Khamis, 3 Januari 2013

KITA KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA



BUKU INI AKAN TERBIT
TIDAK LAMA LAGI
sila
NANTIKAN PELANCARAN


SATU  JUTA  AZAM

Ini adalah tulisan saya yang akhir untuk tahun 2012. Minggu hadapan tulisan saya muncul ditahun yang baru. Saya mengucapkan selamat tinggal 2012 dan selamat  datang 2013. Kalendar Maya  juga telah berakhir  untuk satu pusingan selama 26 ribu tahun.  Heboh-heboh dalam Kelender Maya  tentang dunia ini akan kiamat pada 21 Disember lalu telah meleset.  Perjalanan hidup manusia diteruskan dengan gangguan koma, sengkang dan tanda tanya. Noktah akhir masih jauh lagi.

Minggu ini media – akhbar dan radio –  saperti biasa telah  menjadi Pak Sibuk dengan  mengajak warga membuat azam baru. Juga media ini meminta pendengar dan pembaca  untuk melihat kembali azam  tahun lalu sama ada telah dapat dikotakan atau hancur ditengah jalan.

Saya sendiri  tidak pernah membuat apa-apa azam untuk tahun baru yang lepas-lepas. Untuk saya  mustahil  azam saya hanya muncul ditahun baru. Mustahil  saya ini  hanya akan membuat azam hanya  di tahun baru. Saya tidak melihat lojik dan rasional yang kita hanya membuat azam ditahun baru. Apakah kalau tidak ditahun baru kita tidak ada kepuayaan untuk membuat azam.  Hidup ini bukan saperti syarikat untuk dihitung sama ada untung atau rugi dari tahun ke tahun.

Tetapi untuk tahun 2012  ini agak berbeza. Untuk pertama kali dalam dalam hidup ini saya  telah membuat azam di tahun baru. Bukan ini sahaja – azam tahun baru saya ini juga untuk memiliki tarikh dan masa ininya wajib saya capai.  Ertinya azam saya ini ada  tarikh lupus. Bunyinya agak ganjil tetapi inilah sebenarnya yang sedang berlaku.

Pada malam berakhirnya 2012 dan bermulanya 2013 saya berazam untuk menghasut  1 juta warga Malaysia untuk turun berhimpun di Kuala Lumpur.  Azam tahun baru  saya cukup jelas lagi benderang. Saya berazam untuk meghasut 1 juta warga turun pada  hari Sabtu  12 Januari 2013 akan datang ini . 1 juta ini akan mula berhimpun di Stadium Merdeka  pada jam 2:00 petang.   Lihat dan perhatikan azam saya kali ini – ada  memiliki tarikh , waktu-waktu yang wajib diikuti termasuk juga dimana azam saya ini akan meledak.

Sedarlah bahawa azam tahun  baru saya bukan generik , luas  atau berfalsafah.  Ini bukan azam untuk memperbaiki’ lagi hidup atau azam untuk berhenti merokok atau berjanji  untuk tidak mencari bini baru dan dan dan... saperti yang selalu kita dengar dalam radio. Azam saya ini jelas tidak berselindung dengan kata-kata molok lagi indah atau berselindung dengan kata-kata  yang berlagak hikmat dan berfalsafah.

Saya membuat azam ini kerana saya merasakan bahawa masa dan ketikanya telah sampai untuk warga bertindak.  Tindakan yang saya azamkan bukan tindakan individu persaorangan.  Azam  yang menghasut 1 juta warga ini  bertujuan   untuk memastikan ajenda  individu  tidak diketepikan. Malah ajenda individu inilah yang dikumpulkan untuk menjadi  ajenda 1 juta Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Azam saya untuk menghimpunkan 1 juta warga di Kuala Lumpur memiliki asas yang kukuh.  Azam saya ini bukan muncul secara tertiba. Azam ini juga bukan lahir dari angan-angan dan mimpi-mimpi. Azam menghimpunkan 1 juta warga ini muncul dari lembah siasah tanah air kita. Azam 1 juta rakyat berkumpul berlatar belakangkan politik  yang wujud  hari ini.

Umum  yang telah akil baligh politiknya tahu bahawa PRU13 akan berlangung pada awal tahun ini. Saya telah berkali kali membawa pencerahan dengan bahan bahan bukti tentang penipuan yang telah dirancang oleh Suruhanjaya Pilihan  Raya ( SPR) untuk PRU13 ini. Saya yakin pembaca tulisan saya telah semakin sedar  tentang penipuan-penipuan ini.

Mengetahui dalam  PRU13 ini nanti akan berlaku  banyak penipuan telah menjadikan warga marah , bengis dan berdendam. Ada juga warga yang menjadi sinikal. Dan ada juga warga yang hilang punca seolah-olah tidak ada jalan keluar.  Kemarahan, sinikal atau putus asa individu ini untuk saya tidak memiliki apa apa makna yang hakiki. Kemarahan individu akan terus menjadi kemarahan individu.  Kemarahan individu sampai kiamat tidak akan membawa apa apa perubahan.

Tetapi bayangkan jika azam  12 Januari saya ini berjaya direalisasikan  - kemarahan individu ini dapat dikumpulkan untuk menjadi kemarahan satu juta   warga. Jika ini berlaku maka ianya  akan membawa makna yang baru.

Apa makna barunya? Pasti ada  pembaca yang bertanya apa sebenarnya tujuan   Himpunan  Kebangkitan Rakyat. Kenapa perlu satu juta dan tidak 50 orang atau 50 ribu orang. Soalan saperti ini adalah soalan jujur dan memerlukan percerahan. Biar saya terangkan disini.

Angka 1 juta ini muncul sesudah Bersih berjaya menghimpunkan lebih  dari 250,000 warga pada 28 April 2012 yang lalu. Warga sebanyak ini telah menuntut agar dijalankan pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia. Tuntutan ini telah gagal. Jika 250,000 warga gagal dengan tuntutan dijalalan raya maka adalah lojik untuk dibawa 1 juta pula ke jalan raya.   Jika gerombolan yang berkuasa  tidak mengindahkan  suara  250,000 orang maka mari  kita duga  dengan suara tuntutan 1 juta.

Tarikah dan waktu Himpunan Kebangkitan Rakyat ini  sengaja dipilih berhampiran dengan  tarikh PRU13. Tarikh ini  bukan muncul  secara TIDAK sengaja. Tarikh ini dipilih untuk memberi tekanan maksimum kepada United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya.   Juga memberi tekanan kepada lembaga SPR.

Himpunan ini memang dirancang  dengan jangka masa yang panjang. Ini untuk melihat apakah kuncu-kuncu United Malays National Organisation akan berani membuat halangan saperti yang sudah-sudah. Ketika himpunan Bersih dahulu berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat. Banyak kenyataan yang cuba menakut-nakutkan orang ramai  telah didengar.  Menakut-nakutkan orang ramai yang berani bersuara terus menjadi ajenda United Malysa National Organisation  

Dalam azam tahun baru saya ini juga – saya   ingin melihat apakah Ngo-Ngo Melayu akan berani bersuara dengan sombong sambil  berangan-angan ingin membuat satu himpunan pada hari yang sama.  Atau gerombolan Patriot yang berbaju merah akan berusaha lebih gigih lagi  untuk mengumpulkan lebih  ramai Mat Bangla untuk menentang  1 juta Himpunan Kebangkitan Rakyat.  

Saya juga berazam  ingin melihat apakah gerombolan Perkasa dan Ngo  yang sealiran dengannya  akan cuba menggangu gugat kekuatan satu juta rakyat. Saya juga mahu melihat apakah Silat Cekak Leher akan berubah untuk menjadi Silat Cekak Pinggang apabila melihat 1 juta dijalan raya.

Tetapi semua ini hanyalah  hujah sampingan kenapa  1 juta perlu turun pada 12 Januari ini.   Azam utama – hujah utama  dari 1 juta  orang ramai turun berdemo ke jalan raya ini adalah tanda amaran. Satu juta kemarahan rakyat itu adalah  ada satu juta amaran  kepada United Malays National Organisation. Ini adalah amaran agar SPR dan United Malaysa National ORganisation TIDAK akan menjalankan penipuan dalamn PRU13 yang akan datang ini.

Satu juta rakyat berhimpun adalah tanda ingatan bahawa orang ramai  amat sedar tentang penipuan yang telah,sedang dan akan dijalankan dalam pilihan raya yang akan datang. Satu juta rakyat berhimpuan adakah amaran yang cukup jelas – jangan tipu dalam PRU13.

Dari kajian lembaga akademia saperti MERAP – Malaysian Electoral Roll Analysis Project -  umum telah diberitahu tentang rancangan jahat SPR untuk memasukan nama-nama ‘warga asing’ ke dalam senarai undi.   Justeru,  adalah membuang masa untuk saya menuliskan  lagi contoh dan bukti penipuan  yang sedang berjalan dan sedang dirancang.

Memadailah  saya nyatakan disini sajelas mungkin bahawa 1 juta rakyat yang keluar ke jalan raya ialah amaran awal.   Satu juta ini keluar untuk mendindingi diri mereka agar tidak lagi mahu   kena tipu. Tetapi, jika United Malays National Organisation dan SPR menjalankan  ‘projek tipu’ mereka dalam  PRU13 ini nanti maka  1 juta ini hanya  percubaan awal.

Jika pengundi dan rakyat merasakan mereka telah ditipu dalam  PRU13 ini nanti bukan hanya satu juta yang akan turun ke jalan raya, bukan  dua juta tetapi berjuta  juta rakyat akan ke jalan raya. Semua akan bangun melawan kerana  tidak mahu lagi ditipu dan dibodohkabn oleh SPR.

Memang betul ini bukan Arab Spring.  Malaysia bukan Mesir.  Malaysia bukan Arab.  Kita memiliki budaya  dan politk yang berbeza dengan budaya dan politik Arab.  Justeru saya akui apa yang berlaku di Malaysia ini bukan Arab Spring tetapi  apa  yang sedang berlaku di sekarang ini ialah Malaysian Durian – keras , tajam tetapi  isinya lemak, lembut dan manis.

 Durian Malaysia  inilah yang sedang memberi amaran kepada United Malays National Organisation dan baruanya yang bernama SPR. Satu juta yang akan berhimpun pada 12 Januari 2013 ini akan membawa  kain rentang yang amat  jelas – jangan tipu undi – kalau tipu undi 5 juta lagi akan turun - .  Lima juta  rakyat akan turun ke jalan raya jika mereka  merasa  mereka telah ditipu. Lima juta ini bukan satu amaran tetapi satu azam dan janji. ( TT)


 
NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN tekini
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon 03-22-72-40-45



-------

4 ulasan:

  1. Doa sambut tahun baru ada dalam blog beruk...kah kah kah

    BalasPadam
  2. Tertangkapnya sa-ekor Toyo dah dapat..tak sabar pulak nak dapatkan buku terbaru TT ni..rasmi le cepat2..lagi bagus klau sebelum PRU13..leh hasut kawan2 dgn ahli keluarga baca buku ni nanti..kahkahkah.

    BalasPadam
  3. DIDI KOTA BELUD yang sebenar3 Januari 2013 pada 7:18 PTG

    AZAM mu AZAM ku jua.......ZAM ZAM ALA KAZAM.......INGAT TT..GIGIT SAMPAI PUTUS,CENGKAM SAMPAI BERBEKAS,TERAJANG SAMPAI JATUH DAN JALAN SAMPAI HABIS...TIADA U TURN UNTUK AZAM MU NI....LANGGARRRRRRR.....!!!!!

    BalasPadam
  4. Azam ok. Ezam tak ok.

    BalasPadam