Isnin, 13 Mei 2013

PROGRAM BERSEJARAH MALAM INI




AMM ajak sambut 13 Mei Hari Bangsa Malaysia

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengajak orang ramai menyambut Hari Bangsa Malaysia - Selamatkan Demokrasi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei ini.

Program anjuran SAMM dengan kerjasama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang akan bermula jam 8 malam itu akan diisi dengan pidato bagi membuang sentimen perkauman yang diwujudkan oleh pihak tertentu.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, 13 Mei diiktiraf sebagai Hari Penyatuan Rakyat Malaysia dan pidato perdana sempena tarikh tersebut bertepatan dengan situasi dan mood rakyat yang bangkit sekaligus melenyapkan cubaan-cubaan jahat menjadikan negara tidak harmoni atas nama 1Malaysia.

"Namun hari ini suasana jauh berbeza. Rakyat tidak lagi takut, rakyat kini sudah berani membawa sepanduk kebenaran betapa sentimen perkauman itu sudah ditinggalkan. Rakyat kini bersatu, dengan berani melawan penafian demokrasi," katanya kepada Harakahdaily.

Antara pemidato ialah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, bekas veteran Umno Datuk Thamrin Ghaffar, ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan pakar perlembagaan Profesor  Aziz Bari.

Selain itu Presiden Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima) Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak), aktivis Hishamuddin Rais, ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah, penyelaras Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim dan wakil Mahasiswa seperti Safwan Anang, Adam Adli, KS Bawani dan KC Heng akan turut hadir.

Masuk adalah percuma dan orang ramai disaran memakai tema hitam sebagai simbolik demokrasi yang mati.


SIARAN LANGSUNG
UNTUK WARGA
DI LUAR LEMBANG KLANG
dan
WARGA MALAYSIA DILUAR NEGARA
layari  radio bangsar utama



--------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan