KOMENTAR TUKAR TIUB
seluruh negara
malah seluruh dunia tahu
bahawa united malays national organisation
telah menipu dalam pru13
obama telah buat kenyataan tentang penipuan ini
akhbar new york times telah keluar dengan karton najib tko
akhbar guardian london
majalah econnomist yang pro pemodal
south china morning post hong kong
the age melbourne
sydney morning herald
le monde paris
liberation paris
tempo jakarta
jawa post jakarta
tv juga telah sama melaporkan penipuan:
cnn
aljazeera
bbc
TIDAK ADA JALAN LAIN
telah terbukti berlaku penipuan
HANYA SATU JALAN
sebanyak 30 kawasan
telah jelas berlaku penipuan
maka di 30 kawasan ini
wajib diadakan sekali lagi pemilihan
ini untuk memulihkan keyakinan rakyat
tentang proses demokrasi
untuk memulihkan keyakinan rakyat
kepada kerajaan yang akan ditubuhkan
SIASATAN
pakatan sedang mengumpul bukti
secepat mungkin laporan siasatan wajib diumum
orang ramai
para pengundi ingin tahu
GERAKAN MASSA DITERUSKAN
rapat dan tunjuk perasaan
wajib diteruskan
untuk menerangkan duduk pekara
Anwar berikrar tak akan mengalah sehingga keputusan PRU13 disahkan
KUALA LUMPUR, 13 Mei — Anwar Ibrahim berikrar malam tadi tidak akan mengalah dalam perlawanan Pakatan Rakyat (PR) untuk memastikan dakwaan seharusnya menang dan berada di Putrajaya, mengekalkan pendirian mereka Barisan Nasional (BN) menang dengan menipu pada 5 Mei.
KALAU INI BUKAN TIPU? APA INI?
Pemimpin de facto PR, kelihatan bertenaga dan penuh bersemangat apabila berucap di hadapan penyokong PR berpakaian hitam dalam perhimpunan ketiga selepas Pilihan Raya 2013 di Ipoh, Perak mengakui ianya seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan secara rasmi.
Akan tetapi beliau menegaskan walaupun Najib Razak telah mengangkat sumpah dan gabungan tersebut kelihatan berurusan seperti biasa di Putrajaya, pengerusi BN dan presiden Umno bukanlah orang sebenar yang dipilih untuk jawatan itu.
“Pemimpin Umno akan kata, kami mempunyai mandat jadi kamu diam. Tetapi saya kata — No way. Kita mempunyai mandat dan akan… lawan tetap lawan,” kata beliau mengundang hadirin untuk menjeritkan slogan tersebut.
“Najib telah disahkan menang… dan telah mengangkat sumpah. Apa harus kita lakukan?
“Sebab itu saya kata… di Kelana Jaya ratusan ribu rakyat hadir hanya dengan notis dua hari… Di Pulau Pinang, ratusan ribu hadir di Batu Kawan… kebangkitan rakyat.
“Kenapa? Kerana suara rakyat suara keramat,” kata Anwar.
“Hari Selasa kita akan berhimpun di Kuantan. Rabu kita akan berhimpun di Johor. Dan kita tidak akan berhenti sehingga keadilan ditegakkan di negara ini.
“Kita tidak akan berhenti sehingga keputusan sah diumumkan. Ya. Kita akan teruskan dan tidak akan mengalah,” tambah beliau melalui siaran secara langsung di Internet malam tadi.
Anwar dan pasukannya dalam PR menegaskan keputusan pilihan raya 5 Mei yang baru diumumkan dicemari dengan penipuan, corak pengundian luar biasa, cara menguruskan kotak undi diragui dan isu lain.
TIGA TUNTUTAN
JANJI BERSIH
1 - tidak terima keputusan pru13
2 - tubuh spr baru yang bebas dan bersih
3 - lakukan pilihan raya baru
KENAPA JUMLAH PENGUNDIAN BOLEH BERUBAH?
BalasPadamApa perlunya peti undi diusung & dihantar ke pusat pengiraan undi?
Objektifnya mudah, BN dgn kerjasama sekutu rapatnya SPR mempunyai ruang masa dgn boleh mengenalpasti keptusan tersebut samada perlu penambahan atau tidak undi pos, undi hantu dsb. Proses ini boleh dibuat semasa PENGHANTARAN peti undi ke pusat pengiraan undi dgn kawalan sepenuhnya oleh SPR - (Parti komponen BN). Sekiranya, pengiraan di pusat pembuangan undi telah menunjukkan kekalahan kpd BN, proses "top-up" boleh berlaku semasa proses penghantaran tersebut. Sekiranya majoritinya terlalu besar, agak sukar utk "top-up"kan & ini biasanya memberi kemenangan kepada PR. Sebaliknya, sekiranya majoriti yg agak sedikit, agak mudah BN membawa masuk lain2 peti undi.
Pasal tu seringkali kita melihat, undi awal telah dimenangi PR, tp bila pengiraan semula dipusat pengiraan undi, calon BN pula yg perolehi kemenangan! Pasal tu juga byk berlaku "blackout", pengiraan undi sampai 5 6 kali (tujuan tambah masa), kekecohan pertambahan peti undi dan pelbagai insiden yg tidak masuk akal bg tujuan “top-up” ini...
Bgitu juga dgn keputusan undi pos, kenapa ia tidak diumumkan terlebih awal, atau pengiraan slps tamat mengundi serta mewakili mana2 kawasan yg berkenaan? Ia menunjukkan, undi pos merupakan sbg penyelamat serta "bantuan" di mana2 kawasan BN yg hampir tumbang / tumbang.
HAKIKATNYA...
Pengiraan undi sememangnya boleh dibuat terus di tempat pembuangan undi selepas sahaja tempoh mengundi tamat. Ia dpt menjimatkan masa, kos & meningkatkan ketelusan. Di tempat pengundian pula, sudah mempunyai pegawai SPR, pegawai polis dan wakil2 calon yg bertanding serta proses pengiraan terus boleh dilakukan. Untuk tujuan pengesahan, borang 14 dikeluarkan. Oleh itu, apa perlunya, peti undi dihantar ke pusat pengiraan undi sedangkan keputusan telah diperolehi & disahkan? Apa yg perlu dibuat, keputusan sahaja yg perlu dihantar samada menerusi email, atau sistem SPR sendiri ke pusat pengiraan undi & BUKANnya beserta peti/kertas undi tersebut menerusi helikopter, teksi, polis even kenderaan SPR sendiri! Terlalu byk kecenderungan penipuan dalam proses tersebut - Pertukaran & petambahan peti undi / kertas undi.
Selagi proses angkut peti undi tidak dihentikan, & selagi SPR tidak dibersihkan, selagi itulah Pakatan Rakyat TIDAK AKAN dpt menawan putrajaya & selagi itulah rakyat terus ditipu & polisi negara akan terus ditadbir urus oleh perompak2 harta rakyat.
Nota ;
SPR sbg salah satu komponen parti dalam BN sbgaimana ;
1. Masa pengumuman “Parti kita telah memenangi Parlimen / DUN... – SPR”
2. Rata2 pegawai SPR adalah ahli UMNO..
BANGKITLAH KITA RAKYAT, SAYANGI NEGARA KITA – SAMA2 KITA PERANGI PENYANGAK TERMASUK SEKUTUNYA – SPR - (Suruhanjaya Penipu Rakyat)
or could it be someone turn off the main switch of the building?
BalasPadam