Rabu, 31 Julai 2013

TUJUH HARI LAGI KITA AKAN RAYA





 UCAPAN
SELAMAT BERBUKA PUASA
DARI CURVEY

PETANG INI 
petang ini aku terbaca berita itu
berita kau ditangkap
ditangkap kerana cinta mu pada yang maha esa
kerana cinta mu kepada semua makhlok
kerana cinta mu kepada bumi dan alam

aku tidak pernah mengenali kamu
aku tidak pernah melayari fb kamu
aku tidak tahu bahawa kamu wujud

kelmarin aku menonton video klip kamu
lalu kau ditangkap

aku menulis bait bait ini
untuk menyampaikan salam 
untuk bersetiakawan
dari jai
dari ezi
dari mami
dari siti 
dari curvey
dari sepang 
dari gate
dan dari aku

siti dan mami telah lari
kalau mereka tahu berita kau ditangkap
pasti mereka juga akan bersetiakawan 
marang telah arwah
rohnya pasti beritirehat
dan melihat apa yang sedang berlaku

lalu aku bertanya pada diri aku
apa yang harus aku lakukan
apa yang dapat aku lakukan

lalu aku sedar 
kau ditangkap
kerana terlalu ramai
orang orang baik
kerana terlalu ramai
orang orang jujur
tidak melakukan apa yang wajib dilakukan

aku tak tahu
dirumah pasong mana kau disimpan

petang ini bila azan berkumandang
aku harapkan berdering bunyi kunci pintu dibuka
petang ini bila azan terdengar
kau akan minum secangkir air

petang ini jika air  mata kau menitis
panas membasahi pipi 
kerana kau teringat
pada  yusni
pada golek
pada cikgu
pada oren dan ross
terimalah  babak ini sebagai istana persinggahan
dalam satu perjalanan hidup

dua puluh tahun dari petang ini
ketika  tangan kamu membelai semua yang disayangi
kau akan tersenyum puas
kerana hidup ini
kau layari saperti yang ingin kau layari

hidup kamu 
adalah milik kamu
aku hanya menumpang
dengan bait bait ini

SELAMAT BERBUKA PUASA





5 ulasan:

  1. entah2 nanti ada pulak makhluk yang 'holier than thou' report pasal lu, Sham! sekarang ni adalah menjadi kesalahan untuk menyayangi anjing tapi tak salah makan rasuah dan kelepet $ rakyat. silap2 kau bakal ditahan bawah ordinan darurat kerana sikap mengasihi sesama makhluk ni mengancam aparat penguasa... dan membuat sesetengah pembaca baru blog lu juling mata dan minda. lu bakal dituduh dengan gelaran baru selain sosialis komunis, iaitu pluralis liberalis! bakal bertambah is is lu.... kahkahkah

    dan kerana sikap tamarod dan menyayangi sesama makhluk ini, gua percaya ramai yang bengkeng ngan lu. gua perasan lately, sejak lu up isu tamarod, ramai pengunjung baru blog lu yang perasan bagus, perasan 'holier than thou' akan memaki hamun dengan caci maki. Adakah Tuhan perlukan makhluk sebegini untuk mempertahankan agamaNya? ironik kan manusia ni?

    BalasPadam
  2. obese curvey ni. kasi exercise skit la kahkahkah

    BalasPadam
  3. pada zaman nabi anjing bebas keluar masuk dlm masjid takde pun nabi marahkan tuan punya anjing dan kata perbuatan ini menghina islam. Dalam Sahih Bukhari (secara ta’liq),
    daripada Ibn Umar:
    Maksudnya: Anjing-anjing kencing
    dan masuk keluar ke dalam masjid
    pada zaman Rasulullah SAW, lalu
    mereka tidak merenjiskan sesuatu
    pun daripada yang demikian. (no:
    172)

    BalasPadam
  4. Bro..

    Aku sayang betul dgn anjing..rasa nak belai dan usap bulu nye..
    tapi kebimbangan aku melebihi segalanye..nanti jiran aku kata aku kapir ..masuk neraka..pegang anjing..
    Anak aku pun sayang anjing..bila lalu jumpa anjing jalanan dia akan berkata..HAI DOG..BUAT APE TU..dan anjing akan toleh kat anak aku..
    Kawan2 anak aku..kalau dari hujung jalan dah nampak anjing..masing2 dan standby ngan kayu dan batu..
    makbapak diaorg yang ajar kot..
    Kat area aku ..ada nyonya tu siap alaskan paper kat bawah bontot anjing bila anjing nak berak..dan aku pasti tu surat khabar utusan meloya..kahkahkahkah

    mexico + taliban = MELESIA
    kahkakha..ape nak jadi ngan mesia ni....pemipin dan nak masuk kubur pun sibuk nak berkuasa..gila apa manusia

    BalasPadam
  5. "kerana terlalu ramai
    orang orang baik
    kerana terlalu ramai
    orang orang jujur
    tidak melakukan apa yang wajib dilakukan"

    aku nak tambah - juga kerana ramai orang yang pandai cakap dan pandai tulis tak buat apa-apa. apa kata kau buat demonstrasi bantah tangkapan minah ni? jangan cakap ja. kepada yg menyokong tindakan minah ni post kat youtube, jangan tulis ja. jangan sembang lebat ja. buat la bantahan secara langsung.

    dan TT, kau yg menyokong minah ni, kau lead bantahan ni. chantek? :)

    BalasPadam