UMNO PERLIS BELUM TERIMA SURAT
PELETAKAN MOHSIN - mkini
Badan Perhubungan Umno
Perlis belum menerima surat peletakan jawatan oleh Ketua Pemuda Umno Negeri,
Mohsin Yusoff, yang didakwa menyatakan hasrat itu dalam laman sosial
Facebooknya (FB) kelmarin.
Pengerusinya Md Isa Sabu berkata beliau hanya mendengar
hasrat Mohsin untuk melepaskan jawatan itu tetapi tidak mengetahui puncanya.
Semalam, Mohsin, yang
juga Ketua Pemuda Umno bahagian Padang Besar, meletakkan mesej pada FB
"hari ini saya mengambil keputusan untuk
semia jawatan dalam Umno".
Md Isa, yang juga
Menteri Besar Perlis, berkata, laman sosial bukan saluran rasmi untuk
menyatakan apa jua keputusan penting.
"Saya harap
Mohsin fikir semula keputusannya demi kepentingan parti walaupun beliau ada
alasan berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
jamuan malam sempena sambutan Deepavali di Kangar malam tadi.
Md Isa berkata beliau
telah meminta Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Mat Rawi Kassim bertemu Mohsin untuk
mendapatkan gambaran sebenar mengenainya.
Ditanya sama ada
tindakan Mohsin itu boleh memberi kesan negatif kepada Umno menjelang pilihan
raya umum akan datang, beliau berkata, sedikit sebanyak ia akan tetap memberi
kesan.
Ketika diminta
mengulas kenyataan Mohsin bahawa beliau penat menanggung bebanan dalam
pentadbiran parti sama ada di peringkat negeri, bahagian dan cawangan, Md Isa
berkata setiap pemimpin sememangnya sentiasa penat dalam perjuangan.
Md Isa, yang juga
Ketua Umno bahagian Kangar, berkata setiap pemimpin tidak boleh patah semangat
dalam perjuangan dan meneruskannya walaupun terasa penat.
Mohsin, yang memegang
jawatan Ketua Pemuda Umno Perlis sejak 2009, sebelum ini dilaporkan dalam media
lain bahawa beliau hanya meletakkan jawatan dalam parti tetapi akan tetap
membantu jentera parti menghadapi pilihan raya akan datang.
Beliau yang lebih
dikenali sebagai 'Cikgu Mohsin' juga menyatakan hasrat untuk memberi peluang
kepada orang lain untuk memimpin dan beliau turut berharap anggota Umno
meneruskan perjuangan dan tidak mengejar jawatan dalam perjuangan.- TIEWNAMA
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit....PERLIS SEDANG
BERGELAWAK.... kah kah kah..
kah kah kah...
MUFTINYA DAH LETAK JAWATAN AJK BAITUL
MAL.. kah kah kah...
kah kah kah.... ROMPAKAN SUDAH KUREEEENG... kah kah kah..
kah kah kah.... APA
PUNYA TUUUUR.... kah kah kah..
kah kah kah... KETUA
PEMUDA GEROMBOLAN..... KAKI PUKUL.... LETAK JAWATAN JUGA..... kah kah kah...
kah kah kah.... APA
MAKNANYA SEMUA INI?..... kah kah kah..
kah kah kah...
MAKNANYA DATUK TAN SERI DOKTOR TABIB BOMOH SHAHIDAN KASSIM SEDANG MERANCANG... kah kah kah...
kah kah kah...BUNTUT MAT ISA SEDANG DI BAKAR.... kah kah kah
NOTA:
bayangkan
betapa sejolinya
lermbu shahrizat dengan shahidan kassim
NAK MUNTAH BILA DENGAR PARA PEMIMPIN UMNO-APCO CAKAP 'PERJUANGAN'! PERJUANGAN APA BENDA MANGKUK DAA ? UNTUK POKET,TEMBOLOK ATAU PANGKAT ADA LA NAMPAK ! ABU TOLAK PARA PENYAMUN & PENYANGAK MEMERINTAH NEFARA !
BalasPadamHahaha..benar sungguh la apa yg diungkapkan oleh Md.Isa Sabu tersebut..Dalam perjuangan tidak boleh patah semangat dan perlu meneruskannya tanpa kenal erti penat..Selagi harta benda luar dan dalam rakyat madani ni belum diragut sehabis baik,warga parti keramat ketuanan melayu ni x boleh mudah mengangguk kepada kepenatan..Wajib terus menyamun seolah2 tiada lagi hari esok..hahaha
BalasPadampengemis pun tak guna taktik macam nilah.....inilah taktik...MEMINTA SESUATU TANPA MEMINTA.........taktik paling hina dalam dunia penyamun.....taktik paling bangsat dalam dunia pondan dan taktik paling kejam dalam dunia asid amino.......kakakakaka...nak jadi calon ler turrrrrr...?
BalasPadam