HIMPUNAN KONSERT BERSIH SABTU 13 OKTOBER
STADIUM KELANA JAYA
JAM 4 PETANG - 12:00 MALAM
MAHATHIR, SOROS DAN DOLAR
AMERIKA
Suaram ialah sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia. Pada
tahun 1987 , Mahathir telah melancarkan
Operasi Lalang dan menangkap 106 musuh politiknya. Kerana Mahathir menggunakan
ISA menentang musuh politiknya maka Suaram ditubuhkan. Justeru, tidak salah kalau umum berkata ‘ Suaram ini ditubuhkan oleh Mahathir
Muhamad sendiri’.
Satu pekara yang wajib
diberitahu kepada warga ialah dalam
negara Malaysia yang kurang hak kebebasan ini
amat-amat susah untuk menubuhkan NGO dibawah lembaga Pendaftaran
Persatuan. Lebih senang mendirikan perniagaan
rumah judi dan membuka ‘kedai
lendir’ dari mendirikan NGO.
Kerana tekanan banyak maka NGO di Malaysia ini ditubuhkan di bawah
lembaga Pendaftaran Syarikat. Suaram
dikata ‘berniaga’ melalui Suara
Inisiatif Sdn Bhd. Ini kerana tidak dapat mendafar diri sebagai satu pertubuhan. Hanya
dengan mendaftar sebagai sebuah syarikat barulah NGO ini dapat bergerak halal.
Pada ketika ini Suaram dan
banyak NGO Malaysia sedang diserang dan
menerima pelbagai tuduhan. Sebenarnya Suaram
diserang kerana membawa kes
rasuah pembelian kapal selam Scorpene ke
mahkamah Peranchis. Kes ini pula berkait rapat dengan kes pembunuhan
Altantuya - gadis cun dari Mongolia yang
dikatakan oleh Balasubramaniam sebagai
bekas ‘penyedap’ Najib Razak.
Kes Scorpene di
Mahkamah Peranchis yang sedang berjalan.
Dari laporan awal telah disahkan bahawa mahkmah akan memanggil Balasubramaniam, ayah mendiang Altantuya Profesor Shaaribu,
Najib Razak dan Razak Baginda sebagai saksi.
Saheh dan jelas - kes
Scorpene di Paris menjadi sebab utama serangan datang bertubi keatas Suaram.
Mahkamah Paris akan membuktikan bagaimana Najib
Razak dan Razak Baginda meminta ‘duit sogokan’ dari syarikat DCNI –
pembuat kapal selam. Bukan kecik anak
duit yang diminta oleh Najib. Laporan
awal dari mahkamah telah emnunjukkan Najib meminta 3 bilion ringgit dari DCNI.
Najib dan Razak Baginda
boleh mengabaikan saman untuk tidak datang ke Paris. Tetapi impak dari surat
saman ini cukup besar. Bayangkan Perdana
Menteri Malaysia ada saman ‘
wanted’ dari mahkamah Paris. Kes rasuah ini pula melibatkan
pembunuhan seorang Minah cun. Minah
bergetah ini pula adalah bekas kekasih
Perdana Menteri Malaysia. Berita ini pasti akan menggempakan dunia gosip Eropah. Ini lebih hebat dari gambar susu
Duchess of Cambridge. Oleh kerana
ini Suaram wajib ditalkinkan kerana
telah meletakan bom jangka ke dalam beg Birkin Rosmah Mansor.
Bagaimana pula dengan
peranan Pak Cik Soros? Betulkah si Soros ini memberi dana kepada Suaram? Apa tujuan memberi dana ini? Apa pula peranan
Yahudi dan Amerika dalam membiyai NGO di Malaysia?
Selama berpuluh-puluh tahun
manusia Melayu Islam telah dijulingkan
pandangan mereka dengan tuduhan bahawa Yahudi adalah pembawa masaalah. Dari Pak
Lebai di kampong, ke Ustaz di sekolah, ke YB di Parlimen – jika ada sahaja masalah maka semuanya
berpunca dari Yahudi. Akhbar dan media
pula sering bertandak memperkukuhkan pandangan rasis ini.
Memang betul Soros itu
seorang Yahudi. Sama juga saperti Nabi
Isa, Nabi Musa, Nabu Yakob, Nabi Yahya –
kesemua mereka ini berketurunan Yahudi. Tetapi disini bukan keYahudian Soros
yang dipertikaikan. Yang menjadi puncanya ialah duit Soros yang
bergantang-gantang itu telah disalurkan kepada badan NGO yang bergerak di
seluruh dunia.
Sekali lagi saya ingin
menerangkan disini bahawa Yahudi itu ialah bangsa dan agamanya ialah
Judaisma. Ada Yahudi beragama dan
banyak juga Yahudi
yang tidak beragama.
Yang membuat huru hara dalam
dunia hari ini ialah Zionisma. Zionisma adalah gerakan politik. Gerakan politik
inilah yang menjajah bumi Palestin. Ramai Yahudi
menentang Zionisma. Ramai Yahudi
tidak bersetuju dengan penubuhan Israel.
Gerakan Zionist International
berkerja rapat dengan kapitalis antarabangsa. Kaum Zionis dan kaum kapitalis
ini tidak ada agama, bangsa, bahasa atau
negara. Tuhan kaum Zionis dan kaum
Kapiltalis ialah dolar, riyal dan ringgit.
Sayugia diingatkan ramai
Yahudi menentang Zionisma. Sayugia
diingatkan selain dari New York, Tehran ialah kota yang paling ramai didiami oleh Yahudi. Malah Pak Cik Soros sendiri tidak menyokong
gerakan Zionis dan tidak mengidentifikasi dirinya sebagai warga Israel. Soros
adalah warga Amerika - imigran yang berasal usul dari Hungary.
Lalu timbul persoalan kenapa
Soros – yang kaya raya sebagai peniaga mata wang – memfaraidkan banyak hartanya
kepada NGO. Soros bukan sosok sosialis jauh sekali untuk bersimpati kepada
gerakan komunis.
Soros ialah seorang kapitalis
yang percaya bahawa peranan kerjaan/daulah/state dalam urus niaga perlu
dikurangkan. Soros yakin hanya melalui perdangan bebas barulah negara dapat maju berkembang. Soros
berkeyakinan jika sebuah negara itu mengamalkan demokrasi maka warganya boleh
memperbaiki kehidupan.
Keyakinan Soros ini lahir
dari pengalaman dirinya yang lahir dan
membesar di Hungary - negara
sosialis dimana daulah memiliki kuasa mutlak. Soros berpindah ke Amerika dan
berjaya mengumpul harta. Dari pengalaman pribadi ini Soros yakin kebebasan individu adalah rukun untuk
kejayaan. Juga sebagai seorang kapitalis Soros tidak mahu campur tangan
kerajaan/daulah dalam urusan perniagaan.
Berapa banyak harta kekayaan
Pak Cik Soros bukan ajenda kita. Apa yang ingin saya terangkan disini ialah
wujudnya garis pertemuan diantara
falsafah Soros yang mahukan dunia ini bebas dan gerakan NGO yang juga
memperjuangkan demokrasi dan hak asasi.
NGO di Malaysia mahukan
sebuah negara yang adil, bebas dan
demokratik. NGO di Malaysian mahu pilihan raya yang bebas dan adil. NGO Malaysia mahu media yang bebas tanpa
sekatan. NGO Malaysia menolak tahanan
tanpa bicara. Semua nilai-nilai yang
dihayati oleh Pak Cik Soros.
Justeru George Soros, seorang Yahudi peniaga mata wang telah
mengarahkan Open Society Institute (OSI)
untuk menghulurkan dana kepada
NGO di Malaysia. Maka dari jalur inilah
Suaram mendapat sebahagian dari dana sokongan.
Sokongan dana dari Pak Cik
Soros ini bukan hanya ke Malaysia, malah
di Afrika, di negara Arab, di Amerika Latin, di
Eropah Timur – Yayasan Soros
telah mencurahkan dana untuk mengembangkan demokrasi.
Kenapa sekarang timbul hal
Pak Cik Soros ini? Ajenda anti NGO yang
dilancarkan oleh United Malays National
Organisation ini memiliki latar yang menarik. Parti politik ini sedang
dalam keadaan nazak. Semenjak kekalahan
dalam PRU12, parti politik ini telah melakukan pelbagai kerenah untuk
mengembalikan sokongan rakyat terutama
manusia Melayu.
United Malays National
Organsiation telah bersubahat membalingkan kepala babi ke dalam masjid. Telah
bersubahat membakar gereja. Telah bersubahat mencurahkan cat ke masjid. Telah
mengosong kepala lembu ke Pejabat Kerajaan Selangor. Semua yang
diharap-harapkan untuk menaikkan kemarahan
orang Melayu telah dilakukan. Semua yang dirancang untuk menimbulkan ketengangan bangsa-bangsa telah
dilakukan oleh budak suruh atau anak syarikat parti ini.
Hasilnya meleset. Orang
Melayu tidak ambil pot. Orang Melayu tidak
mengamok bila ditemui kepala babi dalam masjid. Orang Melayu buat deeek
apabila surau dan masjid di simbah
cat. Apa sudah jadi? Jawabnya ialah orang Melayu sedar bahawa semua yang berlaku adalah
rancangan dan komplot dari United Malays National Organisation untuk
mencari sokongan Melayu.
Lalu, Majlis Fatwa berfatwa.
Lalu Mufti bermufti-muftian dengan suara khutubahnya. Jabatan agama telah membuat arahan. Iman tua dan Imam muda telah membebel. Sultan
telah bertitah. Semua meminta agar orang
Melayu bersatu. Semua meminta agar orang Melayu memberikan sokongan kepada
United Malays National Organisation.
Hasilnya zero..zilch.. sifar... orang Melayu tidak ambil pot.
Bayangkan betapa gementarnya
tubuh badan pemimpin United Malays
National Organisation apabila menghadapi hakikat yang PRU13 akan dijalankan
tidak lama lagi. Pengundi China telah lama lari. Pengundi India pecah terbarai.
Di Sabah dan Sarawak nasionalisma
Kadazan dan Dayak sedang melonjak. Semangat anti Semenajung kian merebak. Semua ini adalah tanda-tanda parti Ketuanan
Melayu ini akan lungkup.
Maka keluarkan Mahathir
Muhamad saperti saekor kaldai tua dengan teori Yahudi dan George Soros. Sayang
sekali si kaldai tua ini tidak sedar zaman
telah beredar. Pada satu ketika dahulu
si kaldai tua ini amat bijak dengan auta
putar belit, tetapi hari ini segala autanya telah diketahui imum.
Setiap hari Mahathir Muhamad
mengeluarkan fatwa – tentang Melayu hilang kuasa, tentang Melayu akan jadi
hamba, tentang Melayu tidak berterima
kaseh, tentang Melayu tidak bersyukur,
tentang Melayu akan jadi kuda China, tentang kuasa politik Melayu kian
mengecil.
Mahathir bersedih. Dia
merayu. Dia menangis pilu di Mingguan Malaysia.
Dia mengingatkan bahaya Soros dan Yahudi kepada orang Melayu. Auta punya auta – kelentong punya kelentong
- Mahathir terlupa bahawa Yayasan Perdana yang dipimpin oleh dirinya sendiri pernah
meminta duit dari Pak Cik Soros. Tunggu
ceritanya minggu hadapan. (TT)
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN
yang terbaru
sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-22-72-40-45