Khamis, 3 Januari 2013

ARAHAN TELAH MULA SAMPAI UNTUK TURUN KE JALAN RAYA




AZAM TAHUN BARU
SATU JUTA 
KUALA LUMPUR

Hadi mahu rakyat turun perhimpunan 12 Januari
Pakatan Rakyat dan NGO merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 13.
 LUMPUR:  Tuan Haji Abdul Awang meminta rakyat turun ke perhimpunan kebangkitan di Stadium Merdeka 12 Januari ini.
Dalam blog rasmi parti, Presiden PAS itu berkata:
“Saya menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong PAS khususnya di semua peringkat untuk turun memberi sokongan kepada himpunan ini.

“Dalam masa yang sama, kerjasama semua pihak penting bagi memastikan himpunan berjalan dengan aman dan para peserta mesti mengekalkan disiplin yang tinggi sebagaimana biasanya,” tegasnya sebagaimana di siarkan Harakah.
Pakatan Rakyat dan NGO merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 13.
“Kedatangan tahun 2013 merupakan satu debaran bagi rakyat Malaysia kerana pada tahun ini, mahu atau tidak mahu, PRU13 pasti diadakan.
“Memilih kerajaan dalam menentukan masa depan negara dan rakyat menjadi tanggungjawab besar agar negara selamat dan nasib rakyat terbela,” tambah bekas Menteri Besar Terengganu itu.


---------

2 ulasan:

  1. DIDI KOTA BELUD yang sebenar3 Januari 2013 pada 10:20 PTG

    bahasa bangsawan bahasa sopan,bahasa rakyat bahasa kasar,bahasa pemimpin bahasa menyeru,bahasa rakyat datang melanggar....kita langggarrrrrrrr...kita tengok air...kalau air sejuk..kita sejuk..dan kalau air panas...kita panaskan lagi...kita datang bukan menyeru...kita datang untuk keputusan...masa bercakap sudah tamat..masanya untuk melanggar......!!!!

    BalasPadam
  2. ustaz azhar idrus turun ke?
    klu beliau turun, 1.5 juta akan turun

    BalasPadam