Isnin, 22 Julai 2013

PETANG YANG BERBAHANG



HARI KE 13
cuaca tidak baik 
jerebu datang lagi
hidung gatal berhingus
terbersen tak henti henti

manusia cuba mencari jawapan kepada semua masalah
semua masalah cuba baiki
jawapan kepada masalah itu
membawa masalah lagi
membaiki masalah itu membawa masalah lagi

dulu nyamuk tiruk
dibunuh dengan ddt
kini nyamuk tiruk
tak akan mati dengan semburan ddt

nyamuk ini jadi gagah
masalah hanya selesai untuk sementara
kini timbul masalah baru 
dari nyamuk tirok yang lebih gagah

manusia buka hutan untuk ladang
untuk pembangunan ekonomi
untuk dapat kerja 
untuk hidup selesa

bumi rosak
ekoloji hutan hancur
dan petang ini kuala lumpur berejerebu
dan petang ini hidup aku gatal

terbukti
penyelesaian membawa masalah baru

KUALA LUMPUR
dari atas bukit belakang rumah aku
aku nampak kuala lumpur yang kelam
udara panas berebahang

aku perhatiankan padang rumput
tidak ada saekor pun burung pipit uban

kemana burung ini menghilang?
kemama mereka berteduh dari jerebu?


BERBUKA


petang ini aku kukus ikan
yang aku beli di kuala besut
ikan kelisi 
merah jambu kulitnya
ikan ini enak - paling enak


lada besar
bawah putih
bawang besar
dan cendawan
kacang buncis
juga aku juga masukan
sebutir buat tamar
untuk memaniskan rasa

aku akan berbuka dengan
buah manggis dan buah mangga

MATA TURUT LAPAR
kalau ke pasar ramadan
selalunya mata aku lebih lapar
dari perut aku

selalunya membazir
selalunya dibuang
tidak dimakan

selamat berbuka puasa




-----------

2 ulasan:

  1. Ekou resdung ko jang...bukit seputih mano yang ekou lirik lirik tu...hehehhe..sabaq jelah jang oiiii.....tutup rumah pakai langsir tobal siki.......kalo kek seputih...mid valley lah tompek membeli langsir....hahahhahaha.

    BalasPadam
  2. mangga & manggis.........OH HOW I HATE YOU NOW

    BalasPadam