Rabu, 12 Disember 2012

BERITA GUMBIRA - SYABAS NAK MUDA - PERAK DAN SELANGOR TELAH BERGERAK


KOMENTAR TUKAR TIUB
jadikan kamera AES ini ajenda untuk dapat undi
kamera AES ini adalah peluru yang baik 
untuk dijadikan peluru untuk menghasut rakyat
dalam pru13 nanti

malah isu kamera ini tidak disokong
oleh ketua pemuda gerombolan sendiri

 KAMERA INI DI SELANGOR
INI SEBELUM DI CAT MERAH

KAMERA INI TELAH DI CAT MERAH
BELANJA CAT MERAH
TAK SAMPAI 10 RINGGIT
KALAU KENA SAMAN
LEBIH MAHAL

JPJ kesan empat kamera AES di Perak dirosakkan
 
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengesan empat kejadian vandalisme ke atas kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada tujuh yang dipasang di beberapa lokasi, antara Oktober dan November lepas.

Pengarah JPJ Perak, Ramli Awg Seberang berkata ia melibatkan kamera yang dipasang di Km205.6 berhampiran Kamunting dan Km373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan.

Beliau berkata sebuah lagi kamera di Jalan Pasir Putih di Ipoh juga dipercayai ditumbangkan dan sebuah lagi di Sungkai disembur cat hitam.

"Kita kategorikan semua kes ini sebagai kes vandalisme berat," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai AES kepada jabatan dan agensi kerajaan, pihak media dan badan bukan kerajaan di Ipoh hari ini.



--------

DEEPAK TERUS BERMURAI KE HULU KE HILIR


KOMENTAR TUKAR TIUB
kelmarin tukar tiub ada menyatakan
bahawa telah ada jalur pemikiran dalam
united malays national oprganisation

untuk meminta najib jangan bertanding
tetapi terus menjadi presiden parti

jalur pemikiran ini telah mula dibincangkan
malah sampai ke tahap majlis tertinggi

kesah kesah dari deepak jaikishan

kenyataan akhbar dari deepak
pembocoran dari deepak
semua menjadi dorongan kepada jalur ini

najib dilihat sebagai beban yang amat berat

ini belum lagi diambil kira betapa  terseksanya
ketuanan melayu memikul rosmah mansor

MENUNGG NAJIB UNDUR



NOTA:
pakatan rakyat wajib bersedia
wajib memikirkan jika najib undur
dan muhyiddin  ke hadapan



Bom dari Deepak: SD 2 Bala sekat hal lebih besar

Harakahdaily,12 Dis 2012



KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan (gambar) mendedahkan, penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam bukan untuk menyelesaikan isu SD itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

"Satu faction lagi dalam Umno yang tidak mahu Datuk Najib menjadi Perdana Menteri, mereka ada kepentingan mereka.


baca seterusnya disini:
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/15206-bom-dari-deepak-sd-2-bala-sekat-hal-lebih-besar



------

ORANG INDIA BERDEMO L:AGI SEKALI




DEMO  TELAH  BERMULA
PETANG INI DI PUTRA JAYA
12 JANUARI 
KITA BERJUMPA 
DI KUALA LUMPUR

Isu kerakyatan: Peserta himpunan berarak ke JPN

Sekumpulan kira-kira 2000 orang berhimpun di Putrajaya pagi ini dan berarak ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu taraf kerakyatan ekoran dan dokumen pengenalan diri.

Kumpulan berkenaan yang tiba sejak jam 10 pagi berarak daripada kawasan berhampiran Istana Kehakiman ke ibu pejabat JPN.

Ramai di antara mereka membawa poster berbentuk MyKad merah dengan gambar perdana menteri dan menteri dalam negeri, bagi menyatakan dakwaan yang menyalahkan kerajaan dalam usaha mereka mendapatkan taraf kerakyatan.

Naib presiden PKR N Surendran, MP Kapar S Manikavasagam dan MP Subang R Sivarasa menyampaikan ucapan sebelum perarakan .


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... ORANG INDIA TURUN LAGI KE JALAN.... kah kah kah..

kah kah kah...KESIAN TENGOK MADEY.... kah kah kah...

kah kah kah...MADEY KATA DEMO BUKAN BUDAYA KITA.... kah kah kah..

kah kah kah... HARI INI SEMUA DAH PANDAI BERDEMO.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK LAMA LAGI SATU JUTA AKAN TURUN BERDEMO.... kah kah kah..

kah kah kah...TERKENCING LAAA MADEY MELIHAT SATU JUTA DI JALAN RAYA...kah kah kah....



------

SELAMAT JALAN - DAN SELAMAT BEREHAT


WOODSTOCK 1969

RAVI SHANKER
(7 April 1920 – 11 December 2012)

PERNAH MENJADI TAMU
PMUM 1973 
BERSITAR DI DEWAN TUNKU CANSELOR
SATU MALAM YANG PENUH INGATAN
 Ravi Shankar, who has died aged 92 in San Diego, was the Indian maestro who put the sitar on the musical map. George Harrison called him "the godfather of world music" and it was Shankar's vision that brought the sounds of the raga into western consciousness, thus bridging the gap between eastern and western music for the first time. In a long career he was still winning awards in 2002 when his album Full Circle/Live at the Carnegie Hall (2000) achieved a Grammy for best album in the world music category. Shankar's distinction as a sitar player was his brilliant virtuosity, creativity and vast range of musicianship. In the west, certainly, his name is also synonymous with the music of India.





------

SUWEEEEEEEY PUNYA NASIB - APA PUNYA TUUUUR


 SUWEY DATANG MENIMPA
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SUWEEEEEEEY PUNYA NASIIIIIIB.... kah kah kah..

kah kah kah.... CILAKA PUNYA UCAPAN.... kah kah kah..

kah kah kah...BALA SUDAH MARI..... kah kah kah

kah akh kajh....APA PUNYA TUUUUR.... kah kah kah

Rosmah minta harimau Malaya berjuang habis-habisan hadapi Gajah Perang

December 12, 2012
KUALA LUMPUR, 12 Dis — Suami  Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap skuad Harimau Malaya akan melakar kejayaan menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012, di Bangkok esok.
“Kepada skuad Harimau Malaya, semoga terus berjuang hingga ke titisan terakhir bagi mengharumkan nama negara,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program bual bicara ‘Hello Malaysia’, terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama, di sini malam tadi.
Rosmah turut meminta rakyat Malaysia, khususnya peminat bola sepak agar menyokong skuad kebangsaan dengan semangat ‘1Malaysia Boleh!’.
Pada perlawanan pertama di gelanggang sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad lepas, Harimau Malaya diikat 1-1 oleh skuad Gajah Perang. — TIEWNAMA

UNTUK MENGHILANGKAN SUWEY
TURUN KE JALAN RAYA



--------


SURAT PEMBACA UNTUK SUNNAH WAL RASUAH





BANGUN MELAWAN
SEMUA BANGUN MELAWAN
SEMUA 12 JANUARI BANGUN MELAWAN



IMAN HUSSEIN DAN CHE GUEVERA
Saya amat setuju dgn komentar anda, isu Syria bukan isu syiah bunuh sunni Bashar bermazhab Alawi tak ada sangkut paut dgn Mazhab Syiah. Bacaan politik harus dgn fakta sejarah.Israel yg dipayungi US & berhasrat menguasai seluruh jazirah Arab iaitu Iraq,Jordan,Lebanon,Mesir,Syria -ini lah agenda nya.

 Sekiranya Syria tumbang Iran mudah aja diserang dari segenap penjuru . Israel,US dan kuncunya telah lama membaca sejarah kebangkitan puak2 syiah diakhir zaman. Syiah punyai icon paling agong iaitu Imam Hussyin cucu rasullulah, beliau sayhid bersama 42 orna keluarganya dan 30 orang yg zalim anak kpd Khalifah Mu'awiyah anak kepada Abu Sufian.

 Peperangan yg tak seimbang - Hussyin dgn kekuatan 73 menetang 30 ribu tentera Yazid. Disini kita saksikan kebatilkan wajib ditentang atas dasar perinsip keAdilan @ Kebenaran . Sila rujuk apa kata2 pejuang2 KeAdilan - Ghandi , Che Guevera dll icon mereka ialah Imam Hussyin yg Syiah .Yg jadi masaalah ialah kita yg sunni mencaci maki syiah kononya on PENCERAHAN UNTUK MEMAHAMI KENAPA SYRIA AKAN DISERANG



------

ZUNAR MENJEMPUT KITA KETAWA SEBELUM BERDEMO 12 JANUARI




JEMPUTAN UNTUK KETAWA
SEBELUM KETAWA MEMERLUKAN LESEN
SEBELUM KETAWA DI ISAKAN
SEBELUM KETAWA DI OSAKAN
SEBELUM KETAWA DI HARAMKAN
MARI KITA KAH KAH KAH
INI ADALAH CONTOH
POLITIK MELUI TAULADAN
TAK SUKA AES
CAT MERAH ATAU CABUTKAN TINAG AES
TAK SUKA  UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION
BERRAMAI-RAMAI TERAJANGKAN MEREKA
CAKAP TAK GUNA
AKSI MAHU ADA
KITA HURU
KITA HARAKAN
SEMUA PARA KRONI
HINNGA MEREKA MENYESAL LAHIR
DALAM DUNIA INI

 JANGAN LUPA AKIDAH
JANGAN LUPA NIAT
JANGAN LUPA TUJUAN


---------

SATU LAGI SEBAB MENGAPA SATU JUTA TURUN KE JALAN RAYA



 DALAM NEGARA DUNIA KETIGA
JALAN RAYA
ADALAH GARIS POLITIK YANG AMPOH

KOMENTAR TUKAR TIUB

kilang satau radio aktif mula berjalan
rakyat makin marah
rakyat telah keluar ke jalan raya
beberapa kali

apa yang dilakukan oleh united malays national organisation?
mereka menipu
mengatakan bahawa sisa santau radio aktif ini
akan di bawa ke luar

ini penipuan
macam pru13 yang akan ditipu
kes santau ini juga dijalankan dengan menipu

telah wujud undang undang antarabangsa
sisa toksid 
sisa beracun 
TIDAK DI BENARKAN meninggalkan pelabuhan
mana mana negara

jadi mustahil sisa santau radio aktof ini
akan meninggalkan gebeng
hendak di bawa ke mana?

maka jawabnya hanya jalan raya
cakap baik baik tak dengar
cakap molek moleh tak dipedulikan
hantar memo masuk tong sampah
bincang bincang tak ada keputusan

maka  pada 12 januari  ini
satu juta akan kejalan raya

himpunan hijau
ada salah satu ngo
yang bersama kebangkitan rakyat

Ke mana sisa Lynas dieksport atau henti operasi

Harakahdaily,11 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dan Lynas Corporation perlu menyatakan dengan jelas di mana sisa Lynas akan dieksport dahulu sebelum kilang dibenarkan operasi untuk memproses nadir bumi.

“Yang pasti, negara asal sumber nadir bumi itu, Australia tidak mahu menerimanya, sebagaimana mereka tidak mahu memberi kelulusan kepada syarikat Lynas sendiri untuk beroperasi di negara sendiri,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Justeru, beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menegaskan kerajaan mesti menghalang operasi harian di kilang LAMP di Gebeng, Kuantan selagi syarikat tersebut gagal menjelaskan di mana sisa akan dibuang, walaupun mahkamah telah memberi kebenaran untuk Lynas beroperasi, namun syarat lesen tol mesti dipatuhi.





------


LAGI PERCUBAAN UNTUK MENIPU ORANG RAMAI GAGAL



 KALAU SELAMAT MENGAPA
KILANG INI TIDAK DIBUAT
DI AUSTRALIA
AUSTRALIA TIDAK AKAN MENERIMA
SISA DARI GEBENG

Sisa aktiviti Lynas diubah bentuk

PUTRAJAYA 11 Dis. - Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan dakwaan pembangkang kononnya syarikat Lynas Corporation Australia yang akan beroperasi di Gebeng tidak mengendahkan tuntutan berhubung pengeksportan sisa yang terhasil.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, syarat khusus kerajaan menetapkan syarikat itu mesti menghantar keluar semua sisa yang terhasil atau diarahkan memberhentikan operasinya.

"Sebenarnya sisa atau residue itu bukan dieksport dalam bentuk sisa sebenar, sudah pasti tiada satu negara di dunia pun yang mahukannya.

"Sebaliknya, sisa ini akan diterjemahkan menjadi satu produk inovasi atau komersial oleh Lynas sebelum dapat digunakan sama ada di luar atau dalam negara," katanya.

Beliau mengulas dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini bahawa kerajaan tidak jujur dan tiada komitmen dalam menjaga keselamatan serta kesihatan orang awam dalam isu Lynas


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... INI BETUL BETUL TIPU  ORANG RAMAI.... kah kah kah...

kah kah kah...INI BETUL BETUL BODOHKAN ORANG RAMAI.... kah kah kah...

kah kah kah... MULA MULA CAKAP  SISA AKAN DI HANTAR KELUAR  NEGARA.... kah kah kah..

kah kah kah... NEGARA MANA AKAN AMBIL?..... kah kah kah....

kah kah kah..NAK HANTAR KE NEGARA MANA  PULAK... kah kah kah

kah kah kah...INI SATU PENIPUAN.... kah kah kah..

woit.. UNDANG UNDANG ANTARABANGSA  LARANG  BARANGAN TOKSID MENINGGALKAN PELABUHAN...kah kah kah...

kah kah kah... NAPA TAK BERI TAHU RAKYAT HAL INI?.... kah kah kah..

woit... SEKRANG BOHONG LAGI.... TOKSID INI BOLEH BUAT BARANG PULAK...kah kah kah...

woit... CUKUPLAAA.... TUNGGU SATU JUTA 12 JANUARI NANTI.... kah kah kah



---------

SATU LEDAKAN BOM DARI SABAH - PUKUL MATI GEROMBOLN








Lajim lempar 'bom' melalui Akuan Bersumpah
Harakahdaily,11 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (gambar) membuat Akuan Bersumpah (SD) hari ini dengan mendakwa pemimpin BN Sabah telah menggunakan balak untuk kekayaan ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah.

Menurut Lajim dalam SD itu, buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah.

"Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah," katanya.

Beliau juga berkata, wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. 

 

AKUAN BERSUMPAH

Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat
Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan,
Penampang 88200 Kota Kinabalu dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut:
1.                 Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak  merdeka dalam tahun 1957;
2.                  Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
3.                  Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;
4.                  Sepanjang penglibatan saya dengan UMNO, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi UMNO adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam UMNO dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO, termasuklah hal ehwal kewangannya;
5.                  Saya juga menganggotai Badan Perhubungan UMNO Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO di
peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya;
6.                  Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan;
7.                  Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato’ Seri Musa Aman;
8.                  Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri;
9.                  Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam UMNO di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai:
                             i.               Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;
                           ii.               Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada UMNO Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;
                         iii.               Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah yang boleh membuktikan bahawa UMNO
Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan
                         iv.               Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa UMNO telah mendapat manfaat dari derma politik RM40 juta itu;
10.              Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawakenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar,menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitudakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yanghanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabahtidak mendapat pulangan setimpal;
11.              Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah;
12.              Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya
dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah;
13.              Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;
14.              Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan UMNO dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.

Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.
  
Diperbuat dengan sebenarnya dan                 
diakui oleh yang tersebut namanya              
 di atas di Kota Kinabalu                               
 dalam negeri Sabah                                       
……………………………….
 pada 10 haribulan Disember, 2012                
 LAJIM BIN UKIN



---------

TUKAR TIUB MENGHASUT MALAM INI



DIKLANG MENGHASUT  PENGUNDI
kemudian
DI STADIUM MELAWATI SHAH ALAM
buat
STAND UP COMIC



----