HARAPAN DAN CITA CITA
ANAK MUDA MESIR
CITA
DAN HARAPAN DIBAJAK
Tentera
telah membajak cita-cita dan harapan anak muda. Tentera telah membajak TAMAROD – gerakan anak muda yang mahu membuka ruang demokrasi di Mesir. Tentera telah
menutup harapan 84 juta warga Mesir yang mahukan perubahan, mahukan agihan
ekonomi yang adil dan keamanan.
Tentera
– sama ada di Thailand, Pakistan, Korea Selatan atau di Indonesia – satelah
merampas kuasa – pasti akan terus menerus ingin berkuasa. Tentera dalam dunia ini tidak pernah
dinobatkan sebagai pengembang keadilan, sebagai penyebar demokrasi atau sebagai
pejuang hak asasi.
Dari
sejarah kita telah mengenali General Haji Ahamd Suharto, General Zia Ul Haq dan
General Pak Chung Hee . Kita melihat apa yang telah dilakukan oleh tentera di
Indonesia, di Pakistan dan di Korea Selatan. Suharto diburu oleh Tamrod anak muda
Jakarta. Zia Ul Haq mati dalam letupan
kapal terbang. Pak Chung Hee ditembak ketika mesyuarat kabinet.
Kini
kita sedang mula berkenalan dengan General Fattah al-Sisi. Persoalan hakiki
timbul dan kita akan terus bertanya apa kesudahan pergolakan politik di Mesir
ini? Untuk meramalkan apa yang akan
berlaku bukan satu yang mudah. Justeru kita wajib memahami politik latar Mesir untuk membantu kita
memahami apa kesudahan pergolakan ini.
Mesir
adalah negara Arab yang paling besar dan paling berpengaruh di benua Arab.
Tentera Mesir adalah yang terbesar di Afrika dan Timur Tengah. Hampir satengah juta soldadu Mesir sedang
bertugas dan satu juta lagi dalam simpanan. Ini bermakna ada 1.5 juta soldadu Mesir dibawa
pimpianan General Fattah al-Sisi.
Wajib
diterangkan disini kerana Mesir memiliki sejarah berperang dengan Israel maka telah diwujudkan apa yang
dipanggil Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) atau Majlis Tertinggi
Tentera. Majlis Tertinggi Tentera ini
akan muncul apabila berlaku perang atau darurat. Ketika Revolusi Pertama 2011 dahulu, Majlis ini
telah mengambil alih kuasa dari Mubarak dan mendirikan Kerajaan Sementara yang
akhirnya menobatkan Morsi sebagai Presiden.
Dalam
tulisan awal dahulu, saya telah menerangkan bagaimana tentera sebagai satu
lembaga amat berpengaruh di Mesir. Tentera
memiliki 30% kepentingan ekonomi
dalam negara. Tentera Mesir terlibat dalam gedung peniagaan, pembinaan,
pemaju, perkilangan keperluan harian dan perkilangan senjata. Justeru struktur
tentera Mesir tidak sama dengan peranan tentera yang biasa kita fahami.
Apa
yang berlaku di Mesir sekarang akan mempengaruhi babak babak politik di negara
Arab. Limpahannya dari pergolakan ini
pasti akan membasahi negara-negara yang
penduduknya beragama Islam. Ini hakikat realpolitik hari ini.
Justeru
, kerana inilah maka Saudi Arabia, Kuwait, Qatar dengan cepat datang menaburkan
berbilion dolar. Ini untuk memastikan Musim Bunga Arab akan berhenti di Cairo.
Tamarod anak-anak muda di Mesir wajib dibendung agar tidak mempengaruhi
anak-anak muda di Saudi Arabia dan Negara Telok. Tamarod pasti akan mengancam rejim-rejim
feudal di Timur Tengah.
Disini
timbul satu persoalan hakiki. Dalam
tulisan awal tentang Syria dan Timur Tengah saya telah cuba membawa
pencerahan dengan menunjukan bahawa apa
yang berlaku di Syria bukan perang antara Sunni dan Shiah. Sayangnya masih
ramai lagi yang juling dan rabun
hinggakan gagal melihat hakikat yang berlaku di Syria.
Kerana
ramai warga Malaysia yang masih juling dan rabun maka saya menimbulkan soalan untuk mereka: kenapa
berlaku pergaduhan di Mesir walhal penyokong Morsi bermazhab Sunni. Tentera
juga bermazhab Sunni. Anak-anak muda Tamarod juga Sunni.
Kenapa Sunni dengan Sunni boleh bergaduh dan berbunuh-bunuhan di Mesir?
Untuk
merungkai dan menjawab persoalan ini saya mengambil pendekatan
ekonomi dan kelas. Jika tidak diusik dan
tidak digarap ekonomi dan kelas maka
analisa terhadap apa yang berlaku di Mesir akan hanya menjadi ‘ sorak-sorakan politik’.
Tuduhan
gulungan penentang Mosri sebagai sekular dan menentang Islam menjadi
‘feshen’ tetapi gagal untuk
menerangkan kenapa al-Sisi yang warak
ini mengambil alih pentabiran. Juga kenapa
berjuta juta warga Mesir Sunni yang tak tinggal sembahyang turut sama
menentang Moris yang juga tidak tinggal sembahyang.
Telah
saya nyatakan bahawa tentera Mesir adalah sebahagian dari elit ekonomi negara.
Para General dan pegawai tinggi tentera mendapat kehidupan mewah dari keterlibatan
dalam pelbagai bentuk perniagaan. Kesampaian Morsi pada awalnya memang
dialu-alukan. Tetapi semua beralih dua tahun kemudian.
Dari
menyokong Morsi dan kemudian menentang Morsi akan difahami melalui pandangan kelas. Parti Ikhwan Muslimin ini memiliki asas ekonomi sama
saperti Parti Pas. National Democratic
Party milik Mubarak sama saperti United Malays National Organistion milik
Najib. Penyokong Ikhwan adalah dari kelas bawahan – kaum tani dan kaum buruh.
Ini tidak jauh bezanya dari penyokong
Pas.
Peniaga
kecil dan sederhana yang warak berpayung dibawah Ikhwan. Peniaga besar
berpayung dibawah National Democratic Party. Towkay dan cukong bersama United
Malays National Organisation. Tuan empunya warong dan kedai makan akan bersamna
Pas.
Dalam masa sama dalam Ikhwan juga ada taikon dan pemodal
besar. Pemimpin kedua Ikhwan, Kahirat El-Shater yang mahu menjadi calon Presiden ialah billionair pemilik gedung perabut dan pasar raya diseluruh Mesir. Mereka menyokong Morsi dengan harapan peluang perniagaan mereka yang
melonjak luas. Perniaga sederhana juga berharap
Morsi akan membantu membuka peluang niaga yang lebih besar. Ini tidak ada bezanya dari apa yang kita lihat
dalam Pas di Kelantan atau di Terangganu.
Akhirnya
kedatangan Morsi dan Ikhwan dilihat
sebagai mengancam kepentingan ekonomi borjuis besar dan borjuis nasional. Peniaga
besar borjuis nasional ini telah berjaya mengembang kepentingan ekonomi mereka
dizaman Mubarak. Kini saingan telah
sampai dari peniaga dan pemodal saf
Ikhwan.
Borjuis
nasional, pemodal besar, borjuis pertengahan bersama dengan birokrat dan kaki
tangan kerajaan yang dipilihara oleh
Mubarak merasa kepentingan ekonomi dan
gaya hidup mereka terancam. Morsi dan
Ikhwan dianggap musuh. Semua hujah menentang Morsi ini dibantu dan
diperkukuhkan pula oleh tindakan dan
langkah kurang bijak politik Morsi.
Morsi gagal menjadi Presiden Mesir
tetapi menjadi Presiden Ikhwan Muslimin.
Jika
Haji Hadi menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka Ananda, Syed Mokhtar, Vincent
Tan , Yeoh Tiong Lay bersama dengan kaki tangan kerajaan - Kemas, BTN, Perkasa dan dan akan bersatu
untuk menjatuhkan Haji Hadi. Ini bukan omong kosong. Ianya telah berlaku di
Perak apabila Najib merampas kuasa pada 5hb Febuarari 2009.
Analisa
ekonomi dan kelas yang boleh merungkai kenapa Sunni dan Sunni berbunuhan di
Mesir. Semua berpunca dari perebutan punca-punca ekonomi. Morsi memberi harapan kepada kelas bawahan
yang menjadi penyokong tegar Ikhwan. Ekonomi Mesir yang menjunam jatuh dibawah
Morsi menakutkan borjuis nasional dan
pemodal besar – lalu mereka bertempur.
Wajib
diberitahu kepada pembaca bahawa dalam dunia ini ada dua buah negara yang mendapat sokongan ketenteraan
besar dari Amerika Syarikat. Pertama – Israel dan kedua Mesir. Mesir mula
mendapat 1.5 bilion dolar setiap tahun semenjak tahun 1979. Dana ini adalah
sebahagian dari perjanjian yang telah dipersetujui oleh Amerika dengan Presiden
Anwar Sadat. Tentera Mesir dibantu oleh Amerika kerana Sadat bersetuju untuk
menandatangai Perjanjian Camp David. Antara lain Pejanjian Camp David ini membuka hubungan diplomatik antara Mesir dan Isreal. Juga, Mesir dan Isreal berdamai.
Amat
jelas disini bahawa kuasa imperial Amerika memainkan peranan mengemudi arah dan
tuju tentera Mesir. Ketika al-Sisi mengambil alih kuasa dari Morsi , Rumah Puteh tidak menggunakan perkataan
‘rampas kuasa’. Apa yang digunakan oleh Obama hanyalah ‘tentera Mesir telah
mencelah...’ untuk menerangkan tindakan al-Sisi. Ini dilakukan untuk memastikan
Mesir akan terus menerima bantuan ketenteraan.
Jika
Rumah Puteh mengtakrif apa yang berlaku
di Mesir sebagai rampasan kuasa maka semua bantuan ketenteraan akan dihentikan.
Ini dasar pentabiran Amerika yang tidak menyokong rampasan kuasa. Jika bantuan ketenteraan berhenti maka Amerikan
tidak dapat lagi menambat hidung tentera Mesir dan al-Sisi.
Untuk
meredakan keadaan dan menumpulkan kritikan, minggu lalu Amerika telah
membatalkan penghantaran 4 buah kapal
terbang penyerang F16 kepada Mesir. Ini kerana rakyat dunia semakin lantang
menyuarakan tentangan terhadap rampasan kuasa al-Sisi. Malah ada elit politik
Amerika yang tidak bersetuju dengan
tindakan tentera.
Pembantaian
yang berlaku Jumaat lalu TIDAK akan
meredakan keadaan. Dana dari Saudi, Qatar dan Kuwait boleh membantu
‘mengapongkan’ Mesir buat sementara dari tenggelam dalam kemelesetan ekonomi
yang menjerut leher kaum miskin. Kacau bilau ini tidak akan reda malah akan
membesar. Gerakan bersenjata di Sinai , yang bukan dari kumpulan Ikhwan telah
mula melancarkan serangan ke atas balai polis. Perang saudara akan pecah.
Maka disini timbul satu persoalan. Arah mana
kepentingan kuasa imperial Anglo-Amerika menghala. Apakah perang saudara
saperti di Syria akan menguntungkan Amerika. Jika perang saudara menguntungkan maka tidak dapat tidak kekacauan
di Mesir akan merebak.
Tetapi
jika perang saudara Mesir ini akan mengancam kepentingan ekonomi Anglo-Amerika
maka pasti Rumah Puteh akan bertindak untuk memastikan satu jalan penyelesaian
timbul. Kita tunggu dan lihat.
Pada
ketika ini telah muncul satu lagi kumpulan yang memanggil diri mereka DATARAN KETIGA . Ini untuk membezakan diri mereka dari penentang Morsi di Dataran Tahrir
dan penyokong Morsi di Dataran Rabia
al-Adawiya. Dataran Ketiga ini sedang berhimpun di Dataran Sphinx. Kumpulan ini
menentang Morsi dan juga menentang tentera. Apakah garis Tamarod di
Dataran Ketiga ini akan bejaya? Hanya masa yang dapat menentukan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disairkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03 - 92-21-10-45
-----------
Hidupppp Mao Tse Tung!!!!...jangan nak belit-belit le. Kominih tetap kominih. Semua jenis guna tentera nak bunoh rakyat.
BalasPadamKalu tak caya tanya Mao Tse Tung!!! kih..kih..kih
mengapa kumpulan tamarod tidak mahu bergabung dengan ikhwan..mengapa nilai nilai baik itu tidak mahu digabung bersama dengan ikhwan dan morsi..mengapa tamarod mahu bersendirian tetapi pernah sanggup bersama tentera untuk menggulingkan morsi presiden yang sah..jika mahu mesir yang kuat sudah tentu penyatuan kerjasama baik boleh terjalin antara tamarod dengan ikhwan..apa yang dosa besar ikhwan sehingga mereka dilanyak sebegitu rupa..apa dosa besar morsi sehingga dijatuhkan sebegitu rupa..adakah tamarod yakin mereka boleh memerintah dan mengubah mesir hanya dengan bersendirian tanpa mereka memahami kenyataan politik bahawa kekuatan ikhwan juga amat berpengaruh di mesir..mengapa tamarod memilih jalan sendiri yang merugikan mereka dan mesir..mengapa manusia begitu serong terhadap pergerakan islam..apa yang bermasalah sangat dengan gerakan persaudaraan islam..manusia mahukan nikmat kekal di akhirat..tetapi perintah allah yang membawa ke nikmat akhirat manusia mahu menolaknya..perintah allah bukan hanya ibdah sahja tetapi merangkumi siasah..manusia adalah pemimpin di muka bumi..apa salahnya ikhwan menjadi pemimpin di bumi mesir..syariat islam membawa manusia ke nikmat yang kekal iaitu surga..adakah manusia itu sudah gila atau hilang akal jika tidak mahukan nikmat yang kekeal ini..
BalasPadamSekali lagi...uncle sham...lu memang terbaek....masih perlu tunggu dan lihat...harap yang ketiga ni menjadi atau yang ini untuk kasi henti terus semua...hala tuju puak ketiga masih samar...samada untuk kepentingan imperialis atau sebaliknya...kalau untuk imperialis maka sahih ini datang dari kuasa imperial terbesar namun jika sebaliknya berlaku....ini perkara yang dinanti nantikan bagi yang lama menunggu....aku harap lu dapat menghebahkan apa yang terjadi....bagitahu dimana puak ketiga berpihak...apa pun terima kasih buat lu...uncle sham...lu memang gilaaa....kah kah kah...
BalasPadamCatatan yg tidak ilmiah dan mengkesampingkan isme isme dgn soal politikal Islam.
BalasPadamSudah terbiasa dilakukan oleh tukar tiub yg suka mengambil suku kebenaran dan menutup kebenaran yg lain dalam penulisannya.
Jahat!!
hahaha TT...
BalasPadamdunia dari dulu lagi adalah dalam gengaman golongan pemodal yang kaya raya..golongan marhean hanyalah biduk yang digunakan untuk mengekalkan penguasaan mereka...
yang terbaru Fitch agency telah downgarde credit rating malaysia dari stabil ke negative..ini maknanya subsidi akan dikurangkan dan GST akan dilaksanakan secepat mungkin..
HAA HAA HAA
BalasPadamHAA HAA HAA
APA LAGI NAK CAKAP?
BERAPA KALI TAMARROD?
BERAPA KALI BAJAK MEMBAJAK?
TUAI PADI ASIK TAK JADI?
HAA HAA HAA
HAA HAA HAA
INGATKAN SAUDI JADI KUDA AMARIKA
RUPANYA AMARIKA JADI KUDA SAUDI
CIA JADI KUDA SAUDI
HAA HAA HAA
HAA HAA HAA
TAMARROD
TAMARROD
RUPANYA KAPITALIST BESAR KAT BELAKANG
HAA HAA HAA
HAA HAA HAA
Soi Lek: Noh Omar sudah gila
BalasPadamRK Anand
5:12PM Jul 31 2013
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan.
NONE"Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepada Malaysiakini.
Politik islam....kalau ikut ahlul sunnah politik islam kena ada demokrasi sama macam politik orang barat juga...betul ka islam ni mengikut kata ramai atau ianya mengikut ketetapan tanpa dolak dalik...
BalasPadamDaripada dok tuduh orang tu betul orang ni salah....kenapa tak diadakan majlis debat...contohnya ahlul sunah dengan puak syiah ni...kita buat debat laa...masing masing hantar wakil terbaik...masing masing boleh kemukakan hujah...ni tak yang satu menuduh lepas tu tak bagi yang satu lagi mempertahankan diri....pada aku islam tu benar...kalau dah betul pasti akan dibantu...jadi siapa yang mendapat bantuan dari-Nya itulah yang betul....baru adil dan saksama...ni tak asyik kata puak yang satu tu salah dan silap...yang aku pelik negara saudi tak pentah pulak halang geng geng iran ni pi buat umrah atau haji....
Aku pentah baca ia buku bab debat syiah sunnah ni...jadi aku nak tengok yang secara langsung la pulak..sapa sapa boleh tolong anjurkan....siapa yang betul
LANCAULAH LU. TAMAROD TAK HABIS-HABIS.
BalasPadamKalau cerita tentang kuasa dan ekonomi, sudah pasti tak semua pembaca akan faham maksud dan tipu muslihat kuasa dan ekonomi hidup dalam masyarakat.
BalasPadamAku percaya ramai yang masuk blog ini rata-rata kelas pertengahan dan bawahan. Ini memberi erti bahawa pembaca blog tukar tiub bukan dari kalangan orang kaya dan bangsawan. Mereka gulungan makan upah. Selain dari itu setiap komen yang ditulis juga membawa maksud mereka kurang faham... Sama seperti aku.
Cerita yang berlaku di Mesir adah serupa berlaku di Malaysia cuma jalan cerita dan pelakonnya saja yang berbeza. Isi cerita nya sama iaitu berkaitan dengan kelas, kuasa dan ekonomi.
Oleh kerana kita dari gulungan makan gaji maka kita tidak tahu hidup sebagai orang kaya. Lihat cara hidup orang kaya di Malaysia dan kaji cara pemikiran mereka tentang kehidupan.... Apakah sama atau berbeza dengan pemikiran orang maka gaji ?
Timbul satu pertanyaan dari orang makan gaji...mengapa orang kaya masih kekal mencari kekayaan sedangkan mereka sudah kaya ?
Jawapan nya ada banyak tapi ianya tidak mengelirukan cuma orang makan gaji yang diberi pula makan rasuah akan membebalkan fikiran mereka agar orang kaya melihat mereka pekerja setia dan bersedia menentang fikiran orang makan gaji yang lain kekal jadi hamba pada.orang kaya.
Sebagai contoh mudah.... Lihat anggota PDRM yang menjadi pengiring Najib dan Rosmah telah membunuh Altantuya hanya kerana arahan dan upah.
Oleh kerana itu cerita tentang rampasan kuasa dalam dunia ini adalah kepentingan orang kaya cuma rakyat kelas bawahan tidak sedar mereka diperalatkan atau mereka sedia diperalatkan kerana upah.
Kita mungkin tidak terfikir bahawa Najib juga akan melakukan pekara yang sama seperti di Mesir jika SPR gagal dalam penipuan mereka dalam pilihanraya yang lepas.
Riak pemberontakan boleh dilihat dari setiap tindakan PDRM terhadap rakyat yang pro pembangkang....
Hahaha... Kalaulah pakatan menang hari tu.. perubahan berlaku, agak agak tt join tak geng borjuis bakar rakyat untuk bertamarod..??
BalasPadamkah...kah...kah....lu lagi 2 kali julin lah tt....nak bakar apa lagi...bajak apa lagi..tamrrod apa ke lancau lagi...kah..kah... cari makan buat artikel kat suara kadilan....cari ekonomi ???? 2 kali lancaulah lu tt...mesir dah beratus tahun macam tu....apa heran...kat malaya ni je kalu Allah nak bagi syahid pada hambanya....tak mustahil jugak...sebab angkuhnya pemerentah yang ada dengan tipu muslihat dan engkar pada ajaran Allah tak mustahil berlaku macam kat mesir.
BalasPadamnak tahu cerita sebenar di syria ?
BalasPadampergi mengaji agama kat sana...hang pa tau nanti...
perang sunni vs syiah atau apa...
Bosan aku dengan kau TT.. Tamarood2..
BalasPadamdah macam mak lampir..
ko ingat ATM & PDRM nak tolong ko buat tamrrod ke??
buang masa bajak jer... bercerita poom..pang..poom..pang. habuk pun tarak.. tokoh islam pun ko x kenal. citer cenggini semua umat dah tau daaa.. perang jamal & siffin.
Mencanggah sebhgn tulisan anda. Fakta sebenar sukar dicari. Maka kita bergantung kepada agensi spt Reuters, AP, AlJazeera dsbnya. Dalam isu2 antarabangsa tertentu, apa bezanya Reuters, AP dgn stail berat sebelah Utusan Malaysia, Star dll?? Maka, berhati2lah dgn berita yg dibawa/dibaca. Be critical...
BalasPadam1) Tammarod 'majoriti' anak muda?? Sumber berita mana yg mengatakan disitu 2juta disini 4juta org? Bagaimana kita menilai yg berkumpul di tahrir atau yg berkumpul di kaherah atau 'golongan ke3' itu sebagai mewakili MAJORITI? Sukar. Bukankah penentuan piawaian lagi tepat bg MAJORITI itu hanya dpt berlaku pd proses p/raya @ referendum yg sah.
2) Sumber berita mana yg mengatakan General Fatah AlSisi itu 'warak'? Ingat...Mantan PM Tun Abdullah Badawi juga pernah di'beritakan' sbg seorg yg 'warak' oleh akhbar2 spt UM, STAR dsbnya bg meneutralkan persepsi terhadap PAS suatu masa dulu. Teknik 'spin' yg biasa...
3) Kepentingan tokoh korporat? Abu Jahal/Abu Suffian tokoh perniagaan/politik Mekah...Abdul Rahman bin Auf juga tokoh korporat Mekah. Tetapi mereka byk berbeza dari segi pendekatan kaedah memperolehi kekayaan & cara membelanjakannya/mengagihkannya. Sejarah pasti berulang dgn watak2 yg berbeza. Sumber berita mana yg mengatakan Khairat AsSyater itu pemodal Islamis berstail kapitalis?
4)Morsi/FJP gagal? Penyakit kronik puluhan tahun dicengkam REGIM boleh disembuhkan dgn rawatan baru hanya 2 tahun? di mana logik nya? beragak2lah sikit... Sumber berita mana yg 'putar-putar-putar' aspek ini sehingga ramai spt TT percaya 2 tahun sudah cukup panjang bagi kerajaan baru memulih kerosakan membarah tersebut? Suatu pembohongan jika sering diceritakan 'kebenarannya' maka akhirnya akan dianggap benar oleh massa...teori indoktrinasi yg TT tentu amat faham.
masuk comment pasal tamarud je penuh bau bangkai wahabi/salafi takfiri ni..rimas den...ekau yoo la yang boto org len sume kapir..pukimak pnya melayu jenis ni
BalasPadamAlaaa mana yg baik tu amik jer laaaa.ade mende yg betol dgn kao.gitu lah gak kat org lain.yg terbaik pasti kat org paling taqwa.so pandai2 laaa.mana yg kita tersilap rahmatnya tersgt luas.kita ni musafir.so berikhtiar la sebaik mungkin.panduan sudah diberi yg merupakan mukjizat sehingga qiamat.siapa yg terbaik dia berjaya.perbincangan n pendapat yg dilontarkan diblog neh adalah utk mencari yg terbaik dan mendapat keredhoannya darinya.so mana yg silap tinggalkan.mana yg baik lakuukan.lpas tu tawakkal kpdnya n mohon petunjuk serta keampunan.wallahua'lam.
PadamAku rasa TT nak cover kemaluan....kah3. Tamarod la sgt. Third force la sgt.......lancau.
Padam