Isnin, 4 Jun 2012

MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA








GAMBAR GAMBAR BERANI LANGGAR


tetamu dijemput khas

1.Hanif Maidin (exhibition curator)
2.Vig (exhibition chief curator)


RABU masih akan bercerita mengenai BERSIH 3.0
8 tuntutan tidak akan diam sebegitu sahaja
dan BERSIH 3.0 tetap akan menjadi sebuah potret demokrasi Malaysia

"ada jurugambar untuk kecantikan,ada jurugambar untuk perubahan
ada jurugambar mendengar RADIO BANGSAR UTAMA"

"BERANI LANGGAR LAPORAN JELAS"






SIAPA DIA MINAH CUN INI?





MINAH CUN DARI UGANDA






SIAPA DIA SI MINAH IRSHAD MANJI INI?

Satu ketika – agak lama juga – aku sedang melayari YouTube. Entah apa yang aku cari. Entah apa yang ingin aku layari. Aku yakin yang ingin aku cari pasti bukan laman porno. Kalau umur aku 16 tahun mungkin laman porno inilah yang akan menjadi teman hidup aku. Kadang-kadang aku merasa marah juga kenapa internet hanya wujud sesudah aku bosan dengan sex.

Mungkin pada malam itu aku sedang mencari dokumentari tentang ganja. Ini kerana aku pernah terbaca tentang kebaikan ganja untuk mengubati migraine. Sebagai pengidap migraine aku memang amat tertarik dengan berita sedemikian. Atau aku sedang mencari dokumentari tentang War on Terror – kempen baru dari kuasa imperial Amerika. Atau aku sedang mencari dokumentari yang bertajuk Forbidden Sex In Saudi Arabia atau dokumentari Jihad For Love.

Aku tidak teringat lagi apa yang sedang aku cari. Secara jujur aku katakan disini – secara tidak sengaja aku 'tersampai' kepada klip temubual seorang Minah. Loghatnya pekat telor Amerika. Mukanya cun dan kiut-miut. Minah ini seorang ahli akademik dari universiti tersohor di Amerika. Kulitnya sawo matang – ada iras-iras Melayu. Cuma hidungnya mancung kalau tidak Minah ini pasti akan dianggap Minah Melayu.

Nama Minah ini ialah Irshad Manji. Lahir di Uganda. Ayahnya berasal dari India dan ibunya dari Mesir. Pada awal tahun 70-an dahulu – dizaman Presiden Idi Amin Dada - telah berlaku kacau bilau dan huru hara politik di Uganda. Ramai pendatang asing dan kaum imigran telah dihalau dari Uganda. Maka keluarga Irshad telah melarikan diri ke Canada. Ketika berpindah Irshad baru berumur 4 tahun.

Sosok ini memang hebat. Dibentuk dari dua budaya tertua dalam tamadun dunia - Hindu dan Arab. Mendapat didikan agama Islam dan sekular di Vancouver, Canada. Pencapaian akademik Irshad cukup cemerlang. Semua maklumat ini aku dapati dari Lebai Google. Kalau salah Lebai Google maka salahlah aku.




Klip yang aku 'terserempak' dalam YouTube itu tidaklah menggemparkan. Si Irshad ini telah menulis sebuah buku bertajuk - 'The Trouble With Islam Today' atau dalam bahasa Melayunya – 'Masalah Islam Hari Ini'. Klip yang aku tonton ini ialah ucapan si Irshad ketika mempromosi buku ini.

Wow! - 'The Trouble with Islam Today' - pastilah satu tajuk buku yang menggemparkan. Dalam suasana kempen 'War On Terror', pastilah buku ini 'meletup'. Dalam strategi kuasa imperial Anglo-Amerika, musuh yang menjadi sasaran pada ketika ini ialah gerombolan fundamentalis Islam. Kalau dahulu yang diserang ialah Soviet Union dan China kerana negara ini menjalankan dasar ekonomi sosialis, hari ini Amerika mengajak kaum kerabatnya melihat Islam sebagai musuh.

Justeru, ketika Irshad mengiklankan buku ini pastilah buku ini akan terjual seperti larisnya pelampong terjual dalam kapal Titanic.

Tetapi dalam masa yang sama aku juga wajib jujur kerana aku belum lagi membaca buku ini. Jadi adalah tidak sopan - tidak bersifat intelektual - jika aku menulis tentang pekara yang aku belum baca. Buku ini dikatakan telah diharamkan dari menemui pembaca macam aku ini di Malaysia. Kenapa buku ini diharamkan wallahhu'alam – tidaklah aku tahu sebab musababnya.

Kemudian aku terlupa akan klip YouTube tentang Irshad Manji ini. Aku tidak pula berusaha untuk menyeludupkan buku 'The Problems With Islam Today'. Aku berpendapat tanpa buku si Irshad ini, aku sendiri telah mengetahui banyak masalah yang sedang dihadapi oleh penganut agama di Malaysia ini.

Mustahil aku tidak menyedari tentang kisah-kisah keluarga berebut-rebut mayat. Tentang kubur-kubur digali kembali untuk melihat sama ada si mati ini bersunat atau tidak. Tentang perebutan anak kerana si Ayah dari 'taniwalla' telah menjadi penganut yang soleh. Mustahil aku tidak mengetahui tentang Lina Joy. Malah aku juga tahu dan kenal kisah-kisah anak-anak muda yang dilamun cinta.

Tetapi cinta mereka terhalang kerana berlainan agama. Ada anak muda yang mengundurkan diri dari Malaysia kerana mahu berkahwin tetapi tidak mahu menukar agama. Ada anak muda yang lari dari Malaysia kerana ingin menukar agama.



Mustahil aku tidak menyedari tentang 'hukum sebat' yang dikenakan ke atas para penganut atas nama Islam. Mustahil aku tidak mengetahui bagaimana agama telah digunakan untuk menipu golongan miskin. Bagaimana agama telah digunakan untuk menghalalkan tanah orang kampung dirampas.

Bagaimana agama digunakan untuk menafikan hak warga dari ditipu dalam pilihan raya. Bagaimana salasilah budaya Melayu telah diroboh dan dirosak-punah atas nama agama.

Justeru, aku merasakan tidak perlu aku mencari buku yang telah diharamkan ini. Di hadapan mata aku ada bertaburan ayat-ayat yang belum disusun untuk dijadikan buku. Bertaburan naratif tentang kehidupan warga yang terseksa kerana agama. Bertaburan kisah absurd jika dipentaskan akan menandingi kerja teater Luigi Pirandello.

Tiba-tiba dua minggu lalu aku terbaca kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas yang ingin melarang kemasukan seorang hamba Allah ke Malaysia. Aku menyangka hamba Allah ini adalah warga Indon kerana namanya macam nama Melayu. Aku hairan dan ingin mengetahui apa pula kesilapan Mat Indon ini sehingga perlu dilarang untuk memasuki Malaysia.

Lalu aku bertanya dengan Lebai Google. Demi Zeus, aku terperanjat besar. Hamba Allah ini bukan lelaki dari Jawa. Rupa-rupanya hamba Allah ini tidak lain dan tidak bukan ialah hamba Allah yang pernah aku terlihat dalam YouTube dahulu. Irshad Manji sedang melakukan lawatan ke Indonesia. Dia juga sedang merancang untuk datang ke Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur dikatakan Si Minah ini akan mengadakan perbincangan terbuka di sebuah gedung ilmu. Aku juga difahamkan bahawa Irshad Manji ini akan melancarkan bukunya yang telah di Melayukan.

Mendengar gedung ilmu ini menjadikan aku terangsang. Aku ingin juga melihat dengan mata kepala aku sendiri muka cun si Irshad Manji ini. Kemudian berita kesampain Irshad Manji ini senyap. Aku tidak tahu apakah dia akan datang atau tidak. Apakah tuntutan dari Dewan Pemuda Pas itu telah ditunaikan.



Kemudian seorang kawan yang juga seorang penulis memberitahu bahawa perbincangan pencerahan universiti telah dibatalkan. Dua buah universiti telah membatalkan program pencerahan ini. Pelancaran buku terjemahan Irshad di sebuah kedai buku tersohor juga dibatalkan sama.

Untuk aku pembatalan sebagini bukan satu yang baru. Ketika aku membuat teater Tok Ampoo pada tahun 1999-2000 telah beberapa kali beralih tempat walau pun tiket telah terjual. Tekanan dari pihak berkuasa menjadikan tuan empunya dewan kecut lagi mecut.

Dalam masa yang sama aku terbaca dalam media tradisional tentang beberapa NGO Melayu Islam menuntut agar Irshad Manji tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Jika telah masuk, maka wajib dihalau keluar dan program Irshad Manji ini diharamkan.

Mengikut tuntutan NGO ini, pandangan Irshad Manji ini amat-amat berlawanan dengan Islam. Akhirnya aku diberitahu Dewan Perhimpunan China telah bersetuju menyewakan dewan untuk Irshad Manji melancarkan bukunya.

Petang itu aku menapak ke Dewan Perhimpuan China. Aku terlewat 10 minit. Ertinya aku tidak mendengar ayat-ayat suci awal yang telah dibaca oleh Irshad tentang perlunya kita merendah diri dan tidak angkuh kerana kita semuanya hamba Allah.

Untuk aku tidak ada apa-apa yang belum pernah aku dengar dan aku baca tentang Islam yang dikatakan oleh Irshad. Aku mengetahui bagaimana Baitul Hikmah didirikan di zaman Khalifah Harun al-Rashid dan anaknya al-Ma’mun. Ini di zaman kegemilangan pemerintahan Abbasid dikurun ke 9 hingga ke-13. Baitul Hikmah atau Gedung Ilmu ini menjadi sarang pemikir yang membawa ahli falsafah, guru dan murid dari Timur dan Barat. Kota Baghdad menjadi kota ilmu dimana segala buku yang boleh ditemui di zaman itu akan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

Ketika kota Baghdad bersinar sebagai kota ilmu, Eropah masih lagi dalam Zaman Gelap - Dark Ages. Ingin aku merakamkan disini bahawa semua buku-buku falsafah Greek kuno - tulisan Aristotle, Plato, Xenophanes, Phthagoras, Epicurus - semuanya diterjemahkan untuk keilmuan pemikir Arab dan kaum kerabat di Baitul Hikmah.

Wajib juga aku rakamkan disini bahawa Al-Farabi ahli falsafah tersohor itu juga dinobatkan sebagai Aristotle Kedua. Peranan Al-Farabi dan ahli-ahli falsafah Arab merungkai falsafah Greek kuno seperti Aristotle, Socrates dan Plato hingga terbuka pintu Pencerahah/Renaissance di Eropah. Berakhirnya Zaman Gelap di Eropah adalah hasil pemikiran falsafah Arab.




Aku menulis tentang Pencerahan dan falsafah Greek ini kerana aku amat yakin bahawa perbincangan terbuka - berpandukan ilmu dan falsafah adalah jalan terbaik. Kita semua membaca berita pembuangan bayi setiap bulan. Kita juga membaca hukum hakam yang dikeluarkan seolah-olah mereka yang membuat hukum hakam ini 'sedang online dengan Yang Maha Esa'. Kita juga dihadapkan dengan pelbagai fatwa dan fatwi.

Pada hemat aku, menutup dari membincangkan perkara-perkara ini kerana mereka yang ingin berbicara tanpa tauliah atau tidak tahu berbahasa Arab tidak lagi dapat diterima pada zaman internet ini. Ilmu pengetahuan kini bertaburan dan bersepah-sepah. Dimana sahaja boleh ditemui.

Buku Irshad yang diharamkan itu boleh dimuat turun dari laman rasmi Irshad Manji. Menahan anak-anak muda kita dari mengetahui tentang seks dan hubungan seksual dalam zaman internet ini samalah seperti menahan matahari muncul dari sebelah Timur. Kepelbagian pandangan wajib dihamparkan, dibincangkan dan dirungkai. Yang baik diterima dan yang tidak sesuai ditolak.

Inilah satu perkara yang aku rasa sebagai kunci dan isi kandungan ceramah Irshad Manji di Dewan China pada petang itu. Umat Islam - menurut Irshad Manji wajib menerima kepelbagian. Kepelbagaian yang wujud dalam dunia ini adalah juga rahmat dari Allah. Kepelbagian ini wajib dirayakan bersama.



Petang itu Irshad tidak 'berkhutbah' panjang. Selesai berceramah ada sesi soal jawab. Sesi soal jawab ini menjadi menarik kerana ini berkait dengan buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' yang juga dilancarkan sama.

Untuk aku si Irshad Manji menjadi kontrovesi kerana dia secara terbuka telah jatuh cinta dengan wanita. Cinta sajenis ini menjadi perbincangan hebat. Keberahian perempuan terhadap perempuan ini dikatakan oleh satengah alim ulamak sebagai unsur yang menghuru-harakan Islam.

Akhirnya disini aku ingin merakamkan tentang Abu Nawas penyair dizaman Khalifah Harun Al-Rashid - dizaman kegemilangan ilmuan di Baghdad. Abu Nawas atau Abu-Nuwas al-Hasan ben Hani al-Hakimi (756-814) - adalah juga seorang lelaki yang telah jatuh cinta dengan lelaki. Abu Nawas menulis puisi khamriyyat – merayakan air anggur - genre puisi yang mempengaruhi Omar Khayyam dan Hafiz. Abu Nawas juga membawa syair bergenre mujuniyyat - humour erotik - tentang lelaki jatuh cinta dengan lelaki. Hingga ke hari ini singgahlah ke bumi Arab pasti akan kedengaran puisi-puis ini. Qasidah Abu Nawas terus didendangkan untuk dirayakan hingga ke hari ini.

Di zaman pemerentahan Khalifah al-Amin - putera Harun al-Rashid , Abu Nawas duduk setaraf bersama para Iman, Kadzi dan ahli falsafah untuk membincangkan keilmuan dan garis tamadun manusia. Keberahian Abu Nawas terhadap lelali tidak menggugat perkembangan keilmuan Baitul Hikmah.(TT)


layari radio bangsar utama untuk punk rock:





PILIHAN RAYA KE 13 TIPU JIKA 8 TUNTUTAN BERSIH TIDAK DI TUNAIKAN












KOMENTAR TUKAR TIUB

jelas united malays national organisation
telah hilang pengaruh
jelas orang ramai telah menolak gerombolan
jelas orang ramai akan humbankan gerombolan

tapi awas!

gerombolan sedang merancang
gerombolan akan menang dalam pru13 ini

bagaimana?

1- mat bangla diberi kad penganalan
2- mat indon diberi kad pengenalan
3- mat myanmar diberi kad pengenalan
4- kawasan mengundi dialih macam kes MB selangor
5- nama pengundi dihilangkan
6- mat indon mat banglamat mayanmar menjasi pengundi hantu
7- 240 ribu pekerja spr mengundi awal TAPI tak guna dakwat kekal
5- pengundi pos masih wujud

DAKWAT KEKAL
ini satu penipuan
kerana 240,000 pekerja spr
yang mengundi awal tidak akan
dikenakan dakwat kekal
mereka ini akan mundar mandir
untuk mengundi bekali kali
untuk memastikan gerombolan menang


KALAU DITIPU - RAKYAT AKAN BERDEMO



SELANGOR
diselangor sahaja ada 450,000 nama pengundi
yang todak diketahui asal usul
kerajaan selangor sedang cari satu persatu

ketua kampong
ahli jkk
tok penghulu
semua telah diarah untuk kenal siapa pengundi bari ini
justeru ini akan mengambil masa
kerana itu jika najib buat pilihanraya

selangor TIDAK akan ikut

selangor hanya akan mengadakan pilihanraya
sesudah nama nama ini dikenal
dan nama nama ini dibersihkan dari senarai pengundi

PRU 13 AKAN DATANG
jika gerombolan menang
sebelum 8 tuntutan bersih ditunai
sebelum senarai piliharaya dibersihkan
sebelum isu kad pengenalan segera diselesaikan

makan kemenangan gerombolan adalah dengan cara tipu
rakyat akan marah
bila rakyat marah
rakyat akan kelaur ke jalan raya

disini madey dan muhyiddin telah berkata
yang rakyat akan keluar berdemo

kalau orang ramai tidak ditipu
orang ramai tak perlu berdemo

orang ramai akan keluar berdemo
kalau mereka ditipu
ini bukan satu ancaman
ini satu janji


RAKYAT BERDEMO KALAU DITIPU




PENIPUAN BESAR_BESARAN DALAM PRU13
- harakah daily

KUALA LUMPUR: Adakah penipuan besar-besaran akan dilakukan dalam pilihan raya umum sehingga pemimpin Umno berulang kali menuduh Pakatan Rakyat akan berdemonstrasi jika tewas, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

" Muhyiddin (Yassin) ulang semula tuduhan Mahathir dan mendakwa Pakatan akan mengadakan demonstrasi besar sekiranya tewas dalam pilihan raya akan datang.

"Kenapa? Adakah penipuan besar-besaran sedang dirancang dan akan dilakukan dalam pilihan raya akan datang sehingga kerap sangat memberikan isyarat awal PR akan kalah," soal beliau.

Muhyiddin ketika melancarkan jentera Barisan Nasional Kuala Lumpur semalam, menyetujui pandangan Dr Mahathir yang menuduh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu merupakan pemula kepada kekacauan pilihan raya.

Bagi Mohamad, beliau sudah menjawab tuduhan itu dalam ucapannya semasa Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Alor Setar Jumaat lalu.

Dalam ucapannya itu, beliau mengulangi penegasan bahawa PAS memilih demokrasi untuk ke Putrajaya.

Malah, katanya lagi dalam ucapan itu, walaupun penindasan demi penindasan dihadapi, PAS tetap menjunjung demokrasi dengan berceramah, memberi kuliah, menyebarkan risalah, berforum dan mencetak akhbar.

PAS, katanya lagi, terus komited dengan demokrasi walaupun ahli-ahlinya dipenjara dan dibunuh.

Hadirin yang hadir dalam himpunan itu melaung tanda setuju apabila Mohamad berkata kerajaanlah yang memaksa rakyat keluar ke jalan raya.

"Rakyat keluar ke jalan raya adalah pilihan pemerintah. Pemerintahlah yang selalunya memaksa rakyat keluar ke jalan raya

"Mereka menipu dalam pilihan raya, mereka tipu daftar pemilih.

"Kalau ini kerajaan lakukan bererti kerajaan Barisan Nasional mengundang rakyat ke jalan raya," kata Mohamad dan disambut dengan gemuruh oleh ratusan ribu yang hadir dalam himpunan itu.


radio bangsar utama laporan berani lawan:






SILA BACA INI - AMAT PENTING UNTUK JANGAN DITIPU












KOMENTAR TUKAR TIUB


rancangan untuk menipu dalam pilihan raya
telah diketahui oleh orang ramai

united malays national organisation
tidak lagi mendpat sokongan

justeru hanya degan menipu
hanya dengan undi hantu
hanya dengabn undi bangla
hanya dengan undi indon
hanya dengan undi myanmar
hanya dengan undi pos
hanya dengan pekerja spr mengundi berulang ulang
baru lah gerombolan dapat menang

dibawah adalah ucapan haji hadi
jelas ucapan ini menunjuakan bahawa
parti pas dan pakatan rakyat sedar
tentang rancangan untuk menipu ini

para pengundi wajib waspada!


SELEPAS SELESAI PENIPUAN BARU BUAT PILIHAN RAYA - harakah daily

KUALA LUMPUR: Selepas penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.

"Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataannya kepada media.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.


DUA EKOR MERANCANG PENIPUAN






BILAKAH TARIKH PILIHAN RAYA


Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak. Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia.

BN yang berketuakan Umno mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenanganya dengan segala cara, daripada menggunakan media sebelah pihak, menabur politik wang rasuah, menyalahggunakan duit negara, memaksa jentera kerajaan, menambah pengundi dengan pelbagai cara, sehinggalah menentukan tarikh pilihanraya.

Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat manjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengendalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya.

Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum.

Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja pilihanraya umum selesai diadakan.

Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum.

Hanya negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja memerintah, seperti negara komunis dahulu dan negara sapertinya, kerajaannya menetapkan pilihanraya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan.

Di negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya.

Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur.

Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan.

Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh.

Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun.

Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak ditempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN.

Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik. Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan.

Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihanraya sebelum pilihanraya lagi.

Bahawa parti kerajaan pasti menang mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus. Namun negara tersebut ikut sama melakukan Islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar.

Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun.

PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional.

Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan.

Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan, tetapi bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri.


PRESIDEN PAS
Tuan Guru Abdul Hadi Awang


layari sekarang:






MENUNGGU FILEM : MURTAD KU MURTAD KU JUA - HASAN ALI JATI




KUASA TENAGA MATAHARI




NOTA:
lihat bagaimana kuasa matahari
sedang digunakan untuk menjalan
kempen memurtadkan orang melayu

rancangan licik dan jahat orang kristian ini
hanya di ketahui oleh hasan ali jati

bagaimana kitab injil boleh mendapat tenaga
dari sinaran matahari hingga ke hari ini
hanya hasann a
li jati saje yang tahu
kah kah kah

KDN TAYANG VIDEO BERSIH 3.0 RABU INI - meloya

KLUANG 3 Jun - Tayangan video 'sebenar' mengenai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, boleh ditonton oleh orang ramai di laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN), Rabu ini.

Hishammuddin Hussein berkata, proses memuat naik rakaman video yang dipanggil The Good, The Bad and The Ugly di laman web KDN, akan selesai selewat-lewatnya Selasa ini.

"Selewat-lewatnya Selasa ini, insya-Allah dapat dimuatkan dalam laman web KDN dan pagi Rabu orang ramai dapat melihat sendiri visual yang dapat kita kumpulkan daripada pelbagai pihak.

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG


woit...PASAL APA LAMBAT SANGAT.... kah kah kah....

kah kah kah...TAK KAN ADA ADIGAN TAMBAHAN KUUUT.... kah kah kah

kah kah kah... MESTI ADA TAMBAHAN ISAP ISAP.... kah kah kah..

kah kah kah..BUATLAH TAMBAHAN LIWAT LIWAT ...kah kah kah..

kah kah kah... BUAT ADIGAN BABI PANGGANG.... kah kah kah..

woit...BARU BEST.... kah kah kah...

woit... APA JADI DENGAN FILEM MURTAD KU MURTAD KU JUGA.... kah kah kah..

kah kah kah... APAKAH BELUM LEPAS PENAPISAN LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah.... SATU DUNIA SEDANG TUNGGU MURTAD KU MURTAD KU JUA....kah kah kah..

kah kah kah...KESAH MURTAD KERANA SOLAR POWER..... kah kah kah..

NOTA:
macam macam dibuat
semua untuk menipu
semua menipu melayu
kah kah kah




radio bangsar utama berani langgar:





MUHYIDDIN BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA



KOMENTAR TUKAR TIUB


muhyiddin yassin ini
memiliki pandangan yang baik
muhyiddin yassin ini memiliki
didikan agama berbanding dengan najib

justeru muhyiddin adalah lebih tepat
untuk menjadi perdana menteri negara ini

dengan latar belakang agama
dengan latar belakang keilmuan ekonomi
jelas muhyiddin inilah yang sepatutnya
menjadi perdana menteri malaysia

jika muhyiddin menjadi pm
banyak masalah negara ini akan selesai
muhyiddin tidak akan di cari oleh interpol
muhyiddin tidak terlibat dalam kes bunuh

dengan ini marilah kita semua
mengangkat muhyiddin yassin
sebagai pengganti najib yang
terlibat dalam kes rasuah dan kes bunuh
najib sedang di buru oleh interpol








MUHYIDDIN : PESERTA HIMPUNAN HIJAU MUNGKIN DIBAYAR
- mkini

Muhyiddin Yassin berkata peserta Himpunan Hijau anjuran PAS di Alor Setar, Kedah mungkin dibayar supaya hadir.

Katanya, peserta berkenaan mungkin dibayar supaya hadir dari seluruh negara, katanya.

PAS juga terpaksa membuat perhimpunan tersebut untuk menunjukkan bahawa mereka masih mempunyai sokongan, katanya yang mendakwa sokongan parti itu di Kedah semakin menurun.

Perhimpunan pada Jumaat lalu menyaksikan penyokong PAS yang berpakaian hijau membanjiri Stadium Darul Aman. Malaysiakini menganggarkan 50,000 hadir di perhimpunan tersebut dan beberapa akhbar harian berbahasa Cina menganggarkan 100,00 yang hadir.

Penganjur bagaimanapun menganggarkan jumlah kehadiran seramai 150,000 orang.


layari radio bangsar untuk punk rock:







ANTARA DUA DERAJAT




YA AMPOOON YA DATUK






DARI FACEBOOK RAZALI ABD GHAFAR
gempar....pemuda umno johor mohon dr asri tidak dibenarkan masuk johor kerana mendedahkan gambar perbezaan sultan johor dan sultan kelantan... — .








DI BERI TAHU UNTUK SEMUA



NOTA:
apa terjadi dengan kes pukul lari ini
apakah mata mata telah menjalankan siasatan
apakah orang ramai ingat lagi kes ini?

kes:
anak muda dalam gambar ini telah dibelasah
oleh kerabat di bukit bintang - pada siang hari
hinnga ke hari ini tidak ada khabar berita



rabu - hanya berita berani langgar






CUBA TEKA - SIAPA SUKA BACA BERITA INI?




JANGAN BUAT FITNAH





100,000 AMAH INDONESIA DIPERLUKAN
- meloya

SEGAMAT 3 Jun - Malaysia masih memerlukan kira-kira 100,000 pembantu rumah dari Indonesia bagi menampung permintaan dan keperluan semasa selepas pembekuan penghantarannya ditarik balik baru-baru ini.

Menteri Sumber Manusia, S. Subramaniam berkata, pihaknya menerima antara 70,000 hingga 80,000 permohonan untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia ketika ini dan jumlah tersebut terus meningkat.

"Sekarang ini kita mempunyai lebih 200,000 pembantu rumah dari luar negara. Daripada jumlah itu, 150,000 orang dari Indonesia, 30,000 Kemboja manakala selebihnya dari negara lain.

"Indonesia kini sedang melatih pembantu rumah tetapi mereka lebih memilih untuk ke Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kerana gajinya lebih tinggi," katanya. - UTUSAN MELOYA


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...CUBA TEKA BERITA INI MENAKUTKAN SIAPA?.... kah kah kah...

kah kah kah... KENAPA EMAK DINO ENTOT ENTOT TAKUT BERITA INI...kah kah kah...

kah kah kah... SIAPA GUMBIRA BACA BERITA INI?.... kah kah kah..

kah kah kah....KENAPA GUMBIRA BILA BACA BERITA INI?.... kah kah kah...


laporan berita berani lawan: