Isnin, 15 Julai 2013

BABAK AKHIR DARI KUALA BESUT




BABAK BABAK AKHIR DARI UNGGUN API
petang sabtu  itu hujan renyai
cuaca redup
aku sempat ke siber cafe 
di pekan kuala besut
di sebelah perhentian bas
lalu membaca apa yang berlaku dalam dunia

kemudian aku beralih 
ke satu lagi siber cafe
berhampiran restoran unggun api

ini silap besar
ada lima buah pc
dua rosak
dan hanya tiga buah boleh digunakan
ketiga-tiga sedang ke kerumuni oleh budak sekolah
yang sedang main  games
dung dang dong
ting tang tong

seorang bermain bertembak tembak
empat orang berkerumun memberi ulasan selari
dan mengkuatkan lagi bunyi tempakan pistol
dam dam dam

aku menunggu pc yang kosong
tak ada
lalu aku mengintai  untuk melihat
apa yang menarik hati anak sekolah ini
aduh - keganasan?
mungkin
tapi aku amat kagum dengan kecekapan mereka
menembak dan menembak

akhirnya tuan punya kedai - seorang minah muda
meminta  dari budak sekolah ini agar aku diberi peluang
lalu aku duduk dan melayari internet
tanpa aku sedari
seorang budak sekolah disebelah aku
sedang melancarkan perang gerila
dia bersuara halus ' lambat lagi ke..'
dia mengulangi kata kata ini




antara dengar dan tak dengar
ini perang gerila
yang akhirnya aku mengaku kalah dan mengundur



KE JERTEH
lewat jam 3 aku mengarah ke jerteh
untuk mecari kedai gunting
bertemu dengan kawasan bazar melayu
yang sedang dirobohkan
dari pemerhatian inilah
pusat perniagaan orang melayu dalam jereteh
kenapa diruntuhkan tidak aku ketahui

aku berbual denga tukang gunting 
si tukang gunting marah kepada kerajaan
kerana menghalau para pekedai
dan ada yang kini duduk berniaga  dibawah jambatan
' macam orang perlarian' kata si tukang gunting
tak jauh dari bazaar runtuh ini
ialah sebuah masjid yang namanya
kelihatan membodek - masjid hadari
aku kini menunggu  sebuah masjid 
yang akan diopanggil masjid satu malaysia

awal tadi
si tukang gunting ketika aku sampai
kelihatan ngantuk dan lesu
bila  mula berbual dengan aku
dia kelihatan cerah dan segar
aku bercukur
untuk mengingati jerteh


KAMPONG RAJA
putar punya putar 
sampai ke pasar ramadan kampong raja
wow! cukup besar dan banyak warong
lebih banyak gerai di  kuala besut

disini kami cuba sekali lagi
mencari nira yang ori
kami membeli empat botol  dari kedai yang berbeza

tapi aku terperanjat besar
apabila satu ketul daging ikan tongkol
harganya lima ringgit
sama dengan harga gulai itik

bila aku tanya
anak gadis yang menjual ikan ini
berapa harga ikan 
dia tak berani letak harga
lalu bertanya pada emaknya
'lima'  - nah ini penyembelihan dibulan ramadan

BERBUKA DI UNGGUN API
dari kampong raja 
kami  pulang ke restoran unggun api
membuka juadah dan makanan
dari rerstoran kami memesan nasi dan minuman

GAGAL LAGI
air nira
air tuak 
gagal lagi

PROPGRAM POLITIK
sesudah berbuka dan makan
kami ingin mengikuti program politik
tapi gagal kerana

CIK LONG CALON PAS


parti pas masih belum menyusun  program
kami gian sangat  ingin menemu bual calon pas
untuk radio bangsar utama

MEMERANJATKAN
tetiba tuan punya restoran
berbisik pada kau
cik long nama manja calon pas
akan datang ke restoran 
dan aku boleh berjumpa

untuk aku ini peluang terbaik
kalau kalau dapat 
temu bual untuk radio bangsar

ketika ino restoran anggun penuh
termasuk satu kumpulan ayahanda
yang kini dikatakan sedang
merancang untuk menyokong pas
kerana tidak puas hati 
mungkin kena kencing dalam pru yang lalu

CIK LONG SAMPAI
orangnya lemah lembut
kontrtektor kelas A
cik long  sampai dengan diikuti  oleh anak buahnya
aku bangun bersalaman
dan menyatakan hasrat untuk temu bual
cik long minta aku susun dengan pembantu pribadi
sesudah jam 12 aku wajib menalipon katanya...

cik long bersalaman  dengan pelanggan
dari meja ke meja
cik long  amat ramah
kelihatan amat senang dengan orang ramai

cik long kemudian beredar

sesudah cik long beredar
tuan empunya restoran membuat pengumuman
'cik long telah bayar semua..'
 aku kantoi lagi
kerana kami telah bayar bil makan kami lebih  awal

CERAMAH MALAM KEDUA
dalam gelap kami sampai ke tapak ceramah
tak ramai orang
ada dr hatta dr zul dan khalid samad
mereka ini politikus pro
dan yang kami tunggu ialah
ucapan dari cik long

GAGAL LAGI
sekali lagi cik long gagal 
untuk berucap panjang
tak  sampai  tiga minit cik long berucap
sama isinya saperti malam pertama
cik long beredar awal kerana ada program lain
apa program itu aku tak tahu

JAM 12:00 MENUNGGU JANJI
sekali lagi gagal
radio bangsar tidak dapat
membuat temu bual cik long
kami merasa kecewa
lalu ke cafe di tepi laut dalam pekan kuala besut

wow! cafe ini dipenuhi oleh pelancung politik
dan juga wartawan
aku difahamkan ramai wartawan 
termasuk  wartawan mkini tinggal di hotel pekan ini

kami makan keropok lekor
aku bukan gila sangat dengan keropok lekor
malah aku  tidak pernah memesan atau membelinya
yang memesan bukan aku

SELAMAT TINGGAL UNGGUN API
lewat dua pagi
kami bersiap untuk ke kota bahru
kami ingin bersahur di kota bahru
akau ada temu janji
dengan mek kelantan

kami tinggalkan kuala besut
kami tinggalkan unggun api
hujung minggu di kuala besut  kami berakhir

sekali dalam hidup  warga malaysia wajib
datang merasa berpuasa di terangganu

dari kuala besut kami ke tok bali
ke bachok dan ke kota bahru
dan dikota bahru itu kesah yang lain


---------

6 ulasan:

  1. Hahaha..TT akhirnya kalah dengan gerila kecil..

    BalasPadam
  2. Amboi dia! nak pergi berdating dengan mek kelate letteww?, yeah!! come on Sham!! Nanti akad nikah lu buat live keluar Radio Bangsar Utama jugak ok?, gua doakan.. Amin..

    BalasPadam
  3. Bro..

    Cik Long typical PAS dulu dulu..
    ..sepoi..lari2..takut nak berdepan media..sbb tak tau nak cakap ape..
    Nak tau jugak apa visiong dan misiong cik long?

    BalasPadam
  4. Salam,bro tt nanti boleh tak explain pasal petrodollar, mcm mana dia berfungsi, mcm mane dia mengkayakan amerika, tanda2 kejatuhan petrodollar, sapa yang untung dgn sistem ni.

    BalasPadam
  5. bab jertih nie..pekan kecik joo..tapi masjid dia..ya Allah..banyak..saiz dia..yaa rabbi...mega-mega..agak2 kontektor maner dapat..paling massyaallah...masjid kayu dekat petronas station..agak2 brapa harganya...nie projek nak rekrut Allah ke nak bahang pitihhh...??

    BalasPadam
  6. Hahaha...aku kantoi lagi...sebab dah bayar bil...ayat paling aku suka...tt asyik kantoi jer

    BalasPadam