANGAN 12 JANUARI


KOTA BHARU, 17 Nov — Meskipun ada perwakilan yang mencadangkan agar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang, pemimpin PAS itu bagaimanapun memilih untuk berbakti kepada rakyat, walaupun tanpa menjawat jawatan tersebut.

“Saya pimpinan yang diajar ... kita tidak boleh diminta untuk menjadi pemimpin,” kata Abdul Hadi ketika sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-58 di sini.

“Sebagai amanah, apa yang penting kita ke Putrajaya dulu, tetapi seboleh-bolehnya, saya mahu menjadi ‘khadam’ untuk negara dan rakyat.”

SEKALI LAGI KITA AMPOH KUALA LUMPUR
 
Jelas Ahli Parlimen Marang itu lagi, menjadi perdana menteri adalah amanah cukup besar, dan seharusnya pemimpin dipilih adalah pemimpin yang dapat menegakkan keadilan kepada rakyat.


Abdul Hadi bagaimanapun turut enggan menamakan individu yang lebih layak untuk menjadi perdana menteri dari dalam PR.

“Orang yang lebih layak adalah orang yang menang pilihan raya,” jawab Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, yang turut hadir dalam sidang media tersebut.



6 ulasan:

  1. apa punya bangang mangkok hayun ini. kita sepatutnya bincangkan bagaimana nak menang pilihanraya dulu dia dah cakap pasal siapa yang patut jadi pm. sebab tu orang ramai payah nak menangkan pas sebab ramai mangkuk yang tak mampu berfikiran secara rasional...cakap saja gah dah tu sombong dan rasa sudah boleh menang...tawaduk la sikit

    BalasPadam
  2. Padang Midin g Gganung

    ada jg perwakilan dlm pas yg mengong!

    ooooiiii sdr Hairun Nizam.... rampas putrajaya dr bn dulu bru citer bodo!!
    bodo tak abih-abih.. lain pemimpin atas pas sepakat dlm pr.... lain mu
    citer dlm perwakilan... bahlol...
    ni jer moda mu dlm muktamar buang masa .... bongok

    BalasPadam
  3. BETULLAH TUR APA DIA CAKAP TURRR....PAKAI JACK HARIMAU LAH DULU...TAKLAH TERBALIK KERETA TUR....KALAU PAKAI JACK FORK LIFT KANG,NAMPAK SANGAT........

    BalasPadam
  4. ni sure amno-apco upa duit sekupang kat hairun nizam... x pun, dia ni sepai amno-apco... x pun otak dia ni sepesen ngan amno-apco... apa2 pun otak dia ni memang tak guna dan tak bole pakai...

    BalasPadam
  5. sama jer perangai org politik, kaki bodek!

    BalasPadam
  6. Org pas yg mcm hairun nizam ni lah yg buat org meluat dgn pas...tak habis2 tunjuk bodoh.....belom apa2 dah tamak nak berebutkan jawatan utk pas. Kerja dulu sampai menang la woibru cerita sapa yg layak jd pm bkn syok sendiri...jgn pasal kamu sorang org meluat dgn pas.

    BalasPadam